26/11/2008 5:01pm
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kononnya, banyak pelabur asing telah meninggalkan negara ini berikutan krisis kewangan dunia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong berkata, dakwaan pembangkang itu berikutan mereka tersalah tafsir Laporan Persidangan Pembangunan Pelaburan Dagang Dunia 2008 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
``Pembangkang mendakwa pelaburan RM38 bilion telah mengalir keluar pada tahun 2007 dan ini tidak benar kerana angka berkenaan merujuk kepada jumlah pelaburan yang dibuat syarikat Malaysia di luar negara.
``Saya anggap pihak pembangkang tidak faham laporan agensi PBB. Ini kerana pelaburan syarikat Malaysia yang melangkaui sempadan adalah satu perkembangan positif kepada negara,'' katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment