Friday, March 23, 2012

Kenyataan TUN DAIM ZAINUDIN yang tidak disiarkan oleh Malaysia Kini




Ramalan DAIM:-


Kedah & Selangor : BN boleh menang jika mempunyai ‘pasukan’ yang mantap;


Kelantan & Penang: OUT


Terengganu: BN boleh menang, jika ada ‘pasukan’ yang mantap;


Perak: Hampir OUT (sebab pasukan yang tidak ‘jujur’)


Pahang, Melaka, Johor : BN


Negeri Sembilan: BN (jika Mat Hassan pindah ke Pusat; tukar MB yang tidak mempunyai isu)


Sabah: BN (jika ada pasukan yang bagus)


Daim juga menekankan keperluan YAB Perdana Menteri buat beberapa perubahan yang mampu menarik minat orang Cina:-

Berikan jawatan Menteri Kewangan kepada orang lain (seeloknya – Orang Cina). Strategi sementara.

Berikan komitmen PM untuk memindahkan kuasa Menteri Kewangan kepada orang lain.

Secara keseluruhan, Daim yakin BN boleh menang di 9 Negeri. Bukan 3 negeri sahaja seperti yang dikemukakan oleh Malaysiakini. Jahat sungguh spin Malaysiakini. Macam masyarakat Malaysia tak sekolah.

Bab berikan jawatan kepada bangsa Cina di Kementerian Kewangan itu boleh PM fikirkan. Tak perlu cari kalangan ahli politik BN pun. Cari kalangan teknokrat/banker Cina yang berkemampuan dan adil. Kenapa tidak?

Kita dalam zaman transformasi. Buat perubahan. Gugurkan kalangan anggota pentadbiran yang terkenal mengutip ‘toll’. Tak kiralah siapa mereka.

Daim juga selalu menekankan soal ‘pasukan yang bagus’. Ini semua ingatan buat semua Ketua Bahagian UMNO di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah – agar boleh memberikan tempat kepada calon orang muda dan berkemampuan. Jangan sabotaj parti. Itu sahaja.

Nampak sangat Malaysiakini cuba spin cerita. Sampai ke laut dia spin. -Gelagat Anwar

Wednesday, March 21, 2012

PRU ke-13: Antara Persepsi Pembangkang dan Unsur Sabotaj Parti

1) Piliharaya Umum ke13 telah menjadi diskusi hangat antara pengulas-pengulas politik profesionalisma dan tidak kurang di peringkat amatur yang lebih banyak mengupas perjalanan politik di kedai-kedai kopi.

2) Pembangkang telah mecerna persepsi yang negatif terhadap kerajaan BN agar ia mudah di hadam oleh rakyat tanpa sebarang persoalan. Inilah kejayaan pihak pembangkang yang tidak dapat dinafikan signifikannya terhadap arus politik tanahair.

3) Persepsi ini akan menghantui penyokong-penyokong BN kerana ia mengambarkan segala keburukan kerajaan yang ada. Perang persepsi ini akan mejadi lebih hangat bila menjelang masa berkempen. Jentera parti akan menggunakan media massa dan elektronik sebagi medium untuk menyebar persepsi negatif kepada kerajaan.

4) Unsur sabotaj ahli parti juga akan menjadi semakin jelas kertara dan ini akan memberi peluang kepada pembangkang dalam perjalanan kempennya. Unsur sabotaj ini berlaku di mana-mana dalam sistem pilihanraya.

5) Faktor mendorong kepada unsur-unsur sabotaj adalah ketidakpuasan hati sesetengah pihak yang mana mahu meletakkan calon mereka, namun ia tidak dipilih oleh kepimpinan tertinggi. Senario ini banyak terjadi di mana-mana kawasan pilihanraya di Malaysia khususnya di Sarawak.

6) Unsur sabotaj ini banyak memberi impak dan kesan kepada pengurangan majaoriti undi dan juga boleh membawa kekalahan kepada kawasan tersebut.

7) Dua fator utama ini iaitu Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan dan juga Unsur Sabotaj Ahli Parti menjadi faktor kejayaan pembangkang dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia. Faktor ini akan memberi kredit kepada mereka dan ini akan merugikan kita sebagai penyokong kuat kerajaan.

8) Sebagai kesimpulanya, parti-parti politik terumtamanya di Sarawak perlu mengesan awal jika terdapat unsur-unsur sabotaj ini dan mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli parti ini. Serangan persepsi oleh pihak pembangkang juga perlu dikekang dengan menyerang balik mereka dengan persepsi negatif ciptaan mereka.

Tuesday, March 20, 2012

Najib terus berahsia bila Pilihan Raya Umum Ke-13 Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/20/najib-terus-berahsia-bila-pilihan-raya-umum-ke-1

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat. Perdana Menteri berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.


“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini Isnin malam. Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.


Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.


“Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat,” katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi. “Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh,” katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.


Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. — BERNAMA


Sunday, March 18, 2012

SPDP teguh hadapi cabaran

BINTULU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menghadapi pelbagai cabaran besar sejak penubuhannya sembilan tahun lalu dengan tindakan beberapa kumpulan yang cuba melemahkan parti dan kepimpinannya. Namun, dengan berpegang teguh kepada undang-undang dan perlembagaan parti, SPDP melaungkan pendiriannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan terbabit.


Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, golongan tersebut mempunyai agenda peribadi sehingga sanggup mengetepikan kepentingan parti dan perjuangan ahli-ahli dalam SPDP.

“Melanggar undang-undang parti adalah satu usaha untuk merampas kuasa yang juga satu taktik ibarat menikam dari belakang.“Kumpulan ini cuba mempengaruhi ramai ahli-ahli kita (SPDP) dan ahli Barisan Nasional (BN) dengan tindakan mereka mengeluarkan bermacam-macam propaganda untuk mengelirukan orang ramai,” ujarnya pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-9 SPDP bertemakan ‘Bersatu Menuju Ke Hadapan’ di Dewan Suarah di sini, semalam.

Mawan berkata, kumpulan terbabit sengaja mengeluarkan pelbagai kenyataan untuk memperkecil-kecilkan SPDP dan kepimpinannya.


“Justeru, saya dan rakan-rakan dalam SPDP mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan ini meskipun di luar kami dikecam, namun kami berpegang teguh kepada undang-undang berdasarkan perlembagaan parti,” tegasnya.

Beliau berkata: “Kita mempunyai prinsip yang unik bersopan santun, toleransi dan ke-tabahan hati tetapi semua nilai ini diketepikan mereka dengan tindakan mereka yang melampaui batas.”


“Dengan mengikut perlembagaan serta badan disiplin, kita memecat mereka dari parti,” tambahnya.

Katanya, kumpulan tersebut merupakan cerita dan politik lama yang tidak relevan lagi, namun SPDP perlu mengambil iktibar bahawa sesiapa yang bertindak di luar perlembagaan demi kepentingan peribadi akan jatuh terbiar.

Disebabkan itu, beliau menyeru semua ahli SPDP dan kepimpinannya agar sama-sama memfokus satu tekad dan matlamat serta seiring jalan untuk memastikan parti terus mencapai kejayaaan cemerlang, sekali gus berusaha untuk menarik minat lebih ramai ahli baharu dalam parti.


Ujarnya, untuk tahun 2012 hingga 2014, SPDP menyasarkan untuk merekrut ahli baharu seramai 30,000 orang.

Jelasnya, ini merupakan peringkat awal transformasi SPDP dengan menganjurkan program-program bagi memperkukuhkan parti yang kini keahliannya telah mencecah 100,000 orang di seluruh ne-gara.

“Saya yakin matlamat ini akan tercapai khususnya untuk menarik keahlian golongan muda dan profesional ke dalam parti yang akan dapat mendampingi masyarakat dan memperkuat-kan parti, lebih-lebih lagi golongan ini mempunyai kuasa penentu pada pilihan raya,” katanya. Menurutnya, golongan profesional muda bawah 40 tahun adalah lebih ramai dan pengambilan mereka menjadi ahli akan memperkukuhkan parti.


“Saya turut merayu semua pemimpin dan ahli parti menjayakan program yang dapat menarik perhatian golongan muda melalui usaha transformasi dan menggesa sayap Pu-tera dan Puteri SPDP memainkan peranan lebih meluas supaya mereka lebih diminati oleh golongan muda,” katanya.


Mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Mawan berkata: “Kita kini di peringkat awal demam pilihan raya meskipun kita tidak tahu bila, tetapi terdapat tanda-tanda ia akan diadakan dan saya menyeru semua pemimpin di setiap peringkat untuk bersedia dengan memainkan peranan yang lebih berkesan.” Turut hadir Timbalan Presiden SPDP, Datuk Peter Nyarok Entrie dan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti.



HISHAMMUDDIN TUNGGU BUKTI ZAHRAIN MOHAMAD UNTUK MEDAKWA ANWAR TERLIBAT BERKAITAN BADAN ASING YAHUDI!!

PANAS!! HISHAMMUDDIN TUNGGU BUKTI ZAHRAIN MOHAMAD UNTUK MEDAKWA ANWAR TERLIBAT BERKAITAN BADAN ASING YAHUDI!!




KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi iaa perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Ahli Parlimen itu.
"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra rakyat bersama usahawan Tekun dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Zahrain pada persidangan Dewan Rakyat dua hari lepas yang berharap KDN tidak mengambil mudah mengenai dakwaan kononnya wujud kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam masa yang sama juga meminta KDN supaya memandang serius isu itu kerana melibatkan soal keselamatan negara.
Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, semua pihak perlu berganding bahu dengan pihak antarabangsa bagi mendapatkan bukti yang benar-benar kukuh sebelum pendakwaan dapat dilakukan.
"Apa jua tindakan mesti bersandarkan bukti. Ia bukan berkisar pada tanggungjawab polis sahaja. Perkara melibatkan wang kena ada agensi lain seperti Bank Negara dan Kastam. Saya hendak ingatkan Musa (Datuk Musa Sheikh Fadzir) juga, hal ini bukan perkara baru tetapi perlu disandarkan dengan hujah dan bukti yang kukuh," tegasnya.
Sementara itu, Hishammuddin turut meminta orang ramai khususnya pengguna laman sosial supaya tidak mempertikai kedudukan Malaysia yang berada antara 19 negara selamat diduduki daripada 153 di dunia, di laman berkenaan.
Beliau berkata, kedudukan negara selamat itu dibuat bersandarkan kepada pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam tempoh dua tahun
setengah ini yang menerusi 50 kawasan panas jenayah di seluruh negara.
"Ia bersandarkan kepada jenayah jalanan yang pada masa dan ketika itu yang hangat diperkatakan seperti ragut dan sebagainya. Jangan lihat satu dua kes yang terpencil yang tidak merupakan jenayah berleluasa seperti bunuh dan rogol untuk mengelirukan rakyat bahawa apa yang kita lakukan di bawah NKRA itu tidak berjaya," tegasnya.
Kedudukan Malaysia antara 19 negara selamat diduduki itu diiktiraf melalui Indeks Keamanan Global 2011 yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada lawatan kerjanya di Kulaijaya, dekat sini, 6 Mac lepas. - Bernama

Tuesday, March 13, 2012

Calon-calon berpotensi Mas Gading saling menyokong

EMPAT BERPOTENSI: (Dari kanan) Henry, William, Anthony dan Rayan menunjukkan semangat kesatuan antara mereka bagi mempertahankan Mas Gading.

KUCHING: Empat calon berpotensi Barisan Nasional (BN) yang bakal mempertahankan Mas Gading akan saling menyokong antara mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Mereka adalah Timbalan Pengurus Besar SALCRA Anthony Nogeh, Pengurus Besar Zecon Rayan Narong, Kontroler Lembaga Sungai-sungai Sarawak William Jinep dan adiknya yang juga ahli perniagaan Henry Harry Jinep.Keempat-empat pemimpin tempatan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu menunjukkan kesatuan antara mereka pada jamuan malam di Singai, Bau malam kelmarin yang turut dihadiri oleh Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom.


Pada masa yang sama mereka turut berjanji akan membantu masyarakat Bidayuh menyatukan etnik-etnik mereka termasuk Singai, Jagoi, Bratak, Krokong dan Selako-Rara.

Menurut Anthony, siapa jua yang terpilih antara mereka untuk mempertahankan kerusi Mas Gading kelak, tiga calon yang lain akan menghulurkan sokongan demi kepentingan rakyat.

“Tidak ada orang lain harus mendapatkan kerusi Mas Gading. Kami yakin kami mampu memberikan yang terbaik kepada BN dan SPDP,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Politik Ketua Menteri Peter Howell Jilan berkata, sokongan yang ditunjukkan pada pembukaan pejabat SPDP Tasik Biru Sabtu lepas sangat menggalakkan. Menurutnya, selepas memecat beberapa ahli daripada SPDP, permohonan keahlian baharu diterima secara berterusan.“Ini menunjukkan bahawa SPDP adalah relevan kepada masyarakat dan apa yang telah parti lakukan dari segi disiplin dan kestabilan adalah tepat,” katanya.

Tambahnya, maklum balas daripada ahli-ahli di seluruh Sarawak adalah semua mereka bersetuju dengan penyingkiran ahli-ahli yang menggugat kestabilan parti.


Jelasnya, setiap empat calon berpotensi BN Mas Gading mempunyai kira-kira 1,000 penyokong tetapi jumlah 4,000 penyokong tidak cukup untuk memenangi Mas Gading.Justeru katanya, jentera pilihan raya parti perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih daripada 4,000 penyokong untuk memastikan kemenangan di Mas Gading.



Friday, March 2, 2012

Pilihanraya sebagai medan untuk Penanda Aras Kekutan Barisan Nasional

  1. Pilihanraya adalah satu proses bagi memilih pemimpin dan juga parti politik yang bakal mentadbir sesebuah negara. Pilihanraya berlaku di mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang mana rakyat menentukan siapa pemimpin dan parti pemerintah.
  2. Di Malaysia, khususnya, sistem demokrasi berparlimen telah menetapkan pilihanraya akan di adakan setiap habis penggal iaitu lima tahun sekali. Sejak pilihanraya Umum 2008 yang lalu, tempoh matang parlimen akan berakhir pada April 2013 dan akan berlansung lagi pilihanraya umum yang ke-13.
  3. Kalau kita melihat pilihanraya umum 2008 yang lalu, Barisan Nasional menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti tidak sampai 2/3. Malah negeri seperti Kedah, Selangor, Pulau Pinang yang pada asasnya dikuasai oleh Barisan Nasional teleh beralih kepada Pakatan Rakyat. Senario politikbaru ini banyak dipengaruhi oleh kehendak media sosial yang mana Barisan Nasional tidak menguasai media ini.
  4. Tsunami politik 2008 ini telah memberi pengajaran yang cukup berkesan kepada Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin UMNO terutamnya sedar akan musibah jika mereka tidak berubah dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Perubahan ini juga menyebabkan pimpinan nombor satu negara iaitu TUN ABDULLAH BADAWI telah berundur dan memberi jawatan Perdana Menteri kepada timbalanya iaitu DS Najib Tun Abdul Razak dengan peralihan yang teratur dan tenang. Rakyat melihat peralihan kuasa ini satu tranformasi yang cukup besar dilakukan oleh Tun Abdullah demi menyelamatkan Barisan Nasional.
  5. Setelah DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mencipta gelombang baru politik dengan selogan 1 Malaysia yang mendapat tempat di hati rakyat. Perancangan dan pendekatan beliau benar-benar selaras dengan selogan 1 Malayasia, Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan. Banyak tranformasi politik dan kerajaan di buat seperti GTP, NKREA, NKRA dan sebagainya.
  6. Peningkatan sokongan rakyat juga semakin jelas dengan program Turun Padang beliau di tempat strategik dan umum. Beliau akan disambut dengan ribuan manusia yang sentiasa melihat beliau sebagai pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.
  7. Apakah dengan peunujuk aras lautan manusia yang hadir dalam program DS Najib akan menjadi kayu pengukur kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13?? Gelombang kebangkitan Barisan Nasional juga turut dirasai di negeri yang telah kalah, namun ia belum cukup untuk mengukur kemenangan Barisan Nasional.
  8. Secara peribadi saya berpendapat, Barisan Nasional juga perlu melakukan perubahan pemimpin di peringkat akar umbi kerana faktor sokongan rakyat juga bermula dari akar umbi. Pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Temenggung, Pemanca, Penghulu, Ketua-Ketua kampung dan Ketua Parti peringkat kampung juga perlu di tranformasi agar mereka benar-benar pemimpin yang dipilih dan dapat berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk Yang Berhormat Kawasan.
  9. Peubahan di peringkat pemimpin akar umbi senantiasa di nantikan oleh rakyat kerana faktor kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 juga bergantung kepada faktor ini.
  10. Secara kesimpulanya, pilihanraya Umum ke-13 ini akan menjadi kayu pengukur kekuatan Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan juga ADUN.

Thursday, March 1, 2012

Najib umum potongan 50 peratus kadar tol Lebuh Raya Cheras-Kajang

KAJANG 1 Mac. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuat kuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

“Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan,” katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan. - BERNAMA