Thursday, July 14, 2011

Anwar pengkhianat negara

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.

Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.

MoCS rancang rapat umum 13 Ogos ini

KUCHING: Selepas BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas, kini sebuah pertubuhan yang menggelar mereka sebagai Gerakan Mengubah Sarawak (MoCS), merancang mengadakan rapat umum di Kuching pada 13 Ogos ini.

Ketuanya, Francis Siah dalam satu kenyataan semalam berkata, para pemimpin MoCS yang bermesyuarat di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan mengambil keputusan untuk menganjurkan perhimpunan bertemakan ‘Berjalan untuk Demokrasi dan Reformasi’.

Pada perhimpunan yang diadakan mulai jam 2 petang hingga 5 petang, MoCS akan mengeluarkan 10 deklarasi pada rapat umum itu.

Semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna merah iaitu warna tema MoCS.

“MoCS akan memohon permit dari polis untuk acara itu. Kita akan memberi jaminan kepada polis bahawa acara itu akan diadakan dalam suasana aman dan kita menerima nasihat dan permintaan daripada mereka.

“Kita akan memberi kerjasama penuh terhadap agensi penguat kuasa undang-undang bagi memastikan insiden tidak diingini berlaku pada hari tersebut,” kata Francis.

Rapat umum itu akan diadakan sama ada di Padang Merdeka, Tebingan Kuching, Taman Budaya atau Taman Muzium.

Sebelum ini, kumpulan tersebut pernah merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi meminta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur.

“Rapat umum ini merupakan versi yang diubah suai dari protes jalanan dalam usaha memaksa Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan,” katanya.

Bagi menjayakan rapat umum itu, MoCS mempelawa orang ramai, malah pemimpin dan penyokong kerajaan menyertainya dalam usaha menuntut perubahan segera dan mengubah pentadbiran Sarawak.

“Untuk tempoh sekian lama, negeri kita terperangkap dalam rasuah dan ketakutan serta ugutan politik.

“Kita ingin mendidik orang Sarawak bahawa ahli politik yang mereka pilih perlu berkhidmat kepada mereka dan bukan sebaliknya. Rakyat ialah tuan, bukan pemerintah,” kata Francis.

Francis menegaskan ia tidak ada kaitan dengan parti politik tetapi lebih kepada inisiatif individu yang inginkan perubahan ke arah amalan sebenar demokrasi.

MoCS tidak akan meraih sokongan daripada mana-mana kumpulan penganjur perhimpunan haram.

“MoCS turut menggalakkan bagi mereka yang tidak dapat datang ke Kuching dan mereka yang tinggal di bahagian lain di negeri ini dan di luar negeri menganjurkan rapat umum yang sama,” katanya.

Thursday, July 7, 2011

Info Pagi AS: 13 Fakta Menarik Mengenai Malaysia

Info Pagi AS: 13 Fakta Menarik Mengenai Malaysia

1.Perlantikan Perdana Menteri Malaysia dikatakan mengambil sempena nama RAHMAN iaitu nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Turutannya adalah Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib .

2.Negara Malaysia pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu serta Malaya, I-Tsing, Malaiur, Maliyur dan Malayo di kalangan negara China, India dan Barat.

3.Malaysia diisytihar merdeka pada 20hb Feb, 1956 oleh Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir, Melaka namun kita telah memilih 31hb Ogos, 1957 sebagai hari kemerdekaan untuk Malaysia menerusi gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura.

4.Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16hb September, 1963. Ianya direka oleh En. Mohamad Bin Hamzah dari Johor Bahru. Beberapa pengubahsuaian telah dibuat dan akhirnya disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950.

5.Pokok getah bukanlah pokok semulajadi yang tumbuh di Malaysia. Ianya telah dibawa ke negara ini oleh H.N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.

6.Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa , yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung Malaysia.

7.Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnun pada tahun 1933 yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company, Singapura.

8.Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan.

9.Penang Free Shool yang dibuka pada tahun 1816 merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Paderi Sparke Hutchings.

10.Landasan keretapi pertama ialah diantara Kuala Sepetang ke Taiping yang dibina pada tahun 1885 manakala lapangan terbang yang pertama pula ialah Lapangan Terbang Sungai Besi yang dibina pada tahun 1930.

11.“Tun” merupakan anugerah gelaran tertinggi di Malaysia dan hanya boleh dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong Sahaja. Gelaran ini juga dihadkan kepada 25 orang penerima sahaja.

12.Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor merupakan penghujung bagi benua Asia Tenggara.

13.Datuk Seri Najib Razak merupakan ahli kabinet paling muda apabila ditawarkan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telemunikasi dan Pos pada tahun 1978. Usia beliau pada ketika itu ialah 25 tahun.

Wednesday, July 6, 2011

TITAH UCAPAN YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Tuesday, July 5, 2011

Exco AMK ditahan di LTM kerana memakai baju-T promosi perhimpunan haram


DITAHAN: Anggota Exco AMK, Zulhaidah (kiri) diiringi oleh sepasukan polis semasa keluar dari Lapangan Terbang Miri untuk ditahan di Balai Polis Pusat Miri.

MIRI: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH yang disifatkan sebagai mempromosikan perhimpunan haram 9 Julai ini, sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak.

Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Ling Sie Kiong yang bertindak sebagai peguam beliau turut mengesahkan mengenai penahanan Zulhaidah, ketika ditemui di Balai Polis Pusat Miri di sini petang semalam,

Menurut Ling, Zulhaidah akan dihadap ke Mahkamah Majistret jam 8.30 pagi ini untuk ditahan reman.

Katanya, sebelum itu anak guamnya itu telah didatangi sepasukan polis semasa hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), bagaimanapun dia tidak ditahan kerana mempertimbangkan waktu penerbangan beliau (Zulhaidah) dan hanya ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Miri.

Sementara itu di SIBU, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail memberitahu perhimpunan BERSIH 2.0 dijangka akan diadakan di empat bandar utama di negeri ini pada 9 Julai ini iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Kami ada menerima maklumat bahawa perhimpunan terbabit akan diadakan di Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan terbabit kerana pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan terbabit.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan terbabit. Oleh itu, jangan me-nyusahkan diri untuk menyertai perhimpunan haram terbabit yang tidak mempunyai permit sah untuk mengadakan aktiviti sedemikian,” tegasnya.

Bagi mengelak diri terjerumus dengan perhimpunan terbabit, Shafie menasihati orang ramai agar jangan se-sekali memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai ini.

Bagaimanapun menurut-nya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau kegiatan orang ramai terutama di empat bahagian tersebut pada tarikh 9 Julai ini bagi mengelak sebarang perhimpunan diadakan.

Sementara itu, katanya beliau akan mengadakan sesi bertemu rakyat di bahagian ini di Balai Polis Sentral (CPS) di sini pada 7 Julai ini bagi menerima sebarang aduan daripada orang ramai.

“Saya akan berada di CPS seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah hari bagi mengadakan sesi bertemu dengan rakyat pada tarikh tersebut. Sebarang aduan dan masalah boleh diajukan kepada saya. Semua dialu-alukan untuk menyertai sesi ini,” tambah beliau.

Tindakan polis demi menjamin keselamatan negara



HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan orang ramai yang hadir semasa merasmikan Ibu Pejabat AADK dan melancarkan Skuad 1Malaysia, di Kajang semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

HULU LANGAT 4 Julai - Apa jua tindakan undang-undang yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Bersih adalah demi menjamin keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau setiap hari dimaklumkan mengenai perkembangan perhimpunan haram itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada sebarang kegiatan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Atas sebab itu, katanya, polis mula bertindak menahan mereka yang dipercayai cuba mewujudkan keadaan tidak selamat menjelang perhimpunan haram tersebut yang dirancang pada Sabtu ini.

Katanya lagi, perhimpunan haram itu sengaja diadakan kerana ada pihak tertentu mahu melihat orang ramai yang menyertai demonstrasi bertembung dengan polis.

"Oleh itu, perlu ada usaha untuk memberi penjelasan bagi memastikan rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak keliru dengan apa yang berlaku.

"Tugas memberikan penjelasan itu bukan sahaja dilakukan oleh polis tetapi semua pihak dalam agensi kerajaan dan mereka yang sayangkan keharmonian, keamanan serta ketenteraman tanah air ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelancaran Skuad 1Malaysia di Ibu Pejabat AADK, Jalan Maktab Perguruan Islam, Kajang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, KDN akan meneliti isi kandungan sebuah novel berjudul 'Shamsiah Fakeh Pejuang, Pemimpin dan Perempuan' yang didakwa kini meluas diedarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Apa sahaja berkaitan Bersih termasuk isi kandungan buku dan risalah yang mungkin membawa ideologi subversif, kita buat tapisan.

"Kita tidak teragak-agak bertindak jika ada pihak ketiga terlibat menyebarkan ideologi subversif, menghasut dan menyemarak kemarahan orang ramai agar berkumpul menyertai perhimpunan haram itu," katanya.

Mengenai komen seorang pembaca dalam portal berita Malaysiakini yang menyeru rakyat mengguling Yang di-Pertuan Agong berikutan titah khas dikeluarkan Seri Paduka semalam, Hishammuddin berkata, pihaknya hanya akan menyiasat individu terbabit jika mengenal pasti identitinya.

"Jadi, jangan kita defensif hanya kerana seorang individu yang tiada nama dalam ruang siber cuba membuat provokasi.

"Nasihat saya, biar semua pihak mempertahankan institusi diraja daripada mencari seorang dari ruang siber yang mungkin juga bukan rakyat negara ini," ujarnya.

UTUSAN MALAYSIA 5 Julai 2011

Monday, July 4, 2011

Ordinan Darurat cegah keadaan lebih buruk

PEKAN 3 Julai - Tindakan polis menggunakan Ordinan Darurat terhadap golongan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, pihak berkuasa terpaksa menggunakan ordinan tersebut bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

"Ini (Ordinan Darurat) sebagai langkah pencegahan. Pencegahan lebih baik daripada berubat. Apa yang dilakukan polis itu sebagai langkah pencegahan sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis menahan enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 selepas dipercayai terlibat dalam anasir subversif.

Kesemua mereka terbabit adalah antara 30 orang yang ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu.

Ini merupakan kali pertama polis menggunakan ordinan tersebut ke atas penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selepas mendapati mereka terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, pihaknya percaya polis memahami segala implikasi sebelum mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam kegiatan subversif itu.

Menurut Perdana Menteri, tindakan penyokong Bersih yang melakukan provokasi bertujuan menggambarkan kerajaan mengamalkan dasar kuku besi dan tidak liberal.

"Saya percaya mereka hendak menunjukkan kita sebagai kerajaan yang autokratik dan berkuku besi dan sanggup menolak hak asasi mereka. Ini mereka akan cuba gambarkan kepada dunia luar," katanya.

Jelas beliau, golongan terbabit juga akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan kononnya kerajaan melakukan kezaliman apabila pihak berkuasa menggunakan kuasa terhadap mereka.

"Ini sangat mudah untuk mereka menuduh kerajaan tidak mengamalkan dasar-dasar liberal. Sebenarnya kita (kerajaan) sudah cukup liberal," katanya.

Najib turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyalahtafsirkan maksud perhimpunan yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Kebebasan berkumpul ada syaratnya, kita mesti jaga keamanan dan ketenteraman awam. Apabila terlalu bebas, ia akan menjurus kepada keadaan huru-hara dan tidak menentu," jelasnya.

Beliau berkata, penyalahgunaan maksud berhimpun akan menjurus kepada tindakan yang menyalahi undang-undang selain memberi kesempatan kepada pihak lain 'menangguk di air keruh.'

"Ada pihak yang tumpang semangkuk, mungkin yang berfahaman komunis, kaki pengacau dan golongan yang memang suka berhimpun hingga menaikkan semangat mereka," katanya.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA 4.07.2011

Sunday, July 3, 2011

Tabung Amanah Bumiputera

Oleh SOPI SAMAILEsopi.samaile@utusan.com.my

KUCHING 1 Julai - Langkah kerajaan negeri untuk menubuhkan Tabung Amanah Bumiputera dilihat sebagi satu lagi peluang untuk mengangkat taraf dan penyertaan masyarakat bumiputera dalam ekonomi terutama di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol berkata, penubuhan tabung berkenaan wajar mendapat sambutan golongan terbabit supaya ia berjaya mencapai matlamat.

''Kita lihat sahaja di kampung-kampung terdapat kedai-kedai yang menjual barang runcit dan ini menunjukkan bahawa mereka ada semangat untuk berniaga.

''Justeru, kita jangan bazirkan semangat mereka untuk berniaga sekali gus meningkatkan taraf hidup masing-masing," katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berhasrat menubuhkan sebuah Tabung Amanah Bumiputera bagi membantu membina komponen pendidikan teknikal di kalangan masyarakat bumiputera bagi menjayakan keperluan pembangunan wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Abdullah memberitahu, golongan usahawan di kampung-kampung kemungkinan tidak mempunyai modal mencukupi dan ia membantutkan usaha mereka untuk berkecimpung dalam sektor perniagaan.

Malah katanya, mereka juga mungkin kekurangan kepakaran dalam pemasaran dan dengan adanya tabung tersebut, maka ia mampu memberi tunjuk ajar dan memantau sesuatu aktiviti perniagaan.

''Di kawasan DUN Semop misalnya, para penduduk di situ mungkin boleh menceburi perusahaan memproses makanan terutama ikan.

''Selain itu, aktiviti nelayan di Pulau Bruit begitu bergantung kepada cuaca, maka tangkapan laut yang banyak seperti ikan lumik boleh diproses menjadi ikan salai atau keropok lekor jika mereka tidak turun ke laut," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, penubuhan tabung itu bukan bertujuan untuk mengetepikan peluang kaum bukan Bumiputera terutama dalam bidang ekonomi.

‘Ambiga jangan fikir kuat’

Oleh YULPISMAN ASLI


NAJIB Tun Abdul Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi dan Mustapa Mohamed menunjukkan tanda 1Malaysia setelah memotong kek 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh, semalam. – MINGGUAN MALAYSIA/ROSNI MASRI

PASIR PUTEH 2 Julai – “Ambiga jangan fikir kuat sangat.” Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

“Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

“Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

“Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

“Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas,” soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.

Memahami konteks 9 Julai

Oleh Chandra Muzaffar

SANGAT menyedihkan setelah hampir 54 tahun merdeka, masih terdapat keresahan di kalangan pihak berkuasa berkenaan hak asasi yang merupakan faktor penting dalam fungsi demokrasi.

Mereka terlupa bahawa “hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata” adalah kebebasan yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ia adalah kebebasan yang seharusnya tidak mengancam kesejahteraan masyarakat.

Walau bagaimanapun, seperti mana semua hak dan kebebasan, ungkapan sebenar serta maksud kebebasan berhimpun perlulah mengambil kira konteks dan tujuan di sebaliknya. Dengan mengambil kira tujuan dan maksud inilah, ia menjadi sangat kritikal didalam perhimpunan ‘Perhimpunan 9 Julai’. Terdapat pelbagai dimensi dan pemahaman yang perlu diambil iktibar oleh pihak penganjur dan penyokong perhimpunan Bersih, termasuklah pihak yang menentang iaitu Perkasa dan Pemuda UMNO.

Isu-isu

1) Bersih mendakwa bahawa tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan kelemahan dan kecacatan dalam sistem pilihan raya kita. Memandangkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usaha itu sepatutnya diteruskan. Pengerusi SPR sedia untuk berdialog. Beliau kini seharusnya secara terbuka menjemput Bersih untuk meneruskan perbincangan tanpa mengambil kira perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Bersih pula perlulah memberi tindak balas secara positif terhadap SPR. Dalam konteks demokrasi yang matang seharusnya peluang untuk berdialog bagi menyelesaikan isu-isu perlulah diambil.

2) Antara lainnya, Bersih menumpukan kepada isu seperti ‘pendaftaran pengundi secara automatik’ (saya menyokong isu ini) yang mana ia adalah di luar bidang kuasa SPR. Perkara ini memerlukan kelulusan perundangan. Jika Bersih tidak boleh meyakinkan Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang pilihan raya baru, adakah mereka telah berjaya mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk membentangkan Rang Undang-Undang “Ahli Persendirian” melalui reformasi ke atas pilihan raya yang dituntutnya kini? Berapa kalikah Rang Undang-Undang tersebut dibentangkan sejak Mac 2008? Adakah cubaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang itu digagalkan oleh Speaker Dewan Rakyat? Memandangkan Bersih terdiri daripada parti-parti pembangkang yang diwakili di Parlimen, ia sepatutnya menyatakan/menerangkan kepada orang awam/ramai secara terperinci tentang bagaimana ia telah memohon kepada Parlimen sejak tiga tahun lepas agar pembaharuan pilihan raya dibuat.

3) Dalam tuntutannya, Bersih tidak membezakan proses sebenar pilihan raya daripada proses pilihan raya politik yang lebih besar. Perlakuan proses sebenar pilihan raya di Malaysia semenjak 1959, bermula dari penyelenggaraan daftar pemilih sehinggalah kepada perlindungan integriti kertas undi, sebahagian besarnya adalah adil dan saksama dan mengambil kira bahawa tiada sistem pilihan raya di dunia ini sama sekali tiada kelemahan atau cacat celanya. Kesimpulan ini telah dibuat oleh Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya yang diketuai oleh Allahyarham Tun Suffian Hashim Mohamed pada Pilihan Raya Umum 1990 (saya adalah salah seorang anggota kumpulan tersebut). Kami juga telah menyatakan bahawa penyalahgunaan kemudahan kerajaan yang sedia ada untuk tujuan kempen dan peranan berat sebelah dari media arus perdana merupakan ketidakadilan di dalam proses pilihan raya - politik yang telah ditunjukkan. Memandangkan perkara itu adalah sahih dan masih lagi belum/tidak ditangani, Bersih mempunyai sebab untuk membangkitkan perkara itu.

4) Sekiranya usaha Bersih adalah berlandaskan keikhlasan untuk memperbetulkan keadaan, seharusnya parti-parti politik yang berada di barisan hadapan di dalam gabungan ini, menjadi contoh seperti mana di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Seharusnya mereka ini memastikan kemudahan kerajaan tidak disalahguna di dalam proses pilihan raya atau pilihan raya kecil. Namun di dalam pilihan raya di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, dikatakan bahawa kerajaan negeri telah menggunakan beberapa sumber-sumber Kerajaan Negeri, secara langsung dan tidak langsung, untuk tujuan kempen mereka. Begitu juga, jika Bersih mahukan akses yang saksama dan adil kepada media cetak dan elektronik yang cenderung kepada BN, ia juga seharusnya menggalakkan media online yang pro pembangkang agar lebih bersikap adil dan seimbang dalam liputan dan analisis mereka tentang isu politik, memandangkan media secara siber di Malaysia pada hari ini adalah merupakan salah satu sumber maklumat yang penting dan juga palsu.

5) Sungguhpun terdapat beberapa tuntutan Bersih yang munasabah, kegagalan mereka untuk membuktikan tuntutan-tuntutan ini dalam aspek yang lebih luas telah mencemarkan kredibilitinya. Dengan mengambil kira bahawa terdapat kelemahan dan kepincangan di dalam sistem pilihan raya, Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa negara di Selatan Global yang telah mengadakan pilihan raya yang disertai oleh pihak-pihak yang mempunyai ideologi yang berbeza sama sekali semenjak merdeka. Adalah sangat penting untuk diakui bahawa pilihan raya ini adalah bebas daripada keganasan - satu perkara yang jarang sekali berlaku di negara-negara Selatan. Dalam Pilihan Raya Umum Pertama, dua buah negeri telah berada di bawah pimpinan parti pembangkang. Hari ini, empat daripada 13 negeri di Persekutuan berada di bawah pemerintahan pihak pembangkang. Belum pernah lagi di dalam pilihan raya politik Malaysia bila mana pihak pembangkang memerintah dengan kurang daripada 35 peratus undi popular.

Keselamatan

1) Jika isu yang dibangkitkan oleh Bersih perlu dilihat secara adil menurut pemahaman mereka, maka seharusnya orang ramai juga perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada soal keselamatan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 10 (2), a, b, dan c Perlembagaan Malaysia. Tidak dinafikan bahawa suhu politik telah meningkat sebanyak beberapa darjah dengan keazaman tiga organisasi untuk meneruskan perhimpunan dan perarakan tanpa permit daripada pihak polis, Pemimpin dua organisasi tersebut juga menerima ancaman bunuh.

2) Terdapat satu lagi perspektif yang perlu dilihat secara kontekstual iaitu kepada persoalan keselamatan yang tidak sepatutnya kita abaikan. Di dalam demonstrasi Bersih yang pertama pada 10 November 2007, beberapa orang telah mendapat kecederaan. Terdapat juga beberapa kecederaan semasa demonstrasi Hindraf pada 25 November dalam tahun yang sama. Hampir kesemua demonstrasi reformasi bermula dari September 1998 sehinggalah pertengahan tahun 2000, terdapat beberapa individu dan anggota polis yang telah mendapat kecederaan.

3) Saya berfikir pada mulanya bahawa penunjuk perasaan “Bersih” seharus dibenarkan untuk berkumpul secara aman di stadium, selaras dengan hak Perlembagaan mereka tetapi saya tidak menyedari bahawa terdapat isu keselamatan yang mengintai di sebaliknya. Jika sekiranya, pilihan untuk berkumpul di stadium menjadi kenyataan, elemen-elemen tertentu di dalam Bersih, akan menjadikan stadium sama seperti Dataran Tahrir, dengan penunjuk perasaan berkumpul dan berkhemah pada siang dan malam selama beberapa minggu. Perkara ini sudah tentu akan menarik perhatian media Barat untuk berada di sana bagi menggembar-gemburkan lagi situasi. Ini disokong oleh pengaruh kedua-dua pemimpin de facto dan de jure Bersih iaitu Anwar Ibrahim dan Ambiga Sreenivasan yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pihak media Barat. Ia akan menjadi ejekan kepada keadilan dan kesaksamaan negara kerana situasi Malaysia tidak kurang bezanya berbanding Mubarak di Mesir atau monarki Arab yang autokratik, yang kini dicabar oleh rakyat mereka. Tiada satu pun di antara mereka adalah pewaris kepada pemerintahan lebih daripada lima dekad yang disahkan melalui pilihan raya politik yang kompetitif.

Impak

1) Kita juga seharusnya memberikan perhatian kepada kesan perhimpunan dan perarakan 9 Julai kepada pemandu teksi, peniaga, pembeli dan orang awam. Terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa perhimpunan ini akan menyebabkan impak yang negatif terutama apabila ia melibatkan tiga kumpulan yang mempunyai agenda mereka tersendiri.

Peniaga dan pemandu teksi di kawasan-kawasan yang terlibat akan kehilangan pendapatan.

Sekali lagi seharusnya kita belajar daripada sejarah silam/masa lampau. Dalam demonstrasi sebelumnya di Kuala Lumpur, masyarakat di pelbagai lapisan hidup terpaksa menanggung akibatnya.

Saturday, July 2, 2011

7000 X-PKR MENGAMUK DI IPOH!!!


Ketika NGO menyerang Pulau Pinang dengan kekuatan 1500 orang, di Ipoh, 7000 orang anak-anak muda bekas PKR 'menyerang' bandaraya tersebut untuk memberitahu Lim Kit Siang dan DAP Perak serta Pakatan Rakyat bahawa anak-anak muda sanggup bergabung dan turun ke jalan raya berhadapan dengan BERSIH 2.0 dengan sebarang kemungkinan.

Mat Sabu dan para pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin, anak-anak muda menyebelahi mereka. Dan sebagai tindak balas, 7000 orang anak muda membanjiri Bandaraya Ipoh untuk menunjukkan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu sebenarnya hanyalah angan-angannya sendiri!!!

7000 orang anak muda yang bermotosikal itu hanya merupakan sebahagian yang 'terlepas' masuk ke Bandaraya Ipoh kerana polis telah membuat sekatan di lima tempat. Kalau semuanya dilepaskan, besar kemungkinan IPOH akan bermandikan baju hitam dan baju merah.

Tiada sebarang perancangan yang dibuat untuk mengumpulkan 7000 orang anak muda tersebut seperti BERSIH 2.0 yang telah dirancang berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun... 7000 orang tersebut hanyalah anak-anak muda yang sedang berang dengan BERSIH 2.0!!!

Antara yang turut hadir dalam perarakan tersebut adalah RAHIMI OSMAN, pegawai khas Anwar Ibrahim!!!

AYUHHHHH ANAK MUDA!!! TUNJUKKAN KEPADA MAT SABU DAN PAKATAN RAKYAT, KITA SEMUA SANGGUP BERMANDI DARAH UNTUK NEGARA!!!

Himpunan Bersih bertujuan wujudkan Tsunami politik pada BN: Tun M


Tun Dr Mahathir berkata, beliau sudah mempelajari 8 tuntutan Bersih. Tuntutan itu bukan bermaksud sepertimana tuntutan akan tetapi mahu mengwujudkan tsunami politik kepada BN.

Melalui himpunan itu, mereka mahu kerajaan bertindak. Melalui tindakan kerajaan itu, mereka ada asas mengapi-apikan perasaan rakyat untuk membenci kerajaan, akhirnya mereka mendapat sokongan.

Tun Dr Mahathir megambil contoh perhimpunan yang sama tahun 2007, akibatnya pada PRU-12, Pemabnagkang menguasai 5 negeri, dan menafikan kuasa 2/3 BN di dewan rakyat.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, keadaan serupa berlaku, apabila pemuda umno mahu mengerahkan 500 ribu ahlinya untuk tunjuk perasaan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak polis mengadakan operasi lalang dimana lebih 100 orang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin politik.

Seharusnya tindakkan pencegahan dijalankan lebih awal, tidak menunggu keadaan semakin panas seperti masa ini. Apa pun, mungkin pihak Polis ada kaedahnya tersendiri.

Wajah Wajah Petualang BERSIH 2.0....?? Setujukah Anda Mereka Sebagai Calon Calon Favourite Untuk ISA..??