Thursday, November 27, 2008

Penghargaan Kerajaan kepada Penjawat Awam: Tahniah!!!

1) Kerajaan bersetuju supaya pilihan semula diberi kepada kakitangan awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyertai skim pencen. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tempoh pilihan selama sebulan itu bermula dari 1 Januari 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari. Beliau mengumumkan demikian pada majlis anugerah kualiti sektor awam 2008 di sini.

2) Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini. Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, katanya. Keputusan itu akan berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

3) Abdullah juga berkata bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan. "Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009," katanya.

4) Abdullah berkata memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.

5) Bagi kategori negara dengan penduduk melebihi 20 juta orang pula, Malaysia berada di kedudukan ketujuh berbanding kelapan pada tahun lepas. Perdana Menteri pencapaian yang baik juga diperlihatkan daripada segi inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi hasil daripada peningkatan usaha agensi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan secara online. "Mengikut penilaian Brown University, kedudukan Malaysia telah meningkat daripada tangga ke-25 pada tahun lalu kepada tangga ke- 11 tahun ini," katanya.

6) Abdullah berkata perkhidmatan awam boleh merasa bangga dengan pencapaian itu kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke taraf 10 teratas dalam mana-mana kategori penarafan antarabangsa. Perdana Menteri berkata inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus berdasarkan kepada ukuran yang objektif dan bukan pendapat subjektif semata-mata.

7) Abdullah juga mahu pemilihan pemenang anugerah kualiti sektor awam dibuat berasaskan kriteria keunggulan yang mantap serta tahap penilaian yang tinggi agar kewibawaan pemenang terbukti serta tidak dipertikaikan mana-mana pihak. "Jika kelayakan pemenang anugerah dipersoalkan, maka ia akan menghakis keyakinan umum terhadap program anugerah kualiti sektor awam. "Untuk itu, pengukur bagi pemenang anugerah bukan hanya setakat memenuhi kriteria keunggulan semata-mata tetapi turut melepasi ujian dari segi penerimaan umum terhadap kecemerlangan agensi penerima," katanya.

8) Abdullah berkata kini sektor awam tidak lagi dikritik setelah kualiti sektor perkhidmatan awam dipertingkatkan. "Sekarang ini amat kurang aduan diterima terhadap perkhidmatan awam dan ini dikesan dari dialog-dialog yang diadakan," katanya.

Saiful Bukhari tampil nafi fitnah

1) Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini tampil menyangkal fitnah dan tohmahan yang tersebar di laman-laman web kononnya dia lumpuh, menghidap sakit kelamin dan telah meninggal dunia.

2) Mohd. Saiful berkata, fitnah itu direka oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. ``Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya sangat baik dan tidak sebagaimana yang ditohmahkan oleh pihak-pihak tersebut,’’ katanya pada sidang media di pekarangan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di Pusat Islam hari ini.

3) Mohd. Saiful diiringi peguamnya Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd. Lazim. Mohd. Saiful sebelum ini mendakwa Anwar yang kini Ahli Parlimen Permatang Pauh meliwatnya pada 26 Jun 2008 ddi Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Wednesday, November 26, 2008

Tiada pelabur asing keluar ekoran krisis kewangan

26/11/2008 5:01pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kononnya, banyak pelabur asing telah meninggalkan negara ini berikutan krisis kewangan dunia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong berkata, dakwaan pembangkang itu berikutan mereka tersalah tafsir Laporan Persidangan Pembangunan Pelaburan Dagang Dunia 2008 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

``Pembangkang mendakwa pelaburan RM38 bilion telah mengalir keluar pada tahun 2007 dan ini tidak benar kerana angka berkenaan merujuk kepada jumlah pelaburan yang dibuat syarikat Malaysia di luar negara.

``Saya anggap pihak pembangkang tidak faham laporan agensi PBB. Ini kerana pelaburan syarikat Malaysia yang melangkaui sempadan adalah satu perkembangan positif kepada negara,'' katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Utusan

Jangan putarbelit intipati fatwa mengenai yoga – PM

26/11/2008 4:40pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru.

Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.

“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan.

Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.

“Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga,” katanya.

Abdullah berkata, beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas. — Bernama

Politeknik di Betong : RMK 10

BETONG 25 Nov. - Kerajaan negeri mahu menjadikan bahagian Betong sebagai hab pendidikan baru bagi kawasan luar bandar dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan masyarakat di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, untuk tujuan itu, kerajaan bercadang membina sebuah politeknik di Betong di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menurutnya, Betong kini mempunyai sebuah sekolah teknikal dan Maktab Rendah Sains Mara yang baru siap dibina selain tujuh buah sekolah menengah kebangsaan bagi memenuhi keperluan pendidikan di sini.

''Kerajaan sentiasa berusaha membina lebih banyak sekolah dan kolej bagi menyediakan kemudahan pendidikan terbaik kepada rakyat di kawasan luar bandar.

''Ia membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah melupakan pembangunan penduduk di luar bandar yang memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran," katanya pada majlis Pertemuan Bersama Rakyat di Rumah Sang, Sungai Sibau, Padeh, dekat sini semalam.

Jabu berkata, usaha tersebut juga adalah sebagai langkah kerajaan memastikan penduduk tempatan dapat bersaing merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan di Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

Sementara itu, dalam pertemuan beliau dengan penduduk di Rumah Legam, Lubok Klampu di Ulu Paku, di sini, Jabu menggesa rakyat supaya berani menceburi bidang perniagaan sebagai usaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

Katanya, penduduk boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan produk-produk makanan tempatan atau warisan kraf tangan sebelum meluaskan pasaran.

Pada majlis yang sama, Jabu turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM153,000 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM113,000 diagihkan kepada 22 rumah panjang di Padeh manakala bakinya untuk 19 rumah panjang di Ulu Paku
Sumber : Utusan Malaysia

Henti pertikai fatwa haram yoga

1) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa supaya pelbagai pihak berhenti daripada mempertikaikan fatwa pengharaman amalan yoga secara sistematik yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong fatwa tersebut dan berpendapat tidak ada masalah untuk mewartakannya di negeri ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau berkata, kewujudan amalan seperti jampi yang digunakan dalam senaman menjurus kepada kaitan hubungan dengan tuhan adalah perkara yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

2) "Saya secara peribadi bersetuju dengan fatwa ini, saya rasa ia tidak masalah untuk diwartakan di sini... terpulang kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk melaksanakannya. "Saya tidak tahu apa yang disebut dalam jampi yoga, tetapi disebabkan yoga ini datang daripada mereka yang tidak bertuhankan Allah, sudah pasti dalam jampi dia sebut nama benda lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

3) Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai fatwa yang meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga secara sistematik yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan. Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan memutuskan apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

4) Semalam, Sisters In Islam (SIS) dilaporkan menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

5) Nik Abdul Aziz berkata, tidak ada ajaran dalam Islam melalui al-Quran atau hadis yang mengatakan senaman boleh menyatukan diri dengan tuhan. "Sebagai orang Islam, masing-masing mengetahui kekuasaan tuhan dan mengakuinya, jadi kenapa perlu sebut nama lain dalam jampi selain Allah. "Tuhan bukan manusia, kita bukan boleh berunding dan berbincang, apa jaminan kita ini (manusia) boleh bersatu dengan Allah?,'' katanya.

Tuesday, November 25, 2008

Nik Aziz "tidak sabar nak berhenti" jika diminta Adun Pas

KOTA BHARU 25 Nov. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian.

“Kalau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Nik Aziz, 77, yang menjadi Menteri Besar sejak 1990, berkata sehingga kini beliau belum mendengar gesaan itu disampaikan kepadanya.

Katanya jika pihak yang membuat gesaan itu tidak berani memberitahu perkara itu kepada beliau secara berdepan, mereka sepatutnya berdiam diri.

Nik Aziz berkata beliau memegang Menteri Besar itu adalah kerana desakan anggota Pas yang mahukan beliau terus menerajui Kelantan.

“Orang tidak bagi pun saya turun,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penggantinya jika beliau meletak jawatan, Nik Aziz berkata: “Saya boleh jadi ada calon (tapi) mana boleh sebut”.

Katanya beliau menyerahkan isu mengenai penggantinya itu kepada parti.

Nik Aziz juga berkata beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga untuk umat Islam kerana dua sebab iaitu ia melibatkan penggunaan jampi dan juga senaman itu menghubungkan manusia dengan Tuhan.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan fatwa itu di Kelantan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

— BERNAMA

ANUGERAH MERDEKA


ABDULLAH Ahmad Badawi bergambar bersama penerima Anugerah Merdeka (tiga dari kiri) Leslie Davidson, Dr. Salleh Mohd. Nor (mewakili MNS), Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, C.T Tan dan Khalid Kadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Dewan Filharmonik Petronas KLCC malam tadi.
Turut sama Presiden Petronas, Mohd. Hassan Marican (kanan sekali), Pengerusi Shell Malaysia, Saw Choo Boon (kiri sekali) dan Pengerusi ExxonMobil Malaysia, Liam M. Mallon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi menyampaikan Anugerah Merdeka kepada individu dan organisasi yang memberi sumbangan cemerlang kepada negara dalam bidang masing-masing.

Para penerima terdiri daripada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bagi kategori Pendidikan dan Komuniti; Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau MNS (Alam Sekitar), Pasukan Penyelidik Virus Nipah daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Profesor Datuk Dr. Khalid Kadir (penerima bersama kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi) serta Datuk Leslie Davidson (Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia).

Mereka adalah kumpulan pertama penerima anugerah berprestij itu yang dilancarkan sempena 50 tahun kemerdekaan negara atas inisiatif bersama Petronas, ExxonMobil dan Shell.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, November 23, 2008

APEC setuju saranan Malaysia selaras pakej rangsang ekonomi

LIMA (Peru), 23 Nov. – Para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bersetuju dengan saranan Malaysia supaya menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing untuk meningkatkan perbelanjaan dalam usaha mengeluarkan ekonomi global dari kemelesetan yang melumpuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata Sabtu bahawa ekonomi Asia Pasifik perlu meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna untuk merangsang perdagangan dan pelaburan.

“Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal di dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia dari terjerumus ke dalam kemelesetan,” kata Najib kepada media Malaysia selepas berakhir hari pertama sidang kemuncak dua hari para pemimpin tersebut.

“Kita mesti memulihkan keyakinan di dalam ekonomi kita,” katanya.

Ini merupakan kali pertama para pemimpin APEC mengkhususkan keseluruhan hari pertama sidang kemuncak dua hari yang dihoskan oleh Presiden Peru Alan Garcia di Pusat Konvensyen Kementerian Pertahanan untuk membincangkan mengenai krisis ekonomi global.

Najib berkata, ekonomi APEC dan bukan APEC perlu menyepadukan tindakan masing-masing untuk mengekang ekonomi global dari terjerumus ke dalam kemelesetan.

“Mereka tidak boleh mengambil sikap sambil lewa, mereka mesti mengambil langkah pengembangan untuk menyelamatkan dunia.”

Katanya, setiap negara perlu melaksanakan tindakan rangsangan fiskal bagi menyelaraskan dan menetapkan jumlah suntikan yang diperlukan.

Pada masa ini, apa yang telah diputuskan ialah rancangan rangsangan fiskal perlu ditetapkan berasaskan keperluan global.

Antara negara yang telah mengambil inisiatif pakej rangsangan komprehensif ialah China yang melaksanakan satu pakej bernilai AS$750 bilion, tetapi kredit dari AS$600 bilion yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat sangat perlahan dilaksanakan.

Bagi institusi Bretton Woods seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, kata Najib mereka perlu memainkan peranan menyediakan kecairan melalui modal jangka pendek kepada negara tertentu yang berhadapan masalah imbangan pembayaran.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, agensi sedemikian perlu menetapkan jumlah suntikan yang diperlukan untuk merangsang aktiviti ekonomi di negara-negara yang bergelut dengan kemelesetan.

Dalam hubungan ini katanya, para pemimpin kini melihat keperluan satu arkitektur kewangan global yang baru atau Bretton Woods ll yang bermakna IMF dan Bank Dunia kini perlu mengubah diri masing-masing dengan mengambil kira dinamik ekonomi global.

Keseluruhan pemikiran IMF kini tidak boleh diterima lagi, katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perbincangan hari pertama, para pemimpin Apec berkata mereka akan menyokong agensi kredit eksport, institusi kewangan antarabangsa dan bank swasta dan termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Ini akan memastikan perdagangan dan pelaburan mengalir di rantau ini,” kata para pemimpin yang mewakili 21 buah ekonomi itu. — Bernama

Susu ibu kurangkan risiko kanak-kanak diabetes

KUCHING 22 Nov. – Pemberian susu ibu di peringkat bayi dapat mengelak kanak-kanak daripada menghidapi diabetes pada peringkat usia yang masih muda.

Pakar Kesihatan Kanak-Kanak dari Jabatan Pediatrik Hospital Umum Sarawak, Dr. Kok Juan Loong berkata, susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk diberikan kepada setiap bayi berbanding dengan susu formula segera.

Menurutnya, susu ibu mengandungi nutrien yang mencukupi bagi membantu mengelak kanak-kanak daripada menghidap penyakit kencing manis dan pelbagai penyakit lain.

‘‘Ada data yang menunjukkan kanak-kanak yang menyusu badan kurang berisiko untuk dijangkiti diabetes,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan forum diabetes sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2008 di Kenyalang Park Community Hall di sini.

Katanya, diabetes di kalangan kanak-kanak berlaku pada peringkat usia lima hingga enam tahun.

Kaji kesan negatif turunkan harga petrol, diesel

LIMA 22 Nov. - Kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu kewajaran untuk menurunkan lagi harga petrol dan diesel ketika harga minyak mentah di pasaran dunia merudum sehingga di bawah paras AS$50 (RM175) setong minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di sini kerana menyertai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkata, pengurangan mendadak harga petrol dan diesel yang dilakukan ketika harga minyak tidak stabil boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan konsumer jika dilakukan secara tidak berhati-hati.

"Saya tidak fikir harga minyak yang rendah itu akan terus berada di paras ini. Ada kemungkinan dalam masa terdekat harga minyak akan naik. Kalau kita kurangkan harga petrol dan diesel terlalu cepat, apakah ini bererti bila harga naik nanti kita perlu naikkan harga kepada pengguna. Ini satu aspek yang perlu diambil kira," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di sini semalam.

Harga minyak di pasaran dunia merudum kepada AS$50 setong daripada paras tertinggi AS$147 setong pada bulan Julai lalu. Ia merupakan harga yang terendah dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Najib, dari segi ekonomi, kesan penurunan harga minyak mentah dunia mendatangkan kesan positif kerana ia memberi peluang kepada kerajaan mengurangkan harga petrol dan diesel, iaitu satu langkah yang mungkin mengurangkan kadar inflasi.

Bagaimanapun, menurut beliau, jika harga petrol dan diesel terlalu rendah ia akan memberi kesan negatif yang menghalang usaha untuk membangunkan sumber tenaga lain.

"Tidak ada insentif untuk melakukan perkara tersebut (mencari sumber tenaga selain minyak) jika harga minyak terlalu rendah," kata beliau sambil menyatakan isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang akan datang.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, apabila kerajaan membuat keputusan untuk mengkaji kewajaran menurunkan harga petrol dan diesel berdasarkan harga minyak mentah di pasaran dunia, ia tidak bermakna kerajaan akan bertindak menyekat penurunan harga petrol dan diesel pada had-had tertentu.

"Saya tidak kata harga petrol dan diesel tidak akan turun lagi tetapi kita mesti melihat kepada kewajaran. Lagipun harga barangan pengguna tidak turun sebanyak mana pengurangan dalam harga petrol dan diesel.

"Itu semua kita kena ambil kira. Sebab itu saya kata harga minyak mentah tidak semestinya berada pada paras AS$50 selama-lamanya, ia tentu akan naik," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri memahami fahaman para pengguna bahawa harga runcit petrol dan diesel seharusnya turun apabila harga minyak mentah di pasaran dunia merudum bagi menggambarkan realiti harga bahan api itu.

"Saya tahu… tetapi harga petrol dan diesel yang rendah itu bukan harga yang boleh dipertahankan. Ia akan naik bila harga minyak naik, jadi ada keperluan untuk kita menyemak semula sama ada kita perlu menurunkan harga minyak, tetapi kemudian dalam tempoh jangka pendek kita mungkin terpaksa menaikkannya semula," ujar beliau.

Najib memberi jaminan bahawa kerajaan menyedari bahawa adalah menjadi suatu tanggungjawab kerajaan untuk mengkaji semula harga petrol dan diesel berdasarkan kepada harga minyak mentah di pasaran dunia.

Sumber: Utusan Malaysia

Friday, November 21, 2008

DS Shahrizat VS TS Rafidah

THE guessing game is over! Datuk Seri Shahrizat Jalil yesterday announced her decision to take on her Wanita Umno boss, Tan Sri Rafidah Aziz. And Rafidah, at a separate function, told her deputy to "get it on and see you in the ring."

Woh! This is no ordinary cat fight. This is a do or die battle royal, which will see a lot of clawing, biting, bitching - a street fight if you may!

Rafidah wins, and Shahrizat can kiss goodbye to whatever political ambitions she may harbour. At least in the short term, that is. Sharizat wins, and Rafidah can fade into the sunset (but not necessarily to her political demise).

Rafidah is not new to big fights - she was beaten once by Datuk Siti Zaharah Sulaiman, only to regain her seat at the next round. Who can forget Rafidah's snub as she ignored Siti Zaharah's attempt to shake hands?

Rafidah grew and entrenched herself in the movement, while Siti Zaharah...Siti who?

Will Shahrizat be another famous scalp for Rafidah, described by many of her peers as the only man in the Cabinet when she served former PM Tun Dr Mahathir Mohamad? Perhaps, Shahrizat can chart a new course in the movement's history by elbowing out her boss. And Shahrizat would need a really strong elbow to do that, I can tell you!

I doubt if many people are surprised that a contest is set to take place. In a way, this is good because this is how a movement's leader should be picked. Let the members decide who they want.

I'm not sure if party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had met them. Abdullah was reported to have said that he would meet the two to work out some arrangements. The PM only returned last night, after Shahrizat had made her announcement.

In a few months, we'll know who'll rule the Wanita kingdom. This is going to be one of the main bouts in the March no-holds-barred no-quarters-asked-no-quarters-given epic battles!

Dr. Mahathir disaran Pengerusi MTEN

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Kerajaan disaran melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi Negara (MTEN) berdasarkan pada kemampuan beliau sebelum ini.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, pengalaman Dr. Mahathir yang berpengetahuan luas dalam bidang ekonomi sudah terbukti dan beliau merupakan individu yang paling sesuai diberi tanggungjawab itu.

''Sudah terbukti Dr. Mahathir seorang tokoh politik dan berkaliber dalam bidang ekonomi," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Tajuddin, bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberikan nasihat dan Dr. Mahathir merupakan orang yang paling sesuai memainkan peranan itu.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Tajuddin mengenai keanggotaan MTEN, Devamany memberitahu, majlis itu kini dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi.

''Majlis ini mempunyai 40 anggota terdiri daripada menteri, wakil kerajaan, wakil sektor swasta, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," ujarnya.

Jelas beliau, antara anggota sektor swasta yang berada dalam majlis itu ialah Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (Isis), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

Menurut Devamany, anggota Majlis Ekonomi Negara berperanan mengemukakan idea dan cadangan bagi mengenal pasti langkah mengawal inflasi serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

''Memandangkan kadar inflasi telah berkurangan dengan indeks harga pengguna (CPI) pada September lalu telah menurun kepada 8.2 peratus daripada paras tertinggi 8.5 peratus pada bulan Julai dan Ogos, maka tumpuan mereka kini adalah lebih kepada menggembleng usaha ke arah memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Devamany berkata, segala cadangan yang dikemukakan ahli dibincang pada mesyuarat Majlis Ekonomi serta Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi dan keputusan yang dipersetujui akan dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri.

Thursday, November 20, 2008

JANGAN SUKA SEBAR FITNAH

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

Abdul Razak berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Maya di sini hari ini. – Utusan.

Rombakan Kabinet masa terdekat

Menjawab soalan mengenai peletakan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini, Abdullah berkata: “Rombakan itu tidak hanya untuk mengisi jawatan yang kosong (itu sahaja).

“Rombakan Kabinet itu akan melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio. Semua kemungkinan rombakan itu sentiasa ada,” katanya kepada sekumpulan wartawan Malaysia yang berada di sini kerana membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Ka Chuan yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat.

Bernama yang memetik sumber sebagai berkata, Ka Chuan menyerahkan “surat peletakan jawatan tanpa tarikh” ekoran kekalahannya dalam pemilihan parti 18 Oktober lalu.

Ka Chuan tewas kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden.

Ditanya mengenai tindakan Ka Chuan itu, Abdullah berkata, langkah itu diambil sebagai satu tindakan mungkin untuk memudahkan Tee Keat membuat cadangan kepadanya berkaitan kedudukan menteri dari MCA dalam Kabinet.

“Mungkin itu dia bayangkan agaknya. Saya pun tak tahu surat apa yang dia tulis,” tambahnya.

Ditanya apakah beliau telah dimaklumkan secara rasmi hasrat Ka Chuan itu, Perdana Menteri berkata: “Belum ada, kalau ada surat di pejabat, saya belum baca lagilah. Dia bukan tak tahu peletakan jawatan dia kena beritahu kepada saya.”

Ditanya siapakah pengganti Ka Chuan, beliau berkata, Tee Keat mungkin akan membuat cadangan cepat untuk mencari pengganti.

Ditanya lagi adakah beliau akan menerima surat peletakan jawatan Ka Chuan, Abdullah berkata: “Kalau dia nak berhenti, dia ada sebab yang kukuh, saya akan menghormati pendiriannya dalam hal ini.”

Wednesday, November 19, 2008

Peniaga Terus Berdegil Tidak Turunkan Harga Barang

1) Saya tertarik dengan persoalan yang begitu panas di Dewan Rakyat hari ini iaitu mengenai harga barang-barang keperluan. Menterinya telah menjelaskan kepada semua ahli dewan bahawa kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang drastik untuk membendung masalah ini. Namun pihak peniaga masih berdegil untuk tidak menurunkan harga barang-barang. Tindakan yang serius harus diambil bagi mengatasi masalah ini. Jika dulu harga minyak naik adalah penyebab kepada kenaikan harga barang-barang keperluan. Namun kerajaan telah menurunkan sebanyak lima kali harga minyak dan seharusnya peniaga peka kepada masalah rakyat.

2) Masalah ini semakin dihimpit oleh krisis kewangan global yang menyebabkan pasaran saham dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sedikit goyah. Seharusnya peniaga peka dan melihat aspek ini supaya penurunan harga minyak dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Tidak hanya pemborong, tetapi juga peruncit dan rakyat khususnya.

3) Ada sesetengah pihak pula mempertikaikan kuasa Pegawai Pemantau Harga yang mana mereka telah dilantik oleh pihak kerajaan untuk memantau harga barang. Namun mereka tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kerana batasan tugas mereka. Seharusnya peranan mereka diperluaskan lagi agar dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang ingkar.

4) Renungan : Tindakan kerajaan menurunkan harga minyak adalah untuk meringankan beban pengguna atau rakyat. Tidak akan berjaya langkah kerajaan jika harga barang-barang keperluan masih tinggi. Ini akan membebankan rakyat. Tindakan yang KERAS dan SERIUS harus diambil dan dimulakan dari sekarang.

Tuesday, November 18, 2008

Harga beras ST5, ST10 turun

1) Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) diturunkan sebanyak 20 sen iaitu daripada RM2.80 sekilogram kepada RM2.60. Dalam pada itu, harga beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turut diturunkan harga silingnya kepada RM2.40 daripada RM2.70 sebelum ini iaitu penurunan 30 sen. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, harga beras ini merupakan barang yang dikawal oleh kerajaan dan harga baru ini sudah diwartakan semalam.

2) ''Pewartaan ini membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Mustapa berkata, setelah dibuat pemantauan pasar raya didapati telah pun menurunkan harga beras. ''Bagaimanapun terdapat beberapa kedai runcit yang masih menjual pada harga lama,'' katanya.

3) Beliau memberitahu, mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992.

Monday, November 17, 2008

Harga Minyak Turun Lagi.. Janji Kerajaan BN


Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masingberkuatkuasa mulai esok 18 November. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.


Permufakatan: Landasan untuk Perpaduan Kaum di Sarawak

1) Saya tertarik dengan pendedahan oleh YB Adun Ngemah yang menyatakan bahawa beliau telah menyertai PKR semasa majlis Rakan PKR di Sibu baru-baru ini. Beliau membuat keputusan itu setelah mendapat restu dari penyokong akar umbi. Beliau juga mendakwa bahawa akan lebih banyak YB dari PRS yang akan menyertai PKR. Timbulah satu persoalan disini adakah keputusan itu benar-benar datang dari akar umbi atau pemimpin yang sudah tamakan RM??? Jawapan hanya pada beliau sendiri. Tepuk dada tanya selera.

2) Begitu juga dengan kenyataan bekas YB.... Jimmy Donald yang mengatakan bahawa beliau telah menyertai PKR. Beliau semasa menjadi YB dari BN dulu begitu kuat menentang PKR dan sekarang sudah jadi ahli PKR. Adakah ini satu keputusan yang betul atau hanya sekadar marahkan sesetengah pihak dan sanggup mengadaikan maruah diri semata-mata untuk kepentingan RM...Semua bermula dari tawaran dari pihak PKR yang kononya begitu banyak duit sehinggakan ada yang sanggup berpaling tadah dari parti walaupun telah memperjuangkan agenda parti selama berpuluh-puluh tahun.

3) Renungan : Setiap permasalahan itu mesti ada jalan penyelesaian. Tetapi siapa yang sanggup untuk memulakan bicara untuk menjernihkan kembali kekeruhan itu. Jadi saya sarankan disini agar semua kaum mesti saling berkerjasama untuk mengekalkan perpaduan agar Sarawak Terus Maju Dalam Malaysia. Biar PKR terus dengan angan-angan yang mahukan DSAI menjadi PM. Selepas DSAI siapa yang jadi PM???? Lim Kit Siang atau anaknya????? Fikir-fikirkan..... Renung-renungkan.....

Kukuhkan politik Melayu

Politik Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaumnya yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain yang hendak mengambil kesempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.

“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.

“Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Dalam hal ini, Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Katanya, laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

‘‘Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’ tegasnya.

Justeru Rais berkata, orang Melayu perlu menghindari imej yang melemahkan perjuangan dan pada masa yang sama, bertindak apabila Melayu dan UMNO dicerca oleh politik luaran.

Rais berkata, fakta sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu adalah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu.

Katanya, ia sama seperti India adalah negeri orang berketurunan India, Arab di Timur Tengah dan seperti negeri China dinamakan sedemikian lantaran bangsa Cina yang mendiami negara itu.

“Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini,” katanya.

Daripada aspek ekonomi, menurut beliau, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera harus dilengkapi dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan.

“Ekonomi bumiputera kini melebihi paras 30 peratus daripada segi perolehan aset. Malangnya, bumiputera masih dikatakan berada di tahap kurang 20 peratus. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap?

“Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib lain. Sebagai warga Malaysia, tidak salah jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50 atau 60 peratus sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi,” katanya.

Beliau berkata, dari sudut berkenaan, jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini kurang berjaya memperjuangkan kaedah dan mekanisme penyampaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun daripada segi pembangunan, banyak kemajuan telah tercapai.

Justeru katanya, orang Melayu perlu menolak nisbah “sekurang-kurangnya 30 peratus” dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan negara untuk dimiliki oleh bumiputera.

Mengenai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, Rais berkata, ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.

Katanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh menjalankan usaha pemantauan dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dengan segera.

Sementara itu, hadir sama pada program wacana tersebut ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pembentang kertas kerja dan pembahas ialah Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman; Pensyarah Undang-undang Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Shaik Mohamad Nor Alam; peguam Zainur Zakaria dan Abdul Halim Abdullah

Friday, November 14, 2008

Keputusan UPSR lebih baik

Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

‘‘Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007.

‘‘Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman).

Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.

‘‘Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK.

‘‘Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C,” katanya.

Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik.

Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.

Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.

‘‘Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu.

‘‘Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.

‘‘Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.

‘‘Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.

JAMINAN KERAJAN : STATUS KONTRAK KERAJAAN NEGERI SARAWAK


(Sila klik pada gambar)

Thursday, November 13, 2008

Jawatan PM atas sokongan majoriti

‘‘Sudah tentu berbeza dengan Singapura, tidak ada pemimpin bukan Cina yang boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan Perdana ‘Bangsa Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Menurut bekas Perdana Menteri, undang-undang negara menetapkan sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dan tiada sebarang spesifikasi bahawa pemimpin negara mesti diketuai oleh orang Melayu.

‘‘Tetapi spesifikasinya ialah orang yang layak menjadi Perdana Menteri adalah pemimpin kepada sebuah parti yang majoriti, jadi janganlah tanya sama ada dia Melayu, Cina atau India. ‘‘Sepatutnya tanyalah kepada pakatan pembangkang, kenapa pilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi pemimpin, mengapa tidak orang Cina,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pemerintahan yang dikuasai oleh parti berasaskan kaum masih lagi relevan bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin apatah lagi ia ternyata berjaya mengurangkan perdebatan perkauman sejak 50 tahun lalu. ‘‘Di Malaysia, kita yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh bekerjasama secara politik dan sebarang usaha untuk menghapuskan amalan itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya mengejut,” katanya.

Beliau berkata, parti berasaskan kaum masih diperlukan kerana rakyat Malaysia belum bersatu sepenuhnya sehinggakan rancangan kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan telah ditolak. ‘‘Hendak buka sekolah yang membolehkan anak-anak kita (pelbagai kaum) belajar bersama-sama pun ditolak, jadi macam mana kita hendak ketepikan kaum, anda tolak Sekolah Wawasan bermakna anda mahu kekalkan perasaan kaum, katanya.

Pembangkang tandus idea bangkit isu Negaraku

Tindakan wakil rakyat pembangkang membangkitkan isu polis menyuraikan perhimpunan haram ketika pesertanya sedang menyanyikan lagu Negaraku, membuktikan mereka telah ketandusan idea bagi meraih sokongan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, pembangkang tiada lagi isu yang boleh dimainkan setelah dakwaan mereka sebelum ini bahawa sebahagian besar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat parti tidak menjadi kenyataan.

‘‘Saya percaya pihak pembangkang sengaja hendak buat isu. Mereka terus cari bermacam-macam perkara bagi menarik perhatian rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) hari ini bahawa polis telah menyuraikan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Pusat Sivik Petaling Jaya pada Ahad lalu, ketika peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Polis turut menahan dua wakil rakyat dari DAP iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San.

Menurut Chee Heung, jika benar dakwaan bahawa polis melakukan perbuatan berkenaan ia bukan bererti anggota pasukan itu tidak menghormati lagu kebangsaan

Wednesday, November 12, 2008

585 projek rumah miskin tegar siap hujung tahun

Sebanyak 585 projek Program Bantuan Rumah (PBR) bernilai kira-kira RM18 juta bagi program pembasmian kemiskinan tegar di Sarawak akan siap pada Disember ini. Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Datuk Kamal Husin, berkata, ketika ini kesemua projek berkenaan yang dikenal pasti menerusi talian pembasmian kemiskinan e-Kasih dengan kebanyakannya telah siap.

Kata beliau, selain itu, Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di negeri ini juga boleh disifatkan berjaya kerana telah berjaya mengeluarkan ramai golongan sasaran daripada garis kemiskinan.''Ramai nelayan di negeri ini yang menerima bantuan tersebut kebanyakannya berjaya meningkatkan pendapatan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas majlis Majlis Penyerahan projek Program Bantuan Rumah (PBR) dan PPP di Dewan Kampung Salak dekat sini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Ghani Ariffin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, ICU setelah melawat Kampung Salak bercadang untuk membina sebuah jeti utama bagi kegunaan kampung berkenaan bermula tahun hadapan. Ujarnya, ia merupakan salah satu projek yang telah dikenal pasti selain daripada bantuan-bantuan PBR dan PPP bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung.

''Kita akan mempertimbangkan pembinaannya pada tahun hadapan dan pelaksanaannya bergantung kepada peruntukan yang diterima," jelas beliau.

Tuesday, November 11, 2008

Royalti balak diseragam

KUCHING 10 Nov. - Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melaksanakan sistem royalti pada satu kadar seragam (single flat royalti rate) bagi menyeragamkan royalti balak yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, semua jenis balak akan dikenakan royalti pada satu kadar iaitu RM65 semeter padu.

Menurutnya, pelaksanaan sistem itu juga dijangka mampu meningkatkan hasil royalti pada tahun depan dan secara keseluruhannya, peningkatan kadar royalti baru adalah sebanyak 18 peratus berbanding kadar royalti semasa.

''Kadar royalti yang digunakan pada masa ini tidak pernah disemak sejak tahun 1995 sedangkan harga pasaran balak dan produk berasaskan kayu telah meningkat dengan purata sebanyak 38 peratus dalam tempoh yang sama.

''Tujuan kerajaan melaksanakan sistem ini adalah disebabkan ia ringkas, mudah dan senang dipantau," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Awang Tengah berkata, dalam tempoh lima tahun lalu (2003-2007), industri perkayuan Sarawak terus kukuh meskipun mengalami tekanan dan cabaran global dengan nilai eksport mencatat purata RM7.4 bilion setahun berbanding purata RM6 bilion setahun bagi tempoh lima tahun sebelumnya (1998-2000).

Katanya, pada tahun lalu, nilai pendapatan eksport barangan kayu Sarawak telah mencapai RM7.74 bilion dan merupakan 34 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bernilai RM23 bilion.

Tambahnya, pendapatan eksport kayu telah menyumbang sebanyak 12 peratus daripada jumlah pendapatan perdagangan luar Sarawak iaitu penyumbang ketiga terbesar selepas gas dan petroleum.

''Dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, pendapatan eksport telah mencatatkan RM3.98 bilion, meningkat sebanyak 3.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

''Sumbangan pendapatan eksport barangan kayu dari segi pertukaran wang asing tetap memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negeri ini dan menjadi pendorong kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak," ujarnya.

Sedia kaji turun tarif elektrik

PETALING JAYA 10 Nov. – Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menurunkan tarif elektrik sekiranya harga pasaran arang batu jatuh di bawah paras AS$75 (RM264.75) setan untuk satu jangka masa yang panjang.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, setakat ini, kerajaan tidak akan membuat kajian semula ke atas tarif elektrik memandangkan harga pasaran bahan mentah itu masih berada di paras antara AS$100 (RM353) hingga AS$120 (RM423.60) setan.

Menurutnya, tarif elektrik pada masa ini sebenarnya diambil kira berdasarkan harga pasaran arang batu sebanyak AS$75 (RM264.75) setan.

‘‘Namun hakikatnya harga bahan mentah itu lebih tinggi daripada AS$75 dan ini sebenarnya mengakibatkan TNB mengalami kerugian.

‘‘Kami akan mengkaji semula dan menurunkan tarif elektrik sekiranya ia berada di bawah paras AS$75 selama tiga bulan berturut-turut,’’ katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan di sini hari ini.

Turut hadir majlis itu Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum; Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Halim Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Kempen itu merupakan inisiatif kerajaan untuk mempromosi, memberi kesedaran dan menggalakkan penglibatan seluruh masyarakat merangkumi sektor industri dan sektor awam dalam aspek kecekapan tenaga.

Shaziman turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan wajar menurunkan tarif elektrik ekoran penurunan harga minyak kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak meningkat.

‘‘Ini kerana penjanaan tenaga elektrik tidak melibatkan sumber minyak.

‘‘Sumber yang digunakan oleh TNB untuk menjana tenaga elektrik sebenarnya terdiri daripada gas (60 peratus), arang batu (30 peratus) dan sumber-sumber lain,’’ jelasnya.

Sementara itu, Che Khalib mengaku bahawa laporan suku tahunan akhir 2008 TNB memang berada di paras kerugian berikutan kerajaan tidak membenarkan pihaknya menaikkan tarif elektrik walaupun harga bahan mentah itu tinggi.

‘‘Keputusan kerajaan itu adalah bagi mengurangkan beban rakyat.

‘‘Harga arang batu yang melebihi AS$100 (RM353) setan pada masa ini menyebabkan kami terpaksa menanggung kos berlebihan dalam penjanaan tenaga elektrik,’’ jelasnya.

DR SMS: RM8000 Untuk Satu Ceramah!!!!!

Dakwaan setengah pihak mendakwa Dr SMS telah memperolehi RM1.2 juta dalam siri ceramahnya selama satu tahun adalah tidak benar. Dakwaan ini telah disangkal oleh Kementerian Teknolgi dan jumlahnya tidak dinyatakan. Menurut sumber, beliau menerima RM8000.00 untuk satu ciri ceramah. Itu adalah andaian sesetengah pihak dan tidak betul.....

Peralihan Tetap Mengikut Perancangan: JUN


Rafidah Aziz bersalam dengan Shahrizat Abdul Jalil selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

Exco Pergerakan Wanita UMNO yang bermesyuarat selama lima jam hari ini memutuskan pelan peralihan kuasa antara Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikekalkan pada Jun 2009.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 27 Exco itu juga membuat ketetapan jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan demi perpaduan dan pengukuhan sayap kanan UMNO itu.

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, Rafidah mengucapkan terima kasih kepada 117 bahagian yang mencalonkannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita dan menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan.

Beliau berkata, kejayaan Shahrizat yang meraih 73 pencalonan bagi jawatan ketua pergerakan itu membuktikan akar umbi Wanita telah bersedia menerima Shahrizat menjadi ketua.

“Sekiranya mereka mencalonkan orang lain, bererti mereka bukan sahaja tidak menerima (pelan) peralihan (kuasa) malah turut tidak menerima Shahrizat.

“Saya telah mencalonkan Shahrizat untuk menggantikan tempat saya dan jika orang lain dicalonkan, saya tidak tahu hendak buat apa,’’ katanya.

Semalam, Shahrizat dalam satu kenyataan meminta Rafidah mempertimbangkan supaya pelan peralihan kuasa ketua dan naib ketua Pergerakan Wanita UMNO diselaraskan dari Jun kepada Mac 2009 selari dengan tarikh pemilihan parti itu.

Menurut Rafidah, jumlah pencalonan yang beliau dan Shahrizat terima daripada bahagian-bahagian Wanita UMNO sejak sebulan lalu adalah petanda positif bahawa akar umbi parti bersetuju dengan pelan peralihan, cuma mereka perlu bersabar sehingga Jun 2009.

Mengenai kedudukan Shahrizat yang akan mengambil alih sebagai Pemangku Ketua Wanita UMNO pada Jun ini, Rafidah memberitahu, biarlah Shahrizat dipanggil dengan nama apa sekalipun, hakikatnya beliau memang menjadi Ketua Wanita UMNO.

“Shahrizat bukan bekerja seorang diri tetapi mempunyai pasukan pekerja di ibu pejabat, pengerusi-pengerusi biro dan ketua-ketua wanita negeri.

“Saya sudah pesan pada Shahrizat, kalau tidak ada pertandingan, dia jadi pemangku pun tidak apa. Semasa memangku dia boleh membimbing sesiapa yang difikirkannya layak menjadi Naib Ketua Wanita,” jelasnya.

Ditanya mengenai Shahrizat yang dicalonkan oleh akar umbi untuk bertanding jawatan Ketua Wanita bagi menentangnya, Rafidah berkata: ”Kalau mereka hendak bertanding juga dengan riuh-rendah, mereka jangan berpura-pura hendak berjuang untuk parti dan memulihkan UMNO.”

Beliau menambah: “Jika mereka ikhlas, inilah masanya untuk memperjuangkan kaum Melayu, parti dan memulihkan UMNO.’’

Dalam pada itu, Rafidah berkata, jika ada pertandingan, sudah pasti akan berlaku perpecahan dalam Wanita UMNO.

Katanya, pernah berlaku pertandingan di peringkat jawatan presiden dalam UMNO, akibatnya wujud hubungan tidak baik sehingga ke peringkat akar umbi dan ia berlarutan selama bertahun-tahun.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan perkembangan yang berlaku dalam Wanita UMNO sekarang, Rafidah berkata, beliau tahu waktu yang sesuai untuk beliau meninggalkan pergerakan itu.

“Saya berusia 65 tahun minggu lalu dan sedang berada di kemuncak kehidupan saya. Saya tidak fikir saya tiada pengganti dalam UMNO walaupun saya sedih untuk meninggalkan parti.

“Tetapi sekurang-kurangnya saya sudah bersedia dari segi mental untuk tidak aktif dalam kegiatan Exco pada Jun depan,’’ katanya.

Menurut Rafidah, beliau tidak sekali-kali akan meninggalkan UMNO kerana parti itu telah sebati dengan dirinya.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ialah pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau menduduki Majlis Tertinggi UMNO sejak terpilih pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak pada 1975, dan masih menyumbang sehingga ke era Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendapat 56 pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita bagi menentang Shahrizat tidak hadir pada mesyuarat Exco hari ini, menyebabkan mesyuarat tersebut tidak dapat membincangkan isu pertandingan di peringkat Naib Ketua Wanita.

Mengenai kedudukan Kamilia, Rafidah berkata, beliau dan Shahrizat akan menemuinya tidak lama lagi bagi membincangkan ketetapan mesyuarat Exco Wanita UMNO itu

Nasi kandar, roti canai turun harga

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Selaras dengan saranan kerajaan meminta para peniaga menurunkan harga barang baru-baru ini, dua buah persatuan pengusaha restoran Malaysia yang mewakili kira-kira 4,500 ahli termasuk 200 di Lembah Klang hari ini menyahut seruan tersebut dengan menurunkan harga tiga jenis barang makanan.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) bersetuju menurunkan harga nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kedua-dua persatuan itu telah menetapkan untuk menurunkan harga sebanyak 20 sen bagi sepinggan nasi kandar manakala 10 sen bagi roti canai dan teh tarik.

Beliau berkata, melalui penurunan itu, harga nasi kandar kini menjadi RM1.30 daripada RM1.50, manakala bagi roti canai harga maksimum iaitu dari RM1.20 hingga 90 sen dan teh tarik pula RM1.50 hingga 70 sen.

"Kementerian berterima kasih kepada kedua-dua persatuan ini kerana kesanggupan menurunkan harga. Walaupun tidak banyak tetapi mereka telah menunjukkan keprihatinan terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi sekarang.

"Ia terpulang kepada para peniaga, tiada paksaan. Namun kementerian berbesar hati sekiranya peniaga-peniaga lain turut mengambil langkah yang sama bagi kepentingan pengguna," katanya selepas merasmikan kempen turun harga oleh Presma dan Primas di sini hari ini.

Hadir hadir pada majlis perasmian itu ialah Presiden Presma, Jamarulkhan Kadir dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman.

Shahrir berkata, sebelum ini sebuah pasar raya telah bersetuju menurunkan harga barangan keperluan kepada pengguna.

''Tidak salah jika peniaga-peniaga kecil pula menurunkan harga kerana rakyat lebih berminat melihat di kalangan peniaga seperti ini untuk menurunkan harga bagi barangan tertentu.

"Saya sering mengingatkan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa keseluruhan untuk menurunkan harga barangan tetapi sebaliknya ia memerlukan kerjasama daripada peniaga dan pengguna," ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Presiden Primas, T. Muthusamy berkata, kedua-dua persatuan itu memahami masalah yang dihadapi oleh pengguna terutama ketika harga minyak tidak menentu.

"Justeru, kami telah bersetuju untuk memberi sokongan kepada kerajaan dengan memilih tiga jenis barang ini yang merupakan pilihan orang ramai.

"Walaupun pada dasarnya masih banyak barangan mentah yang belum diturunkan harga tetapi demi kepentingan pengguna, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat," katanya.

Saturday, November 8, 2008

Raja Petra bebas dari ISA



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibebaskan serta-merta. Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu pada pukul 9.45 pagi ini. Selaras dengan keputusan tersebut, Hakim Syed Ahmad Helmy memerintahkan supaya Raja Petra yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak dibawa ke hadapan beliau sebelum pukul 4 petang ini untuk pelaksanaan perintah itu. Raja Petra yang sebelum ini ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu berbadan agak gempal kelihatan kurus sedikit ketika tiba di mahkamah dengan diiringi lima warden pusat tahanan berkenaan pada pukul 3.05 petang.

Tepat pukul 3.20 petang, Hakim Syed Ahmad Helmy memulakan prosiding di mahkamah terbuka dengan memanggil Raja Petra. Beliau kemudian membenarkan tahanan ISA itu dibebaskan selaras dengan perintah yang dibuatnya pada sesi pagi. Terdahulu, dalam prosiding sesi pagi, Hakim Syed Ahmad Helmy membacakan penghakiman bertulis berhubung permohonan habeas corpus Raja Putra supaya dibebaskan daripada tahanan mengikut Seksyen 8 ISA dan mendapatkan pengisytiharan bahawa penahanannya tidak sah di sisi undang-undang.

Pada hemat Hakim Syed Ahmad Helmy, Raja Petra mesti dibebaskan setelah mahkamah mendapati bahawa alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA ke atas pemohon sebenarnya tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta tersebut. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri menyatakan Raja Petra perlu ditahan di bawah ISA dengan alasan berikut:

"Telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam dan peribadi Nabi Muhamad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini sekali gus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Selain itu artikel tersebut berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan Malaysia."

Bagaimanapun, selepas meneliti alasan menteri berkenaan, Hakim Syed Ahmad Helmy mendapati tiada sebarang asas bahawa Raja Petra menjadi satu ancaman kepada ketenteraman awam, baik dari segi politik, ekonomi mahupun pentadbiran negara.

Menurut hakim itu, dalam perintah penahanan yang dikeluarkan, menteri berkenaan mestilah memberikan alasan atau asas yang menyokong bahawa tindakan Raja Petra memang menimbulkan huru-hara dan ancaman kepada negara.

Hakim berkenaan turut menyentuh peruntukan di bawah Seksyen 8(b) ISA iaitu mahkamah mempunyai bidang kuasa melalui proses semakan kehakiman bagi tujuan menyemak keputusan menteri dalam melaksanakan kuasa di bawah ISA, sekiranya menteri melanggar mana-mana prosedur di bawah akta tersebut.

Mengenai hujah peguam bahawa penahanan Raja Petra berniat jahat pula, Hakim Syed Ahmad Helmy, bagaimanapun, berpendapat unsur mala fide bukannya satu intipati untuk menunjukkan ketidakpatuhan prosedur ketika mengeluarkan perintah tahanan.

Menurut Hakim Syed Ahmad Helmy, peruntukan di bawah Seksyen 8 ISA antaranya menetapkan seseorang boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri. Seksyen tersebut, kata beliau, digubal mengikut lunas-lunas Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, menurut hakim itu, penggunaan Seksyen 8 dalam pengertian tersebut adalah sah dan ia selaras dengan Artikel 149.

Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan antaranya merujuk kepada kesalahan menyebar perasaan permusuhan antara kaum yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam.

Raja Petra diwakili peguam-peguamnya yang terdiri daripada Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun, Ashok Kandiah, J. Chandra, Sreekant Pillai dan H.K. Meoh. Menteri Dalam Negeri selaku responden diwakili Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad dan Mohd. Dusuki Mokhtar. Peguam Salim Bashir pula mewakili Majlis Peguam. Sementara itu, di luar mahkamah, Abdul Wahab ditanya sama ada kerajaan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. Beliau memberitahu, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan Peguam Negara sebelum mengambil langkah selanjutnya

Friday, November 7, 2008

Penan: Tiada bukti dera seks

KUCHING 6 Nov. - Siasatan polis mendapati tiada bukti untuk mengatakan wanita kaum Penan mengalami penderaan seks oleh pekerja kayu balak di daerah Baram di Miri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis telah menghantar pasukan ke penempatan masyarakat terbabit di Baram untuk mengambil keterangan, bagaimanapun tidak memperoleh sebarang bukti mengenai dakwaan tersebut. Malah, menurutnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat dakwaan itu juga tidak memberi kerjasama serta keterangan terperinci kepada polis bagi membantu siasatan.

''Selain dua laporan kes kaum Penan, polis pada masa ini turut menyiasat 10 kes rogol di kawasan Baram membabitkan kaum- kaum lain yang turut tinggal di kawasan itu dan lima daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah.''Kes-kes itu termasuklah keskes lama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sehubungan itu, Musa memberitahu, polis telah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menangani gejala rogol yang membabitkan kaum Penan serta kaum- kaum lain di kawasan pedalaman negeri ini. Katanya, pasukan itu akan meneliti segala aduan dan laporan polis serta menyiasat akan kesahihannya menurut undang-undang berkaitan jenayah rogol.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mangsa atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung jenayah rogol membabitkan kaum pribumi di pedalaman Sarawak supaya membuat laporan polis agar boleh disiasat segera.''Kita akan siasat dan ambil tindakan terhadap laporan polis berhubung isu rogol ini meskipun kaum Penan atau yang lain mempunyai definisi jenayah rogol atau undang-undang masyarakat itu sendiri bagi menanganinya.

''Tidak timbul juga isu sama ada kaum Penan itu tidak mempunyai Mykad atau dokumen pengenalan diri menyebabkan mereka tidak dapat buat laporan, sesiapa saja boleh buat aduan termasuk saudara-mara, ketua kaum atau pemimpin masyarakat mereka dan polis pula akan tetap ambil tindakan'' ujarnya.

RM10.5j bayar 6 hakim

Kerajaan hari ini mengumumkan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman, 20 tahun lalu.Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2 juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh masing-masing mendapat RM500,000.Jumlah bayaran itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong sebelum ini telah mendesak kerajaan supaya mendedahkan jumlah pembayaran ex-gratia itu yang diumumkan pemberiannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada April lalu.Mohamed Nazri berkata, bayaran itu bukanlah jumlah yang sesuai kerana ia melibatkan harga diri dan maruah bekas hakim-hakim berkenaan.‘‘Kerajaan tidak pernah mempertikaikan bayaran yang dibuat kepada bekas-bekas hakim itu tetapi Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong, PKR-Wangsa Maju) yang mempertikaikan jumlah bayaran tersebut.

‘‘Sebenarnya kita tidak boleh meletak berapa harga yang sebenarnya patut dibayar sebab ia soal harga diri, mana boleh letak harga, tetapi kita bayar dan anggap jumlah tersebut sesuai,” jelasnya.Nazri menjawab celahan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang menyatakan bayaran itu terlalu rendah berbanding jawatan Salleh yang merupakan Ketua Hakim Negara adalah satu jawatan lebih penting daripada Perdana Menteri.Jawapan Nazri itu dibantah keras oleh Choo Keong yang turut mencelah dengan menyatakan ia adalah terlalu tinggi memandangkan bekas hakim-hakim itu menerima bayaran pencen.

‘‘Apa yang dikatakan oleh Choo Keong itu mempertikaikan jumlah bayaran. Gobalakrisnan menyatakan terlalu rendah dan Ahli Parlimen Wangsa Maju pula menyatakan terlalu tinggi, jadi tidak ada kesepakatan dalam jumlah bayaran yang harus diberikan, maka tindakan kerajaan adalah betul,” katanya.Beliau berkata, lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman (RM4,815), George Seah (RM5,916.90) Eusoffe (RM4,815), Wan Hamzah (RM6,508.59) dan Azmi (RM5,916.90).

Nazri menambah, apa jua bentuk bayaran kepada bekas hakim-hakim itu, ia tidak bermaksud bahawa kerajaan bersalah.Pembayaran ex-gratia itu dibuat sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim berkenaan yang terlibat dalam krisis kehakiman dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.Ex-gratia tersebut telah diserahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim pada Jun lalu kepada hakim-hakim terlibat.

Bagaimanapun Zaid enggan mendedahkan jumlahnya atas alasan permintaan oleh hakim berkenaan sendiri. Zaid meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 September lalu.Nazri menjelaskan, bekas hakim-hakim itu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.“Sekiranya bekas hakim-hakim itu dipecat mereka tidak layak mendapat pencen tetapi kerana telah ditamatkan perkhidmatan, maka mereka layak dibayar pencen mengikut Akta Pencen,” katanya. Nazri juga memaklumkan, kerajaan bersedia untuk membentuk panel hakim lain bagi menilai semula kes bekas hakim-hakim terbabit sekiranya terdapat fakta baru.

Wednesday, November 5, 2008

Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44

WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, BarackObama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain. Kemengan Obama ini akan membuka lembaran baru dalam landskap politik Amerika Syarikat juga politik dunia. Seluruh dunia berharap agar Obama akan dapat meneruskan semua agenda kempennya. Seluruh dunia juga berharap agar kemelut Kewangan AS dapat diatasi dengan segera agar sistem kewangan dunia akan kembali normal dan stabil.

RM7b rangsang ekonomi

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Antara intipati pakej tersebut ialah seperti berikut:

Caruman KWSP
Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun mulai 1 Januari 2009.

Pinjaman kenderaan
Bagi gred JUSA, had kelayakan pinjaman kereta dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000.
Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.
Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Pendidikan/Latihan
RM200 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur satu hingga enam tahun.
RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk “mission school”, RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.
Sebanyak RM200 juta bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum.

Jalan/Pengangkutan
RM500 juta untuk membina, menaik taraf jalan di luar bandar, jalan kampung dan jalan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar utama.

Peniaga kecil
Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit.

Tuesday, November 4, 2008

Mode Operandi Politik Murahan Anwar Ibrahim

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan dua perkara harian yang biasa kita tempuhi. Yang penulis ingin tekanan ialah sebenarnya, konsep/niat kepada cara untuk kita mengatasi kesulitan tersebut telah digunapakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jayanya.

1. Senario Satu

Kadangkala, jika seseorang itu berjanji untuk bertemu rakan-rakan tetapi beliau gagal untuk menunaikannya, beliau akan mencari alasan dengan menyalahkan orang lain atau apa pun kecuali diri sendiri.

Beliau akan salahkan jalanraya kerana sesak atau cuaca kerana hujan lebat. Pokoknya, beliau tidak mahu rakan-rakan kecewa atau pun marah dan mereka tetap percaya kepada beliau, walau pun hakikatnya beliau telah gagal menunaikan janji itu.

2. Senario Dua

Makanya, untuk pertemuan seterusnya, beliau akan letakkan syarat-syarat kepada rakan-rakan terlebih dahulu dengan apa cara sekali pun.

Dan jika janji seterusnya tidak dapat ditunaikan juga, maka ia bukannya salah beliau tetapi salah rakan-rakan beliau.

16 hb September 2008 telah menyaksikan Anwar Ibrahim telah gagal di dalam misi beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah gagal menunaikan janji beliau.

Dan pada saat ini, beliau adalah seorang pemimpin besar yang sedang menahan malu kerana kredibiliti beliau tercalar dek mainan politik beliau sendiri.

Realitinya, tiada siapa pun yang menekan atau memaksa beliau untuk melakukan sesuatu yang majestic pada 16 September 2008.

Ramai rakan dan lawan beliau yang mahu beliau menunjukkan 'kejantanan' beliau untuk memikirkan hal-hal negara mengikut lunas-lunas demokrasi.

Dan motto 'Anwar Perdana Menteri pada 16 September' adalah salah satu daripada ungkapan yang digunakan untuk menarik undi penduduk Permatang Pauh dan ungkapan tersebut juga merupakan sumber semangat kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

1. Siapakah yang tidak teruja apabila pemimpin yang mereka sanjungi itu akan menjadi perdana menteri Malaysia hanya beberapa hari sahaja selepas menjadi MP Permatang Pauh?

2. Siapakah yang tidak akan mulai memasang angan-angan untuk menjadi orang penting di dalam kabinet Anwar Ibrahim jika beliau memerintah negara ini?

3. Siapakah yang tidak akan kagum dengan ke'cerdikan' Anwar Ibrahim yang mampu menjadi Perdana Menteri TANPA mengikut lunas-lunas normal negara yang dicintai ini?

Pokoknya, ungkapan "Anwar Ibrahim Perdana Menteri 16 September" telah membawa satu semangat dan keghairahan yang amat tinggi kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Malah, mereka yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, pastinya turut terasa akan aura yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini, Anwar Ibrahim telah gagal. Dan beliau telah mengguna pakai Senario Satu (seperti di atas) iaitu menyalahkan orang lain dan keadaan.

Beliau menyalahkan Pak Lah, Taiwan, politik dan sebagainya, pada hal beliau sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana memimpikan bulan di langit dan berbohong.

Akan tetapi, Anwar Ibrahim cepat belajar dari kesilapan strategi politik beliau itu. Beliau lebih cerdik kali ini dan telah menggunapakai Senario Dua (seperti di atas)

Jika kita ikuti kenyataan akhbar Anwar Ibrahim, anda tentu bersetuju dengan penulis.

Ikutilah:-

"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya....

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.....

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.....

"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya......

"Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang ditetapkan......

Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta.

Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.

Seperti yang penulis katakan, kali ini Anwar Ibrahim telah belajar dari kesilapan beliau.

Dan seperti Senario Dua, beliau telah meletakkan pelbagai syarat terlebih dahulu (hampir semua yang boleh difikirkan termasuk yang tidak masuk akal) kepada segala yang beliau akan lakukan selepas ini.

Maksudnya, jika isu MP melompat ke PKR dan menubuhan kerajaan baru gagal terlaksana, Anwar Ibrahim boleh 'membasuh tangan beliau' dengan menyalahkan orang lain, sistem demokrasi, jalan raya dan pelbagai lagi. Canggih!

Pokoknya, Anwar Ibrahim mahu dunia tahu bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang telah 'berusaha sepenuh jiwa dan raga' dan mempunyai 'pelan politik yang amat praktikal dan logik' akan tetapi keadaan 'amat mencemburui' beliau.

Padahal, satu fakta yang paling jelas ialah Anwar Ibrahim telah berbohong.

Patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau semasa pilihanraya Permatang Pauh tempoh hari.

Dan sebagai seorang pemimpin yang licik, beliau tidak mungkin tidak mahu menggunakan apa sahaja cara untuk menang termasuk mengaku sumpah.

Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim tahu beliau sedang berbohong.

Seperkara lagi, MalaysiaKini juga melaporkan :-

Katanya (Anwar Ibrahim), tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat.

Persoalannya :-

1. Di manakah logiknya dakwaan Anwar Ibrahim ini atau ia hanya sekadar gimik murahan untuk meraih undi?

2. Apakah menegur dan tidak sensitif kepada hak agama orang lain adalah perubahan yang Anwar Ibrahim mahukan?

Seperti kata penulis, patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau.