Thursday, July 30, 2009

"Inkuiri Kematian Mengikut CPC berhubung kematian Teoh Beng Hock"

Berikut ialah terjemahan penuh kenyataan media Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkenaan inkuiri berhubung kematian Teoh Beng Hock mengikut Kanun Acara Jenayah (CPC) bertajuk "Inkuiri Kematian Mengikut CPC berhubung kematian Teoh Beng Hock":

Tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayahialah untuk menyiasat bila, di mana, dan cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Ini telah dijelaskan dalam keputusan kes Re Loh Kah Kheng (1990) 2 MLJ 126 Dzaiddin J (bekas Ketua Hakim Negara pada ketika itu),

"Adalah mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu inkuiri mengikut Bab XXXII CPC ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terlibat dalam menyebabkan kematian itu (s 337).

Definisi "Punca kematian" di bawah s 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan sahaja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh di mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.

Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan inkuiri dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutamanya keterangan dengar cakap. Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa."

Di bawah Seksyen 333 Kanun Acara Jenayah, seorang Majistret boleh mengenepikan inkuiri jika beliau berpuas hati dengan punca kematian tetapi dalam semua kes lain adalah mandatori bagi Majistret untuk mengadakan inkuiri; lebih-lebih lagi dalam kes-kes sebegini yang melibatkan kematian mengejut. Mengadakan inkuiri serupa oleh Suruhanjaya Diraja akan mewujudkan pertindihan.

Dalam kes Teoh Beng Hock, saya telah mengambil tindakan di bawah seksyen 339 (1) Kanun Acara Jenayah untukmengarahkan Majistret mengadakan inkuiri bagi mengetahui punca dan keadaan yang ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock dan Majistret wajib mengadakan inkuiri itu. Oleh itu, adalah jelas bahawa ia cara yang memadai dan venue yang sesuai yang disediakan oleh undang-undang bagi kes-kes sebegini.

Selain itu, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Fungsi Suruhanjaya Diraja ini tidak harus dikelirukan dengan inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah.Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, jelas merujuk kepada siasatan terhadap tatalaku dan pengurusan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan atau bagi kebajikan awam.

Definisi kebajikan dalam The New Shorter Oxford English Dictionary ialah "kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan baik atau kekayaan seseorang, masyarakat dll; kejayaan kemajuan, kemakmuran.". Oleh itu, ia tidak boleh diperluaskan untuk meliputi inkuiri bagi kematian sebegini, di mana inkuiri oleh Majistret di bawah Kanun Acara Jenayah adalah lebih sesuai dan disokong oleh undang-undang.

Setakat ini, misalnya Suruhanjaya Siasatan Diraja telah ditubuhkan, antara lain, berhubung tragedi-tragedi di Terminal Feri Pulau Pinang dan Bright Sparklers Fireworks. Rekod menunjukkan terma rujukan bagi kedua-dua tragedi meliputi perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan pematuhan terhadap prosedur dan standard keselamatan. Tragedi dan bencana itu telah menyebabkan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian dan tidak mematuhi prosedur operasi oleh pihak berkuasa relevan. Tiada yang menyentuh mengenai punca kematian bagi satu orang.

Oleh yang demikian, dengan Kanun Acara Jenayah sebagai undang-undang yang spesifik yang mempunyai peruntukan bagi diadakan inkuiri kematian, dengan itu adalah sewajarnya bagi Mahkamah menentukan punca kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah cara yang betul dan mengikut undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan penyiasatan.

Apa yang penting ialah kita mesti mematuhi Undang-undang negara. Demi keadilan, perlu diselesaikan bagi kepentingan bersama di pihak kerajaan dan awam. Inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah dibenarkan oleh undang-undang dan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah mekanisme untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama. Ia juga akan menyelesaikan sepenuhnya semua kebimbangan di pihak kerajaan dan orang ramai. - Bernama 24 Jul 09

sumber : Megat Rambai.

Kematian Teoh: Taktik pembangkang supaya rakyat terus membenci Kerajaan

Oleh: Tulip Desa

Pakatan Rakyat dibelenggu dengan pelbagai masalah yang dilihat boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap pakatan. Bermula dengan kes liwat DSAI yang tertangguh, masalah tanah penduduk di Kg. Buah Pala dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan yang terbaru kematian Teoh Beng Hock berhubung penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat bijak mengalih pandangan rakyat dengan mengadakan perhimpunan haram dan meletakkan perkara yang berlaku berpunca daripada Kerajaan. Sungguh menghairankan, kes tersebut masih dalam siasatan, pembangkang sudah menjatuhkan hukuman ke atas Kerajaan, polis dan SPRM. Inilah modal politik pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

Kematian Teoh Beng Hock umpama senjata baru bagi DSAI, Khalid Ibrahim, Ronnie Liu (Exco Selangor, DAP) dan Ean Yong Hian (Exco Selangor, DAP) untuk menutup segala perbuatan terkutuk mereka. Kini semuanya terhenti dengan kematian seorang setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Kematian Teoh merupakan kesinambungan taktik pembangkang agar rakyat terus membenci Kerajaan. Pembangkang akan mencipta pelbagai strategi agar persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan berpanjangan sehingga Pilihan Raya Ke-13.

Justeru itu, Tulip merasakan Kerajaan perlu membongkar dan mendedahkan kes penyelewengan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengetahuan rakyat. Stigma kebencian yang ditanam oleh pembangkang dalam minda rakyat agar membenci Kerajaan haruslah dihapuskan. Kerajaan juga berhadapan dengan tugas yang berat untuk mengubah persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan, polis dan badan perundangan.
Sumber : Wira Malaysia Blog

Monday, July 27, 2009

1,000 sertai UMNO, bukti PKR ditolak di Sabah

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan kira-kira 1,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bahagian Silam, Lahad Datu, Sabah keluar parti untuk menyertai UMNO semalam membuktikan parti itu tidak mampu untuk bertapak di Sabah.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pihaknya mengalu-alukan kemasukan semua bekas ahli PKR berkenaan ke dalam UMNO dan berharap mereka boleh menjadi ahli yang setia serta tidak mengecewakan parti.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam MCA dan MIC baru-baru ini iaitu tindakan bekas Naib Presiden mereka, Datuk Dr. Chua Jui Meng dan Datuk S.S Subramaniam keluar parti untuk menyertai PKR terjadi kepada UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kira-kira 1,000 ahli PKR dari Bahagian Silam, Lahad Datu, Sabah termasuk Exco Wanita PKR Pusat, Siti Sarina Che Ismail mengumumkan keluar parti untuk menyertai UMNO.

Penyertaan beramai-ramai bekas ahli PKR ke UMNO itu diketuai oleh bekas ahli jawatankuasa perhubungan PKR negeri Sabah yang juga bekas Ketua PKR Bahagian Silam, Hassan Malempeng.

Mereka bersama-sama 23 orang bekas ketua cawangan PKR menyerahkan borang penyertaan UMNO masing-masing kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur.

Menurut Hassan, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR secara sukarela selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan PKR yang tidak jelas, sebaliknya mereka yakin terhadap perubahan kepimpinan baru UMNO.

Katanya, beliau yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan ''1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan''.

Ujar Ahmad, ahli-ahli UMNO mesti setia kepada perjuangan parti dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berjuang untuk membela nasib rakyat serta membangunkan negara ini.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tindakan itu membuktikan bahawa rakyat telah sedar hanya BN mampu memperjuangkan nasib mereka.

"Keputusan ini menunjukkan mereka telah sedar bahawa selama ini perjuangan mereka adalah sia-sia.

"Mereka telah nampak bahawa hanya BN yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat di peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Salleh, pelbagai masalah yang ditimbulkan pembangkang terutama di Semenanjung telah menyedarkan rakyat bahawa pakatan pembangkang terlalu rapuh dan hanya inginkan kuasa.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan masih ramai yang berminat menyertai UMNO

Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, July 25, 2009

Penangguhan kes menjadi tali jerut Pakatan Rakyat.

Oleh Cakap Pasal.

Mahaliwat Anwar Al Juburi sekarang lagi terjerat antara masuk neraka dan jatuh ke dalam api. Pertama sekali sebagai seorang peliwat, pesalah, dan bekas banduan Al Juburi tidak mahu dikenakan penjara. Lepas enam tahun pernah duduk dalam penjara dia sudah tahu mengarah Polis membuli Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar untuk menutup fe'el dia suka main punkok dan tibai bini orang itu tidak berbaloi. Last sekali dia masuk penjara.

Sekarang ni Al Juburi hanya menunggu masa untuk dihumban ke dalam penjara sekali lagi - kali ini mungkin selama 20 tahun. Jadi memang boleh difahami jika Al Juburi bekas banduan mahu lewatkan bicara kes Sodomy 2 sejauh mana yang boleh.

Semalam, sekali lagi Al Juburi telah berjaya juga buat seketika bila mahkamah tangguhkan kes Sodomy 2 hingga 2hb September 09. Sila ingat bahawa Al Juburi telah dipecat daripada UMNO pada 2hb September 1998 - 11 tahun sudah. Mungkin Hakim Mahkamah Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah faham juga significance tarikh itu. Itulah tarikh keramat setan dihalau keluar daripada parti UMNO.

Tetapi dari sudut strategi politik pula, melewatkan kes akan memalukan dan merugikan lagi gerombolan Pakatan Rakyat yang diketuai Al Juburi. Melewatkan kes Sodomy 2 lebih menguntungkan BN. Tetapi fakta ini bersyarat. Syaratnya bukti mesti cukup untuk mendapati Juburi bersalah melakukan liwat.

Katakanlah kes di tangguhkan sehingga 2010 atau 2011, sudah makin dekat dengan pilihanraya, dan katakanlah bukti bukti sangat jelas dan cukup untuk menghukum Juburi. Pengundi dan rakyat jelata akan sedar dan nampak akan penipuan dan pembohongan Juburi. Peguambela utama Juburi, Sulaiman Abdullah sudah menarik diri daripada kes ini. Alasannya kononnya Sulaiman Abdullah sakit tenat - dekat nak mati dah. Tetapi jika kes ini di tangguh berbulan-bulan atau sampai 2010 atau 2011 dan Sulaiman Abdullah masih hidup, bernyawa sihat wal afiat tetapi TIDAK MAHU menyertai kembali regu peguam Al Juburi, sudah pasti umum akan bertanya apa pasal Sulaiman tidak mahu masuk semula menjadi peguambela Juburi?

At last umum akan faham bahawa selepas 10 tahun (sejak 1999) Sulaiman sudah tidak tahan putar belit dan penipuan Al Juburi. Sebenarnya Sulaiman Abdullah tidak mahu menjadi peguam Anwar Ibrahim Al Juburi lagi (kecuali Al Juburi membayar Sulaiman duit upah US Dollars dalam guni dan kampit - kurang kurangnya menjadi nasihat dan tunjuk muka sahaja di mahkamah).

Dan sekarang Pakatan Rakyat pula nampak sudah mahu retak, pecah dan hancur. Yang terkini adalah penyelewengan wang oleh EXCO Selangor (Ronnie Liu, Ean Yong dan lain-lain) yang berleluasa dan teratur. Ura-ura penyelewengan ini telah bermula di Pulau Pinang apabila ahli parti DAP sendiri membuat laporan kepada MACC menuduh rakan parti terlibat dalam rasuah. Sebelum itu Ketua Menteri Lim Guan Eng telah umumkan hadiah RM10,000 jika sesiapa pun boleh membocorkan sebarang kes rasuah dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Maksudnya memang berlaku rasuah dalam parti DAP dan Pakatan Rakyat.

Lepas itu pula YB Wee Choo Keong ahli Parlimen Wangsa Maju dan juga ahli Pakatan Rakyat telah gemparkan kita semua dengan tuduhan beliau bahawa wakil rakyat Pakatan (Ronnie Liu dan rakan2) terlibat dengan geng kongsi gelap Cina di Selangor. Ekoran daripada pendedahan Wee, seorang anak muda DAP Teoh Beng Hock telah mati terjatuh daripada pejabat MACC. Apakah ini kes bunuh diri atau kes dibunuh sekarang menjadi kes siasatan Polis.

Jelas bahawa Pakatan Rakyat berada diambang kehancuran politik. Mereka belum lagi memerintah negara, cuma setakat empat buah negeri sahaja dan tidak lama pun, hanya 16 bulan. Tetapi dalam masa yang singkat ini dan kawasan yang kecil ini kita boleh lihat mereka lebih mirip binatang sarkis dan binatang buas. Bayangkan jika mereka memerintah kerajaan persekutuan atau memegang kuasa lebih lama? Hancurlah negara.

Jadi lagi lama kes Sodomy 2 di tangguhkan, lagi banyak ancaman dan bahaya bakal menimpa Pakatan Rakyat. Jika kes Sodomy 2 ditangguhkan, Pakatan Rakyat mendokong beban risiko yang sangat tinggi lebih dekat dengan pilihanraya umum ke 13.

Bagi pihak BN pula, sekiranya bukti bukti kes mahkamah untuk menghukum Juburi adalah kukuh ianya lebih bagus jika kes Sodomy 2 di tangguhkan. No problem. Bayangkanlah Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan yang mantap dan mengejutkan dalam mahkamah - dan berita itu tersebar luas dan sesudah di bedah siasat oleh Blog dan media, masih di dapati kukuh - mampus lah Pakatan Rakyat dulu, lepas itu Anwar pun mampus. Dan bayangkanlah kes masih berada pada tahap awal. Lepas itu, akan datang lagi saksi dan bahan bukti (video cctv, DNA, sekuriti guard, doktor dan ramai lagi) yang semuanya akan memberi saksi yang tidak dapat dinafikan oleh peguam Anwar - mampus lah Pakatan Rakyat, mampus lah Anwar.

Tetapi Anwar peduli apa - dia akan masuk penjara 20 tahun. Kekawan Pakatan Rakyat tak nampak ke?

Friday, July 24, 2009

Syed Ali kecam Anwar

KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu.

Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu.

''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Semalam, Kabinet bersetuju menubuhkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret bagi menentukan punca kematian Beng Hock minggu lalu.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut bersetuju menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM.

Syed Ali seterusnya berkata, sebelum ini, pihak pembangkang menjadikan kes kematian Beng Hock sebagai modal politik dengan mengadakan perhimpunan haram sambil mengkritik kerajaan, polis dan SPRM.

Tambah beliau, apabila kerajaan bersetuju menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja tersebut, Anwar pula mempersoalkan kewajaran langkah itu.

''Dia (Anwar) awal-awal lagi sudah membuat andaian dan tuduhan melulu, kononnya inkues dan suruhanjaya itu mempunyai kepincangan dan kelemahan," katanya.

''Sudah menjadi lumrah politik, dia sentiasa mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun usaha tersebut untuk kebaikan rakyat,'' ujarnya.

Menurut Syed Ali, Anwar sepatutnya memberi sepenuh kebebasan dan ruang kepada inkues dan suruhanjaya diraja memulakan tugas mereka.

Sebelum itu, Anwar dalam laman blognya menuduh suruhanjaya diraja yang ditubuhkan itu bukan untuk menyiasat punca sebenar kematian Beng Hock, tetapi hanya mengkaji peraturan soal siasat seterusnya dan tidak menjawab teka-teki kematiannya.

Sunday, July 19, 2009

POLITIK CARA PAKATAN RAKYAT : ISU ASAL DIKABURI DENGAN "ISU COVER" ...

Sama-sama kita renungkan segelintir dari ISU ASAL dan kewujudan "ISU COVER" ... Banyak lagi sebenarnya, tapi kat sini aku senarai hanya untuk lima (5) isu sahaja ...


(Isu 1):
---------
Masih INGAT LAGI ? ......

Isu EXCO/ADUN BUKIT SELAMBAU yang dikatakan mencemar nama baik parti PKR kerana mengusung perempuan bukan isteri rasminya ke majlis rasmi Kerajaan Negeri? INI ADALAH ISU ASAL.

Tetapi, ianya ditutup dengan "ISU COVER" , KONONNYA (BEKAS) ADUN BUKIT SELAMBAU ITU MENERIMA UGUTAN BUNUH! (Maka, dia pun lari/"dilarikan" seketika ke India kot?) ADUN itu meletak jawatan dan telah ada satu PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU.

DIADAKAN UNTUK MENUTUP ISU... KESANNYA, RAKYAT LUPA ISU ASAL.


(Isu 2):
---------
Masih INGAT LAGI ? .....

Isu ADUN BUKIT LANJAN yang dikatakan mencemar nama baik parti PKR kerana "bersama" dengan lelaki tanpa nikah di rumahnya - sehingga muncul gambar "anu"nya yang bertebaran di Internet? INI ADALAH ISU ASAL.

Tetapi, ianya ditutup dengan "ISU COVER" ADUN BUKIT LANJAN ITU KONONNYA DIANIAYA! (Maka, boyfriendnya pulak dah lari ke Australia kot?) Sampai sekarang batang hidung boyfriendnya langsung tak kelihatan. Perhimpunan jalanan menunjukkan rasa simpati dianjurkan untuk mengalih isu asal. ADUN BUKIT LANJAN pegi Kelantan jumpa Nik Aziz dan berceramah atas pentas PAS.

KESANNYA, RAKYAT DAHPUN LUPA ISU ASAL.


(Isu 3):
---------
Masih INGAT LAGI ? .....

Isu PERPINDAHAN LIM GUAN ENG (KM PENANG) DARI RUMAH LAMA KE RUMAH BARU YANG DIKATAKAN LEBIH MEWAH dan ianya dikatakan mencemar nama baik parti DAP? Rakyat mula nampak bahawa "KHALIFAH LIM GUAN ENG" ni seorang yang seakan-akan sudah lupa daratan. INI ADALAH ISU ASAL.


Tetapi, ianya ditutup dengan "ISU COVER" KONONNYA RUMAH KHIR TOYO BERNILAI RM24JUTA ! Sehinggakan ada ADUN Pakatan yang sanggup nak jadi Agen Jual Rumah Khir Toyo tu untuk dapat Komisyen! HAHA! Isu asal - rumah KHALIFAH PENANG dah mula tenggelam dek isu panas RUMAH KHIR TOYO.

INI ADALAH UNTUK BERSELINDUNG ... KESANNYA, RAKYAT TERUS LUPA ISU ASAL.



(Isu 4):
---------
Masih INGAT LAGI ? ....

Isu PERGOLAKAN ANTARA PEMIMPIN PAKATAN (PKR) DI SELANGOR. Khasnya di antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Azmin yang mula mengasak kredibiliti MB Selangor bertubi-tubi. Katanya ada niat untuk jadi MB, sehinggakan Rakyat mula nampak seolah-olah sesama Pakatan di Selangor tidak sebulu dan bercakaran sesama sendiri!


Ia dikatakan mencemar nama baik parti PKR. INI ADALAH ISU ASAL.
(Teruskan membaca Isu 5 di bawah)


(Isu 5):
---------
Masih INGAT LAGI ?

Isu PERGOLAKAN ANTARA PEMIMPIN PAKATAN (DAP) DI SELANGOR. Khasnya ADUN DAP dengan EXCO DAP. Ada ADUN yang "amat berani" menyuarakan tuduhan bahawa ada EXCO DAP Selangor yang menjalankan aktiviti serta "bersekongkol" dengan Kongsi Gelap! Malahan ada juga disebut bahawa EXCO terbabit telah salahguna kuasa ....


Seluruh Selangor khasnya dan Malaysia amnya terkejut dengan kenyataan ADUN tersebut lantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka untuk menyiasat. ISU NI SUNGGUH BESAR ! SAMA SEPERTI ISU NO.4 DI ATAS ...

Ia dikatakan mencemar nama baik parti Pakatan Rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat Malaysia. INI ADALAH ISU ASAL.


Tetapi, entah taqdir mahupun "konspirasi?" ... S/U Politik seorang Exco Selangor tiba-tiba MATI AKIBAT JATUH BANGUNAN BERDEKATAN SPRM ! ... Sewaktu siasatan SPRM sedang dalam proses memanggil pihak-pihak terlibat dalam isu asal.


SEPERTI BIASA, "ISU COVER" PUN MULA DIADA-ADAKAN !! ... SETELAH KEMATIAN S/U TERSEBUT, BELUMPUN PIHAK BERKUASA MENYIASAT PUNCA KEMATIANNYA, PUAK PAKATAN TERUS BERDEMONSTRASI (BIKIN ISU) JALANAN UNTUK KONONNYA "MEMBELA" KEMATIAN S/U TERBABIT. Seolah-olah memberi gambaran bahawa SPRM perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.


Dianjurkan pelbagai acara untuk menonjolkan ISU KEMATIAN S/U TERSEBUT DAN CUBA MENYALAHKAN SPRM.


Sedangkan, ISU ASAL iaitu Exco disiasat Salahguna Kuasa & berhubung dengan Kongsi Gelap yang melibatkan EXCO Selangor SUDAH MULA DILUPAKAN RAKYAT ... Tutup Isu Asal dengan tonjolkan Isu Baru .... DEMI MENJAGA NAMA BAIK PAKATAN ...

Inikah POLITIK CARA PAKATAN RAKYAT ??? .... MATA RAKYAT TERUS DIKABURI DENGAN ISU ...

Friday, July 17, 2009

Membunuh Diri atau Dibunuh Untuk Menekan SPRM?

Tidak ada seorang yang waras pun akan mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak Teo Beng Hock, pembantu EXCO Selangor, YB Ean Yong Hian Wah dari tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor.

Namun beberapa wakil rakyat Pakatan DAP-PAS dan PKR dengan cepat mendakwa SPRM bertanggungjawab. Malah malam tadi kira-kira 500 orang hadir di hadapan Plaza ini bagi "memaki hamun" pemimpin Negara dan SPRM. Terdapat juga banting yang menuduh Teo dibunuh oleh SPRM.

Malahan penulis terdengar teori seorang wanita berbangsa Cina yang jikalau tidak silap ialah pegawai penyelidik di Pejabat MB Selangor.
Beliau membuat andaian kononnya Pegawai SPRM terlepas pegangan sewaktu cuba menakutkan Teo ketika siasatan sedang berjalan. Pegawai SPRM mungkin menjalankan siasatan secara kekerasan dengan cuba menakutkan Teo untuk menolak beliau jatuh dari bangunan tersebut. Bagaiamanapun kerana terseilap langkah ia terlepas dan menyebabkan Teo terkorban.

Andaian-andaian sedemikian akan muncul dan dijadikan alat untuk menyebarkan kebencian kepada SPRM.

Jika benar andaian ini berlaku pada pukul 3- 6 pagi, adalah mustahil tida sesiapa pun nampak kejadian tersebut memandangkan wujud beberapa kedai makan 24 jam sekitar Plaza Masalam.

Adalah mustahil Teo langsung tidak menjerit ketika ditakutkan di tingkap mahu pun ketika dijatuhkan. Jika beliau menjerit pasti pelanggan atau sekurang-kurangnya pekerja di kedai makan berdekatan dapat mendengar jeritan tersebut. Ini memandangkan ketika waktu pagi tiada bunyi bising yang boleh menghalang suara Teo memecah kesunyian pagi.

Teori yang terbaik ialah Teo membunuh diri kerana malu dengan bukti-bukti yang didedahkan oleh SPRM. Bekas wartawan Sin Che Jit Poh ini dikenali di akhbar tersebut sebagai seorang yang sangat membenci Kerajaan, UMNO dan orang Melayu. Sikap perkaumannya amat jelas sekali ketika itu.

Teo selalu membuat kenyataan bahawa Kerajan BN sebagai kerajaan korup dan pemimpin Melayu merupakan pemimpin yang korup. Bagi orang sebegini sudah tentu beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa SPRM mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan pemimpin DAP termasuk "boss"nya lebih korup.

Malah dipercayai Teo juga terbabit dengan penyalahgunaan dana peruntukan wakil rakyat.

Apabila SPRM meminta dokumen-dokumen yang tertentu supaya dibawa pada hari ini, Teo tentu sedar bahawa hanya masa akan menentukan bila SPRM akan mula melengkapkan kes yang akan memalukan beliau dan bossnya.

Inilah yang merungsingkan akal fikirnya lalu mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri. Beliau berharap dengan membunuh diri di dalam kawasan bangunan SPRM, maka imej dan maruah beliau, bossnya dan keluarga mereka akan terselamat.

Beliau tahu perhatian akan beralih kepada SPRM apabila beliau dijumpai mati di dalam bangunan SPRM. Malahan beliau juga berharap dokumen-dokumen yang beliau miliki yang dapat membuktikan kesalahanya dan Ean tidak akan terdedah lagi dengan kematiannya.

Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu menjilat ludah sendiri. Tiada lagi maruah dan harga diri jika beliau atau bossnya didapati bersalah.

Teori yang tidak mustahil juga ialah pembunuhan ini dirancang oleh kumpulan "underworld" yang dikatakan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong sebagai menguasai Ronnie Liu dan Kerajaan Negeri.

Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kerajaan DAP Selangor.

Mungkinkah Teo ada menghubungi seseorang memberitahu beliau telah bebas dari siasatan dan ingin tidur sebentar di sofa pejabat tersebut?

Bagaimana jika ada kumpulan gangster yang telah sedia berada sekitar kawasan tersebut menunggu Teo keluar telah mendapat maklumat Teo telah bebas tetapi tidur hadapan pejabat SPRM. Apakah tidak mustahil mereka yang mencampakkan Teo ke bawah untuk menyelamatkan "rakan kongsi" mereka dalam kerajaan negeri?

Tentulah kita rasa hairan dan mustahil bahawa tiada seorang punrakan Teo, termasuk Ean mahu pun peguamnya Monaharan tunggu di luar pejabat SPRM sehingga habis soal siasat. SPRM hanya tidak membenarkan peguam masuk ke dalam bilik memberi keterangan namun ia tentu tidak menghalang sama sekali untuk peguam mahu pun boss Teo berada di lobi pejabat.

Mengapa mereka meninggalkannya seorang diri? Apakah telah wujud perancangan membunuh Teo bagi menyalahkan SPRM dan menutup lubang-lubang penyelewengan mereka?

Kematian Teo akan dipergunakan sepenuhnya oleh Pakatan untuk menekan SPRM agar tidak terus menyiasat penyelewengan mereka.

SPRM harus kuat dan tabah menjalankan tugas. Jangan peduli tekanan Pakatan ini.

Renungan Tiga Sungai : Ini adalah konspirasi Pihak Pakatan Rakyat yang didalangi oleh DAP untuk mengalih isu rasuah wakil rakyat mereka. Nyawa Teo telah menjadi gadaian mereka bagi menyalahi SPRM dan kerajaan BN. Kalau takut kenapa buat rasuah..... Apa komen BABI terhadap perkara ini????

Wednesday, July 15, 2009

Melayu Semakin Bersatu : Lihatlah di Manik Urai



Kalah menang perkara biasa. aku menungukan indikasi perbezaan keputusan pilihanraya mac 2008 dan manik urai..


KONKLUSI DAN INDIKASINYA MAKIN KUAT..

di wakaf mempelam calon pas wahid endut hilang undi melayu di kawasan kuatnya, nizar barua waktu bertanding di bukit gantang hilang 5000 undi melayu dan malam ini pas hilang 1287 lebih undi melayu di manek urai..

PROTES MELAYU TERUS KONSISTEN, AYUH KUATKAN USAHA PENERANGAN. UMNO JANGAN TIDO, TERUTAMANYA UMNO DI NEGERI-NEGERI YANG KALAH. PENANG,KEDAH DAN SELANGOR !

Sumber : Blog antipkr

1) Keputusan pilihanraya kecil Manek Urai telah memberi mesej yang jelas bahawa PAS sudah tidak dipercayai oleh rakyat kelatan. Mereka sudah berani meyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan PAS pimpinan Guru Nik Aziz yang nyata-nyata sudah lari dari konsep awal penubuhan PAS.

2) Kawin Gantung antara PAS+PKR+DAP telah meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu. PAS lebih banyak mengikut keputusan DAP dan PKR berbanding dengan membuat keputusan sendiri.

3) Tahniah diucapkan kepada Pimpinan YAB Datuk Seri Najib atas perubahan yang telah beliau janjikan terhadap rakyat tanpa mengira warna kulit. Konsep 1Malaysia telah menyelami jiwa rakyat dan seluruh rakyat Malaysia menyokong kepada gagasan itu.

Tuesday, July 14, 2009

Keputusan Pilihanraya DUN N4 Manik Urai

PAS, 5.348, Umno 5,283, majoriti, 65. Margin: 0.61%

Dari segi keputusan BN kalah. Tapi dari segi moral BN menang besar. Teruskan perjuangan. Syabas seluruh jentera BN di Manek Urai. Sekalung Tahniah Kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, July 12, 2009

11 ‘hadiah rakyat’ sempena 100 hari pentadbiran DS Najib


NAJIB Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai pada majlis 100 Hari Perdana Menteri Bersama Rakyat manakala gambar kanan Perdana Menteri semasa berucap pada majlis itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"

"Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"

"Langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin"

"Saya turun padang melihat rintihan rakyat... juga merasai gundah gulana mereka dan meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpin"

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan"

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Monday, July 6, 2009

PAS TELAH TERTIPU OLEH ANUWAR AL JUBURI

Patutkah kita bersimpati kepada sesetengah penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Dilihat sesetengah penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.


"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah."
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
"Pas rela korbankan umat Islam."
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
"Pas khianati orang Melayu".
"Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.
Justify Full
CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.Mengapa begitu mudah Nik Aziz menerima dan memaafkan Anwar, tetapi tidak kepada UMNO? Untuk Anwar terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari
www.belantan.blogspot.com

Konsep 1Malaysia diterjemahkan oleh PM dengan melakukan aktiviti turun padang di Pasar Sibu Sarawak

PM turun padang lawat Pasar Malam Sibu


NAJIB Tun Razak meninjau keadaan para peniaga selepas mengadakan lawatan mengejut di Pasar Malam Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 5 Julai - Bersesuaian dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan mengejut ke Pasar Malam Sibu di sini petang ini.

Beliau yang sepatutnya merasmikan Pesta Kebudayaan Tiong Hua Malaysia Ke-26 meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dengan para peniaga di situ.

Beliau turut diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, timbalannya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan kabinet negeri.

Jika sebelum ini, Perdana Menteri banyak mengadakan tinjauan serta lawatan mengejut di Semenanjung, namun kali ini beliau turun padang melihat golongan peniaga di Sarawak pula.

Lawatan beliau itu mengundang rasa gembira di kalangan para peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum di negeri ini.

Kunjungan Najib ke Sarawak merupakan kali ketiga bagi tempoh dua bulan sebelum dijangka menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, July 1, 2009

Ekuiti Nasional ditubuh


Najib Tun Razak ketika memberikan ucaptama pada Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur semalam. – Utusan / Mohd. Nazudeen Mahmud

KUALA LUMPUR 30 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion.

Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, Ekuinas berbeza dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi.

Perdana Menteri berkata, penubuhan Ekuinas adalah sebahagian daripada pendekatan baru kerajaan untuk memastikan penyertaan bumiputera yang bermakna dan efektif.

“Sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.

“Jadi kita ganti FIC dengan satu instrumen baru iaitu Ekuinas yang akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera yang berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2009 di sini hari ini. Persidangan itu dihadiri lebih 1,000 pengurus dana dan pemimpin korporat.

Pada 1990, ekuiti bumiputera berada pada tahap 19.3 peratus dan ia hanya meningkat kepada 19.4 peratus pada 2006 yang kekal sehinggalah ke hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, Ekuinas akan melabur secara bersama dengan dana swasta lain bagi menggalakkan perkongsian tulen dan pendekatan komersial sepenuhnya.

“Justeru penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit,” tegasnya.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, sejak 1970, keupayaan profesional bumiputera semakin meningkat dan mereka kini berminat menyumbang serta bersaing secara aktif dalam pekerjaan, pengurusan juga sebagai vendor.

“Kita berharap menerusi pelaburan dana seperti Ekuinas, bumiputera yang berpotensi serta berkemampuan baik akan disokong dan dibantu,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan akan menyediakan dana dan melantik pakar untuk menguruskan Ekuinas tidak lama lagi.

Bercakap pada sidang akhbarnya, Perdana Menteri menjelaskan matlamat 30 peratus penyertaan bumiputera dalam pertumbuhan dan pengagihan ekonomi negara masih kekal walaupun syarat pegangan ekuiti dalam syarikat tersenarai oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dimansuhkan.

“Apa yang berbeza, kita menganggap (penyertaan 30 peratus bumiputera) ini sebagai sasaran makro. Kita masih komited mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan keadilan sosial.

“Apa yang penting, kita tidak mahu sesiapa pun merasa dipinggirkan atau tidak diberi perhatian,” katanya.

Najib berkata, tumpuan kini adalah penyertaan menyeluruh bumiputera dalam semua aspek dan tidak terhad kepada pegangan ekuiti semata-mata.