Tuesday, June 29, 2010

Krisis PKR harus buka mata rakyat Selangor

JAKARTA 28 Jun - Krisis kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini menjejaskan keberkesanan pentadbiran negeri Selangor yang akhirnya merugikan rakyat negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, krisis berkenaan seharusnya membuka mata rakyat Selangor kerana ia jelas menunjukkan kepimpinan PKR bukan sahaja tidak dapat diterima rakyat, tetapi juga ahli-ahli parti pembangkang itu sendiri.

"Perkara ini seharusnya membuka mata seluruh rakyat Selangor, apa yang berlaku nampak jelas kepimpinan PKR bukan sahaja tidak dapat diterima rakyat, tetapi juga ahli-ahli mereka.

"Sejak beberapa bulan ini banyak isu yang jelas timbul, maknanya kepimpinan PKR tidak ada kesepakatan sehingga ganggu-gugat pentadbiran negeri dan rakyat akan rugi.

''Ia harus dijadikan satu iktibar, saya pasti rakyat Selangor mahu pembangunan dan pentadbiran lancar. Negeri termaju merosot hanya kerana parti tidak ada kemampuan mentadbir dan menjadi beban merugikan," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan kerja tiga hari di sini sejak semalam.

Muhyiddin diminta mengulas pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor bagi menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan ia dipercayai adalah sebahagian daripada rancangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memantapkan parti itu di Selangor.

Keputusan itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengenepikan Menteri Besar tersebut kerana tidak lagi mendapat kepercayaan Anwar.

Menurut sumber, beberapa isu yang tercetus di negeri berkenaan memperlihatkan kelemahan Abdul Khalid sebagai pemimpin parti dan negeri.

Ini termasuk ketidakpercayaan ahli akar umbi PKR terhadap kepimpinan Abdul Khalid di Kuala Selangor, penyelewengan penjualan pasir dan pengambilan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang gagal ditangani baik sehingga menyumbang kepada kekalahan PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. - UTUSAN

Thursday, June 24, 2010

Siapakah sebenarnya Nik Aziz dan Hadi Awang?



Kedua-duanya orang kuat PAS dan mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam parti itu. Tapi tahukah kita sejarah mereka? Mari kita lihat secara ringkas riwayat kehidupan mereka ini.

Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.

Puak Khawarij ini menuduh Syaidina Ali dengan bermacam-macam tuduhan selepas beliau mengambil alih pucuk pemerintahan Islam selepas kematian Syaidina Osman.

Muktazilan mendesak supaya Ali segera menyiasat dan menangkap pembunuh pemerintah lalu. Tetapi Syaidina Ali memohon mereka bersabar kerana beliau ingin menyusun kerajaan beliau pada waktu itu.

Tetapi kerana ketidaksabaran mereka, maka mereka memusuhi sesiapa saja yang tidak menyokong mereka. Sikap ini ditonjolkan dalam perangai ahli-ahli PAS.

Seterusnya selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orangramai panggil beliau untuk memberi kuliah.

Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam Kemas sebagai Guru Agama.

Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadiukan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim.

Cuba pergi Kelantan dan siasat!

Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas Kemas. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru agama Kemas, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta Kemas dan menjadi seorang ahli PAS.

Bermulalah era ‘sikap tidak sabar’ beliau serta penyokong-penyokong beliau hasil serba sedikit pengajaran dari pondok di India yang berfahaman Wahabi. Sehingga ini kita dapat melihat sikap tersebut. Ini satu kejayaan besar Nik Aziz dalam karier politik beliau … menanamkan sikap tidak sabar dikalangan pengikut beliau.

Sementara itu Hadi pula adalah secara ringkasnya seorang pelajar bidang Dakwah dan Usuludin di luarnegara. Setelah tamat pengajian beliau pulan ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai agama di agansi kerajaan di Terengganu.

Bapanya iaitu Hj. Awang adalah bekas Setiausaha UMNO bahagian di Terengganu, Di Atas kekuatan bapanya sebagai seorang Setiausaha bahagian, maka dengan senangnya beliau dilantik menjadi pegawai agama di Terengganu.

Tetapi, selepas gagal dilantik sebagai Kadi kerana ketidakupayaan atau kegagalan menghasilkan prestasi tugas yang baik, beliau terus mendaftar menjadi ahli PAS dan meletakkan jawatan sebagai pegawai Agama. Dan selepas itu beliaulah yang menfatwakan yang UMNO itu kafir.

Itulah dua orang pemimpin PAS. Kedua-duanya kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Kedua-duanya adalah bekas pemakan budi UMNO. Kedua-duanya juga menjadi pemecahbelah kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Yang lebih penting ialah kegagalan mereka berdua menghasilkan undang-undang hudud yang sama. Undang-undang hudud PAS Terengganu juah berbeza dengan undang-undang hudud PAS Kelantan. Kenapa terjadi begini?

Ini adalah kerana mereka berdua bukan pakar dalam bidang syariah. Mereka hanya pakar dalan dakwah, tafsir dan usuludin. Seorang pandai bercakap dan seorang lagi hanya pandai mentafsir tetapi mengikut citarasa sendiri dan kepentingan parti

Wednesday, June 23, 2010

Penduduk Pelagus tidak perlu keliru


PRS akan mencalonkan anak jati Pelagus berketurunan Iban pada pilihan raya negeri

KAPIT: Penduduk di konstituensi Pelagus tidak perlu risau dan keliru tentang calon yang bakal diletakkan untuk bertanding mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya akan datang.

KENANGAN BERSAMA: Mong (tujuh, kanan) merakamkan gambar bersama tuai-tuai rumah dari kawasan Merit selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Berundang.

KENANGAN BERSAMA: Mong (tujuh, kanan) merakamkan gambar bersama tuai-tuai rumah dari kawasan Merit selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Berundang.

Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan Sarawak, Mong Dagang yang memberi nasihat itu berkata: “Sudah tentu calon yang bakal bertanding mempertahankan kerusi Pelagus kelak adalah dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan merupakan anak jati Iban kelahiran Pelagus serta berpendidikan tinggi.”

“Penduduk di kawasan Pelagus sememangnya mahukan calon yang berpelajaran tinggi dan berintegriti daripada kalangan kaum Dayak untuk bertanding di kerusi itu,” kata Ketua Pemuda PRS itu ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersana Rakyat di Rumah Berundang, Nanga Ensawie, Merit Sabtu lepas.

Penduduk di kawasan Pelagus terdiri daripada 85 peratus kaum Iban, jadi wajarlah mereka diwakili oleh kaum itu sendiri dalam pilihan raya negeri akan datang, tambah Mong.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak timbul isu bertukar kerusi dengan parti komponen lain atau meletakkan calon terus BN sepertimana yang diwarawarakan sesetengah pihak.

Katanya, Pelagus sah milik PRS berdasar kepada konsep dan semangat BN selama ini.

Justeru, beliau berharap agar semua ketua kaum dan masyarakat di kawasan Pelagus memberi sokongan yang padu kepada calon yang bakal mewakili PRS pada pilihan raya negeri akan datang.

“Dengan yang demikian maka rakyat akan lebih senang menikamati kesinambung program pembangunan kerajaan untuk faedah mereka sendiri,” tambah beliau.

Mengenai program pembangunan di kawasan Pelagus, Mong memberitahu bahawa kawasan itu menikmati hasil perlaksanaan program Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tanah rendah di daerah kecil Merit.

Pada majlis tersebut Mong mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM8,000 kepada JKKK Rumah Berundang, Nanga Ensawie, Merit.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wilson Nyabong Ijang, Wali Kota Majlis Daerah Kapit, Philimon Nuing, Pegawai Daerah Kapit, Simon Japut Tiok, pengurus Sarawak Energy Sdn Bhd (Ways leave & Hydro Power), Stanley Nyitar, setiausaha MDK Kapit, David Upe serta 15 tuai rumah dari kawasan Merit

Monday, June 21, 2010

Ke Mana Anwar Ibrahim Selepas Ini?



Ke Mana Anwar Ibrahim
Selepas Ini?


KUALA LUMPUR 20 Jun – DAP didakwa memulakan langkah untuk mencari pemimpin baru untuk memimpin pakatan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin akan dihukum penjara kerana kes liwat. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, calon utama yang disokong serta dipromosikan oleh DAP sebagai Ketua Pembangkang yang baru ialah Datuk Zaid Ibrahim. Dakwa Zulkifli, ini kerana Zaid dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Anwar iaitu liberal serta tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

“Sebab itulah seorang pemimpin pakatan dari DAP mahukan seorang ahli Parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusinya.

“Dalam hal ini timbullah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berpendapat Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hilang kelayakan serta satu pilihan raya mesti diadakan.

“DAP melihat inilah peluang sekali lagi untuk menobatkan Zaid jika kerusi Parlimen Batu dikosongkan. Ini bagi memberi laluan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi ahli Parlimen,'' dakwanya dalam entri terbaru di dalam blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com. Dakwa Zulkifli, beliau juga mendapat maklumat, jika ada ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan, maka eloklah kerusi itu dikosongkan. Sebab itulah, dakwa Zulkifli lagi, Karpal mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan.

“Apakah Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya Gobalakrishnan juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen.

“Malah tersebar bisik-bisik di kalangan mereka kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid dan Khalid memberi tumpuan kepada Selangor,” dakwanya. Beliau mendakwa, DAP membuat perkara ini memandangkan mereka sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan liwat dan kali ini hukuman lebih lama dari tempoh enam tahun iaitu hukuman yang telah dijalani sebelum ini.

Dakwanya, DAP perlu menyokong Zaid memandangkan pakatan tidak mempunyai alternatif lain di mana Pas tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang yang mempunyai paling ramai ahli Parlimen iaitu 28 orang. Beliau turut mendakwa, DAP juga tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau adapun alternatif ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali tetapi Pas dan DAP tidak pernah terfikir pun pakatan itu akan dipimpin oleh Azmin kerana usianya yang masih muda walaupun beliau berkaliber.

“Calon yang boleh diterima oleh DAP serta Pas ialah Zaid yang merupakan anak emas kepada DAP untuk menggantikan Anwar dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana mereka yang dominan dalam pakatan sekarang,” dakwanya. Zulkifli juga mendakwa, memang menjadi stail kepimpinan pakatan terutama di kalangan firaun-firaun kecil yang mahu setiap masa ada isu demi survival politik dan dengan lebih banyak pilihan raya kecil lebih baik bagi mereka.


Ulasan Saya

1. Izinkan saya memberi sedikit pandangan yang mungkin agak berbeza dengan pandangan media arus perdana. Saya kurang bersetuju dakwaan kononnya Anwar Ibrahim akan dipenjara lebih lama daripada hukuman yang diterimanya sebelum ini. Marilah kita bertanya, berapakah umur Anwar Ibrahim sekarang? 40? 50? atau 60? - hakikatnya dengan umur beliau yang sudah pun menghampiri usia 70 tahun adalah mustahil beliau sanggup untuk sekali lagi dihumban ke penjara. Anwar tidak mungkin sanggup berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan beliau pasti akan mencari jalan lain untuk terus hidup sebagai hero dan juara rakyat.

2. Menurut hemat saya - Anwar Ibrahim akan cuba mendapat suaka politik, sama ada di Amerika Syarikat mahu pun di negara-negara yang bersimpati dengan nasibnya. Lupakah kita terhadap Raja Petra yang sehingga kini masih sukar dijejaki? Siapakah manusia yang begitu hebat sehingga berjaya menyorok pemilik laman web Malaysiakini itu daripada terus diburu oleh polis Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kecekapan dan ketangkasan selama ini. Hanya campur tangan Yahudi, CIA atau FBI sahaja yang berupaya meyembunyikan jejak Raja Petra daripada diketahui umum. Insan di Malaysia yang mempunyai pertalian rapat dengan CIA dan Yahudi hanyalah Anwar Ibarahim. Tidak mustahil Anwar Ibrahim terlibat sama dalam usaha menyembunyikan Raja Petra di luar negara!

3. Justeru itu, Anwar Ibrahim tidak akan sanggup ke penjara semula. Beliau akan melakukan apa-apa sahaja bagi menyelamatkan masa depan politiknya. Ke penjara sekali lagi - bermakna neraka untuk dirinya. Hati kecil saya tetap merasakan bahawa Anwar akan didapati bersalah kerana meliwat Saiful, namun demikian Anwar tidak akan berdiam diri dan menerima bulat-bulat hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya - beliau pasti akan melawan. Walau bagaimana pun cara beliau melawan, tidaklah sama dengan kaedah yang digunakannya 10 atau 15 tahun yang lalu. Kini, Anwar mempunyai rangkaian dan hubungan yang luas dengan organisasi perisikan yahudi antarabangsa, lantaran itu usaha beliau untuk melarikan diri ke luar negara adalah sangat mudah dan terancang.

4. Oleh yang demikian, saya mengingatkan pihak berkuasa Malaysia - bermula hari ini, kita perlu lebih berhati-hati. Saya yakin dan percaya - Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara demi menyelamatkan dirinya!

5. Berhubung usaha DAP untuk menjadikan Zaid Ibrahim sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang jelas dan bukti yang nyata, sesungguhnya Karpl Singh dan barisan peguam Anwar tahu akan hakikat kebenaran yang menyelubungi kisah antara beliau dengan Saiful Bukhari. Karpl Singh sudah tidak berupaya lagi untuk mempertahankan Anwar - segala ilmu putar alamnya sudah digunakan, namun demikian ia tetap gagal menyelamatkan Anwar. Cara terbaik untuk Anwar menyelamatkan diri hanyalah dengan cara melarikan diri ke luar negara! Itu sahaja. Wallahualam.

Jangan musnahkan kerajaan BN yang baik, kata Taib

BALINGIAN: “Jangan ke-rana bencikan pemimpin tertentu dek termakan hasutan pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baik hendak dimusnahkan,” tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

MULA: Taib melepaskan tembakan ke udara untuk memulakan Perlumbaan Bot Panjang 3.3 Kuasa Kuda 56 Kilogram Ke Atas Tertutup Akhir 3 Pusingan sempena Pesta Bederun di Balingian, semalam. Turut kelihatan ialah (dari kanan) Residen Mukah Saudi Narani, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie dan Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

MULA: Taib melepaskan tembakan ke udara untuk memulakan Perlumbaan Bot Panjang 3.3 Kuasa Kuda 56 Kilogram Ke Atas Tertutup Akhir 3 Pusingan sempena Pesta Bederun di Balingian, semalam. Turut kelihatan ialah (dari kanan) Residen Mukah Saudi Narani, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie dan Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu berkata, sepanjang 46 tahun menceburi dunia politik pelbagai ragam pembangkang beliau temui, namun realiti pemimpin yang baik tetap diterima rakyat tidak dapat di-sangkal.

“Bak kata pepatah ‘kerana gigitan seekor nyamuk, sebuah kelambu yang melindungi diri semasa tidur lena selama ini hendak dibakar’.

“Jika dibakar, apa lagi tempat berlindung daripada gigitan nyamuk selepas ini?

“Manusia tidak akan tahu erti puas apabila tidak ber-syukur. Tidak diberi, marah. Bila diberi, dikatakan tidak cukup. Bagaimanapun, saya percaya hanya sedikit yang tidak baik di kalangan kita. Bahkan, andai dicatat sekalipun (bilangan yang tidak baik),” ujarnya.

Berucap merasmikan Pesta Bederun di Tebingan Sungai Balingian, di sini petang semalam, beliau membidas pemimpin pembangkang yang berhujah di Dewan Undangan Negeri secara hentam keromo.

Menurut beliau, pembangkang kian ketandusan modal untuk menempelak wibawa kerajaan dengan hanya meng-utarakan tuduhan kerajaan negeri menyeleweng duit rakyat tetapi apabila diminta mengemukakan bukti me-reka berdiam diri.

“Saya tidak mengatakan sayalah pemimpin terbaik. Saya juga manusia biasa. Jika saya tidak baik kepada negeri ini, parti yang dipimpin dan rakyat keseluruhan, adakah saya akan kekal sebagai Ketua Menteri sehingga sekarang?

“Sama ada saya bertanding atau tidak dalam pilihan raya negeri akan datang bukan perkara pokok. Saya bersedia berpolitik untuk mempertahankan kerajaan BN yang baik ini. Saya sayangkan keharmonian negeri ini serta rakyat yang bersatu hati,” jelasnya.

Ucapan yang membayangkan beliau bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian dalam pilihan raya negeri akan datang itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 pengunjung Pesta Bederun.

Taib mengakui beliau mempunyai perancangan besar untuk pembangunan fizikal daerah kecil ini dengan memberikan gambaran bahawa anak-anak tempatan akan mengisi pelbagai jawatan kerja bergaji lumayan di sini menjelang 2030.

“Menyentuh permintaan untuk membina tembok di Tebingan Sungai Balingian ini, saya akan memperincikannya dahulu.

“Saya tidak mengatakan tidak dan tidak menjanjikan ya. Saya mahu kita sama-sama memikirkan apa jenis bandar yang sesuai dibina di sini.

“Dahulu saya lakukan pembangunan terancang sebegini di Kota Samarahan. Saya memerlukan pelan Rancangan Utama agar segala yang ada di Kota Samarahan turut boleh disaksikan di sini meskipun memakan masa,” tambahnya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie serta Residen Mukah Saudi Narani.

DAP mahu Zaid ganti Anwar?

Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 20 Jun – DAP didakwa memulakan langkah untuk mencari pemimpin baru untuk memimpin pakatan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin akan dihukum penjara kerana kes liwat.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, calon utama yang disokong serta dipromosikan oleh DAP sebagai Ketua Pembangkang yang baru ialah Datuk Zaid Ibrahim.

Dakwa Zulkifli, ini kerana Zaid dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Anwar iaitu liberal serta tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

“Sebab itulah seorang pemimpin pakatan dari DAP mahukan seorang ahli Parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusinya.

“Dalam hal ini timbullah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berpendapat Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hilang kelayakan serta satu pilihan raya mesti diadakan.

“DAP melihat inilah peluang sekali lagi untuk menobatkan Zaid jika kerusi Parlimen Batu dikosongkan. Ini bagi memberi laluan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi ahli Parlimen,'' dakwanya dalam entri terbaru di dalam blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com.

Dakwa Zulkifli, beliau juga mendapat maklumat, jika ada ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan, maka eloklah kerusi itu dikosongkan.

Sebab itulah, dakwa Zulkifli lagi, Karpal mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan.

“Apakah Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya Gobalakrishnan juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen.

“Malah tersebar bisik-bisik di kalangan mereka kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid dan Khalid memberi tumpuan kepada Selangor,” dakwanya.

Beliau mendakwa, DAP membuat perkara ini memandangkan mereka sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan liwat dan kali ini hukuman lebih lama dari tempoh enam tahun iaitu hukuman yang telah dijalani sebelum ini.

Dakwanya, DAP perlu menyokong Zaid memandangkan pakatan tidak mempunyai alternatif lain di mana Pas tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang yang mempunyai paling ramai ahli Parlimen iaitu 28 orang.

Beliau turut mendakwa, DAP juga tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau adapun alternatif ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali tetapi Pas dan DAP tidak pernah terfikir pun pakatan itu akan dipimpin oleh Azmin kerana usianya yang masih muda walaupun beliau berkaliber.

“Calon yang boleh diterima oleh DAP serta Pas ialah Zaid yang merupakan anak emas kepada DAP untuk menggantikan Anwar dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana mereka yang dominan dalam pakatan sekarang,” dakwanya.

Zulkifli juga mendakwa, memang menjadi stail kepimpinan pakatan terutama di kalangan firaun-firaun kecil yang mahu setiap masa ada isu demi survival politik dan dengan lebih banyak pilihan raya kecil lebih baik bagi mereka.

Video Seks Eli Wong Dalam Genggaman Anwar?

YB Pakatan Rakyat terhangat di pasaran sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Jika dulu, YB ini begitu hangat dengan gambar-gambar bogelnya yang dipaparkan di internet oleh pihak-pihak tertentu, kini YB yang dikatakan masih "gadis suci" ini dikatakan mempunyai video berkaitan seks! Siapa YB itu? YB itu tidak lain tidak bukan YB Eli Wong dari Bukit Lanjan! Itulah yang didedahkan oleh YB Bayan Baru, Dato' Seri Zahrain Mohamad Hashim.
YB Zahrain mendedahkan bahawa, cerita sebenar tentang video gambar-gambar bogel Eli Wong adalah dari bekas "boss"nya iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dikatakan telah mengaku pada Zahrain bahawa dia memiliki video konstroversi Eli Wong tersebut. Demi mempertahankan ceritanya ini, Zahrain sanggup bersumpah!


Persoalannya, kenapa Anwar menyimpan video Eli tersebut? Bagaimana pula caranya dia memiliki video tersebut? Siapa yang kasi padanya?

Zahrain mendedahkan bahawa Anwar mempunyai niat buruk terhadap Eli Wong ketika itu. Memandangkan Eli Wong kurang rapat dengannya, maka Anwar berniat untuk menyingkirkan Eli dari kedudukannya. Malah menurut Zahrain, Anwar sendiri mahu pemimpin-pemimpin PKR terus menerus memainkan isu "gambar bogel Eli Wong" itu sebagai tekanan terhadap ADUN Bukit Lanjan itu meletak jawatan.

Namun, Eli Wong masih kekal sebagai YB Bukit Lanjan walaupun cuba di"aniayai" oleh ketuanya sendiri. Itupun setelah taktik ketuanya itu tidak menjadi berikutan sokongan dari pelbagai pihak terhadap Eli. Ramai yang bersimpati pada Eli ketika itu termasuklah dari muslimat PAS, NGO, dan beberapa YB dari BN sendiri. Anwar terpaksa mendiamkan diri.

Nampaknya, bertambahlah koleksi siri video seks VIP politikus di Malaysia. Menurut bekas "supplier" dan bekas rakan baik Anwar, Nallakaruppan, dia mempunyai beberapa koleksi video seks luar tabi'i Anwar yang tersimpan rapi di satu tempat "rahsia". Nalla hanya akan mendedahkan kandungan video tersebut jika dia diancam Anwar, itu katanya. Namun seperti biasa, Anwar menafikan dakwaan Nallakaruppan itu.

Chua Soi Lek yang kini menjadi Presiden MCA pula pernah didedahkan video seksnya di internet. Pendedahan itu telah menyebabkan beliau meletak jawatan secra sukarela. Malah dengan "gentlemen"nya, beliau sendiri mengakui ada melakukan perkara yang "tidak bermoral" tersebut. Namun, mungkin beliau adalah berbangsa Cina dan bukan muslim, maka isunya itu boleh diterima oleh kaumnya dan kini dinobatkan sebagai ketua MCA.

Kini Eli Wong pula masuk senarai. Tak tahulah sama ada Eli Wong sanggup mengaku macam Chua Soi Lek juga atau tidak. Dan terserahlah sama ada Anwar mahu mendedahkan atau tidak tentang video seks Eli Wong dan "konspirasi"nya yang tidak menjadi tersebut. Tapi pada pandangan saya, Sampai mati pun Eli Wong mahupun Anwar takkan mengakui salah laku mereka itu walaupun ada bukti kukuh mengenainya. Biasalah, PKR mana ada pernah mengaku salah!

Apa pun, yang paling dinantikan ialah video seks Anwar sendiri. Entah bila Nalla akan "berani" mendedahkan video seks "gay" yang dibintangi Anwar tersebut. Tapi pada pandangan saya pula, biarpun Nallakaruppan mendedahkan video seks Anwar tersebut, adalah amat mustahil untuk Anwar mengakuinya. Gerakan penafian besar-besaran akan diarahkan Anwar ke seluruh Malaysia dan dunia. Alasannya adalah seperti biasa, "fitnah", "konspirasi tertinggi", "super imposed video" dan pelbagai lagi. Siapa tak kenal Anwar yang terkenal dengan jutaan alasan! Biasalah tu. Itu semua wayang Anwar. Hanya yang "tidak rasional" sahaja yang akan tertipu akalnya!

PM: Ancaman JI bukan untuk alih isu

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM utusanperak@utusan.com.my

BAGAN DATOH 20 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu ancaman Jemaah Islamiah (JI) terhadap keselamatan negara adalah perkara benar, bukan sengaja ditimbulkan kerajaan untuk mengalihkan isu seperti didakwa pembangkang.

Sehubungan itu Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan usaha jahat mengancam keselamatan negara dan tindakan pencegahan amat penting untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, seluruh rakyat perlu menaruh kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menangani keselamatan negara, jika tidak semua pihak akan menyesal apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini kelak.

"Perkara ini adalah sesuatu yang benar. Bukan sesuatu yang diada-adakan atau sengaja nak mengalih pandangan rakyat seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Ini merupakan soal keselamatan negara dan ia pernah berlaku sebelum ini dengan penglibatan pensyarah bertaraf profesor madya. Kerajaan tidak berkompromi apabila melibatkan nyawa orang tidak bersalah dan kepentingan awam.

"Sebab itulah kita mesti percaya kepada polis dan perisik kita yang memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman kumpulan militan dan JI," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pemimpin bersama rakyat dan pelancaran projek pembinaan limbungan kapal NGV Tech. Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Khamis lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah akhbar mempersoalkan tindakan polis menghantar pulang suspek warga asing dipercayai terlibat dengan JI dan tidak mendakwa mereka di negara ini.

Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menganggap isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.

Tambah Najib, kecekapan dan keberkesanan pihak berkuasa telah menyebabkan tidak berlakunya sebarang insiden meragut nyawa dan merosakkan harta benda di negara ini.

"Kita mesti percaya kepada pihak berkuasa yang terlibat menjaga keselamatan negara bahawa mereka mampu menghindari negara daripada berlakunya sesuatu perkara buruk.

"Jika kita meraguinya dan sesuatu berlaku, nanti kita akan menyesal. Sudah tentu kerajaan pula akan dipersalahkan kononnya kita tidak mengambil langkah pencegahan.

"Tetapi apabila tindakan pencegahan dibuat, mereka akan kata kita sengaja ada-adakan isu ini. Ini permainan parti pembangkang. Apabila kita buat dia kata kita tidak betul dan apabila tidak buat, kita tetap tidak betul," jelasnya.

Friday, June 18, 2010

SUPP sedia terima Rayong

June 18, 2010, Friday

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedia menerima Dr Johnical Rayong Ngipa sebagai ahli parti tersebut dan seterusnya menampilkan wakil rakyat Engkilili itu sebagai calon di kawasan yang sama dalam pilihan raya negeri akan datang.

Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, kriteria penting ada-lah bukan latar belakang calon tetapi kemampuan mereka dalam meraih kepercayaan rakyat sekali gus memenangi pilihan raya.

“Seperti yang saya katakan, sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk memenangi kerusi akan dipilih sebagai calon.

“Sudah tentu (saya menerima Rayong), jika beliau adalah calon yang sesuai.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada (keputusan Majlis Tertinggi) Barisan Nasional,” katanya dalam sidang media di pejabatnya selepas menghadiri mesyuarat kabinet di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemahuan Rayong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili untuk menjadi ahli SUPP.

Pada pilihan raya negeri 2006, Rayong yang bertan-ding atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mene-waskan calon BN-SUPP Jonathan Krai Pilo.

Rayong kini merupakan wakil rakyat Bebas.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kriteria penting baginya ada-lah siapa yang berupaya mendapatkan keyakinan rakyat dan memenangi pilihan raya.

Ditanya adakah bekas-bekas calon yang tewas pada pilihan raya negeri 2006 akan dipertandingkan semula, beliau memberitahu:

“Bergantung kepada akar umbi. Kita mahu calon yang mampu menang. Itu sahaja.”

Beberapa daripada ahli-ahlinya, katanya ada memberi bayangan mereka ingin memberi laluan kepada muka baru dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun keputusan itu, katanya bergantung kepada parti dan akar umbi.

Beliau menjelaskan, parti akan menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus muka ba-ru dalam pilihan raya tersebut.

“Saya telah menjanjikan perubahan dan (oleh itu) akan ada perubahan (pada calon),” katanya.

ANUAR GELABAH : PKR = Parti Kelentong Rakyat

Kehebatan DS Anwar dalam menjawab soalan-soalan media terserlah lagi apabila berjaya mengelak untuk menjawabnya dengan penuh confident. Satu pun tak kena jawapannya.

Khalid Berahim dengan Mahfuz yang berada di sebelah beliau pun sebenarnya tertunggu-tunggu jawapan yang lebih berfakta. Tapi hampeh! Dua-dua tarik muka senyum pahit kecewa...nak tegur, dah sama-sama setuju lantik jadi ketua...dapat ketua, kaki Spin!

Buah pengabih untuk menutup mulut wartawan, SHUT UP! Senang cerita...

Adalah disarankan kepada ASTRO untuk melantik beliau sebagai guru lakonan untuk pelajar-pelajar baru AF tahun hadapan, pengkhususan ketika berhadapan dengan media.

ANUAR GELABAH : PKR = Parti Kelentong Rakyat

Kehebatan DS Anwar dalam menjawab soalan-soalan media terserlah lagi apabila berjaya mengelak untuk menjawabnya dengan penuh confident. Satu pun tak kena jawapannya.

Khalid Berahim dengan Mahfuz yang berada di sebelah beliau pun sebenarnya tertunggu-tunggu jawapan yang lebih berfakta. Tapi hampeh! Dua-dua tarik muka senyum pahit kecewa...nak tegur, dah sama-sama setuju lantik jadi ketua...dapat ketua, kaki Spin!

Buah pengabih untuk menutup mulut wartawan, SHUT UP! Senang cerita...

Adalah disarankan kepada ASTRO untuk melantik beliau sebagai guru lakonan untuk pelajar-pelajar baru AF tahun hadapan, pengkhususan ketika berhadapan dengan media.

Kami tahu siapa Anwar - Muhammad Zahid

KUALA LUMPUR 16 Jun - Sikap berpura-pura dan 'talam dua muka' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan pelbagai kenyataan terhadap beberapa isu sememangnya sudah diketahui umum.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, daripada pembentukan 'Kerajaan 16 September' hingga kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, semuanya adalah palsu untuk menutup kes liwatnya yang masih dibicarakan di mahkamah.

''Terbaru sikap berpura-pura jelas dilihat dalam isu penentangan terhadap lesen pertaruhan sukan. Walhal, ketika masih dalam Kabinet dahulu, beliau adalah penyokong kepada syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum).

''Ini didedahkan sendiri oleh rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan yang jelas menampakkan lagi siapa dirinya yang sebenar. Pendedahan ini bagi saya tidak memeranjatkan kerana ia sudah diketahui,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan yang menyifatkan bekas rakan karibnya, Anwar tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.

Menurut Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara.

Zahid berkata, dalam isu jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, Anwar kelihatan 'tidak berpijak di bumi nyata' kerana kerusi Parlimen PKR semakin berkurangan berbanding DAP.

''Sedangkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen pun diberikan kepadanya atas ihsan DAP.

''Kerusi Parlimen milik PKR sudah berkurangan dan saya tidak fikir DAP akan memberi laluan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika DAP menguasai nanti,'' jelasnya.

Thursday, June 17, 2010

PM: Pilihan raya awal tidak perlu

TUMPAT 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan 'mengejutkan semua pihak'.

Menurut Najib, pelbagai sumber kajian perlu diambil kira untuk dijadikan asas sebelum sebarang keputusan mengadakan pilihan raya umum dibuat.

"Itu satu punca kajian sahaja, kita tidak boleh bergantung kepada satu penilaian untuk panggil pilihan raya.

"Kita kena ambil kira pelbagai faktor dan sumber sebelum adakan pilihan raya seperti kekuatan parti dan calon-calon yang berwibawa," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Wat Matchimmaram Kampung Jubakar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan boleh menimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat berdasarkan tahap populariti Najib sekarang.

Sebelum ini, tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan Perdana Menteri ketika ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak perlu membincangkan mengenai tarikh pilihan raya secara terbuka.

"Tarikh pilihan raya kena ada nilai kejutan. Tidak boleh cakap sekarang. Sekarang masa untuk kita bekerja dan memperkukuhkan parti, kita perlu bekerja lebih kuat," katanya.

Tambah beliau, masih ada banyak agenda di bawah gagasan 1Malaysia untuk diselesaikan terutama kepentingan rakyat.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan boleh menimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat berdasarkan tahap populariti Najib sekarang.

Sebelum ini, tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan Perdana Menteri ketika ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak perlu membincangkan mengenai tarikh pilihan raya secara terbuka.

“Tarikh pilihan raya kena ada nilai kejutan. Tidak boleh cakap sekarang. Sekarang masa untuk kita bekerja dan memperkukuhkan parti, kita perlu bekerja lebih kuat,” katanya.

Tambah beliau, masih ada banyak agenda di bawah gagasan 1Malaysia untuk diselesaikan terutama kepentingan rakyat.

Thursday, June 10, 2010

Koperasi pemborongan diwujudkan di S’wak

SIMUNJAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mewujudkan koperasi pemborongan bagi setiap kawasan dan daerah negeri ini tidak lama lagi.

NARODEN

NARODEN

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Mohd Naroden Majais berkata SKM telah mengenal pasti sebanyak 28 buah koperasi di negeri ini yang dilantik sebagai koperasi borong atau mentor bagi menyalurkan barang pengguna dengan harga lebih rendah.

Beliau berkata secara tidak langsung koperasi borong dapat membantu meringankan beban anggota dan masyarakat setempat terutama barang terkawal seperti gula, beras, minyak masak, tepung, tong gas serta minyak petrol dan diesel.

“Penubuhan koperasi borong merupakan perancangan strategik yang baik dilakukan oleh kerajaan dengan menyediakan rangkaian koperasi pemborongan yang akan memberi kelebihan kepada anggota koperasi memperolehi harga berpatutan. Malah, KPDNKK akan membiayai kos pengangkutan (subsidi) bagi barangan terbabit termasuk 25 barangan utama lain,” katanya.

Berucap merasmikan seminar mengkoperasikan masyarakat ‘I Koperasi 1 Komuniti’ di Kampung Samalatong di sini semalam, Naroden menjelaskan sebanyak 10 buah koperasi telah dilantik sebagai pemborong di seluruh negeri termasuk di Kuching, Bau, Padawan, Serian, Samarahan, Sebuyau, Sri Aman, Kanowit, Song, Kapit dan Belaga.

Seminar sehari anjuran SKM dan Pejabat Daerah Simunjan itu dihadiri kira-kira 100 peserta dari sekitar daerah Simunjan. Hadir sama Pengarah SKM Sarawak Ishak Samdin, Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak (UPUB) Sutin Sahmat dan Temenggong Anthony Nipak.

Naroden menarik perhatian bagi memperkukuh program pemborongan itu usahasama antara Koperasi Kojaksa Sarawak Berhad dengan anak syarikat Koperasi Felda Nasional Berhad yang akan membekalkan barangan kawalan dan lain-lain.

“Saya percaya dengan pengwujudan koperasi mentor itu maka semua koperasi yang telah ditubuhkan di negeri ini akan mendapat manfaat daripada program pemborongan itu. Malah, saya yakin program itu turut dinikmati oleh penduduk di sini bagi mewujudkan koperasi pelancongan terutamanya bagi program inap desa.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa di Simunjan terdapat koperasi yang mencebur diri dalam sektor pertanian dan ternakan secara komersil seperti Koperasi Bundak Berhad yang aktif dalam sektor penanaman padi, Koperasi Lang Berhad yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan Koperasi Persatuan Akaukultur Simunjan Berhad dengan ternakan ikan keli,” katanya.

Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber berkata adalah menjadi dasar kerajaan melalui SKM untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada koperasi dari aspek ekonomi dan pembangunan sosial demi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Justeru, kerajaan telah mengatur strategi bagi melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya dalam gerakan koperasi melalui penglibatan dalam aktiviti ekonomi yang berdaya saing tinggi.

“Saya juga berharap dengan penubuhan Majlis Perhubungan Koperasi Negeri (MPKN) akan dapat memantau dan menentukan hala tuju gerakan koperasi khususnya dalam negeri dan daerah seluruh negeri di samping mewujudkan kerjasama semua pihak,” katanya.

Sarawak harap peruntukan lebih besar dalam RMK-10: Taib

KUCHING: Sarawak mengharapkan peruntukan yang lebih besar di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK- 10) bagi membolehkan kesemua projek kemudahan asas di negeri itu disiapkan pada 2015.

INGATAN: Taib menandatangani ‘buku pelawat’ UiTM pada majlis perasmian BICOLL 2010 semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abang Johari, Abdullah dan Jamil.

INGATAN: Taib menandatangani ‘buku pelawat’ UiTM pada majlis perasmian BICOLL 2010 semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abang Johari, Abdullah dan Jamil.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya jika sasaran itu dapat dicapai taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar khasnya dapat dipertingkatkan.

“Masih banyak yang perlu dilakukan dalam menyediakan infrastruktur asas di luar bandar seperti seperti jalan, bekalan air bersih dan elektrik supaya Sarawak setaraf dengan negeri maju lain di Malaysia.

“Selain melaksanakan projek-projek kemudahan asas ini, kita mahu mengutamakan projek-projek yang akan memberi sumber pendapatan tinggi kepada rakyat,” katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum ini katanya Sarawak telah menerima per- untukan RM40,000 juta bagi tujuan itu.

“Kita sebenarnya telah mendapat perhatian yang cukup baik daripada Perdana Menteri (Datuk Seri najib Tun Razak) dalam rancangan pembangunan Malaysia sebelumnya dan beberapa pakej rangsangan ekonomi,” tambahnya.

Terdahulu Taib merasmikan Persidangan Antarabangsa Borneo mengenai Bahasa dan Sastera (BICOLL) 2010 anjuran Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM) di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Menurut Taib projek pembinaan jalan di bawah RMK- 10 nanti turut menekankan pembinaan jalan yang menghubungkan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan kawasan di luarnya.

Beliau berkata ia penting bagi membolehkan keuntungan serta manfaat hasil pembangunan SCORE dirasai oleh bandar-bandar lain seperti Kuching, Miri, Limbang dan Lawas.

Taib memberitahu semua pembangunan tersebut telah pun disusun dalam pelan pembangunan negeri dengan fokus utama mentransformasikan ekonomi berpendapatan rendah kepada tinggi dengan memberi penekanan kepada bidang pelajaran.

Justeru katanya banyak projek pembangunan negeri yang dirancang berkaitan dengan pelajaran bagi mempersiapkan rakyat Sarawak menuntut ilmi pengetahuan khasnya teknikal dan kejuruteraan. “Inilah pendekatan pembangunan kita di bawah RMK-10,” tegasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dijadual akan membentang Rancangan Malaysia Ke-10 pada persidangan Parlimen esok.