Thursday, December 24, 2009

GEMPAR! Wan Azizah TAK Yakin Bila Anwar Berdua-duan Dengan Lelaki Lain Dalam Rumah


Buku Ini Bakal Talkinkan Anwar..??

Senaskah buku yang mempunyai 550 mukasurat berjudul
“Malaysia WITHOUT Malays” bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi…

Buku yang ditulis oleh seorang penulis buku fofular, Syed Hussein Al Attas atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Habib.

Sejarah membuktikan bahawa air tangan Pak Habib ini pernah mengkuburkan karier politik dua orang tokoh sebelum ini.

Pada tahun 1987 apabila buku yang diterbitkan oleh Pak Habib berjudul “Challenger” – Siapa Lawan Siapa telah membenamkan karier politik Musa Hitam ketika itu. Sepuluh tahun selepas itu tiba giliran bekas MB Selangor pula apabila ada sebuah buku Pak Habib bertajuk “The Five Hundred Million Dollar Man” telah memusnahkan perjalanan politik Tan Sri Muhammad Taib.

Apa yang menarik dalam buku terbaru Pak Habib kali ini beliau kelihatan lebih yakin bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang PELIWAT. Malah pada tahun 2008 Pak Habib sudah pun menerbitkan sebuah buku beliau bertajuk “SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI”. Tetapi agak pelik juga apabila ramai tidak menyedari penjualan buku tersebut sedangkan menurut Pak Habib buku tersebut Sold Out seperti goreng pisang panas…! Disini timbul tanda tanya siapakah yang “memborong” buku buku tersebut..??? Apakah telah berlaku satu Modus Operandi dari skuad penjilat Anwar ketika itu untuk menyapu bersih buku buku tersebut dari toko toko buku agar rakyat tidak berpeluang untuk memilikinya..???

Secara eksklusif dimuka belakang buku ini sepertimana gambarnya disiarkan pada posting ini, Pak Habib telah membuat satu Quote berkaitan Anwar “Anwar’s con exposed”

Al Attas : “ada seseorang beritahu saya Wan Azizah telefon awak dari Washington DC untuk pergi check on Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumah, see if Anwar is up to something, is it true..?’

Ezam : “Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan Pak Habib tadi..”

Selepas pertemuan dengan Ezam itu muncul persoalan ini dalam fikiran saya, kenapakah Wan Azizah tetap pertahankan suaminya sedangkan dia dah ragu ragu tingkah laku suaminya itu? Masih adakah Islam dalam diri Anwar..? Melayukah Anwar..? Masih adakah Melayu dalam SATU Malaysia jika Anwar menjadi Perdana Menteri..? Lu fikirlah… - Pak Habib

Medan Info Kita - Setelah membaca buku ini, Blogmaster yakin bahawa Anwar Ibrahim sudah pasti akan sesak nafas menjelang perbicaraan kes liwat beliau nanti. Cuma yang dikhuatirkan apakah akan berulang lagi Modus Operandi seperti yang berlaku sewaktu Pak Habib terbitkan bukunya sebelum ini “SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI”..?? Maksudya disini ialah buku habis dijual, Sold Out tetapi ramai yang tidak memilikinya…., apakah Anwar akan mengupah barua baruanya untuk “memborong” buku ini..?? Anwar sememangnya “mampu” untuk membelanjakan apa saja….

Segeralah dapatkan senaskah buku ini apabila ianya mula dijual nanti…!

Wednesday, December 23, 2009

Teguran Yusuf Al-Qadawi Kepada Anwar Ibrahim ?

Dr Novandri Hasan Basri


Yusuf Al-Qadawi ialah penyokong setia parti PAS? Yusuf Al-Qadawi memuji Anwar Ibrahim?

Soalan-soalan di atas sedang hangat dibincangkan di dalam FaceBook. Tetapi penulis bersetuju dengan kebanyakan komentar-komentar yang secara rasionalnya tidak bersetuju dengan soalan-soalan di atas.

1. Yusuf Al-Qadawi melawat negara Malaysia sebagai seorang ulama terbilang. Beliau bukannya seorang ulama@ahli politik. Makanya, pemikiran dan pegangan beliau bersih dan tidak pernah berubah mengikut sesuaian iklim politik ketika itu.

Beliau tidak perlu mengorbankan prinsip beliau untuk bersekongkol dengan orang-orang atau organisasi yang berlainan dengan prinsip beliau.

Mungkin kerana itu juga beliau mampu menjadi seorang ulama yang dikenali serta dikagumi oleh orang Islam tidak kira ideologi politik mereka.

Maka, malulah mereka yang membuat cerita bahawa kononnya Yusuf Al-Qadawi adalah penyokong setia parti PAS!

Yusuf Al-Qadawi juga telah menulis banyak buku ilmiah serta mendalaminya kerana beliau memfokuskan tenaga dan usaha beliau untuk memenuhi pengiktirafan beliau sebagai seorang Ulama dan tidak mencampurkan tanggungjwab mulia tersebut dengan hal-hal politik.



2. Jika kita merujuk blog Anwar Ibrahim :-

Ilmuan Islam asal Mesir itu mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan “orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam.”

Saya malahan terharu apabila beliau menyebut nama saya, ditambah dengan perkataan “al-muftara alaih” – yang sedang difitnah.- Anwar Ibrahim.

Sekarang barulah kita tahu bahawa Ulama terbilang Al-Qardawi telah menyebut nama Anwar Ibrahim apabila ulama tersebut mengatakan
'munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam'.

Kenyataan ulama tersebut semestinya juga ditujukan secara tidak langsung kepada Anwar Ibrahim agar beliau tidak munafik juga.

Tetapi sebagai seorang ulama yang tidak bias, Yusuf Al-Qadawi juga menunjukkan simpati beliau terhadap Anwar Ibrahim dgn 'perkataan al-muftara alaih' walau pun kita semua tahu bahawa berita yang sampai ke telinga Yusuf Al-Qadawi adalah berat sebelah dan berpihak kepada satu orang sahaja.

Maklumlah, kita biasanya tidak mahu menceritakan hal negara kepada orang lain tidak seperti Anwar Ibrahim.

Sunday, December 20, 2009

PKR MAKIN PARAH:LAGI AHLI PKR KELUAR PARTI



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN), semalam.

Perisytiharan keluar PKR itu diketuai bekas Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro dalam satu majlis ringkas di Ijok.

Sebagai simbolik, Azmi dan beberapa bekas pemimpin PKR di DUN itu mencampakkan bendera dan baju tertera huruf `PKR’ ke dalam bakul sampah, sekali gus menyaksikan PKR DUN Ijok dibubarkan.

Azmi berkata, mereka membuat keputusan itu sempena semangat Maal Hijrah atas rasa penuh insaf untuk kembali ke pangkal jalan dan menentukan kemenangan mutlak BN pada PRU akan datang dan selepas menyedari tertipu dengan janji manis pemimpin PKR yang mengutamakan kepentingan peribadi.

"Saya masih ingat ucapan pertama Abdul Khalid selepas menang PRU dulu ialah untuk menjadikan Ijok maju seperti Klang tetapi selepas dua tahun memerintah, tiada apa pun perubahan. Kita sudah bagi masa yang cukup untuk kerajaan negeri mengubah Ijok tetapi ia tidak berlaku.

“Pengundi DUN Ijok perlu sedar perkara ini. Kita perlu tentukan pada pilihan raya akan datang BN kembali berkuasa di Ijok," katanya sambil turut mempersoalkan tindakan Abdul Khalid melantik pemimpin dari luar daerah itu menjadi wakilnya di Ijok.

Katanya, selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, Menteri Besar juga berjanji akan turun melawat DUN berkenaan seminggu sekali, tetapi ia juga tidak ditunaikan.

Sambil menyuarakan rasa kagum dengan sikap Noh yang melayan ahli PKR dengan baik walaupun tidak mengenali mereka, Azmi mengajak lebih ramai ahli PKR keluar parti itu untuk menyertai BN.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau masih mengingati Azmi kerana bekas pemimpin akar umbi PKR itu menahan kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melawat kawasan mengundi pada pilihan raya kecil Ijok.

Katanya, beliau gembira kerana Azmi dan ramai yang mengundi PKR pada pilihan raya umum lalu kini sudah kembali menyertai BN.

"Saya bagi pihak BN Selangor berterima kasih kepada Azmi dan rakannya. DUN Ijok kubu BN tetapi pada PRU lalu, nampaknya pengundi terpengaruh dengan janji manis PKR," katanya.

Friday, December 18, 2009

Elektrik percuma bawah RM20 dilanjut Disember 2010

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Berita baik untuk rakyat berpendapatan rendah apabila kerajaan bersetuju melanjutkan program pengecualian pembayaran bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah untuk tempoh setahun lagi iaitu sehingga Disember 2010.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, secara purata seramai 1.05 juta pengguna domestik yang kini menikmati pengecualian itu setiap bulan terus menerima manfaat.

Jelasnya, program itu sepatutnya tamat pada hujung bulan ini, namun disebabkan kedudukan ekonomi yang belum pulih selain keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berpendapatan rendah, ia dilanjutkan setahun lagi.

''Program ini telah diperkenalkan pada Oktober 2008 iaitu semasa pembentangan Bajet 2009,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, sejak program itu diperkenalkan kerajaan telah menanggung kos purata sebanyak RM11.95 juta setiap bulan.

''Sehingga September tahun ini, sebanyak RM143.4 juta telah dibayar oleh kerajaan untuk menampung kos pengecualian bil ini.

''Dengan persetujuan kerajaan melanjutkan program ini, ia bermakna kerajaan akan menanggung sejumlah kos tambahan iaitu sebanyak RM143 juta lagi," katanya.

Thursday, December 17, 2009

MYSTERY: Backbencher yang tak hadhir malam Dis 14



Kalau tidak pasal 7 Menteri, 20 Timbalan, dan 39 Backbencher, bujet 2010 boleh ditolak Parlimen. 66 yang hadhir untuk membolehkan majoriti 3 meluluskan bujet 2010. Hingga 2 orang Penolong Speaker terpaksa mengundi serta.

Kita boleh faham jika Menteri atau Timbalan Menteri tidak hadhir. Kenapa pula sampai 41 orang Backbencher tidak hadhir. Akhirnya terpaksa PM, dan TPM lari untuk hadhir.

Menurut Agendadaily, 41 'mangkuk-mangkuk' Backbencher yang tidak hadhir adalah berikut:

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi (Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang), Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong (Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading), Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Baharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), Datuk Ismail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).
Kalau sudah tak mahu hadhir, usahlah jadi MP lagi. Baik, Najib gugurkan saja di PRU akan datang

Bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim Beri Keterangan Pada SPRM

PUTRAJAYA, 16 Dis - Bekas setiausaha politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Annuar Shaari memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis mengenai pemilikan saham jutaan ringgit oleh Naib Presiden PKR dan isteri, yang dibuatnya pada 17 Nov lepas.
"Saya harap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus dan adil terutama pada kesahihan dan ketulenan dokumen pemilikan saham itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi keterangan selama dua setengah jam kepada pegawai SPRM.

"Kesemua dokumen itu perlu disiasat kesahihan dan ketulenannya untuk menentukan hala tuju siasatan. Saya tidak ada sebarang niat untuk menilai atau menjatuhkan hukuman kepada sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

Annuar berkata SPRM memintanya supaya bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa sekiranya perlu selepas ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar yang meninggalkan PKR pada 27 Mac 2007 berkata, Azmin perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sekiranya ingin membersihkan nama beliau yang mungkin terjejas berikutan kes ini.

"Merujuk kepada kenyataan Azmin yang mahu menyaman saya, saya serahkan pada beliau kerana negara ini negara demokrasi. Beliau boleh buat apa sahaja cuma saya ingin berpesan, kalau beliau mahukan keadilan, tolong beri kerjasama kepada SPRM dan datang ke mahkamah apabila diarahkan, jangan tak datang dan tangguhkan kes," katanya.

Tuesday, December 15, 2009

Kerajaan dirayu timbang nasib 60,000 kakitangan kontrak

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian.

Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan. :

“Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri... atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.

“Cuepacs merayu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka,” katanya kepada media selepas menutup Kursus Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor di sini, semalam.:

Omar berkata, kebanyakan pekerja kontrak adalah golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga.

“Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan,” katanya yang menambah terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini.

Sementara itu, Omar meminta kerajaan menangguhkan tarikh peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bulan ini sebab mendapati ramai tidak lulus peperiksaan tersebut.

“Kalau boleh, kami minta kerajaan menilai semula pelaksanaan PTK ini,” katanya.

- BERNAMA