Wednesday, April 29, 2009

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YAB KETUA MENTERI SARAWAK

AL-FATIHAH....
Takziah Atas Kematian Isteri YAB Ketua Menteri Sarawak Pada 29 Mei 2009.
SEMOGA ROHNYA DI TEMPATKAN DISISI ORANG YANG BERIMAN
Text Color....AMIN.....

DR. Mansor Calon ke 2 PKR di Penanti


Anwar selaku pemimpin de' facto untuk parti tidak demokratik-PKR mengumumkan pilihannya Mansor bin Othman(gambar) sebagai calon PKR bagi kawasan DUN Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini.

Penanti adalah salah satu di antara tiga DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai oleh PKR. Dua lagi DUN di situ ialah Seberang Jaya(BN) dan Permatang Pasir(PAS).

Terdahulu dalam ucapan yang sama, Anwar mengaku bahwa PKR mahu meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai calon DUN Penanti dan seterusnya sebagai TKM1 PP (jika menang). Namun setelah di nasihatkan oleh Lim Guan Eng maka Anwar mempertaruhkan Mansor sebagai calon pengganti.

"In his speech, Anwar said the party had seriously considered its president and former Permatang Pauh MP Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail as the candidate for Penanti and hence the deputy chief minister, due to her close ties with Lim.

Lim had however given feedback that the party should not just consider personal ties in deciding on the appointment, Anwar said." sumber The Sun Daily

Beberapa fakta tentang Mansor bin Othman:

1. Merupakan Ketua Bahagian PKR Balik Pulau dan orang no 2 PKR Pulau Pinang. Mansor telah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR selama 10 tahun dan juga Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR.

2. Mansor pernah bertanding bagi kerusi Dun Pulau Betong dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu tidak berjaya dan tewas kepada calon Barisan Nasional.

3. Pernah menghantar borang pertandingan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 (Anwar Ibrahim vs Arif Shah vs Hanafi Mamat) tetapi menarik diri sebelum pengunguman SPR.

4. Mansor Othman juga adalah Setiausaha Politik Anwar Ibrahim semasa bergelar TPM dari tahun 1996-1998. Mansor bersama Anwar pada saat-saat akhir di dalam kerajaan sebelum Anwar dipecat atas salah laku moral.

Tuesday, April 28, 2009

Ramasamy akui kemiskinan tidak boleh dihapuskan. (Menipu lagi...)

Akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat melalui Timbalan Ketua Menteri 2nya terpaksa mengakui bahawa adalah satu perkara yang amat sukar dan mungkin hampir kepada mustahil untuk menghapuskan terus kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Ini jelas membuktikan bahawa kempen yang selama ini dihamburkan kepada rakyat hingga membuahkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih banyak terarah kepada pembohongan dan tidak lebih hanyalah untuk menarik publisiti, perhatian dan sokongan rakyat kepada mereka.

Rakyat Pulau Pinang yang terlena dibuai angin bayu sambil disuap dengan 1000 janji manis Pakatan Rakyat terpaksa akur dan menelan kepahitan dek janji yang tak mampu ditunai. Malah rakyat terpaksa pula kini berdepan dengan pelbagai karenah dan tindakan yang menggila dari kerajaan negeri seperti saman, cukai dan banyak lagi disebabkan kerajaan negeri yang semakin ketandusan sumber kewangan. Adakalanya rakyat mula terfikir alangkah baiknya kerajaan terdahulu. Walaupun mereka ada makan duit tetapi hal kebajikan rakyat tidak pernah dipinggir. Bahkan lebih banyak peruntukan, pembangunan dan pelbagai wang ehsan telah dihulur kepada rakyat berbanding apa yang dinikmati rakyat. Mungkin kerajaan sekarang hanya mementingkan publisiti media dalam melaksanakan sesuatu aktiviti hinggakan sumbangan RM 50 pun digah ke seluruh dunia. Walau apa pun, rakyat sudah pun memutuskan siapa yang berhak mentadbir negeri selama tempoh sepenggal ini dalam PRU12 yang lalu. Suka atau tidak, rakyat perlu tunggu hingga PRU13 samada masih ingin kekal dengan kerajaan sedia ada atau sudah tidak tertanggung keperitan hidup di bawah tangan Pakatan Rakyat.
"GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, hari ini mengakui bahawa kemiskinan di Pulau Pinang tidak boleh dihapuskan tetapi bilangan mereka yang miskin boleh dikurangkan.Beliau berkata, kemiskinan adalah isu yang relatif dan sesiapa sahaja boleh menjadi miskin kerana pelbagai sebab dan apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini ialah membantu golongan itu.
Beliau juga mengakui bilangan mereka yang miskin boleh bertambah pada bila-bila masa.
"Setakat ini terdapat 728 keluarga miskin tegar yang didaftarkan di Pulau Pinang dan kumpulan itu telah selesai dibantu," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan terima kasih terhadap Yang Dipertua Negeri,Tun Abdul Rahman Abbas, pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian setelah beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan kenyataan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebelum ini bahawa kerajaan negeri berjaya menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang.
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Telok Bahang) berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tetapi mempertikaikan kenyataan ia telah menghapuskan kemiskinan tegar.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga seharusnya mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan dan agensinya untuk membantu golongan miskin tegar di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, pula tidak bersetuju bahawa miskin tegar telah dihapuskan di negeri itu kerana masih ramai lagi penduduk di kampung termasuk di kawasannya, masih berada dalam kriteria itu.
"Kalau menggunakan jumlah 728 kata dah hapus miskin tegar, hal ini tidak betul sebab tak hapus lagi, banyak lagi orang di kawasan kampung yang masih berada dalam keadaan itu," katanya."
sumber : berita harian

Sunday, April 26, 2009

Najib tinjau Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman : Pemimpin yang berjiwa rakyat


NAJIB Tun Razak singgah minum di sebuah gerai makan semasa membuat tinjauan di Hentian Puduraya, di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, M.Saravanan (dua, kanan) dan Ahmad Fuad Ismail (dua, kiri). Terdahulu, Najib turut melawat sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 25 April – Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hentian Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas.

Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam semasa melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib, yang berpakaian kasual berkemeja warna perang dan seluar berwarna kuning air, tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat Semua House pada 3.20 petang, diiringi oleh Raja Nong Chik, timbalannya, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Di Jalan TAR, yang terkenal dengan kedai-kedai tekstil dan barang kemas, Najib diberi taklimat oleh Ahmad Fuad mengenai cadangan tempat meletak kenderaan bertingkat berhampiran Semua House dan beberapa rancangan menaik taraf lain di situ.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan peniaga dan orang ramai.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.

Najib turut berhenti di salah sebuah gerai di bangunan itu bagi mendapatkan minuman sejuk.

Beliau yang diiringi pegawainya, menarik perhatian orang ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Perdana Menteri.

Seorang wanita yang ternampak kelibat Najib lantas memboloskan diri di tengah-tengah kumpulan orang ramai sambil berteriak: “Saya mahu ambil gambar Perdana Menteri saya”.

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang.

Raja Nong Chik berkata, Perdana Menteri menyatakan pandangan berat tentang kurangnya fasiliti dan kesesakan di tempat-tempat tertentu dan mahukan penambahbaikan dilakukan segera.

“Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasan sesak.

“Beliau berkata masalah seumpama itu bukan petanda baik buat negara kita yang berusaha menjadi negara maju menjelang 2020.

“Beliau telah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kementerian lain yang berkaitan menentukan kemudahan berkenaan dipertingkatkan demi faedah orang ramai,” katanya.

Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.

“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya.

“Beliau mahukan projek itu dijalankan semula secepat mungkin,” kata Raja Nong Chik.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.

Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan - 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.

Mengenai rancangan menaik taraf kemudahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan di Jalan TAR, Ahmad Fuad berkata, projek itu ialah tempat letak kereta bertingkat yang sudahpun bermula.

“Ia bangunan 13 tingkat dan dianggarkan menelan kos RM50 juta. Ia akan menempatkan tempat letak kereta bertingkat, pusat penjaja dan peniaga, dewan pelbagai guna dan ruang pejabat,” jelasnya.

sumber : BERNAMA

Friday, April 24, 2009

PAS YANG SEMAKIN LESU BILA ADANYA ANUAR IBRAHIM


Lagi dua hari lagi genap 1 tahun PAS bersama2 PR meneraju 4 Negeri + 1 Bekas Negeri. Sebagai rakyat biasa kita perlu lihat balik apa yg telah dilaksanakan oleh PAS dlm merancanakan matlamat @ objektif parti tersebut.

**Matlamat PAS ialah memperjuangkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH.

**Pas mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.


Persoalannya sekarang di mana PAS dlm menegakkan perkara2 diatas sejak sama2 memerintah 4 Negeri + 1 Bekas Negeri tersebut. Adakah makin hampir @ makin jauh?

Dimana janji2 utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai. Dimana usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya? Dimana janji utk menghapus @ mengawalnya arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri? Dimana?

Di Parlimen

Jika kita lihat di Parlimen. Dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. PAS telah hilang taring & menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak berjuang bila mahupun dr segi agama @pun bangsa. PAS juga dormant apabila bercakap mengenai isu lain seperti ekonomi, perundangan, kewangan & lain2.

Disamping tiada idea2 & isu2 yg bernas dicadangkn, nama2 dalam MP DAP lebih senonim dgn kita daripada MP PAS sendiri. Sebagai contoh Siapa MP PAS Sik ? Bolehkah kita berikan jawapan secepat mungkin ? Sehinggakan kita perlu meneliti dgn lebih dalam internet baru boleh kita ketahui jawapannya. Kenapa ini berlaku ? Adakah pimpinan PAS di Parlimen ketandusan Idea, Lesu @ Ilmu utk diketengahkan @ menonjol di Parlimen.

Untuk mengambil hati rakyat perang Persepsi adalah amat penting. Ini yg menjadi strategi DSAI utk menonjolkn ahli2nya. Cara ini juga digunakan oleh MP DAP utk menaikkan 'rating' masing2 di Parlimen dgn bertanyakan hal2 yg sensitif tanpa mengambil kira apa pandangan PAS sebagai rakan PR. Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan @ dipertikai tidak kira siapa mereka. Kawan @ lawan. Bersikap membisu akan menyebabkn persepsi masyarakat PAS sbg parti penumpang dlm PR.

Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkn idea2 yg bernas utk diketengahkan utk masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat. Persoalan yg skrg kenapa PAS kelihatan seperti ’pengikut’ drpd menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.

Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.

Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online @ suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri. Misalnya di Parlimen semalam, kenyataan Utz Taib Azamudden mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah tidak diberi liputan di Hakarah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Pelik bukan. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita & kenyataan pemimpin mereka drpd pemimpin PAS.

PAS YANG CELARU

Terdapat beberapa Isu yg menyebabkan saya katakan PAS celaru sejak akhir-akhir ini.

Isu Azan

Ia bermula dengan Isu Azan. Terdapat perbezaan pendapat antara ahli2 PAS & juga pimpinan PAS sendiri. Mereka mula terikut dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.

Malah ada yg mengeluarkan dgn menyatakan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' & menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.

Ketiadaan kenyataan yg jelas dr PAS sendiri menyebabkn ramai penyokong2 membuat 'fatwa' yg jelas menyokong isu tersebut. Kekeliruan berlaku sehinggakan ada pimpinan PAS yg membuat laporan polis berkenaan isu tersebut & menyatakan ia sbg fitnah & berniat jahat.

Isu Penggunaan Perkataan 'Allah' oleh Agama Lain

Yang terbaru adalah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yg memberikan pendapat penggunaan perkataan Allah oleh agama lain dibenarkan. Ia menimbul kecelaruan dikalangan ahli2 PAS sendiri malah kecelaruan ini menyebabkan 2 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh agama lain didalam Parlimen. Mujurlah ada Ust Taib Azamudden memperjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah selepas mereka memberi komen.

Dewan Rakyat diberitahu oleh beliau bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (Tauhid) org Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Dalam semua org2 Islam di Malaysia menentang penggunaan Allah oleh agama lain masyarakat dikejutkan oleh PAS yg memberikan kenyataan sebaliknya. Kenyataan ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya bg ahli2 PAS sendiri. Penentangan penggunaan perkataan ini juga ditentang oleh Mufti Perak Utz Harussani Zakaria.

Isu Ketaatan Kepada 'Ulul Amri'

Dalam isu di Perak. PAS sekali lagi celaru dgn mempertikaikan 'kredibiliti' Sultan @ Ulul Amri dlm melaksanakan tugas. PAS bertindak amat berbeza sekali dgn membelakangkan Al-Quran & Sunnah terutama berkenaan dgn kewajipan mentaati pemimpin. Malah ada Ulama' PAS juga mengeluarkan kenyataan yg menjurus kearah menghalalkan tindakan ahli-ahli mereka dgn mempertikai status 'Ulul Amri' pada pandangan mereka. Utk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas hadis & al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin demi utk tidak melihatkan tindakan PR adalah salah. Dimana Objektif penubuhan PAS disini?

Kurangnya penerangan @ tindakan oleh Ulama' PAS telah menyebabkn segelintir penyokong2 PAS di Perak bertindak diluar batasan dgn berdemo & berhadapan dgn Institusi Beraja Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS @ merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir2kanlah. Nasi telah menjadi bubur kerana sikap tersebut akan menjadi 'burden' kpd PAS di kemudian hari.


Bar Council (Isu Hak Keistimewaan & Forum Kebebasan Beragama)

PAS kelihatan kurang menyerlah dlm menghentam Bar Council. Mungkin kerana kebanyakan ahli DAP merupakan ahli Bar Council maka PAS bersikap 'tak apa' & kurang menyengat. Terang2 Bar Council bertindak mempertikai & menempelek salah satu rukun negara & juga mempertikaikan kewibawaan Islam. Kenapa PAS senyap? Kenapa PAS tidak memberikan 'warning' seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini.

Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dr UMNO. Dilihat UMNO lebih menyerlah dlm mempertahankan isu ini.

Dewan Ulama Pas

PAS terkenal dgn dewan Ulama' PAS. Tetapi sejak akhir2 ini peranan Dewan tersebut amat lesu & kadangkala tidak berfungsi dgn baik. Dewan Ulama' juga kurang diberi liputan oleh Harakah sendiri. Sepatutnya Dewan Ulama' PAS perlu digunakan sebaik2nya bilamana kemusykilan berlaku bila melibatkan Al-Quran, Hadis & isu2 agama. Ini dapat mengelakkan berlakunya pertembungan @ konflik kenyataan celaru pimpinan2 PAS yg memberikan pendapat berbeza2 tanpa merujuk kepada Dewan Ulama.

Musyawarah @ perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama' PAS sebelum apa2 kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS @ saf kepimpinan. Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat basalannya diakhirat kelak.

Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain2 hanya akan menjadikn bahan @ 'point' utk BN menghentam PAS. Adakah isu2 ini mendapat sokongan Dewan Ulama' ? Salah siapa? Komen2 pimpinan @ individu bila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan & pendapat dikeluarkan. Jgnlah Dewan Ulama' berfungsi apabila Muktamar diadakan @ bilamana diperlukan sahaja. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan & menjadi rujukan oleh semua pimpinan & ahli2 PAS sebelum terlambat.

Cukupla saya berhenti disini saja. Ini merupakan sebahagian daripada secebis kupasan & teguran kepada PAS. Mungkin PAS perlu berhenti sejenak. Buat Muhasabah diri & berfikir apa yg telah berlaku & akan berlaku jika sikap ini berterusan. Jgn fikir dr segi politik ttp fikirlah dr segi AGAMA & ANAK BANGSA ISLAM MALAYSIA.

Jika ada kesempatan lain saya akan sambung ulasan saya.

Yg baik datangnya dari Allah & yg buruk datangnya dari diri saya sendiri. Wallahwaqlam
SUMBER : BLOG ANWARDOTCOM

Tuesday, April 21, 2009

RENUNGAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA


Ahli politik diminta patuh - Rais


Rais Yatim (kiri) menyerahkan tugasnya kepada Menteri Luar yang baru, Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 20 April - Semua ahli politik di negara ini perlu akur dengan peringatan Sultan Perak berhubung pentingnya institusi raja Melayu disisihkan daripada sebarang pergolakan atau pertikaian politik sesama mereka.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ingatan kali kedua itu mengukuhkan hujah bahawa institusi raja perlu mengikuti tahap tradisinya dan kepentingan Perlembagaan Persekutuan.

''Apabila bercakap tentang Satu Malaysia, institusi raja Melayu tidak boleh diketepikan kerana ia merupakan tonggak dan tiang seri kepada kenegaraan atau kerajaan itu sendiri.

''Ahli politik harus menerimanya dengan jelas terutama pihak-pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat sama ada melalui ucapan, blog atau media yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dokumen Serah Tugas kepada Menteri Luar yang baru, Datuk Anifah Aman di sini hari ini.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam.'

Sehubungan itu, Rais memberitahu, pihak beliau akan memberi penerangan tentang kedudukan institusi raja Melayu dalam masyarakat majmuk secepat mungkin.

''Kami akan mengusulkan titah Sultan Perak itu supaya kita dapat menghuraikan dari segi fahaman, penerimaan dan pelaksanaan kedudukan raja Melayu dalam masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

-Utusan Malaysia 21.04.09-

Sunday, April 19, 2009

Raja berada di atas politik - Sultan Perak

KUALA KANGSAR 19 April — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan ’menyalakan api dalam sekam’ yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

-Bernama-

Friday, April 17, 2009

Ahli Parlimen PKR tidak setuju Selangor kekalkan Elizabeth

KUALA LUMPUR 16 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Selain meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan negeri yang lain mengkaji semula keputusan tersebut, Zulkifli juga mengambil pendirian untuk memufaraqah atau memisahkan dirinya daripada keputusan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, pendirian itu diambil kerana menghormati keputusan Elizabeth sebelum ini yang mahu melepaskan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

"Elizabeth telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau.

"Saya yakin Elizabeth mengetahui dan memahami benar masalah yang dihadapi, sebab itu beliau memilih untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN,'' katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di laman blog beliau hari ini.

Dalam kenyataan media tersebut, Zulkifli yang juga seorang peguam turut mempersoalkan alasan kerajaan negeri dalam memutuskan isu tersebut apabila menuding jari menyalahkan pihak polis yang didakwa melengahkan siasatan.

Kata beliau, semua pihak sedar dan tahu bahawa siasatan polis terpaksa dilengahkan kerana tiada kerjasama orang disyaki yang memilih untuk tidak membantu siasatan sehingga ke hari ini.

"Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh Menteri Besar dan Exco Selangor apabila Elizabeth sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau,'' tegasnya.

Tambah Zulkifli, dalam hal ini soal simpati secara peribadi dan memaksa Elizabeth terus menjawat jawatan awam sebenarnya adalah dua isu yang berbeza.

"Saya sangat bersimpati pada Elizabeth dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadinya.

"(Namun) soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza,'' jelasnya.

Dalam pada itu Zulkifli berkata, Menteri Besar dan kerajaan negeri telah memberi gambaran seolah-olah mereka tidak menghormati keputusan Elizabeth apabila terus memaksanya untuk mengekalkan kedua-dua jawatan berkenaan.

Katanya, beliau cukup yakin yang Elizabeth telah menimbang keadaan sekeliling dan pelbagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.

"Keputusan Menteri Besar dan kerajaan negeri ini juga akan menambahkan tekanan terhadap Elizabeth. Sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadapnya.

"Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen pakatan pembangkang,'' jelasnya.

sumber : Utusan Malaysia

Thursday, April 16, 2009

FAIRUS LETAK JAWATAN SEBAGAI ADUN PENANTI

16/04/2009 1:52pm
PULAU PINANG 16 April - Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Bernama di sini hari ini.
— Bernama

Inilah PM yang kita perlukan : DSN

Najib dalam tempoh beberapa minggu menjadi PM telah berjaya menampakkan ketegasannya dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah di dalam negara. Inilah PM yang kita mahukan selama ini. Membuat keputusan yang tegas tetapi adil kepada semua pihak tanpa perlu menunggu pihak-pihak tertentu yang membuat ketetapan bagi pihaknya.Aku membuat penilaian ini berlandaskan keputusan tegas yang dibuat bagi menyelesaikan dua perkara yang berlaku sehari dua ini, iaitu masalah di Terengganu dan juga isu pembubaran MECD.Perihal polemik 10 wakil rakyat BN di Terengganu ditangani cukup mudah iaitu mengarahkan semua ADUN masuk dewan seperti biasa dan tiada sebab untuk mereka tidak hadir hanya berdasarkan SMS yang mereka terima. Cukup mudah!Bukan untuk memburukkan sesiapa atau mahu membuat perbandingan, tetapi aku membayangkan andai PM masih lagi Pak Lah, nescaya perkara ini akan berlarutan dan silap haribulan menjadi bertambah buruk. Tapi Najib membuktikan ia tidaklah serumit mana.Begitu juga dengan cakap-cakap dan kebimbangan orang Melayu tentang nasib agensi2 di bawah MECD selepas kementerian itu dibubarkan, dengan segera diputuskan termasuk perihal kedudukan LPKP.Keputusan yang segera diambil, tegas dan memuaskan hati semua pihak seperti ini oleh seorang PM sudah lama tidak dirasakan. Yelah, berbeza sebelum ini segala polemik, masalah yang wujud bukan sahaja lambat untuk mendapat maklum balas PM malahan keputusan yang dibuat kadang kala tidak memuaskan dan sering kali berubah-ubah (flip-flop).Andai cara seperti ini diteruskan oleh Najib sepanjang beliau menjadi PM ini aku percaya beliau mampu mengembalikan semula kegemilangan pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang telah dimusnahkan sebelum ini. Pun begitu masih terlalu awal untuk meletakkan Najib setanding Tun Mahathir waima bapanya, Tun Razak namun tanda-tanda ke arah tersebut telah kehilangan.Dalam pada itu, aku juga berharap agar Najib dapat mempertimbangkan cadangan supaya pembinaan jambatan bengkok yang sebelum ini dibatalkan dikaji semula. Ia bukan sahaja bagi memenuhi harapan rakyat Johor dan Malaysia keseluruhannya, tetapi juga dapat "menyelesaikan" isu yang tertunggak sebelum ini. Dan harapannya ia dapatlah dikaji dengan segera agar nanti jangan sampai CIQ sudah reput barulah nak mengkajinya.Kepada PM yang baru, seluruh rakyat di negara ini sedang memberikan harapan yang menggunung agar beliau meletakkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, di kedudukan yang tinggi sepertimana yang dirasakan sepanjang 23 tahun di bawah teraju Tun Mahathir sebelum ini.Selamat maju jaya, Najib!
sumber : blog mesintaipburuk

Harga Proton EXORA

Proton Exora

Harga Yang di tawarkan:

Proton Exora 1.6L A/T M-Line Metallic - RM69,998.00
Proton Exora 1.6L A/T M-Line Solid - RM69,548.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Metallic - RM75,998.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Solid - RM75,548

EXORA DILANCAR


NAJIB Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir (kanan) menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran MPV Proton Exora di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi. – UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan

SETELAH beberapa bulan menunggu penampilannya, Proton Exora, kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluaran Proton dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara, malam tadi.

Proton Exora yang menggunakan enjin 1.6 Campro CPS dengan 125 kuasa kuda, dijual pada harga RM69,998 hingga RM75,998 sebuah. Tidak hairanlah dengan harga semurah itu, 2,500 unit telah ditempah orang ramai.

Peminat kenderaan untuk seisi keluarga itu mempunyai pilihan membeli unit transmisi automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan.

MPV itu ditawarkan dalam enam warna pilihan dan dua varian iaitu Exora Hi-Line 1.6 Automatik Metallic (RM75,998) dan Exora M-Line 1.6 Automatik Metallic (RM69,998)
SUMBER : Utusan Melayu 16.04.09

Wednesday, April 15, 2009

PKR Parti Yang Tidak Bermoral

PKR boleh dilabelkan sebagai parti yang tidak bermoral bila mengekalkan Adun Bukit Lanjan sebagai Exco dan juga ADUN di Selengor. Dulu bila masa YB dari BN semua nya tak boleh, Tak bermoral lah, tak bersih lah. Apa cita ne wahai khalid yang (ba..ba....ba...bak.. hehehe) kalau kutuk BN kau yang no satu, bila kena kat Parti PKR semuanya ok. Pi Rahhh........ Cakap Tak Serupa Bikin. Semua sama macam si Anuwar Al Juburi.... Suka main belakang... Tikam orang dari belakang..

Penjelasan Berhubung Dengan Kem. Pembangunan Usahawan : Penyelesaian Yang Cukup Berhemah

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:

(1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(3) Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(4) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;

(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;

(6) Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;

(7) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

(8) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan

(9) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasisebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri15 April 2009

Thursday, April 9, 2009

KABINET BARU DS NAJIB : KABINET RAKYAT

PUTRAJAYA: Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Thursday, April 2, 2009

PM Ke-6 Tahniah Datuk Seri Najib

Sejarah akan terungkap. Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 6 akan mengangkat sumpah esok hari. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan memimpin Malaysia ke satu tahap yang bakal ,menyaksikan samada satu perubahan atau impian kearah yang lebih baik dan sempurna untuk sekalian rakyat Malaysia.

Darah Tun Razak yang mengalir dalam tubuhnya diharapkan akan disenangi oleh setiap lapisan penduduk dari segenap ceruk rantau. Najib mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda dalam sejarah iaitu ketika berumur 27 tahun. Dan dinatara Menetri Kabinet yang muda ketika dilantik.
Gayanya kepimpinannya ada iras Tun dr. Mahathir, negarawan yang disanjung dan diingati oleh seantero dunia.
Berjayakah Najib menawan hati rakyat Malaysia amnya dan pengundi PRU 13 kelak?? Bagaimanakah kemampuan barisan kabinet Najib memacu atau mentadbir negara ini nanti?? Ramai yang ternanti-nanti akan kemampuan Najib dan kabinetnya kelak.


Ada dikalangan mereka yang tidak bertanggungjawab, mengatakan bahawa Najib tidak akan mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Ke 6 esok. Tetapi jangkaan itu meleset sama sekali kerana Majlis Angkat Sumpah berkenaan akan dijadualkan pada jam 10pagi esok (Jumaat, 3 April 2009) di Istana Negara.


Ada yang juga yang mencadangkan bahawa, Saf kabinet Era Pak Lah perlu meletakkan jawatan. Penulis sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan cara ini. Tetapi tentu ada yang tidak akan dilantik semula dan sebaliknya. Peluang dilihat lebih cerah kepada mereka yang memenangi Ahli Majlis Tertinggi UMNO minggu lepas. Dr. Fuad Zarkashi, Bung Mokhtar, Tajuddin Ramli antara beberapa nama yang begitu lantang dan angkuh di parlimen. Ya, benar, angkuh dari konteks mempertahankan dasar mahupun mengkritik apa yang dirasakan perlu oleh mereka. UMNO/Kerajaan memerlukan tokoh² yang berani atau pandai berpidato untuk mematahkan hujah² pembangkang.

Yang paling menarik minat tentunya lantikan Ketua PEMUDA UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kedalam barisan kabinet. Sejauh mana kepercayaan Najib terhadap Khairy?? Kedengaran Khairy akan disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO sebaik sahaja Pak Lah turun dari jawatannya. Biar masa yang menentukan.


Teori RAHMAN mencipta sejarah yang tersendiri. Angan² Anwar Ibrahim untuk bersemayam di Seri Perdana Putrajaya umpama cerita dongeng kanak² yang ingin tidur. Hanyut dibuai mimpi dan angan² kosong yang bisa membuatkan semua khalayak terpesona dan terpedaya. Aduh asyiknya.

0001 is back!

BH 02/04: Dr Mahathir akan sertai semula Umno sebelum Isnin ini dan bantu kempen BN pada pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau: Mukhriz

Dr Mahathir vowed he would stay out of Umno as long as Abdullah is Prime Minister. Tomorrow Pak Lah officially hands over the premiership to Najib Abdul Razak. Gantang and Selambau by-elections are next Tuesday so there's not much time left for Dr Mahathir to help campaign. The news alone should be enough to swing some over.

sumber : Rocky bru Blog