Friday, November 26, 2010

Direct membership good idea



KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yesterday said he has already received an inspiration on when to call for the next state election.

“I have the inspiration but I won’t tell you (the date),” he told reporters at the Hornbill Skywards Hanger here yesterday upon his return from pilgrimage in Mecca.


Among those present to welcome him at the Hornbill Skyways Hanger here yesterday were members of the State Cabinet, senior government officials and family members.

According to Taib, who i s also Sarawak Barisan Nasional Chairman, the state election could be held in any of the 12 months in the year and that it was a matter of preparing the election machinery.

“That is all I can tell you (reporters),” he quipped.

Political observers have predicted that the state election would be held next month at the earliest and by March or April next year at the latest. The current term of the Sarawak legislative assembly expires in July next year.

Sarawak BN has 62 seats in the 71-seat assembly, with 32 held by Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 11 by Sarawak United People’s Party (SUPP), nine by Parti Rakyat Sarawak (PRS) and eight by Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).

Asked by the media to comment on the Barisan Nasional direct membership which was announced by Prime Minister a few days ago, and how he felt about it, Taib said he had no objection.

“When you are faced with a situation when a lot of people want to support the BN but find it probably not certain as to which slot they want to go into, I think we should allow these people to openly express their support to Barisan Nasional. Direct membership is like that. I think it is a good idea.” On the future of Assistant Minister in the Chief Minister’s Department Larry Sng, who is now partyless, Taib said: “Well, it is up to him to decide. Many people who are loyal to BN but want to stay above some party squabbles or something like that, well they can do that, they can still support us (BN)”.

Asked what he meant by ‘it is up to Larry Sng to decide’, the Chief Minister said, “Well, if you want to become a direct BN member, then you must apply, right?”.

When pointed out that Sng was still in BN, Taib said, “Yeah, but his status is not very clear, so he can go for direct BN membership, and he can apply and can ask the BN headquarters in Kuala Lumpur”.

Asked if the state BN would accept him (Sng) he said: “Well, if you want to support us, why should we reject you?” On his pilgrimage to Mecca, the Chief Minister said: ”It’s very good, and with the greatest change of the state of mind, I have, instead of being surrounded by a lot of work and all that, completely thinking about religion, it is very nice, giving me a calm and peaceful feeling,” Taib said

Saya lebih suka ahli akademik daripada ahli politik: Adenan


Beliau akui ada kala politik boleh membuat seseorang cukup tertekan.
KUCHING: Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata beliau lebih suka untuk mendekati dan berbicara dengan pelajar dan ahli akademik daripada ahli politik.

Adenan yang juga pengerusi Yayasan Sarawak berkata dengan nada berseloroh, selepas bertahun-tahun lamanya berkecimpung dalam dunia politik semenjak berusia 32 tahun, banyak pengalaman pahit manis dilaluinya.

Beliau menjelaskan ada kalanya politik boleh membuat seseorang cukup tertekan.

“Mendengar dan berbual dengan pelajar dan ahli akademik adalah suatu yang sentiasa menyegarkan berbanding mendengar kata-kata ahli politik setiap masa. Saya mempunyai banyak pengalaman dalam dunia ini (politik).

“Ada kalanya ia boleh menyebabkan anda tertekan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Minoriti dan Majoriti Bahasa, Budaya dan Identiti di Hotel Hilton, semalam.

Majlis itu dianjurkan Persatuan Bahasa Moden Malaysia (MAML) dan Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu berkata walaupun terlibat dalam dunia politik semenjak berusia 32 tahun, beliau mendapati ada sesuatu yang tersirat di sebalik kehidupan politik dan retoriknya.

Adenan bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kerjaya politiknya.

Menyentuh mengenai persidangan itu Adenan yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Sarawak berjaya menyatupadukan kira-kira 40 etnik kerana amalan saling hormat-menghormati budaya, dialek dan bahasa antara satu sama lain cukup menebal di kalangan rakyat negeri ini.

PILIHANRAYA SARAWAK: Janji Pakatan untuk rakyat Sarawak


Jika PKR menjanjikan “Hutan belantara, pokok, tanah serta sungai” untuk rakyat Sarawak. PAS mungkin tidak sependapat dengan janji PKR, kerana PAS mahu jadikan Sarawak seperti Singapore. Atau setidaknya seperti Kelantan negeri ‘bermutu’. Ertinya tidak ada hutan belantara, malah pokok-pokok pun perlu dikurangkan?

Umumnya pemimpin dayak lebih rasional dalam percaturan, samada ‘sedang memperguna’ atau ‘sedang diperguna’. Namun ada yang khuatir, Apakah masyarakat dayak di Sarawak bakal mengulangi kesilapan Hindraf, jika menyokong Anwar dan PKR? biarlah waktu yang akan menjawab…


Dibawah antara agenda pembangkang Sarawak, menurut sumber terdekat;

1. Menyukat dan mengagihkan hak tanah adat secara adil dan sistematik

2. Memastikan tanah-tanah rakyat Sarawak termasuk kaum cina terjaga
- berdasarkan undang-undang.

3. Memastikan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam di Sarawak seimbang
- untuk semua kaum.

4. Jawatan Penguasa atau Pengarah dalam Jabatan Tanah dan Survey di Sarawak
- hendaklah dipegang kaum dayak khususnya Iban.

5. Peluang sama rata dalam pendidikan tinggi serta biasiswa untuk
- memasuki IPTA.

6. Mengatasi ketidakseimbangan jawatan Duta dan Pesuruhjaya Tinggi
- yang dimonopoli oleh kaum melayu semenanjung.


Selebihnya tunggu pilihanraya, menurut sumber tersebut.

Yang pasti, tidak ada agenda ke Putrajaya bagi ahli politik dayak. bagaimana pula agenda pembangkang melayu dan cina di Sarawak, mahu bersama Anwar di Purtajaya?

Tuesday, November 23, 2010

ANDA BILA LAGI???????

Wahai juak dan penyokong PKR sekalian....

Kenalkah anda dengan wajah-wakah dibawah? Mereka ini lebih mengenali Anwar dari apa yang anda kenal.

Tetapi mengapa agaknya mereka meninggalkan PKR dan Anwar?


Bilakah Pula Giliran Anda?

Masihkah anda tidak nampak dan sedar apa sebenarnya tersirat dari fenomena ini?

Semoga anda juga beroleh hidayah meninggalkan perjuangan sesat PKR yang langsung tidak memberi keuntungan kepada nasib Agama, Bangsa dan Tanahair tecinta.

Marilah ikuti jejak mereka ini dan bertaubatlah!!

Tiada rombakan – PM

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan akan berlaku rombakan Kabinet sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.

Perdana Menteri menyifatkan desas-desus perkara itu termasuk kemungkinan berlakunya pilihan raya umum dalam masa terdekat, sebagai khabar angin semata-mata.

“Ia merupakan khabar angin. Malaysia tidak pernah kekurangan berita-berita khabar angin dan laporan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Forum Ketua-Ketua Perniagaan Global 2010, di sini hari ini.

Spekulasi rombakan Kabinet mula hangat apabila Perdana Menteri sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu menyatakan, akan melakukan perubahan kepimpinan parti di peringkat tertentu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengumuman tersebut juga dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang meminta Pengerusi Perhubungan UM NO negeri khususnya yang kini di bawah pembangkang, diterajui oleh pemimpin tempatan.

Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pada awal Oktober lalu mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada Januari 2011.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Na sional (BN) pada Sabtu lalu, adalah yang terakhir dihadiri oleh Samy Vellu.

Thursday, November 18, 2010

Najib: Suara sumbang Anwar

Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor ketika sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia dari enam buah negara sempena Hari Raya Aidiladha di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 17 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan Malaysia sebuah negara Islam moden merupakan suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata-kata kejian daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah suara minoriti yang bercanggah sama sekali dengan pengiktirafan para pemimpin dunia terhadap kejayaan Malaysia.

''Ia satu suara sumbang sebenarnya dan tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia dan pandangan terhadap Malaysia, itu yang saya dapat simpulkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi perbualan video dengan perwakilan pelajar Malaysia di luar negara di kediaman Seri Perdana di sini pagi ini.

Perdana Menteri mengulas dakwaan Ketua Pembangkang itu bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia kelmarin dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

"Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, 'ini adalah negara Islam moden yang bagus'. Saya menganggap ia sebagai penghinaan," katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian hari ini.

Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan sesi lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.

PKR semakin cacamarba – Shahrizat

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO percaya sesiapa yang dipilih untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu tidak akan mendapat kepercayaan rakyat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ramai yang merasakan pemilihan dalam parti itu diibaratkan satu permainan yang cacamarba, main sana, main sini dan kerana itu pemimpin yang menang tidak akan diyakini.

Menurutnya, daripada apa yang beliau baca melalui blog dan media, sesiapa yang menang dalam pemilihan itu tidak boleh dianggap hebat dan diambil sebagai serius.

“Pada pemerhatian saya, proses pemilihan parti itu tidak mengikut sistem tertentu sebaliknya semua sistem boleh dilakukan seperti cacamarba,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha Wanita UMNO di perkarangan Dewan Jinjang Utara D di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rizuan Hamid; Ketua Pemudanya, Norizan Ali dan Ketua Puteri, Norshamsi Omar Talib.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Bahagian Kepong mengulas proses pemilihan pemimpin PKR dan keputusan calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang mengundur diri dan bakal menubuhkan parti baru.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, beliau tidak menjangka perpecahan dalam PKR berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan dan seterusnya tidak hairan Zaid menarik diri daripada pemilihan parti itu.

Dalam pada itu, beliau percaya rakyat Malaysia bijak dan mampu untuk menghitung apa yang sedang berlaku dan seterusnya tahu siapa yang akan mereka pilih pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, rakyat mengikuti perkembangan politik PKR dan seterusnya mengambil iktibar mengenainya.

Shahrizat menambah, PKR ditubuhkan tanpa visi, ideologi atau idealisme perjuangan bagi membantu rakyat dan negara sebaliknya untuk menentukan individu tertentu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau menambah, rakyat masih bernasib baik kerana mengetahui kerapuhan PKR itu lebih awal.

Katanya, di mana-mana beliau pergi termasuk kawasan Parlimen Lembah Pantai, ramai pengundi menyatakan kesal kerana membuat keputusan salah berlandaskan tsunami politik pada pilihan raya lalu.

“Kemenangan wakil rakyat PKR di Lembah Pantai tidak membela atau memperjuangkan nasib penduduk di kawasan tersebut sebaliknya mereka diabaikan.

“Saya boleh bercakap demikian kerana setelah berkhidmat tiga penggal membina satu-satunya kawasan dengan 20,000 keluarga setinggan hingga menjadi kawasan Parlimen yang hebat tetapi hari ini semuanya sudah ‘hancur’,” katanya.

Bagaimanapun Shahrizat mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang banyak membantu penghuni di kawasan tersebut.

Monday, November 8, 2010

Konflik - Zaid letak semua jawatan PKR... Tinggalkan saja PKR!

Pertelagahan dan konflik pemimpin-pemimpin akibat berebut jawatan dalam pemilihan parti menjelaskan kepada kita betapa hodohnya budaya politik PKR. Jika beginilah dahsyatnya amalan buruk dalam PKR, negara pasti akan hancur tergadai sekiranya golongan ini yang menerajui pentadbiran kerajaan pusat.


Jelas sekali PKR dikuasai oleh Azmin dan kuncu-kuncunya. Anwar sepatutnya bertindak berkecuali, tetapi beberapa kenyataannya menghentam Zaid dan membela Azmin, satu perlakuan buruk untuk dicontohi dari seorang ketua. Inikah prinsip demokrasi yang dijulang-julang Anwar kepada rakyat di negara kita?

Akhirnya, Zaid Ibrahim isytihar menarik diri daripada pemilihan PKR dan meletak semua jawatan yang disandangnya dalam parti. Sepatutnya Zaid menarik diri sebagai ahli PKR sekali.

Jangan salah tafsir, Keadilan itu hanyalah nama sebuah parti. Hakikatnya tidak ada satupun amalan keadilan dalam parti perosak rakyat. Kerja mereka memburuk-burukkan orang untuk kepentingan diri.

Zaid dulu menyertai PKR kerana sangka Anwar adalah pemimpin yang adil dan pembela rakyat seperti digembar-gembur dalam ceramahnya. Tetapi Anwar hanya mempergunakan Zaid untuk memperkasakan karektor politiknya sahaja. Nak buktikan kepada rakyat, PKR parti pilihan. Itu saja.... tak lebih dari publisiti.

Bila Zaid bertanding jawatan dalam parti, macam-macamlah sindiran terhadapnya contohnya,"apa jasa you dalam parti?" , "Kesetiaan Zaid diragui.." dan bermacam-macam. Seandainya Zaid menang jadi wakil rakyat Hulu Selangor dulu, orang tak layan dia macam sampah sekarang. Lebih-lebih lagi kalau majoriti wakil PR dan BN dalam kerajaan negeri serupa kat Perak .

Tapi nak buat macamana? Masuk PKR harapkan keadilan umpama satu tindakan nekad bunuh diri... berkawan dengan syaitan memang ada risiko kena baham syaitans lah..


Zaid Isytihar Tarik Diri dari Pemilihan dan Letak Semua Jawatan dalam Parti

Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PKR disamping meletakkan semua jawatannya dalam parti. Perkembangan ini berlaku selepas minggu kedua pengundian Pemilihan parti berjalan.

Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap.

Melihat kepada perjalanan pemilihan yang sedang berlansung, terdapat keadaan di mana pihak pimpinan secara aktif melakukan kegiatan salahlaku dan penipuan untuk mencapai objektif yang mereka sasarkan.

Katanya, beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini.

Beliau menambah keputusannya untuk menarik diri dari pemilihan dan perletakan semua jawatannya di dalam PKR diambil kerana kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali.

Beliau berterima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong beliau dan yang menberikan kepercayaan kepadanya untuk perubahan. Amat menyedihkan katanya, beliau tidak mampu untuk meneruskannya di dalam proses pemilihan yang kotor.

Walau bagaimanapun, Zaid berkata beliau tetap komited dengan matlamat pembangkang dan akan terus bercakap mengenai isu-isu masyarakat terbanyak. Bersama katanya, kita berjuang untuk sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

Akhirnya beliau berkata, diharapnya keputusannya itu, pihak penyokong tegar Anwar tidak lagi akan melihatnya sebagai "penghalang" mereka untuk berarak ke Putrajaya

Sunday, November 7, 2010

Panas!!! Anwar akan frust menonggeng di Sarawak..



Nampaknya Anwar, Mat Sabu, Lim Kit Siang dan beberapa geng yang sama melalak dengannya bakal tertirap dan tertonggeng kecewa lantaran Usul ‘Kertas Putih’ Kerajaan Negeri Sarawak yang akan dilaksanakan menjelang Pilihanraya Negeri kelak.

Apakah itu ‘kertas putih’ yang dimaksudkan?


Ia adalah Peraturan atau Garis Panduan tersendiri bagi membendung kegiatan atau aktiviti politik melampau yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Tujuannya ialah untuk membendung budaya politik TIDAK SIHAT yang sudah mula menular ke dalam arena politik tempatan (Sarawak).

Bagaimanapun, penguatkuasaan peraturannya tidak terbatas hanya kepada parti pembangkang, malah juga kepada mana-mana parti tanpa mengira fahaman politiknya. Usul telah disokong 43 wakil rakyat Negeri ini sementara 5 yang lain (Pembangkang) membantah.

Barisan Nasional tiada masalah kerana kempen politik secara berhemah sememangnya menjadi amalan. Malang buat Anwar dan rakan-rakannya, apabila Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan usul ini kelak segala modal, usaha dan rancangan kempen hardcore berhabis-habisan seperti yang diguna pakai di tanah Semenanjung akan terbantut.

Tenang-tenang Sarawak jangan disangka tiada buaya… Inilah Negeri Bujang Senang….!!! Garuda ganas Pakatan Rakyat akan diburung pipitkan oleh kepimpinan kerajaan negeri.

Ngap Sayot!

Kali ini tak bolehlah Rajahmas nak bayangkan macamana agaknya Anwar dan Mat Sabu yang akan lebih banyak berceramah tentang kebaikan-kebaikan dan kelebihan Pakatan Rakyat berbanding BN, tanpa provokasi serta memujuk rakyat Sarawak untuk menerima mereka... Tentunya satu komedi yang bakal menjadi bahan sejarah untuk diketawakan sehingga 7 keturunan…

Kononnya Anwar nak letak sekurang-kurangnya 40 calon PKR daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. Nak tumbangkang BN satu lawan satu.. Apapun, selamat berjaya buat PKR dengan misi tawan Sarawak menggunakan cara berhemah semasa kempen.

Mesingan ada 40, tapi peluru kena ban… Akhirnya, gelombang reformasi PR reda setakat di Pulau Merundung sahaja.

Kesihatan Najib bertambah baik : ALHAMDULLILAH



NAJIB Tun Razak ceria ketika menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon di Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

“Beliau kini mengikuti diet biasa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata, Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

“Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh,” katanya.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Khamis lalu untuk pemeriksaan lanjut selepas mengalami rasa tidak selesa dalam perut. – BERNAMA.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, November 5, 2010

Klinik 5SS akan ganti Klinik Kesihatan Kesindu, Sri Aman


KUCHING: Kerajaan bercadang membina sebuah klinik jenis 5SS dengan kos pembinaan dianggarkan bernilai RM 7juta untuk Klinik Kesihatan Kesindu, di Sri Aman.

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Stephen Rundi Utom berkata pembinaan klinik ini berada dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan mampu menyediakan perkhidmatan kepada penduduk yang berjumlah 3,000 hingga 5,000 orang.

“Tetapi apa yang menjadi masalah ketika ini ialah belum ada tapak yang sesuai untuk men-dirikan klinik ini,” katanya

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan daripada Snowdan Donald Lawan (BN-Balai Ringin) mengenai perkembangan terbaru rancangan membina klinik kesihatan yang baru bagi menggantikan klinik kesihatan Kesindu yang lama dan telah uzur, serta tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Tambahnya lagi, rancangan pembinaan klinik kesihatan Pantu, Sri Aman turut sudah diluluskan di bawah RMK-9, tetapi tapak yang sedia ada tidak mencukupi untuk membina klinik jenis 5SS seperti yang sudah dirancang.

“Disebabkan masalah ini, projek ini telah dimasukkan ke dalam projek sambungan di bawah RMK-10,” katanya.

Ketika menjawab pertanyaan daripada Malcom Mussen Lamoh (BN-Batang Ai) mengenai pembinaan pusat kesihatan yang baru di Lubok Antu beliau berkata tidak ada sebarang rancangan untuk membina hospital baru di sana.

“Kementerian Kesihatan tidak mempunyai rancangan untuk membina hospital di Lubok Antu, tetapi merancang untuk meningkatkan klinik yang sedia ada di bawah Rancangan Tahap Pertama dalam RMK-10,” katanya.

Rundi berkata RM180,000 telah digunakan untuk menaik taraf klinik kesihatan di Batang Ai dalam Pakej Ransangan Ekonomi 2010. Antara yang dilakukan ialah dengan menaik taraf tempat menunggu, bilik kecemasan, bilik mesyuarat dan lain-lain.

Dalam pada itu, katanya Kementerian Kesihatan Sarawak juga merancang untuk membina dua buah klinik baru di Batu Kawa dan Petra Jaya, bagi meningkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk di Kuching.

Muhyiddin: Isyarat keyakinan rakyat kepada kerajaan

SANDAKAN 4 Nov. - Kemenangan berganda di Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merupakan isyarat keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lebih membanggakan lagi dua kawasan itu dimenangi dengan majoriti besar yang merupakan perkembangan amat memberangsangkan.

''Kedua-dua kemenangan ini saya percaya merupakan satu perubahan sikap rakyat yang sekarang sudah cenderung untuk bersama-sama BN.

''Ini saya lihat di mana-mana, di Sabah mahu pun di Galas yang terletak dalam kawasan pembangkang. Justeru kita bersyukur kerana kemenangan ini amat signifikan dan tentunya ia hadiah istimewa kepada Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di sini malam ini.

Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya BN yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan pemimpin parti komponen negeri.

Muhyiddin menambah, keputusan itu juga menunjukkan setiap parti komponen BN di peringkat Pusat mahu pun negeri kembali kukuh hingga berjaya mendapat keyakinan rakyat.

Katanya, ini dapat dilihat apabila pengundi Cina di kedua-dua kawasan telah kembali memberi sokongan kepada BN yang menunjukkan gagasan 1Malaysia dan pembaharuan lain yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri diterima baik rakyat.

''Selain itu, di kedua-dua kawasan ini profilnya berbeza tetapi mereka masih mahu pembangunan. Sebab itu jika kata politik pembangunan tidak relevan, itu tidak betul, ia masih punya tarikan yang besar.

''Sebab itu kita nak tegaskan apa yang kita janji nak buat di kedua-dua kawasan ini, kita akan laksanakan. Kita akan penuhi 100 peratus insya-Allah," jelasnya.

Kemenangan BN bukti rakyat Kelantan mahukan perubahan - Ku Li

GUA MUSANG 4 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai bukti rakyat Kelantan mahukan perubahan.

Beliau percaya, rakyat kini semakin sedar bahawa hasrat itu hanya boleh dicapai sekiranya mereka memilih BN dan bukannya parti pembangkang pada setiap kali pilihan raya.

"Walaupun pilihan raya kecil ini tidak boleh dijadikan satu ukuran sebenar, hakikatnya ia sedikit sebanyak boleh menjadi petunjuk mood rakyat terhadap BN yang kini semakin meningkat.

"Apa yang perlu dilakukan selepas ini, kita terus berkhidmat kepada rakyat. Kita mesti buktikan BN benar-benar parti pembela rakyat, parti yang sentiasa mendampingi rakyat dan parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Beliau mengulas kemenangan Abdul Aziz apabila berjaya mengalahkan calon Pas, Dr. Zulkifli Mohamad pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas hari ini.

Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Aziz berjaya mengalahkan Dr.Zulkifli dengan majoriti 1,190 undi apabila mendapat 5,324 undi berbanding Dr. Zulkifli yang hanya memperoleh 4,134 undi.

KEBENARAN MENANG!!!KEKAL BT SAPI , RAMPAS GALAS!!! SARAWAK?













CALON BN DATIN LINDA TSEN MEMENANGI PERTANDINGAN

TIGA PENJURU DENGAN MAJORITI 6,359 UNDI SEKALIGUS MENGEKALKAN

PARLIMEN BATU SAPI.

LINDA , BALU MENDIANG EDMUN CHONG KET WAH ,DARI PARTI BERSATU SABAH PBS ( 9,773 UNDI )

MENEWASKAN SAINGANNYA PRESIDEN SAPP

DATUK YONG TECK LEE( 2,031)

DAN CALON PKR

ANSARI ABDULLAH(3,414).



MANAKALA

CALON BN ABDUL AZIZ YUSOFF MENANG MAJORITI 1,190

UNDI PADA PILIHAN RAYA KECIL DUN GALAS SETELAH MENDAPAT 5,324 UNDI

DAN

CALON PAS DR ZULKEFLI MOHAMAD MENDAPAT 4,134 UNDI.



RINGKASAN KEPUTUSAN

Parlimen Batu Sapi - rasmi!

BN :9773

PKR : 3414

SAPP : 2031

Undi Rosak : 372

Majoriti = 6359

Dun Galas - rasmi!

BN = 5324

PAS = 4134


Majoriti = 1190




Rakyat Sarawak fikir-fikirlah keputusan ini......