Thursday, July 25, 2013

Selepas PRU13,Azmin hanya 'anak tiri' Anwar sahaja


WALAUPUN hadir memberikan sokongan kepada himpunan Black505 semalam, menjadi tanda tanya apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak mengambil bahagian di pentas ceramah di Padang Merbok. Azmin antara pemimpin PKR yang lantang berhujah di pentas-pentas ceramah, namun ketiadaan beliau di pentas berkenaan, menimbulkan sedikit perasaan hairan.


Adakah ini suatu petanda bahawa Azmin cuba mengasingkan diri atau sudah disisihkan oleh PR?



Menerusi laman mikro Twitter miliknya semalam, Azmin menulis, "saya dan YB Khalid Samad sekarang menghala ke Padang Merbok, "peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. Laungan SPR letak jawatan bergema!" Sementara menerusi posting di blognya tertulis, "sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor. Kumpulan berkenaan dikawal oleh Unit Amal Pas, dan diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.



"Azmin Ali kemudian bersantai di tengah padang bersama rakyat di bawah cuaca panas dan jerebu dari jam 2 petang sehingga jam 5 petang". Namun, Azmin - seperti kelazimannya akan menyampaikan sepatah dua kata di pentas ceramah, tidak berlaku semalam.



Walhal, pentas itu semalam sewajarnya digunakan beliau untuk mengembalikan 'populariti' yang kian hari kian pudar dek kerana pelbagai kontroversi yang muncul. Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh sebilangan penyokong pembangkang sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan.



"Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya. Malah kontroversi Azmin membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, dakwaan amalan nepotisme dalam PKR bukan lagi rahsia.



Namun apa yang berlaku semalam, pandangan mata kasar penulis, Azmin seolah-olah 'dipulau' kerana kelantangannya mengkritik kredibiliti kerajaan Negeri Selangor. Terbaru, beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu. Maka tidak hairanlah himpunan Black505 kali ini seolah-olah memandang sepi akan kehadiran Azmin Ali

Monday, July 8, 2013

PILIHAN RAKYAT TETAP KEPADA BARISAN NASIONAL



Sekali lagi rakyat telah memilih Barisan Nasional menjadi kerajaan apabila menang dengan majoriti muda 133 kerusi. Barisan Nasional telah membentuk kerajaan Persekutuan dengan perlantikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Perlantikan barisan kabinet Malaysia dengan memperkenalkan muka baru dan muka lama bagi penyatuan pengalaman dan kebolehan bagi membentuk pasukan yang kuat dan  kukuh bagi kelangsungan pentadniran demi rakyat. 


Momokan oleh pihak pembangkang yang diketui oleh manusia bernama Anuwar Ibrahim bahawa pada PRU-13 pembangkang akan membentuk kerajaan sejurus selepas penguguman keputusan PRU adalah khabaran yang plastik dan hanya sendiwara untuk rakyat. Kebenaranya jelas bahawa kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti mudah ini membolehkan Barisan Nasional menjadi kerajaan. Fakta dan angka telah membuktikan kemenangan ini dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kecuali diputuskan oleh maklamah. Anuwar dengan bangganya mahukan penyokongnya untuk menggulingkan kerajaan dengan membuat perhimpunan Balckout 505 yang telah diperjajakan diseluruh pelusuk tanah air bagi mencari jalan pintas untuk menjadi perdana menteri. Namun rakyat dengan bijaknya menolok keegoan manusia bernama Anuwar Ibrahim dan menerima keputusan kemenangan Barisan Nasional sebagai kerajaan.


Barisan Nasional telah memenangi 25 kerusi dari 30 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini membuktikan bahawa Sarawak merupakan "Fix Deposit" kepada kerajaan Barisan Nasional. Sebagai tanda terima kasih pimpinan tertinggi Barisan Nasional melantik  mempunyai 4 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sarawak. Tahniah dan syabas kepada yang telah dilantik. Namun tugas dan cabaran itu harus dipikul dengan ikhlas bagi membalas JASA rakyat di kawasan.