Saturday, February 28, 2009

Barisan Nasional boleh tewas di Batang Ai jika gagal perjelaskan isu NCR

Kuching : Seorang penganalisis politik tempatan khuatir calon pembangkang akan menang dalam pilihan raya kecil Batang Ai kelak jika Barisan Nasional (BN) gagal memberi penjelasan dan menguruskan sebaik mungkin isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, para pengundi di kawasan yang mempunyai 95 peratus pengundi Iban itu akan menggunakan proses pilihan raya sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan.

“Di Batang Ai isu berkenaan boleh meletup apatah lagi apabila penduduk di kawasan terlibat dengan pemindahan empangan hidro pada suatu ketika dahulu masih lagi mengharapkan kerajaan memberikan tanah kepada mereka untuk aktiviti pertanian mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sepertimana pilihan raya-pilihan raya yang lepas menurut beliau, isu tanah tetap akan menjadi isu.

“Ini kerana isu tersebut sangat dekat dengan hati rakyat (permasalahan yang dihadapi umum terutama pemilik tanah NCR).

“Tanpa penjelasan dan pengurusan isu dengan baik, pengundi-pengundi akan marah kepada calon BN dan membuat undi protes,” katanya.

Beliau menambah, isu tanah sering diperkotak-katikkan pembangkang terutama menjelang pilihan raya.

Bagi penduduk luar bandar isu tanah adalah menyentuh hak milik NCR, manakala di bandar para pemilik hartanah sensitif tentang soal pembaharuan hak milik dan pembayaran premium.

“Jelas bahawa tidak kira di mana jua dan apa sahaja bangsa seseorang itu isu tanah sememangnya dekat dengan hati,” katanya.

Tarikh penamaan calon dan membuang undi untuk pilihan raya kecil Batang Ai, selepas kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot akan diketahui selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pada 4 Mac depan.

Sementara itu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuching Dominique Ng ketika dihubungi mengesahkan isu tanah NCR memang agenda kempen utama pembangkang.

‘Umpan’ pembangkang untuk memenangi hati para pengundi juga bersandar kepada kekurangan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Batang Ai, kata Dominique yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan.

Mengenai calon, beliau memberitahu senarai calon telah dikenal pasti dan yakin pucuk pimpinan PKR akan mencapai kesepakatan dalam memilih calon yang benar-benar layak.

Dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR ialah Ketua Penaja PKR Batang Ai Nicholas Bawin atau bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang.

Bawin bukan orang baru bagi penduduk Batang Ai.

Mendiang Dublin menjadi wakil rakyat di Batang Ai selama empat penggal sejak 1991.

Pada pilihan raya negeri 2006, Dublin menewaskan calon Parti Kebangsaan Sara-wak (SNAP) Nicholas Bawin Anggat dengan majoriti 806 undi.

Setakat September 2008, Batang Ai mempunyai pemilih berdaftar seramai 8,061 dengan 93 peratus adalah Iban.

Utusan Borneo : 28.02.09 Oleh Saibi Gi

Friday, February 27, 2009

Karpal diberi masa 24 jam kemuka bukti

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu perlu segera mengemukakan bukti terhadap tuduhan liar, gila dan berniat jahat yang dibuatnya jika tidak mahu dianggap sebagai seorang penipu yang ketandusan modal.

''Tuduhan beliau telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli pergerakan ini dan sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama 30 pemimpin pergerakan itu dari seluruh negara di lobi Parlimen hari ini.

Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari lalu.

Dalam ucapan itu, beliau juga mengungkapkan 'Pemuda UMNO celaka' bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pergerakan tersebut membuat laporan polis dan menganjurkan demonstrasi sebagai membantah hasratnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Khairy, Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal itu kerana ia celupar, kesat dan tidak mematuhi etika Parlimen dan mencabarnya untuk mengulangi apa yang telah disebutnya di luar Dewan.

''DAP sering membangkitkan isu Parlimen kelas pertama. Namun, tindakan Pengerusinya ini jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen parti berkenaan langsung tiada kelas.

''Karpal tidak boleh menjadi penakut dengan berselindung di belakang kekebalan seseorang Ahli Parlimen di dalam Dewan dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran," katanya.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan pihaknya tidak akan membuang masa dengan meminta Karpal memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah.

''Kalau kita desak dia minta maaf seribu kali pun dia takkan minta maaf. Sebab itu, kita minta dia kemukakan bukti dalam tempoh 24 jam," katanya.

Tambah beliau, Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara bertindak cepat terhadap segala syor yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Karpal sebelum ini.

Thursday, February 26, 2009

Taib sifatkan Dublin berdedikasi, disenangi rakyat S

Sumber : Utusan Borneo : 26 Februari 2009

KUCHING:Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata mendiang Datuk Dublin Unting adalah contoh terbaik kepada semua kerana beliau seorang pemimpin yang berdedikasi serta disenangi semua lapisan rakyat.

“Kehilangan mendiang amat menyedihkan buat kita, mendiang merupakan contoh terbaik kepada semua orang.

“Beliau seorang yang sentiasa bekerja keras, berdisiplin dan mampu memperoleh kekuatan di sekelilingnya terutama di kawasannya sendiri (kawasan Dewan Undangan Negeri) Batang Ai,” katanya ketika ditemui semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang semalam.

Taib berkata selain cemerlang dalam melaksanakan tugasnya, mendiang sentiasa da-pat memenangi banyak soko-ngan serta mendapat ramai rakan sepanjang bertugas.

“Ini dapat dilihat ketika mendiang memimpin pasukan sukan (SUKMA) untuk beberapa tahun (2004, 2006 dan 2008) dan saya difahamkan semua peserta gembira dengan kepimpinannya,” tambah Taib.

Justeru, katanya kematian mendiang merupakan kehilangan besar kepada kerajaan dan rakyat Sarawak khasnya.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri Dr James Masing, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Juma’ani Tuanku Bujang, menteri-menteri kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan.

Mendiang yang merupakan Menteri Muda Sukan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.25 pagi Selasa lepas di Pusat Pakar Perubatan Normah selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak sembilan bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai selama empat penggal itu koma selama sembilan bulan kerana diserang angin ahmar pada 22 Mei tahun lepas setelah menghadiri temuramah khas dengan stesen RTM.

Mendiang yang juga Menteri Muda Pertanian meninggalkan balu Datin Froline Moriah Demies Impoi serta tiga orang anak, Damain Unting,10, Dendra Faith Unting,7 dan Daylan Abit Unting,4.

Dublin yang mula bergiat aktif dalam politik pada 1991 turut memegang jawatan penting dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu selaku naib presiden parti berkenaan.

Mayat mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Anglican Batu Kitang hari ini selepas disembahyangkan di Gereja St. Thomas.

Tuesday, February 24, 2009

DUA BUKIT, SATU BATANG?

Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Dato' Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Dengan perkembangan itu, pilihanraya-pilihanraya kecil akan diadakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan Batang Ai.

Politik Malaysia semakin menarik.

Ramai yang tersenyum membaca tajuk posting ini.

Great, it shows that we have a sense of humour!

Saturday, February 21, 2009

SPRM ada bukti kukuh


Kiri : Khalid Ibrahim pada sidang akhbar semalam. Kanan : KERETA Lexus milik Khalid yang mencetuskan kontroversi.

PULAU PINANG 20 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400.

Berikut adalah butiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pecah tanah pembangunan perumahan SPRM di sini, hari ini:

* Siasatan berhubung kes Menteri Besar Selangor sudah selesai.

* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.

* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.

* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.

Friday, February 20, 2009

SPEAKER PERAK PERLU DAPAT KELULUSAN DUN TERLEBIH DAHULU - KARPAL

Posted on Thursday, February 19, 2009 @ 23:40:19 EST by kamaluddin

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.


Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian.

"Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya.

"Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewan Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri.

Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang.

Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat.

"Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang," katanya. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak, berkata cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini ialah menerusi mahkamah.

Ini berikutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membawa ke mahkamah untuk mempertikaian kesahihan kerajaan negeri yang baru.

Beberapa ahli politik pembangkang turut tidak bersetuju dengan tindakan Sivakumar. "Ia lebih kepada tindakan sorang peguam atau ahli politik. Saya bimbang ia akan memberi kesan timbal balik kepada kami terutama oleh pengundi Melayu," kata seorang Wakil Rakyat DAP.

Seorang Wakil Rakyat Parti Keadilan Rakyat bersetuju dengan pendapatnya. "Anda tidak boleh melakukan seperti ini. Biar mahkamah yang menentukan," kata beliau.

Tetapi Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jien berkata keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching berkata perkara itu juga tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia akan membuka lebih banyak kes dibawa ke mahkamah.

Renungan : Pemimpin PKR sendiri kata keputusan Speaker tidak wajar... hahahaha..... Sian ngan kau... Selamat Tinggal Speaker Nyanyuk...

Wednesday, February 18, 2009

SKANDAL ELIZ : ANWAR BERHENTILAH DPD MENJADI 'RAJA FITNAH' !




GAMBAR GRAFIK DARIPADA TIAN CHUA

BAGAIMANA DENGAN GAMBAR INI ANWAR IBRAHIM ?
GAMBAR INI BANYAK BERTEBARAN DI LAMAN WEB DAN BLOG PAKATAN .(BERTAHUN WEB-WEB SEPERTI TRANUNGKITE MENJADI LIAR MENYEBAR FITNAH INI)
ADAKAH KAMU ANWAR IBRAHIM JUGA AKAN MENGATAKAN GAMBAR DIATAS JUGA FITNAH BN ? TOLONG JANGAN BODOHKAN MANUSIA LAA NUAR...

FAKTA 1

anwar ibrahim gap mahu beri peringatan semula untuk kau. sewaktu kempen pilihanraya kecil di ijok pada tahun april 2006 ( cikgu parthiban vs khalid ibrahim ) kamulah manusia pertama mendakwa kamu punyai bukti bergambar 'kemesraan najib/razak baginda/altantuya) di dalam sebuah restoran di paris

FAKTA 2

sewaktu kamu anwar ibrahim berkempen di pilihanraya kecil permatang pauh (september 2008) sekali lagi kamu mendakwa/memfitnah najib mempunyai kaitan langsung dengan altantuya. najib telah menyahut cabaran kamu dengan bersumpah sebanyak 2 kali bagi menafikan FITNAH DAJAL kamu ini.

FAKTA 3

hingga ke hari ini, kamu masih lagi tidak 'mengeluarkan' walau satu bukti pun segala TUDUHAN/FITNAH kamu itu di khalayak umum, jauh sekali untuk berani menjadi jantan 'BERSUMPAH' bahawa kamu sememangnya punyai gambar tersebut !

FAKTA 4

sudah masuk 4 tahun kamu bermain fitnah dan apabila gambar jelas dan nyata elizabeth 'kangkang' dan penyebar gambar itu adalah dikalangan melayu pkr sendiri, kamu terus menuding jari pada orang lain.

ANWAR BIN IBRAHIM, berhentilah daripada menjadi 'raja pemfitnah' kerana aku takut permainan kamu ini akan akhirnya memakan diri sendiri. bila aku melihat sikap kelam kabut/gelojoh yang kau tunjukkan di dalam kes elizabeth, nampaknya kau tahu 'sesuatu' yang paling mengaibkan akan berlaku kepada kau dalam masa terdekat? itu sebab lah kau mewujudkan sindrom tuding jari bagi mewujudkan persepsi orang lain itu jahat, maka terlupalah manusia akan cerita asal yang timbul.

SYABAS BLOG ANTI PKR!!!!!

Kerja Orang Dalam PKR Sendiri. Kemungkinan Kata MB Selanor

Ditanya sama ada isu yang panas itu mungkin juga disebabkan perbuatan sabotaj dalam PKR atau kerajaan campuran di Selangor untuk menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim atau Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Sumber : Agenda Daily

Renungan : Kalau nak tuduh orang kena siasat dulu wahai pemimpin PR. Jangan Mai tuduh aje. Kalau PKR buat silap tuduh BN sebotaj.. tang-tang betul kerja orang dalam PKR.Pikirlah sendiri wahai pemimpin PR. Jangan nak salahkan orang lain... Kalau PKR dah hilang sokongan cakap ajelah.... Gempur Selangor.....

TEMAN LELAKI ELIZ? BENAR ATAU TIDAK...

Adakah lelaki ini teman lelaki Elizabeth Wong ?


TEKA TEKI TERJAWAB...Jika sebelum ini cuma sok sek dakwa bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang merakam gambar Exco kerajaan negeri Selangor adalah lelaki Melayu, persoalan itu terjawab apabila pejabat khidmat wakil rakyat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan mengesahkan lelaki itu bernama Hilmi.

Bagaimanapun, lelaki tersebut yang merupakan pembantu khas kepada ahli parlimen tersebut, Hee Loy Sian sudah berhenti sejak Januari lalu.

Loy Sian pula ketika di temui di lobi parlimen, Rabu mengesahkan lelaki terbabit pernah bertugas dengannya selama sembilan bulan.

“Sekarang saya tak tahu beliau di mana.,” katanya sambil menyifatkan kes itu adalah soal peribadi antara lelaki berkenaan dengan Elizabeth.

Pengesahan itu sekaligus menimbulkan persoalan apakah mereka bersekedudukan ketika gambar Elizabeth dirakam di rumahnya di Bukit Gasing.

Sementara itu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali berkata sekiranya benar bekas teman lelaki Elizabeth Wong itu seorang pemuda Melayu beragama Islam dan dibuktikan bersekedudukan, lelaki itu bukan sahaja mesti dihadapkan di makhkamah sivil, tetapi juga di mahkamah syariah.

"Kita tidak boleh menerima hubungan tanpa ikatan sah," katanya kepada Agendadaily.

Beliau diminta mengulas persoalan kemungkinan teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan yang merakam gambar separuh bogel Elizabeth tinggal bersama Exco kerajaan negeri Selangor itu.

Dr Lo Lo berkata kes pencabulan hak privasi seperti ini tidak akan berhenti selagi kerajaan tidak mengenakan hukuman yang lebih ketat ke atas pesalah.

"Hukuman yang sedia ada tidak ketat menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat dan pelaku tidak takut. Pesalah harus dipenjarakan dan bukan setakat didenda," katanya.

Ditanya sama ada isu yang panas itu mungkin juga disebabkan perbuatan sabotaj dalam PKR atau kerajaan campuran di Selangor untuk menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim atau Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Apa-apa kemungkinan boleh berlaku dalam mana-mana parti. Tetapi dalam isu Elizabeth Wong, ia adalah kelemahan individu dan tak patut babitkan parti," katanya.

Beliau menambah PAS kurang skandal yang tidak menyenangkan seperti ini parti itu berpegang teguh kepada ajaran Islam.

sumber - agendadaily

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong Letak Jawatan Exco dan ADUN

Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau. Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi.

Wong mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.

"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya dalam beberapa jam lagi. Wong, berusia 37 tahun dan masih bujang, yang memasuki dewan utama Ibu Pejabat PKR dengan ceria kelihatan sebak ketika membacakan kenyataannya. Beberapa penyokong beliau membawa sepanduk dan poster menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil berulang kali menggesa Wong tidak meletakkan jawatan.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa pula berkata, pihaknya menerima keputusan Wong dengan berat hati tetapi bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

"Kami bersedia menghadapi pilihan raya kecil di Perak, di Kedah dan juga di sini di Selangor," kata beliau yang turut hadir pada sedia media itu.

Bagaimanapun Wong yang hanya membacakaan kenyataan satu halaman tidak mengambil sebarang soalan daripada wartawan.-MStar

Monday, February 16, 2009

Tuanku Mizan ingatkan rakyat hormati Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.

Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.

“Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

“Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,” titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan. - Bernama

Friday, February 13, 2009

Najib terima anugerah kedua tertinggi Sarawak



Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bersalaman dengan Najib Tun Abdul Razak selepas menganugerahkannya dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Patinggi pada majlis sempena sambutan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di Astana Negeri di Kuching, semalam.

KUCHING 12 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, anugerah kedua tertinggi Sarawak yang membawa gelaran Datuk Patinggi, pada satu majlis pengurniaan bintang kebesaran negeri di Astana Negeri di sini.

Timbalan Perdana Menteri menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis pagi ini.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang gemilang itu amat bermakna kerana ia diadakan sempena sambutan 45 tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia.

Pada majlis yang sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dan bekas Presiden Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik juga diberikan anugerah PNBS.

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada upacara itu.

Majlis pengurniaan itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Najib ke Kuching dan Miri yang bermula semalam. – BERNAMA

Thursday, February 12, 2009

Adun Port Kelang PKR pulak hilang berikutan skandal tangkap basah


Cerita Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan rakyat (PKR) 'hilang' yang bermula di Perak dan selepas itu di Kedah kini berjangkit pula di Selangor. ADUN PKR kawasan Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah dikatakan 'hilang' sejak lima hari lalu. Difahamkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat khas yang melibatkan semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR Selangor hari Khamis. Semua tertunggu-tunggu apakah akan ada lagi surat perletakan jawatan dikeluarkan ekoran kehilangan ADUN berkenaan atau seperti biasa BN akan dituduh melarikan ADUN PKR itu. Sementara itu sumber PKR memberitahu, ADUN Pelabuhan Kelang itu 'menghilangkan diri' kerana pernah 'tertangkap basah' oleh isterinya sendiri. Ekoran itu pelbagai tekanan diterimanya daripada keluarga dan ahli-ahli PKR. Selain itu, beliau juga kecewa kerana peruntukan k

Monday, February 9, 2009

Bersiap Sedia: P/R Kecil Bukit Selambau

Sumber-sumber PKR memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.


Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN).


Arumugam, 54, tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tetapi sumber-sumber tertinggi PKR berkata, parti itu akan membuat kenyataan mengenainya hari ini.Difahamkan juga Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dan kini berada di luar negeri.



Peletakan jawatan Arumugam, jika disahkan hari ini, akan mengesahkan spekulasi sepanjang bulan ini bahawa beliau mahu atau dipaksa menyertai BN.Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.


Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan."Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.


Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

TERKINI: PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU?


TERKINI: Laporan Harakah Daily.

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia
Azamin Amin Mon Feb 09, 09 1:09:54 pm MYT
BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira 12.oo tengah hari tadi dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah, Perak.

Sunday, February 8, 2009

KARPAL SINGH `LEPAS BOM'



PULAU PINANG, 8 Feb (Bernama) -- Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti)."Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda Umno berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.Selain itu beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar."Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim."Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang.

Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP," katanya.

Karpal menegaskan bahawa PR seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

"Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat," katanya.

~Bernama

Apakah kenyataan ini lahir dari hati Karpal Singh atau satu lagi sandiwara pemimpin Pakatan Rakyat?

Saturday, February 7, 2009

SILA JAWAP WAHAI PEMBANGKANG?????

Dr Asri telah bertanyakan soalan-soalan berikut dalam laman webnya. Ada wakil PAS, PKR dan DAP nak tolong jawab?

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

KERJA GILA PAKATAN RAKYAT : Saman Sultan Perak

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Pakatan pembangkang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

“Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu. – Bernama

ANTARA 16 SEPTEMBER DAN 5 FEBRUARI : SIAPA YANG TEWAS??



16 September DI CANANG-CANANG!
5 Februari SENYAP-SENYAP AJE...

16 September NAK SEMUA SEKALIGUS!
5 Februari SIKIT-SIKIT LAMA JADI BUKIT...

16 September NAK JADI PERDANA MENTERI!
5 Februari JADI MENTERI BESAR PUN CUKUP LA...

16 September NAK PEGI PUTRAJAYA!
5 Februari KITA KE IPOH CUKUP LA...

16 September PERMATANG PAUH MEMANG MILIK KAMI!
5 Februari BOTA PATAH BALIK, BEHRANG NAK IKUT, LAA..CHANGKAT JERING PUN NAK, BAWAK MAI JELAPANG SEKALI TAU...

16 September KITA AKAN GULINGKAN KERAJAAN SEDIA ADA!
5 Februari KITA GULINGKAN KERAJAAN BARU SETAHUN JAGUNG...

16 September KITA AKAN HANTAR SURAT KE YANG DIPERTUAN AGONG!
5 Februari SURAT-SURAT TAK MAIN LA....KITA MENGHADAP TERUS LA...

16 September LEBIH DARI 30 MP AKAN LOMPAT!
5 Februari SORANG LOMPAT, 3 MELANGKAH CUKUP LA...

16 September KAMI KEJAR DAN IKUT POTENTIAL MP KATAK
5 Februari KAMI TAK MINTAK PUN....

16 September KAMI IKUT SAMPAI TAIWAN!
5 Februari KAMI DATANG DARI PANGKOR AJE....


TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS
DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR!

Thursday, February 5, 2009

Terkini : Menarik di Ipoh petang ini : Lambaian Terakhir Kepada Nizar dan Exco2

PERHIMPUNAN RAKYAT DI IPOH PETANG INI DATANG BERAMAI - RAMAI


PETANG KHAMIS INI - 5 hb FEB 2009

SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH

PADA JAM 3.00 PETANG - SEMUA BERKUMPUL

PADA JAM 6.00 MALAM - PROGRAM ANGKAT BARANG NIZAR MASUK KE DALAM LORI UNTUK DIBAWA PULANG KE KAMPAR

PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MEGIRINGI BEKAS MB KELUAR RUMAH MENTERI BESAR UNTUK BALIK KE KAMPAR BERSAMA-SAMA 3 BIJI LORI BARANG.

SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG

* Jangan lupa bawak tuala cap pagoda nak lap peluh. Selamat Jalan Semua

Akhirnya Kerajaan Perak Pimpinan NIZAR rebah

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - yang berusia 11 bulan - bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

Ia dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak Mac lalu.

Nizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

"Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.

Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahliahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahliahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

KENYATAAN ISTANA

Kenyataan itu dikeluarkan kira-kira dua jam selepas Nizar menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari.

Terdahulu, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada 2.15 petang.

Ia menjelaskan bahawa Nizar telah menghadap Sultan semalam dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

Najib, selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak, juga telah memohon menghadap baginda dan telah diberi perkenan berbuat demikian pada hari ini.

SOKONGAN 31 ADUN

Pada majlis menghadap itu pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokong-penyokongnya kini terdiri daripada 31 orang ADUN dan telah menguasai majoriti ahli Dewan Negeri.

Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, Sultan Azlan shah menitahkan kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut menghadap baginda.

Terdahulu Najib berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

Wednesday, February 4, 2009

Kerajaan Nizar Hancusssssssss........

Tahniah BN : Perak Merdeka





Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Pada tarikh keramat ini, 4 Februari 2009, adalah tarikh KEMERDEKAAN Negeri Perak Darul Ridzuan untuk alaf baru ini apabila Penjajah Pakatan "Kelentong" Rakyat tumbang setelah 4 orang ADUN, 3 mengishtiharkan diri sebagai Bebas dan 1 berpatah balik dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan baru yang berdaulat dan merdeka!

Kini kelebihan kepada Barisan Nasional dengan 3 kerusi majoriti menjadikan ADUN BN+ADUN Bebas=31 kerusi dan Pakatan Rakyat=28 kerusi. Sama-samalah kita berdoa agar kemerdekaan Perak ini kekal selamanya.

Tidak lupa juga kepada Paduka Seri Sultan yang telah menyedari hasrat rakyat Perak yang benci akan kejelikan pemimpin penjajah tersebut. Patik menjunjung kasih kepada duli Tuanku kerana berjaya memerdekakan Perak daripada komunis-komunis tersebut.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Sama-sama kita merayakan kemerdekaan negeri Perak ini dengan penuh rasa bangga dan ingatlah bahawa ALLAH SWT juga yang memberi kuasa dan Dia juga yang merampas kembali kuasa.

p/s: Seronoknya EXCO BN selepas ini dapat merasa Camry baru... hehehe... terima kasih Pakatan Rakyat!

Tuesday, February 3, 2009

7 Kategori Ahli PKR

Apa agaknya yang pelik jika 2 Adun yang tak habis sakit-demamnya itu melompat atau keluar parti? Bukankah semua ahli PKR itu pelompat yang berasal dari UMNO?

Jika ada ahli PKR yang menafikan kenyataan ini, maka dia sebenarnya hanya layak mengundi dari 1-3 tahun yang lalu. Kalau orang lama, memanglah dia dahulu UMNO.

Bukankah UMNO yang mengajar segelintir mereka berpolitik? Secara hakikat, Parti Keadilan Rakyat terbahagi kepada 7 jenis:

  1. Mereka yang mengagumi DSAI semasa DSAI dalam UMNO.
  2. Mereka yang kecewa dengan kezaliman Tun Mahathir pada tahun 1998.
  3. Mereka yang tidak mempunyai peluang dari UMNO.
  4. Mereka yang cemburu dengan kekayaan kroni-kroni UMNO.
  5. Mereka yang mahukan kesamarataan dan bosan dengan UMNO yang kelihatan berat-sebelah.
  6. Mereka yang bodoh berpolitik di medan politik tetapi hebat di jalanan.
  7. Mereka yang hebat berpolitik; baik di medan politik mahupun di jalanan tetapi terpinggir atau bakat mereka tidak dapat dikesan oleh UMNO.

Terpulanglah kita mahu meletak 2 Adun Perak itu di kategori yang mana. Walaubagaimanapun, bukan sahaja FAM yang memerlukan coach yang baru bagi menyusun taktikal pasukan, PKR pun sudah sepusat-sepusing!

Drama Politik Perak Semakin Menarik : Adun Behrang dan Adun Changkat Jering Umum Keluar dari PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu.

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa.

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan.

Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin. Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang.

Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu.

Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”.

Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut.

Osman pula berkata, beliau yakin dengan keputusannya itu beliau akan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Changkat Jering dengan lebih berkesan lagi.

Malah beliau menegaskan akan berkerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.– 2/2/2009

Krisis di Perak : Kekal Sebagai ADUN : Keputusan SPR

Oleh : ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua sebentar tadi.


Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.


Semalam beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi.


Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.


Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.


Bagaimanapun kedua-dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam kelmarin menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.


Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu

Serapkan 50,000 kakitangan kontrak : CUEPACS

BUTTERWORTH 2 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan menyerap 50,000 kakitangan kontraknya ke jawatan tetap.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, mereka tidak sepatutnya ditamatkan kontrak lebih-lebih lagi ketika negara menghadapi kemelesetan ekoran krisis ekonomi global.

''Apatah lagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah meluluskan sebanyak 66 jawatan tambahan bertaraf kakitangan tetap di pelbagai agensi dan jabatan,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, pengisian jawatan tersebut sepatutnya dilakukan dengan menyerap pekerja kontrak berkenaan dan bukannya memberhentikan mereka atas alasan prestasi kerja tidak memuaskan.

"Saya menerima aduan dan makluman pekerja kontrak diberhentikan secara drastik oleh ketua-ketua jabatan dan itu adalah tindakan yang tidak wajar serta tidak berperikemanusiaan.

"Seharusnya pihak Sumber Manusia prihatin dengan nasib pekerja-pekerja kontrak yang mempunyai keluarga dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, CUEPACS mahu supaya status kakitangan atau pekerja kontrak di semua agensi dan jabatan kerajaan di seluruh negara dihapuskan menjelang tahun 2010.

"Ini bukan cakap sahaja. Memberhentikan pekerja kontrak adalah satu penganiayaan. Jadi, Jabatan Sumber Manusia perlu lebih prihatin terhadap nasib pekerja," katanya.

Monday, February 2, 2009

Kalau ADUN BN Lompat Parti Baik dah berubah dan bertindak betul tetapi Bila Adun PKR Lompat : Rasuah???


Presiden GESA Tarmizi Mohd Jam bersama rakan kolumnis tersohor akhbar The Star, Joseline Tan sewaktu menghadiri Muktamar Agung PAS di Ipoh tahun lalu.Tarmizi Mat Jam orang kampung dah tahu perangai mike.Orang penang lagi tau hang punya onar.Kaki tahi duit ...
berapa juta anwar bagi kat nasa katak tak pulak tarmizi bagi tau.hang ingat banyak sangat duit umno nak bagi 2 orang malaun di bawah ni.mana bukti.? mana akaun?duit tu ada bawah bantal ke atau katak 2 ekor ni simpan bawah tanah.Masa nizar cari mereka, mungkin mereka tengah tanam duit dengan bukit Larut....atau bawah sungai perak di Bota...Ha Ha ha......

Mereka ditawarkan RM10 juta seorang untuk melompat parti?Betul ke ? Berapa pulak anwar nak bagi pada mereka jika mereka masuk PKR balik......bodohnya analogi Raja petra dan tarmizi mat jam

Renungan :
PKR Cakap tak serupa bikin.... kalau BN Lompat Parti Bagus, Baik tetapi bila PKR Lompat Parti Rasuah... Parti yang banyak masalah... baguslah... banyak-banyaklah masalah dalam PR. Lekas-lekaslah Perak jatuh ke tangan BN. Padan muka Anuwar.!!!

Wait and See : DS Najib

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak tahu berapa ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan pembangkang di Perak yang akan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak tahu, kita akan lihat," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa beberapa ADUN daripada pakatan itu akan menyertai BN.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pentas Studio Pengadunan Digital Perbadanan Filem Nasional (Finas) di Kompleks Merdeka Studio di sini malam ini.

Hari ini, dua ADUN Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Beberapa jam sebelum itu, V. Sivakumar dalam kenyataan akhbarnya mengumumkan dua ADUN itu telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada beliau.

Mereka berkata, surat perletakan jawatan itu yang dimaksudkan V. Sivakumar itu telah ditandatangani pada 8 Mac tahun lepas.

"Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh Adun PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Nampaknya, surat ini telah digunapakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan. "Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," kata Jamaluddin ketika dihubungi beberapa jam selepas V. Sivakumar mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

Awal hari ini, Abdullah memberitahu, pemberita bahawa beberapa wakil rakyat Pakatan Pembangkang di Perak akan menyertai BN.

"Insya-Allah, ia akan berlaku. (Kita akan) terima mereka kerana ini pilihan mereka dan mereka mahu menyertai kita dalam perjuangan... ia akan merupakan satu pengalaman baru untuk mereka dan membenarkan mereka berpeluang untuk berkhidmat melalui BN," kata Abdullah

Sunday, February 1, 2009

TERBARU DAN GEMPAR!!!!!!

Dua ADUN Perak daripada PKR letak jawatan
01/02/2009 8:57pm

IPOH 1 Feb. — Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media di sini, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

“Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera,” katanya. - Bernama

ADUN PKR LOMPAT MASUK KE BN??



RENUNGAN : DULU PAK ANUWAR BANGGA BILA ADUN BACOL DARI BOTA MASUK PKR. TAPI SEKARANG PKR GEMPAR BILA ADUNYA NAK LOMPAT KE BN.... HAHAHAHA... SIAP SEDIALAH WAHAI SI NIZAR... KERAJAAN PERAK AKAN JATUH KE TANGAN BN...

ADUN Perak dijangka sertai BN

01/02/2009 12:21pm

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.

``Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.

- Utusan