Thursday, August 25, 2011

SALAM ADILFITRI 2011



”Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahil Hamd”


’taqabbalullah minna waminka’

Monday, August 22, 2011

Kompas mohon maaf kepada Najib


Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.


JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita

Tuesday, August 16, 2011

Anwar akhirnya beri keterangan bela diri Isnin depan


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin depan, setelah dua kali berjaya menangguhkan perbicaraan peringkat pembelaan sejak 8 Ogos lalu.

Pihak pembelaan dan pasukan pendakwaan mengesahkan bahawa Anwar akan memberi keterangan pada 22 Ogos ini, setelah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu gagal berbuat demikian pada hari ini memandangkan enam saksi masih belum dapat ditemu bual oleh mereka.

Hakim Datuk Mohamd Zabidin Mohd. Diah membenarkan tarikh tersebut ditetapkan untuk Anwar membela diri tanpa mengambil kira sama ada keenam-enam saksi itu telah berjaya ditemu bual atau sebaliknya.

Enam saksi yang masih belum ditemu bual ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; ibu kepada bekas tunang pengadu, Sharehah Md. Salim; jururawat di Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh; dan bekas pengawal peribadi tertuduh, Mohd. Rasid Mohd. Rosdi.

Turut tersenarai ialah dua bekas pembantu rumah pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai saksi tempat kejadian, Fitria Dipan dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Suliati. Kedua-duanya dipercayai telah pulang ke negara asal mereka, Indonesia.

Sharehah bagaimanapun ditemu bual pada hari ini selepas prosiding mahkamah berakhir. Musa pula berada di luar negara dan dijangka pulang dalam minggu ini.

Anwar sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada 8 Ogos lalu tetapi ditunda ke hari ini setelah mahkamah membenarkan permohonannya untuk menemu bual saksi-saksi terlebih dahulu.

Terdahulu, peguam Sankara Nair yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah, pihaknya telah menemu bual 19 saksi yang berpotensi, manakala enam lagi masih belum dapat ditemu bual.

Nair juga memberitahu bahawa pihaknya telah membayangkan senarai saksi-saksi yang akan dipanggil kepada pihak pendakwaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan pula menyatakan, pihaknya akan cuba menyediakan keenam-enam saksi terbabit dalam minggu ini dan mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju peringkat pembelaan akan dimulakan pada Isnin depan.

Sebelum prosiding hari ini bermula juga, terdapat kain pemidang 'Selamatkan Malaysia daripada peliwat 2.0' digantung di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini selama beberapa minit sebelum diturunkan.

Kain pemidang itu dipercayai dipasang oleh sekumpulan ahli Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang memakai kemeja-T warna kuning dan turut mengadakan demonstrasi secara aman sambil melaungkan reformasi dan keadilan kepada Saiful.

Sehingga Jumaat lalu, sebanyak 19 saksi daripada sejumlah 25 saksi yang disenaraikan, telah hadir untuk ditemu bual oleh barisan pembelaan yang diketuai oleh peguam Karpal Singh.

Antara mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Polis Melaka, Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; doktor di Hospital Pusrawi, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid dan pemilik kondominium terbabit, Hasanuddin Abd. Hamid.

Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah Hakim Mohamad Zabidin pada 16 Mei lepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

NAJIB Tun Razak dihadiahkan cenderamata berupa gambar ayahandanya ketika menjadi Perdana Menteri yang dirakamkan jurufoto Bernama. Najib berada di Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama media. Hadir sama isterinya, Rosmah Mansor (kanan) dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Katanya, jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Saya dan anggota Kabinet tidak rela menjadi Perdana Menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan menubuhkan kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan BN.

“Jangan ada sesiapa yang salah anggap kononnya kita tidak inginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Kerajaan cukup komited untuk meneruskan sistem demokrasi berparlimen yang kuasanya terletak pada tangan rakyat.

“Ini adalah pendirian kerajaan dan inilah juga respons kerajaan terhadap pertikaian yang tercetus baru-baru ini,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas lanjut mengenai keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut, Najib berkata, persetujuan itu bukan perkara baru sebaliknya ia merupakan proses bagi meneruskan tradisi demokrasi berparlimen.

Jelasnya, dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa bakal kerajaan dan dengan segala dasar yang dilaksanakan, BN tidak takut untuk menyerahkan nasib parti itu kepada rakyat.

“Kalau nasib sabut kita timbullah, kalau batu sebaliknya. Tetapi apa yang penting sekali komitmen kita di sini adalah untuk mengabdikan diri kepada rakyat. Kita merupakan kerajaan yang memperjuang dan membela nasib rakyat.

“Kita merupakan kerajaan yang membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan mendahulukan rakyat itu adalah sesuatu yang dihayati oleh kita,” tegasnya

Friday, August 12, 2011

Bersih 2.0 tiada impak, selepas sebulan berlalu


by Saibi Gi. Posted on August 11, 2011, Thursday

Dr Rundi nafi dakwaan pembangkang sokongan rakyat beralih dari BN

KUCHING: Sebulan berlalu selepas Perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di Kuala Lumpur, ia dikatakan tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) terutama di Sarawak.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata protes terhadap proses pilihan raya di negara ini pada 9 Julai lalu tidak berapa diikuti perkembangannya oleh penduduk Sarawak.

“Tidak ada kesan langsung kepada masyarakat di Sarawak secara umum,” katanya menerusi teks pesanan ringkas kepada Utusan Borneo, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak, terutama pembangkang, yang menganggap penyertaan orang ramai dalam perhimpunan tersebut merupakan signifikan terhadap sokongan majoriti rakyat beralih arah dari BN.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan penganjur perhimpunan tersebut yang dikatakan bertujuan menuntut agar proses pilihan raya di negara ini diadakan lebih adil dan telus.

Tindakan kumpulan tersebut mendapat sokongan dan disertai parti-parti politik pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Dr Rundi yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi, BN, sama ada di peringkat pusat atau negeri, mengetahui tujuan perhimpunan seumpama itu diadakan.

Beliau membayangkan perhimpunan itu diadakan bukan untuk menuntut proses pilihan raya adil dan telus, tetapi lebih ingin meraih sokongan dan simpati di kalangan rakyat, terutama apabila spekulasi mengatakan pilihan raya umum bakal diadakan hujung tahun ini atau awal 2012.

“Kita tahu apakah tujuan yang sebenar,” katanya.

Mengenai prestasi PBB pada pilihan raya umum akan datang, sama ada ia dapat mengekalkan kecemerlangan pada pilihan raya negeri ke-10 baru-baru ini, beliau berkata: “Kita yakin mencapai kemenangan 100 peratus.”

PBB, pada Pilihan Raya Umum 2008, menang semua 14 kerusi yang ditandinginya.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, UNIMAS Dr Neilson Ilan Mersat berpendapat, bahang perhimpunan tersebut kurang dirasai di Sarawak. “Macam tidak ada impak,” katanya.

Pemimpin Pas pro-Anwar kecam Nasrudin?


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA



KUALA LUMPUR 11 Ogos – Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar).

Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www. eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.

Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.

“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.

Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.

Wednesday, August 10, 2011

Tender bina Hospital Sri Aman yang baru akan dikeluarkan pada Bulan September ini - Uggah


Caption: SERIUS...Uggah (tengah) ketika sedang mendengar perjelasan menerusi tayangan slaid daripada Hayati (kiri sekali) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali) Jonathan, Harden dan Zulkifli pada mesyuarat terbabit.


SRI AMAN, Isnin (8 Ogos) – Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengeluarkan tender bagi tujuan pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman yang baru pada bulan September ini demikian menurut Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas.

Tender terbabit kata beliau akan dikeluarkan apabila penilaian pengurusan dan kerja penyiasatan tanah oleh Geoteknikal Dan Siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) telah selesai dilakukan pada bulan Jun lepas.

“Hospital Bahagian Sri Aman yang baru akan dibina di atas tanah berkeluasan 51 ekar di Lot 2827, Undop Land, Sri Aman dengan kos ambil balik tanah yang bernilai RM7.13 juta.

“Hospital bernilai RM200 juta yang akan dilaksana menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 itu nanti akan mengambil masa pembinaan selama 24 bulan sebaik sahaja proses tender selesai dilakukan. Ia dijangka bakal bermula awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa Hospital Bahagian Sri Aman yang baru ini nanti akan dilengkapi dengan kepakaran asas, alatan perubatan terkini, 108 buah katil pesakit, dua bilik bedah, enam bilik persalinan dan 20 buah unit mesin kemudahan Hemodialisis.

Uggah berkata demikian ketika berlangsung sidang media di bilik mesyuarat Hopsital Bahagian Sri Aman sebaik sahaja selesai melakukan lawatan ke tapak pembinaan baru hospital terbabit hari ini.

Selain itu Hospital Bahagian Sri Aman juga mempunyai dua orang doktor pakar pertama yang telah memulakan tugas mereka berkuatkuasa hari ini iaitu Dr Ling Hii Ming (Pakar Perubatan) dan Dr Marlini Mat Naphis (Pakar Sakit Puan).

“Justeru saya berharap agar masalah kekurangan doktor pakar dan pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman yang baru tidak menjadi isu dikalangan penduduk selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Zulkifli Jantan, Residen Sri Aman, Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Hayati Jaafar, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu Uggah telah dipertanggungjawabkan untuk memantau segala projek pembangunan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika berlangsung kempen pilihan raya negeri di Sarawak pada April lepas.

Tamat.

Tuesday, August 9, 2011

Edisi Khas: Kakitangan Awam Sokong Pembangkang?


Masalah kakitangan awam menyokong dan bergiat aktif sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan parti politik pembangkang, sebenarnya sudah sampai ke tahap kronik yang bukan sahaja memerlukan pembedahan yang boleh membawa maut, bahkan mampu membubarkan kerajaan Malaysia!!!

Segala masalah di negara ini yang membabitkan red-tape sebenarnya adalah disebabkan kakitangan awam yang terlalu gemar berpolitik dan menunjuk kuasa.

Anda hanya perlu ke sebuah pejabat kerajaan dan bergaullah dengan kakitangannya. Anda akan dapati kebanyakan daripada mereka adalah kakitangan awam yang lebih gemar bercerita tentang politik negara terutama dalam usaha menyokong pembangkang menjadi kerajaan dengan angan-angan segala syurga datang sujud ke kaki mereka sekiranya pentadbiran negara bertukar tangan berbanding menjalankan tanggungjawab yang dipikul untuk kemajuan negara.

Bahkan tidak sedikit yang berpendapat, kemajuan negara adalah dengan menukar kerajaan yang memerintah, bukannya mereka yang menjalankan amanah yang diberikan dengan bersungguh-sungguh tanpa dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian.

Antara yang paling teruk adalah institusi perguruan. Pada masa yang sama, puak-puak ini jugalah yang kerap menjerit kerana KONON KATANYA, BEBANAN KERJA MEREKA terlalu banyak. Tetapi SANGAT-SANGAT ANEH kerana, walaupun bebanan kerja terlalu berat, hampir tiga suku daripada waktu kerja mereka adalah politik. Malah di dalam kelas pun, cerita yang terkeluar adalah cerita tentang Anwar Ibrahim, Parti Islam, Negara Islam, mahupun UMNO zalim!!!

Kakitangan awam yang benar-benar ikhlas menjalankan tugas mereka, amat kecil bilangannya. Dan mereka ini umpama golongan yang menggenggam bara. Mereka sentiasa terancam dan mempunyai kebarangkalian untuk dipulaukan, tidak dinaikkan pangkat, tidak menerima kenaikan gaji, kurang mendapat bonus bahkan bergaji serta berjawatan statik sekalipun tugas yang mereka lakukan menepati amanah yang mereka ikrarkan.

Kebebasan bersuara, kebebasan memilih parti politik, bahkan kebebasan untuk mengkagumi mana-mana pemimpin politik tidak sewajarnya dipergunakan untuk mempengaruhi mutu kerja mereka. Masalah paling ketara ialah apabila penyokong-penyokong parti pembangkang yang menjadi kakitangan awam, bukan sahaja menjalankan peranan mereka sebagai DAJAL, VIRUS dan SYAITAN BERSERBAN, bahkan mereka juga sebenarnya mengkhianati rakyat Malaysia.

Itulah yang berlaku kepada salah sebuah agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) apabila seorang juruaudit bertindak menyaman entiti kerajaan itu kerana hanky-panky dalam pentadbiran mengakitkan kenaikan pangkatnya disekat.

Biarpun KEDA atau mana-mana agensi yang lain berada di bawah kerajaan, kebanyakan kakitangannya tidak bertindak atau bekerja untuk dasar-dasar kerajaan. Sebaliknya kerja mereka ialah menegakkan dasar-dasar ceramah pemimpin politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim.

Terdapat larangan kakitangan awam terlibat di dalam politik. Namun larangan tersebut hanya dicebik dan kalau boleh hendak diludah serta dikencing-kencingkan. Agak bernasib baik apabila ketua-ketua jabatan juga turut mempunyai otak yang hampir sama dengan kakitangan bawahan dalam hal berpolitik.

Manja yang keterlaluan yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan mereka, sebenarnya menjadi faktor utama kepada fenomena ini. Namun alasan yang kerap diberikan ialah, KESEDARAN BERPOLITIK. Yang mereka tak sedar ialah, sikap mereka lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding kepada menteri dan Perdana Menteri.

Terlalu banyak kes yang remeh-temeh tersangkut dan memerlukan masa yang sangat panjang untuk diselesaikan. Anda pergilah ke Pejabat Tanah dan buatlah permohonan untuk menggantikan geran tanah anda yang sudah rosak atau buat carian salinan geran. Anda akan dapati, lebih dari tiga bulan, belum tentu ada keputusannya!!!

Seharusnya ada badan pemantau yang menangani disiplin kakitangan awam. Perasaan simpati dan kasihan terhadap kakitangan awam yang melampau berpolitik seharusnya tidak wujud langsung. Malaysia mungkin merupakan satu-satunya kerajaan di dunia yang sangat menyimpan kakitangan awamnya sekalipun kakitangan awamnya merupakan pekerja yang paling pemalas di dunia, lebih sibuk bercerita tentang haram-halal tetapi seringkali membuang masa dengan bergebang politik bersama-sama rakannya yang lain tanpa mengambil kira setiap sen pendapatannya ADALAH HARAM MUTLAK!!!

Sebenarnya terlalu ramai rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah birokrasi yang ditunjukkan oleh kakitangan awam, ingin melihat majikan mereka bertindak tegas dengan memecat kakitangan awam tersebut beramai-ramai. Bahkan memenjarakan mereka kerana telah mencabul tanggungjawab yang diamanahkan. Malah kalau perlu MENGHUKUMGANTUNGKAN KAKITANGAN AWAM yang lebih sibuk dengan parti politik berbanding tugas dan tanggungjawabnya!!!!

Monday, August 8, 2011

MENGHANCURKAN UMNO

1. Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.
5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.

WRITTEN BY CHEDET

Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi

KUCHING 3 Ogos - Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.

''Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.

''Kita akan mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik dan menurunkan logo halal yang terdapat pada tin produk itu," katanya selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Jakim dalam surat kepada pembuat mentega berkenaan yang bertarikh 30 Jun lalu mengesahkan ia tidak mengandungi DNA babi sedangkan MIS dalam kenyataan pada 28 Julai lalu telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Sehubungan itu, satu mesyuarat bagi membincangkan status mentega Golden Churn Creamy Butter itu berlangsung di sini petang semalam dengan disertai beberapa agensi berkaitan telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Dalam pada itu, Daud menambah, mentega dari jenama lain masih boleh digunakan sehingga ada keputusan yang dimaklumkan nanti.

Wednesday, August 3, 2011

Jangan bangkit sensitiviti, politikkan perkauman


KUCHING 2 Ogos - Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak membangkitkan isu sensitif serta mempolitikkan perkara berkaitan perkauman kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam negeri, Datuk Ir. Daud Abdul Rahman berkata, rakyat seharusnya berbangga menjadi warganegara Malaysia dengan membentuk semangat patriotik dan kenegaraan yang kukuh dalam diri mereka.

Katanya, semangat patriotik dan cintakan negara harus mekar di sanubari setiap rakyat pada sepanjang masa kerana negara ini adalah tanah air mereka sendiri.

''Setelah 54 tahun merdeka, Malaysia telah menghadapi pelbagai dugaan dunia politik namun masih mampu mengekalkan suasana aman dan damai serta rakyatnya hidup dalam harmoni.

''Meskipun terdapat pelbagai usaha terancang yang mahu memporak-perandakan negara, menjatuhkan pemimpin sedia ada, seluruh rakyat terutamanya generasi muda harus mengukuhkan jati diri, bersatu hati dan saling percaya mempercayai.

''Rakyat harus menolak setiap anasir yang mahu merosakkan kesejahteraan dan keharmonian negara selain mahu memecahkan perpaduan di kalangan kita semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 Peringkat Bahagian Kuching di sini, petang semalam.

Daud berkata, suasana negara yang semakin berkembang maju menjadikan rakyat mampu menikmati pelbagai kemudahan dan ini patut menjadi pendorong kepada generasi muda supaya tidak leka dalam mengekalkan status kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

PEMBOHONGAN TERBARU AnWAR DI JAKARTA

1. AnWAR berada di Jakarta pada 29 Julai lalu menyampaikan syarahan umum di ibu pejabat Majalah TEMPO. Npknya gelisah benar akan kedudukannya di Jakarta kebelakangan ini! Dalam bulan Julai lalu, tidak kurang 3 kali AnWAR berada Jakarta. Apa tujuannya? Mungkin saja untuk 'membetulkan' tembelang beliau yang semakin terbongkar di sana.

2. Kali ini AnWAR sekali lagi membangkitkan isu tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Tidak cukup dengan isu sebat bagi pendatang asing yang didapati bersalah memasuki Malaysia secara haram, kali ini AnWAR memainkan isu gaji gai TKI yang bekerja di M'sia. Konon AnWAR mengatakan TKI dibayar gaji satu setengah tahun bagi yang perkhidmatan untuk 2 tahun.

3. AnWAR menggambarkan bahawa majikan Malaysia cukup zalim serta menindas TKI dengan merampas hak mereka. Tambah AnWAR, kerajaan M'sia juga berkompromi dengan isu ini serta tiada apa-apa tindakan diambil kepada majikan yang berbuat demikian. Gambarannya, majikan di Malaysia ini bertindak kejam terhadap TKI dengan restu pemerintah!

4. Hakikat sebenarnya, AnWAR lah manusia lidah bercabang yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada negara! Segala dasar terhadap pekerja asing itu dirangka semasa AnWAR TPM dan menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing! ketika ada bantahan terhadap hukuman sebat terhadap pekerja asing dari NGO M'sia, AnWAR menjawab bukan hanya pekerja haram Indonesia yang dirotan jika didapati bersalah.

5. Selepas dipecat, AnWAR ke Indonesia mengatakan kerajaan Malaysia amat kejam kerana melaksanakan hukuman rotan terhadap pekerja asing Indonesia sedangkan mereka masuk ke Malaysia w/pun secara haram hanya untuk mencari rezeki. Manusia lidah bercabang ini mengatakan beliau tidak setuju samasekali dengan hukuman dan membantah keras semasa dlm kerajaan!

6. Dalam kes Nirmala Bonat yang didera, AnWAR lah yang lantang bersuara di Jakarta menyatakan hukuman penjara yang dikenakan mahkamah M'sia terhadap majikan Nirmala amat tidak adil kerana nyawa Nirmala telah melayang! AnWAR mengapikan lagi, paling tidak majikan Nirmala itu perlu dirotan spt TKI yang memasuki M'sia secara haram!

7. Terbaru, AnWAR memutar belit fakta ttg gaji pula. AnWAR tahu pekerja asing yg baru masuk ke M'sia, gaji mereka akan diambil secara 'advance' oleh agen sebanyak 5-6 bulan. Ketika perkara ini diadukan kepadanya ketika beliau menjadi Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Pekerja Asing, beliau mengatakan ianya sumber pendapatan kpd M'sia. Ia juga sbg insentif kpd majikan untuk membawa masuk pekerja asing secara sah!

Nyata manusia ini begitu terdesak mahu mengambil untung dari kekeruhan hubungan M'sia-Indonesia. Baru-baru ini juga ada sekumpulan demonstrator berdemo di hadapan kedutaan M'sia di Jakarta membantah penahanan 6 org pemimpin Parti Sosialis M'sia di bawah Ordinan Darurat. Dipercayai juga punya kaitan dengan AnWAR kerana demo diadakan sejurus sebelum AnWAR tiba di Jakarta. Tentunya ini tindakan 'pemanas badan' bagi AnWAR mengapikan lagi rakyat Indonesia bagi membenci Malaysia pada 29hb Julai itu.

Sumber : X-Pkr

Pas dan PKR akan tenggelam

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan 'tenggelam' dengan tindakan DAP untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa sama, mereka harus sedar bahawa kepentingan tiga gabungan parti itu sebenarnya diambil alih oleh DAP.

''Saya fikir, DAP harus disedarkan oleh Pas dan PKR yang mewakili kawasan Melayu bahawa DAP telah melangkaui batas-batas yang sepatutnya menjadi kawasan tanggungjawab kepada kedua parti itu.

''Justeru, saya minta Pas dan PKR sedar akan permainan yang sedang dibawa DAP ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata, DAP dipercayai akan meletakkan wakil daripada keturunan Melayu bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melaksanakan agenda besar parti itu.

Katanya, Undang-Undang tubuh Negeri itu akan mengusulkan wakil DAP dari keturunan Melayu untuk menjadi Menteri Besar sekiranya parti itu memenangi pilihan raya yang akan datang.

''Saya harap orang Melayu akan sedar bahawa DAP akan menguasai golongan majoriti hanya kerana kumpulan itu berpecah.

''Pada masa sama saya berharap mereka menggunakan 'majoriti senyap' untuk mengatasi pengaruh dan usaha yang dibawa oleh DAP ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, telahan pihak yang mengatakan Barisan Nasional (BN) tidak dapat mempertahankan Perak dan Negeri Sembilan daripada pihak pembangkang hanya akan dibuktikan pada pilihan raya yang akan datang.

Namun katanya, pertambahan sokongan daripada masyarakat Melayu dan India akan mengatasi prestasi BN pada 2008 yang juga merupakan peristiwa malang kepada parti.

Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu.

"Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini.

"Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.

Menurut Muhyiddin, guru yang memiliki ijazah dan berkursus di IPG, mereka dijadual mengikuti latihan selama 18 bulan dan bagi yang tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan untuk tempoh 66 bulan iaitu di bawah program ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Beliau menjelaskan, bagi baki GSTT berjumlah 3,465 orang itu, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

"Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka.

"Bagi yang dikenal pasti tidak layak untuk dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos ini,'' kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata, penempatan bagi mereka yang dilantik semula itu tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau pilihan asal.

Katanya, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

"Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan GSTT, baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahupun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut,'' kata Muhyiddin.

Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu.

"Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini.

"Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.

Menurut Muhyiddin, guru yang memiliki ijazah dan berkursus di IPG, mereka dijadual mengikuti latihan selama 18 bulan dan bagi yang tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan untuk tempoh 66 bulan iaitu di bawah program ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Beliau menjelaskan, bagi baki GSTT berjumlah 3,465 orang itu, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

"Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka.

"Bagi yang dikenal pasti tidak layak untuk dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos ini,'' kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata, penempatan bagi mereka yang dilantik semula itu tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau pilihan asal.

Katanya, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

"Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan GSTT, baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahupun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut,'' kata Muhyiddin.

Tuesday, August 2, 2011

Kuching perlu jadi bandar raya ada jiwa - Taib

KUCHING 1 Ogos - Bandar raya Kuching akan dibangunkan secara teliti dan tersusun bagi memastikan ia menjadi sebuah bandar yang mempunyai jiwa.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ciri-ciri sebuah bandar raya yang baik tidak bergantung kepada pembangunan fizikal dan aktiviti ekonomi semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau, ia perlu dibangunkan secara seimbang merangkumi segenap aspek termasuk hubungan sosial dan kemanusiaan.

"Sehubungan itu, kita akan memastikan Kuching dibangunkan menjadi sebuah bandar raya yang hidup dan berjiwa," katanya ketika berucap pada majlis memperingati Hari Bandar Raya Kuching dan pelancaran Pesta Kuching 2011 di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Bandar raya Kuching menyambut ulang tahunnya ke-23 selepas mendapat pengiktirafan sebagai sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.

Mengulas lanjut, Abdul Taib berkata, kerancakan pembangunan di kebanyakan bandar-bandar besar yang ada pada masa ini mengabaikan hubungan kemanusiaan apabila warganya tidak lagi mempedulikan masyarakat sekeliling.

"Masalah di bandar-bandar yang biasa saya lihat adalah hubungan sesama warganya yang kurang mesra, berbeza di kampung-kampung yang mana, ahli komuniti mengambil berat antara satu sama lain. Justeru, ini yang perlu kita ubah," katanya.

Abang Abdul Wahap angkat sumpah Datuk Bandar Kuching Utara



Abdul Taib Mahmud menyaksikan upacara serah terima tugas antara Mohd. Atei Abang Medaan (kanan) kepada Abang Abdul Wahap di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 1 Ogos - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Abang Abdul Wahap Abang Julai hari ini mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Kuching Utara ke enam.

Abang Abdul Wahap mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Morshidi Abdul Ghani.

Menurut Abang Abdul Wahap, pelantikan beliau merupakan satu penghormatan yang cukup besar memandangkan bandar raya ini terkenal dengan reputasinya sebagai salah sebuah bandar raya terbaik di negara ini.

"Saya berazam untuk melaksanakan tugas ini sebaik mungkin dan meneruskan kecemerlangan kepimpinan terdahulu," katanya pada majlis memperingati Hari Bandar Raya Kuching Ke-23 dan pelancaran Pesta Kuching 2011 yang diadakan sejurus upacara angkat sumpah berakhir, di sini hari ini.

Abang Abdul Wahap, 60, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 37 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau dalam PDRM ialah sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Bukit Aman serta Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri selama empat tahun bermula 2002.

Datuk Bandar Kuching Utara yang pertama ialah Datuk Dr. Yusoff Hanifah (1988-1994) diikuti Datuk Awang Ehsan Joini (1995-2000), Madehi Kolek (2001-2004), Abdul Hamid Mohd Yusoff (2004-2007) dan yang terakhir Abang Mohd. Atei Abang Medaan (2007-2011).

Kuching yang dinaikkan taraf sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 dibahagikan pentadbirannya kepada dua iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) serta Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN...PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA, ISTIMEWA KEPADA SAHABAT-SAHABATKU, RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG DIKASIHI SERTA PEMBACA TIGA SUNGAI YANG BUDIMAN...SEMOGA SEMPURNA IBADAH KITA, MENDAPAT PAHALA DAN DIBERKATI ALLAH TAALA HENDAKNYA..AMIN..PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN!JOM KITA BERTARAWIKH...JOMMM...

Dr Jerip mungkin akan disenarai dalam kabinet



JANJI PILIHAN RAYA: Dr Jerip (kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian jambatan Kampung Sigandar sambil disaksikan oleh Jepus (kiri), Wilson Spilak (dua kanan) dan Austin (tiga kanan).

PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh Dr Jerip Susil berkemungkinan besar disenaraikan dalam kabinet negeri sebagai pengiktirafan kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri terhadap sokongan penduduk di kawasan majoriti Bidayuh itu.

Berucap sempena upacara perasmian jambatan di Kampung Sigandar di sini semalam, Dr Jerip berkata pengiktirafan tersebut juga akan diterjemahkan melalui usaha beliau dalam meningkatkan lagi bantuan kepada penduduk di segenap kampung.

“Nampaknya, bintang sudah bersinar… berkemungkinan rombakan kabinet pada September ini wakil rakyat di sini (Bengoh) akan bertambah rezeki, maka peruntukan pun akan bertambah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata rombakan kabinet ini akan menyaksikan pengiktirafan kerajaan BN kepada masyarakat Bidayuh setelah kesemua calon BN berjaya memenangi kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri ke-10 lalu.

“Rombakan kabinet kali ini juga akan memberikan keuntungan kepada Bidayuh.

“Ketua Menteri telah berkata Bidayuh banyak memberikan sokongan kepada BN, maka mereka akan diiktiraf,” katanya.

Dr Jerip yang menyandang kerusi DUN Bengoh untuk penggal ketiga dikhabarkan berpeluang besar menyertai barisan kabinet negeri yang dijangka dirombak pada September depan.

Sementara itu, Dr Jerip berkata pembinaan jambatan Kampung Sigandar adalah sebahagian daripada janji yang beliau tunaikan semasa kempen pilihan raya yang lepas.

Jambatan tersebut dibina pada kos RM10,000 melalui aktiviti gotong-royong penduduk setempat.

“Rombakan kabinet kali ini juga akan memberikan keuntungan kepada Bidayuh.

“Ketua Menteri telah berkata Bidayuh banyak memberikan sokongan kepada BN, maka mereka akan diiktiraf,” katanya. Dr Jerip yang menyandang kerusi DUN Bengoh untuk penggal ketiga dikhabarkan berpeluang besar menyertai barisan kabinet negeri yang dijangka dirombak pada September depan.

Sementara itu, Dr Jerip berkata pembinaan jambatan Kampung Sigandar adalah sebahagian daripada janji yang beliau tunaikan semasa kempen pilihan raya yang lepas.

Jambatan tersebut dibina pada kos RM10,000 melalui aktiviti gotong-royong penduduk setempat.

Hadir sama ialah Pegawai Pentadbiran Negeri (SAO) Siburan dan Teng Bukap Wilson Spilak Asui, Ketua Kampung Sigandar Jepus June, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bengoh Wilson Mapus dan Pemanca Austin Dimin.

Sumber : Utusan Borneo 1 Ogos 2011