Sunday, March 29, 2009

Penamaan Calon Barisan Nasional bagi 3 Pilihanraya Kecil


BERSAMA-SAMA KITA BERKEMPEN BAGI MEMASTIKAN CALON BN
MENJADI PILIHAN PENGUNDI...

Saturday, March 28, 2009

Ya Allah, Tangisan Kami Melihat Perpaduan Ini - Terima Kasih Presiden UMNO, Datuk Seri Najib


Apabila melihat tangisan mereka berpeluk tanda kasih sayang pada pemimpin, mereka sebak tanda keikhlasan dalam perjuangan, mereka meminta maaf antara satu sama lain, tiada ungkapan dikata selain dari tangisan mengiringi semangat perpaduan dalam UMNO.



Keikhlasan ini juga menampakkan perpaduan di kalangan pemimpin UMNO kembali bertaut. Ditambah dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad terus ke pentas menjunjung semangat permuafakan di dalam UMNO, menambah sebak di kalangan ahli-ahli UMNO.

Apa yang kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan,perpaduan ini akan terus utuh dan diteruskan. Sedih tanda kegembiraan. Ucapan JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PRESIDEN UMNO, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK kerana menjadi aspirasi pertemuan yang sungguh mengharukan ini. Semoga Allah memelihara perpaduan UMNO ini.

RAPATKAN SAF DAN BANGUNKAN BANGSA MELAYU AGAR TERUS MAJU.

Thursday, March 26, 2009

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN UMNO 2008

Presiden UMNO

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak


Timbalan Presiden UMNO

Tan Sri Muhyiddin Yassin


Naib Presiden UMNO

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi

Datuk Seri Hisyammudin Tun Hussen Onn

Datuk Seri Shafiee Afdal


Majlis Tertinggi UMNO

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)

2. Datuk Noh Omar (2,084)

3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)

4. Datuk Azian Osman (2,060)

5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)

6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)

7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)

8. Datuk Lajim Ukin (1,804)

9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)

10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)

11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)

12. Datuk Idris Haron (1,658)

13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)

14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)

15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)

16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)

17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)

18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)

19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)

20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)

21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)

22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)

23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)

24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)

25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

Keputusan Pemilihan UMNO bagi Sayap Wanita, Puteri dan Pemuda. TAHNIAH!!!!!

Sunday, March 22, 2009

PKR cuba perbodohkan rakyat di Batang Ai kata Masing




Caption:

1.BN BOLEH!...Masing (ketiga dari kiri) sedang mengangkat tangan calon BN iaitu Mussen (kiri beliau) sambil diapit oleh Fadillah (ketiga dari kanan), Hajah Fatimah dan Empiang ketika berlangsungnya majlis hari ini.

2.PILIHAN RAKYAT...Masing (hadapan dua dari kanan) sambil ditemani oleh Empiang (kanan sekali), Fadilah (baju biru) dan Mong (tiga dari kiri) sedang mengangkat bendera BN ketika berlangsungnya majlis hari ini.

LUBOK ANTU, Sabtu (21 Mac) – Parti KeAdilan Rakyat (PKR) sengaja menguji pemikiran penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai dengan meletakkan calon mereka untuk bertanding di pilihanraya kecil kawasan terbabit pada 7 April ini nanti.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Jemut Masing berkata tindakan parti pembangkang terbabit adalah bertujuan untuk menguji sama ada penduduk di situ dapat diperbodohkan oleh mereka pada pilihanraya kecil itu kelak.

“Tujuan mereka bertanding di sini (DUN Batang Ai) bukanlah kerana hendak mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri yang kini diteraju oleh komponen parti Barisan Nasional (BN).

“Tujuan sebenarnya kehadiran mereka di sini ialah untuk menentukan sejauh mana pemilih berdaftar di DUN Batang Ai boleh diperbudak dan diperbodohkan oleh mereka pada pilihanraya kecil itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Wanita dan Pemuda BN Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Ai bertempat di Rumah Sandah, Sungai Ara, Lubok Antu hari ini.

Dengan mempertengahkan calon mereka pada pilihanraya kecil itu kelak, para penduduk kata Masing akan diperdaya oleh segala janji kosong atau palsu yang tidak mungkin akan ditunaikan oleh mereka selepas ini.

“Ketua mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan berkata bahawa pihak PKR akan mengubah nasib hidup penduduk di kawasan DUN Batang Ai sekiranya calon mereka menang bertanding pada pilihanraya kecil pada 7 April ini.

“Bagaimanapun kawasan pegangannya sendiri iaitu Permatang Pauh masih lagi mundur sehingga masa sekarang semenjak beliau (Anwar) menjadi wakil rakyat di situ selama 27 tahun,” katanya.

Justeru Masing berharap agar di kawasan Batang Ai terus memberikan sokongan terhadap calon BN iaitu Malcom Mussen Lamoh agar pembangunan di kawasan berkenaan dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Hajah Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukrie, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan ADUN Bukit Begunan, Mong Dagang dan Senator Dato Sri Empiang Jabu.

Fairus letak jawatan TKM I : APA KATA ANUWAR?

PULAU PINANG 21 Mac - Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan juga Exco kerajaan negeri kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimile awal pagi ini.

"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai Exco iaitu Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," katanya.

Ditanya mengenai pengganti Fairus, Guan Eng berkata: "Kedudukan itu kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa."

Beliau berkata, Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa.

Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Fairus akan mengosongkan jawatannya Khamis lepas tetapi pemimpin parti mengatakan ia hanya khabar angin.

Semalam, Guan Eng memaklumkan Fairus bercuti pada minggu ini dan akan kembali bertugas Isnin ini melainkan beliau menyambung cutinya. - BERNAMA

Sunday, March 15, 2009

CALON BN DI DUA BUKIT DAN SATU BATANG

14/03/2009 12:33pm
TAIPING 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Ismail Safian, 48, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.
Ismail merupakan calon anak tempatan dan bekas Ketua Penerangan serta Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang.
- Utusan
14/03/2009 5:51pm
ALOR STAR 14 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
- Utusan
14/03/2009 5:50pm
KUCHING 14 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak bersetuju sebulat suara memilih Malcom Mussen Lamoh, 50, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April ini.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memaklumkan bahawa pengumuman calon rasmi akan dilakukan dalam tempoh dua hari lagi selepas nama calon dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mussen merupakan Jurutera Jabatan Pertanian dan berasal dari Lubok Antu.
- Utusan

Thursday, March 12, 2009

PM akan umum secara rasmi tarikh peralihan kuasa

Bercakap kepada pemberita pada lawatan seharinya ke Sabah di sini hari ini, Perdana Menteri menjelaskan, buat masa ini, beliau dan timbalannya mengadakan banyak perbincangan mengenai pelbagai perkara.

Ditanya sama ada beliau sudah mempunyai tarikh tersebut, Abdullah berkata: ‘‘Sudah tentu kami perlu mempunyai tarikh’'.

Abdullah diminta mengulas laporan portal berita yang menyebut beliau telah memaklumkan kepada Najib, tarikh penyerahan kuasa sebagai Perdana Menteri akan berlangsung pada 3 April ini.

Menurut laporan tersebut, tarikh itu sedikit tersasar daripada pelan asal iaitu 31 Mac, bagi membolehkan Abdullah mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat kali terakhir pada 1 April, sekali gus bertemu dengan Menteri-menteri Kabinet yang berkhidmat di bawah kepimpinannya.

Laporan itu turut menyebut, upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam negara akan dilakukan Jumaat, 3 April iaitu empat hari sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Batang Air serta kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Sementara itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai satu lagi laporan portal berita bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa makan tengah hari di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat, Selangor semalam.

Sambil menafikan laporan tersebut, Abdullah menegaskan, berita berlaku perbincangan empat mata (antara beliau dan Anwar) itu hanya rekaan semata-mata.

‘‘Tak ada... tak ada (perbincangan dengan Anwar). Dia agak sahaja tu atau orang lain buat cerita,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau mengenali tokoh agama, Sheikh Mahmud Al-Mazjub dan menerima jemputan makan tengah hari sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran madrasah itu.

Katanya, selain Maulidur Rasul, majlis tersebut turut diadakan sempena sambutan tamat latihan kerohanian 40 tahun tokoh agama tersebut.

‘‘Semasa saya sedang makan, Anwar tiba, sebab dia pun dijemput. Itu sahaja.

‘‘Semasa saya bercakap dengan Sheikh Mahmud, dia bagi pandangan macam-macam tentang masalah yang dihadapi dunia. Mengenai pentingnya kepimpinan negara. Kita mesti adil dan kita mesti mengawal keamanan. Itu yang ditekankan,’’ katanya.

Menurut Perdana Menteri, beliau hanya bercakap dengan Sheikh Mahmud dan bukannya dengan Anwar.

‘‘Dia (Sheikh Mahmud) bercakap dengan saya, bukan dengan Anwar dan saya pun tidak bercakap dengan dia (Anwar) sebab dia sedang dengar tok guru bercakap. Tidak ada apa yang lebih selain itu,” jelas Abdullah.

Wednesday, March 11, 2009

RM60 bilion Pakej Rangsangan ke II. Pihak Pembangkang Tak Tahu Nak Ulas Apa...

Pakej RM60 bilion


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas timbalannya itu membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua bernilai RM60 bilion di Parlimen, semalam. – UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 10 Mac – Melebihi jangkaan! Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan tambahan berjumlah RM60 bilion – suntikan yang dijangka mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap kesan kemelesetan global dan pada masa sama, memastikan kesejahteraan rakyat.

Pakej yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu lebih sekali ganda daripada sekurang-kurangnya RM30 bilion atau 30 peratus daripada Bajet 2009 yang diharap-harapkan oleh pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi.

Bajet Mini yang dibahagikan kepada empat teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010.

- Teras pertama sebanyak RM2 bilion akan memberi tumpuan mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;

- Teras kedua, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas;

- Teras ketiga, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan

- Teras keempat, RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan.

Mungkin tidak menyangka saiz ‘Bajet Mini’ yang cukup besar akan diumumkan, Najib yang juga Menteri Kewangan langsung tidak diganggu oleh Ahli Parlimen termasuk pembangkang sepanjang pembentangan sejam 17 minit – berbeza ketika beliau membentangkan pakej rangsangan pertama RM7 bilion November tahun lalu.

“Jumlah RM60 bilion ini merupakan hampir sembilan peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Pelaksanaan Pakej Rangsangan yang bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2009 atau Bajet Mini itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Najib, daripada jumlah pakej rangsangan kedua itu, sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion Dana Jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion daripada inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta RM3 bilion insentif cukai.

Beliau yakin peruntukan RM206 bilion dalam Bajet 2009, ditambah RM7 bilion Pakej Rangsangan Pertama dan kini RM60 bilion dalam Bajet Mini mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.

Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, Najib berkata, Pakej Rangsangan Kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.

Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur.

Di samping itu, langkah-langkah yang dirangka bukan sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi merangkumi inisiatif membina kapasiti ekonomi jangka panjang.

Ini menurutnya, akan menjamin Malaysia lebih bersiap sedia untuk meraih segera peluang tatkala ekonomi global kembali pulih kelak.

“Kerajaan beriltizam untuk terus melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.

“Kerajaan akan memastikan kesejahteraan semua rakyat akan terus dibela dan tiada yang terpinggir daripada mendapat manfaat langkah- langkah yang dilaksanakan,” katanya.

Sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kerumitan rakyat, teras pertama dan kedua dalam Bajet Mini memberi tumpuan menyeluruh daripada soal memberi latihan, menjaga kebajikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan serta siswazah menganggur sehingga kepada subsidi tol, gula, roti dan tepung gandum.

Menurutnya, sebanyak RM674 juta diperuntukkan sebagai subsidi tambahan untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian.

“Tanpa subsidi ini, harga gula akan meningkat 47 sen sekilo, tepung gandum naik 60 sen sekilo dan roti 400 gram meningkat 26 sen,” katanya sambil menambah sebanyak RM480 juta lagi disediakan supaya kadar tol tidak dinaikkan.

Untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, Najib berkata, kerajaan akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. Ini meliputi 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan di pelbagai agensi kerajaan termasuk 13,000 jawatan pegawai kontrak.

Tuesday, March 10, 2009

UMNO dan PAS Sedia Berbincang Atasi Kemelut Politik Negara

KUALA LUMPUR: Umno dan Pas masing-masing menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mengatasi kemelut politik negara seperti titah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, baru-baru ini. Sama ada Umno atau pembangkang, mereka sependapat bahawa hanya dengan perbincangan maka masalah yang timbul dapat diatasi segera bagi mengelakkan keadaan kurang stabil daripada berlaku. Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Umno sedia berbincang dengan pihak berkaitan termasuk pembangkang bagi mencari jalan mengatasi kemelut politik hari ini.
Katanya, dalam keadaan negara yang menghadapi pelbagai cabaran ketika ini, maka usaha ke arah mengadakan pertemuan dan perbincangan diharap dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit. “Ini kerana negara perlu ada kekuatan, terutama untuk menghadapi pelbagai cabaran masa kini dan pada masa sama rakyat harus bersatu padu supaya negara tidak menjadi lemah dan hancur,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Ahad lalu, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa dukacita dengan kemelut politik yang berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menjejas keharmonian perhubungan kaum di negara ini.

Titah baginda, kemelut yang berlaku itu perlu diselesaikan segera oleh pihak terbabit dengan mengadakan pertemuan bagi membincangkannya. Baginda juga mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada politik yang membangkitkan isu sensitif antara kaum kerana ia akan merosakkan amalan demokrasi negara. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda, Salahuddin Ayub, berkata Pas secara prinsipnya bersedia mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan semua parti membabitkan Pakatan Rakyat dan Umno serta pihak yang terbabit dengan kemelut politik ketika ini. Katanya, pihaknya sedia duduk semeja dan berbincang dengan pihak yang terbabit bagi mencari punca kepada permasalahan yang berlaku bagi membolehkan ia dapat diatasi segera.

Satu perkembangan yang baik dan menarik. Kemelut politik yang berlarutan akan menyebabkan daya ketahanan negara semakin menurun dan lemah dalam menempuh cabaran globalisasi. Negara perlukan kekuatan dan kestabilan dari segi politik, ekonomi dan perpaduan kaum bagi memastikan negara terus maju bagi melaksanakan agenda Kerajaan dalam RMK9 seterusnya untuk mencapai wawasan 2020.

Parti BN dan parti pembangkang perlu bersemuka dan berbincang dengan mengetepikan fahaman politik masing-masing bagi memikirkan bagaimana untuk mengembalikan suasana politik negara kepada yang lebih baik. Kedua-dua parti ini perlu menunjukkan kematangan politiknya dengan bertoleransi dan bekerjasama untuk mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Rakyat marhaen mendoakan rundingan ini berjaya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya negara luar bahawa situasi politik Malaysia tidaklah seburuk seperti mana yang mereka gambarkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.




Wahai Muslimin dan Muslimat, sama-sama lah kita musibahkan diri kita untuk menegakan kebanaran dan menidakkan kebatilan. Bersatulah Umat Islam agar Perpaduan itu utuh dan negara kita sentiasa aman dan damai. Amin.

Monday, March 9, 2009

Kerajaan Pokok Negeri PERAK. Siapa MB Nya????


Ini merupakan sejarah baru negeri Perak yang mana ahli-ahli kerajaan Pokok ini telah bersidang di bawah pokok. Nak dikatakan bodoh tak juga, nak dikatakan gila tak juga mungkin boleh ditafsirkan sebagai GILA KUASA. Empat orang seperti dalam gambar adalah mereka yang telah kecuncang tetapi tidak mahu mengaku... siannye..... Sampai bila ko nak mengaku sebagai MB. Sultan pun dah anggap kau penderhaka wahai Nizar.... Insaflah....

Thursday, March 5, 2009

Kenapa Pas Takut Sangat Dengan DS Najib?


Tindakan Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, Pak Lah yang bertegas mahu menyerahkan tugas beliau kepada timbalannya dianggap satu pengkhianatan kepada negara, mengikut kaca mata Pas. Kenapakah Pas begitu terdesak memujuk dan merayu Pak Lah supaya tidak turun dari tahta pemerintahannya yang "flip flop". Kenapakah Fuckatan Riot terutama Pas begitu takut sekiranya Najib mengambil alih pemerintahan negara?

Jika sebelum ini DS Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz beria-ria memujuk Pak Lah supaya kekal di tampuk kuasanya, semalam giliran Mahfuz Omar pula mengemukakan nada yang sama. Ketua Penerangan PAS itu menegaskan Pak Lah tidak sepatutnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana timbalannya itu dikaitkan dengan pelbagai skandal. Mahfuz juga menegaskan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang telah teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri. Selain itu tegas beliau, pelabur asing juga tidak akan datang ke negara ini jika Malaysia memiliki pemimpin yang dipertikaikan moral dan keupayaannya

Kenapakah Mahfuz beria-ria mempertikaikan DS Najib. Sekiranya beliau dan sesiapa sahaja di dalam Malaysia ini mempunyai apa-apa bukti untuk mensabitkan DS Najib di dalam pembunuhan, penyelewengan dan salah guna kuasa, kenapa orang-orang ini hanya menyalak macam anjing kurap dan tidak membawa bukti-bukti berkenaan kepada pihak yang berkuasa. Saya ingin bertanya kepada anjing-anjing yang suka menyalak ini, apakah bukti yang mereka ada? Kenapa tidak digunakan di mahkamah. Sekiranya mereka tidak mempercayai Mahkamah di Malaysia, mereka boleh kemukakan bukti-bukti berkenaan untuk disabitkan oleh tribunal mahkamah anatarabangsa. Kenapa hanya menyalak di blog-blog sampah masing-masing? Adakah bukti yang mereka ada hanyalah gambar "super impose" di dalam blog Tian Chua?

Sebaliknya Mahfuz Omar hanya berdiam diri apabila YB Brother Anwar bin Ibrahim (YB BABI) yang telah dibuktikan di mahkamah dan telah menerima hukuman sebagai mantan banduan salah guna kuasa bercita-cita untuk menjadi PM. Beliau telah diangkat dan diagung-agungkan oleh Mahfuz melebihi boss-bossnya di dalam Pas. Nasib baik YB BABI terlepas daripada dakwaan liwat ke atas Sukma dan Azizan atas alasan teknikal oleh Mahkamah Persekutuan. Bagai mana pula dengan kes liwatnya yang terbaru bersama Saiful Bukhari? Adakah YB BABI lebih bersih dari DS Najib? Adakah YB BABI di kaca mata Mahfuz kurang teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri? Adakah bukti-bukti yang terang lagi bersuluh ke atas mantan banduan salah guna kuasa ini bukan skandal?

Apa yang pasti, Pas dan Fuckatan Riot memang takutkan DS Najib. Mereka lebih suka Pak Lah memegang tampuk pemerintahan kerana Pak Lah lembik, "flip flop" dan banyak tertidur. Peluang mereka untuk memenangi PRU13 lebih cerah sekiranya Pak Lah memerintah berbanding DS Najib. Saya bukan orang DS Najib, beliau bukan idolaku dan saya juga tidak suka cara beliau dikuasai oleh isterinya di mata umum. Namun, sekiranya Fuckatan Riot tidak mempunyai apa-apa bukti untuk menyabitkan DS Najib di dalam apa-apa kesalahan jenayah, "Keep Your F**king Mouth Shut Up!"

MARI KTA TENGOK CITA TENTANG SINGH DAN TERESA KOK...... HEHEHEHEHEHEH

Wednesday, March 4, 2009

DUA BUKIT SATU BATANG : PILIHANRAYA SERENTAK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac dan 7 April masing-masing bagi penamaan calon serta pembuangan undi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak.
Dua lagi pilihan raya kecil akan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu bagi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.


WAHAI SAHABAT BLOGGER... SAMA-SAMALAH KITA BERJUANG UNTUK KEMENANGAN BARISAN NASIONAL UNTUK DUA BUKIT DAN SATU BATANG.


HIDUP BARISAN NASIONAL



Ha...ha...... Bersidang di Bawah Pokok.... Belum Tentu ko Jadi MB agik.



Kesian aku tengok sidak Pembangkang Perak.... adakah bersidang di bawah POKOK....ya rupa tambi ya.. sik sedar dirik alu jak.. terit jak make songkok.. berik malu orang melayu... Sial ko Tambi......




Monday, March 2, 2009

Pakatan Rakyat Semakin Keliru

Kerajaan BN-Pakatan tidak jelas
KOTA KINABALU 1 Mac - Cadangan Pas untuk menubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang memerlukan perbincangan dan kajian mendalam.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini, cadangan Pas itu adalah tidak jelas dan terlalu umum mengenai bentuk kerajaan campuran yang dimaksudkan.
“Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan Pas dengan kerajaan campuran itu. Perkara ini memerlukan penjelasan yang lebih terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pertemuan dan ramah mesra calon-calon Wanita dan Majlis Tertinggi UMNO di Bangunan UMNO Sabah di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, yang mencadangkan supaya BN dan pakatan pembangkang membentuk satu kerajaan campuran.
Abdul Hadi berkata, kerajaan baru tersebut perlu dibarisi oleh pemimpin dan wakil dari semua parti sama ada BN atau pembangkang.
Cadangan itu turut mendapat sokongan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa, kerajaan campuran itu akan membawa kestabilan kepada negara ini.
Muhyiddin yang juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perkara itu masih belum dimaklumkan sepenuhnya termasuk rangka kerja yang dimahukan.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, menyifatkan cadangan berkenaan tidak perlu kerana BN sememangnya sebuah kerajaan campuran yang mewakili semua kaum dan agama.
“Saya berpendapat, cadangan tersebut yang datang daripada pembangkang adalah satu helah politik mereka kerana mahukan simpati,” katanya.
Menurutnya, pakatan pembangkang merupakan antara penyebab utama kepada suasana tidak harmoni kaum iaitu dengan memainkan sentimen serta isu-isu perkauman dan agama.