Thursday, November 13, 2008

Pembangkang tandus idea bangkit isu Negaraku

Tindakan wakil rakyat pembangkang membangkitkan isu polis menyuraikan perhimpunan haram ketika pesertanya sedang menyanyikan lagu Negaraku, membuktikan mereka telah ketandusan idea bagi meraih sokongan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, pembangkang tiada lagi isu yang boleh dimainkan setelah dakwaan mereka sebelum ini bahawa sebahagian besar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat parti tidak menjadi kenyataan.

‘‘Saya percaya pihak pembangkang sengaja hendak buat isu. Mereka terus cari bermacam-macam perkara bagi menarik perhatian rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) hari ini bahawa polis telah menyuraikan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Pusat Sivik Petaling Jaya pada Ahad lalu, ketika peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Polis turut menahan dua wakil rakyat dari DAP iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San.

Menurut Chee Heung, jika benar dakwaan bahawa polis melakukan perbuatan berkenaan ia bukan bererti anggota pasukan itu tidak menghormati lagu kebangsaan

No comments: