Saturday, October 31, 2009

TEKS KENYATAAN MEDIA YB BADRUL HISHAM



ini adalah teks kenyataan media yb badrul hisham yang menyebut sebab musabab dia keluar dari pkr dan menjadi adun bebas yang menyokong barisan nasional.PUNCA UTAMA YB BADRUL MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK KELUAR PKR ADALAH KERANA ISU KES MORAL DAN SIKAP ANWAR YANG SUKA BERTANGGUH TENTANG ISU LIWAT ! (klik pada gambar untuk besarkan imej)
juga klik di bawah
http://www.malaysiakini.com/news/116308

Sunday, October 25, 2009

Pemuda Pas akui semakin hilang ‘umph’

SHAH ALAM - Selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.


Ketuanya, Nasrudin Hassan menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.

“Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph”. Bertugas dan bekerja dengan hambar. Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah curiga mencurigai antara satu sama lain.

“Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masin:g menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya melalui blognya, http://episodeperjuangan.blogspot.com.

Menurutnya, zaman semakin canggih malangnya ikatan ukhuwah sesama ahli parti dirasakan semakin ‘daif’.

“Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api. Nak bercakap rasa tak kena, tak bercakap rasa salah. Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan,” katanya.

Sementara itu Nasruddin ketika dihubungi berkata, tulisan di dalam blognya itu hanyalah sekadar motivasi untuk semua ahli Pas serta menyangkal dakwaan baya sayap kanan parti itu bergolak seperti yang digembar-gemburkan.

“Apa yang tercatat di dalam blog saya itu tidak lebih daripada motivasi saja. Tidak wujud perbalahan di kalangan Pemuda Pas. Kami (Pemuda Pas) okey saja. Saya juga menulis kerana masalah yang berlaku sekarang terutama kepada majlis tertinggi.

“Saya juga berharap Pemuda Pas tidak mudah tertewas dengan apa juga yang diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mahu Pemuda Pas kekal bersatu hati.

“Harapan saya, agar Pemuda Pas dapat menikmati semula ‘umph’ tersebut iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat (Umph),” katanya

sumber - sinar

Saturday, October 24, 2009

Cadangan Nik Aziz tunjukkan masalah kepimpinan Pas

MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.

"Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tulisan Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itu diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin Pas yang bermasalah. - Bernama

Hadiah Najib untuk rakyat : Budjet 1 Malaysia


Najib Tun Razak diiringi Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) meninggalkan Dewan Rakyat selepas membentangkan Bajet 2010, semalam.

Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian

CUKAI

  • Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.

    Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.

KAKITANGAN AWAM

  • Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
  • Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.

RUMAH

  • 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.

KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
  • Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
  • Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
  • 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
  • Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
  • Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia
sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, October 21, 2009

Inilah Keunikan Politik Malaysia... Dua Idealogi Politik Yang Berbeza tetapi dapat Disatukan dalam Majlis Hari Raya.




Tolak sebelah hal politik…dalam semangat Aidilfitri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk semeja. Inilah pertama kali mereka bersemuka sejak Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan terbuka pada 3 Ogos lalu mendakwa Penasihat PKR itu pengkhianat besar kepada perjuangan orang Melayu.


Mereka bersua di majlis rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin yang diadakan di dewan bangkuet bangunan Parlimen tengahari Selasa. Keduanya duduk semeja lebih setengah jam bersama Pandikar ,Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa kenamaan lain di meja utama. Muhyiddin dan Anwar kelihatan berbual mesra macam tak ada hal antara mereka. Anwar telah menyaman Muhyiddin RM100 juta kerana mendakwa beliau penghianat Melayu.Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan beliau tidak gentar disaman Anwar. Ekoran kenyataan Muhyiddin itu ramai kalangan pimpinan UMNO telah turut serta membuat dakwaan sama terhadap Anwar dan mencabar beliau menyaman mereka.

Renungan untuk rakyat Malaysia gambar ini memberi seribu pengertian kepada kita.
sumber : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Tuesday, October 20, 2009

'Saya tidak khianati Presiden' : Pergolakan MCA semakin terasa

PUTRAJAYA 19 Okt. - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan beliau tidak berhasrat menjatuhkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden parti.

Sebaliknya menurut beliau, spekulasi tentang rancangan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA untuk menjatuhkan presiden berpunca daripada pesanan Tee Keat sendiri selepas berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) 10 Oktober lalu.

''Sebelum berlepas ke luar negara (selepas EGM), presiden memberitahu kami (CC) tentang hasratnya untuk meletak jawatan.

''Disebabkan pesanan ini, kami telah berbincang dan membuat perancangan yang sepatutnya, keadaan ini menyebabkan banyak perkara berlaku dan memberi gambaran seakan- akan terdapat usaha untuk menjatuhkan presiden,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan Deepavali anjuran Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Hubungan Tee Keat dengan Tiong Lai dilaporkan renggang selepas masing-masing bercanggah pendirian berhubung keperluan untuk mengadakan EGM kedua bagi menyelesaikan kemelut dalam MCA.

Tee Keat pada 15 Oktober lalu menggunakan kuasa presiden untuk memanggil EGM kedua tetapi cadangan itu tidak direstui sebahagian Ahli CC MCA yang mahu masalah parti itu diselesaikan di peringkat CC.

Tiong Lai berkata, beliau sedih apabila terdapat pihak yang menuduhnya membelot kepada Tee Keat yang merupakan kawan baik dan rakan seperjuangannya.

''Saya amat kecewa dan sedih dengan dakwaan bahawa saya telah mengkhianati kawan,'' katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, hubungannya dengan Tee Keat masih baik dan mereka sering berkomunikasi melalui telefon.

''Hubungan kita baik dan saya selalu menghubungi beliau (Tee Keat) melalui telefon.

''Malangnya terdapat banyak spekulasi yang mengganggu kami, kemelut dalam MCA perlu diselesaikan secepat mungkin,'' katanya.

Sementara itu di lobi Parlimen, Tiong Lai memberitahu, kekosongan satu jawatan Naib Presiden MCA akan dibincangkan oleh CC parti itu dalam mesyuarat yang akan datang.

Katanya, CC akan membincangkan sama ada akan diadakan pelantikan sementara bagi mengisi kekosongan itu atau diadakan pemilihan baru.

Tiong Lai sebelum ini adalah salah seorang Naib Presiden MCA yang kemudiannya dilantik oleh CC sebagai Timbalan Presiden bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek selepas EGM MCA meluluskan usul tidak mengembalikan jawatan itu kepada Soi Lek.

Berikutan itu, MCA kini hanya mempunyai dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Tiong Lai berkata, MCA sedar bahawa rakyat memberi harapan tinggi kepada parti itu.

''Kita kena cepat kembali bekerja dan selesaikan masalah dan menstabilkan parti seperti mana yang dimahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti komponen menjadi kuat,'' katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my

Sunday, October 18, 2009

Perluas perubahan UMNO ke BN

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Semangat untuk berubah yang ditunjukkan UMNO dalam perhimpunan agungnya yang berakhir semalam perlu diperluaskan pada semua komponen dalam Barisan Nasional (BN) memandangkan masa untuk melakukannya sudah agak suntuk.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semangat yang dipamerkan UMNO dalam perhimpunan agung parti itu wajar dibawa lebih jauh dan diperluaskan kepada BN pula.

Kata beliau, apa yang diusahakan oleh UMNO itu sepatutnya menjadi ikutan.

"Selepas perhimpunan semalam, kita balik dengan satu semangat baru yang lebih tinggi, lebih bertenaga, lebih bersedia untuk memikul amanah.

"Kita berharap semangat ini akan dapat disemarakkan dalam parti komponen BN supaya kita dapat tingkatkan lagi sokongan dan keyakinan rakyat kepada kita," katanya selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009 meminta ahli parti itu agar bangkit menjadikan UMNO sebagai parti yang mendekati rakyat dan berkhidmat kepada rakyat.

Selain itu, beberapa pemimpin lain pula meminta agar semua anggota dan pemimpin parti merapatkan semula barisan dan mengelakkan sebarang persengketaan supaya UMNO mampu meraih semula keyakinan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, transformasi yang dimulakan UMNO itu harus bersifat menyeluruh.

"Pengajarannya ialah bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah dan memberi semangat baru kepada parti. Saya melihat UMNO sudah bersedia bangun dan mara ke hadapan, parti komponen ada sesetengahnya yang ada masalah, ambil contoh dan teladan daripada UMNO dan bangkit selesaikan masalah dalaman, kita tidak ada banyak masa

"Macam MCA, kita memang tidak campur tangan, tetapi tolonglah selesaikan cepat," katanya.

Beliau berkata, jika keadaan tidak diperbaiki segera, dikhuatiri masa yang sedia suntuk bagi berubah tidak akan cukup.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, sudah tiba masanya semua dalam BN memperbaharui parti masing-masing dengan pemikiran baru seperti yang disarankan oleh Najib.

Beliau berkata, dalam usaha yang sama, MIC telah menghantar lapan pindaan kepada Pendaftar Syarikat (ROS) bertujuan memperkukuhkan MIC.

"Kita akan bantu Perdana Menteri menjalankan tugas dengan lebih berkesan, lapan pindaan telah dihantar kepada ROS, pindaan itu melibatkan perkara seperti keahlian, kelicinan pentadbiran cawangan-cawangan, laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan lain-lain," katanya.

Beliau juga memberitahu, pihak Ibu Pejabat MIC sedang menilai KPI semua cawangan parti itu di seluruh negara dan beberapa ketua cawangan akan dipanggil untuk menjelaskan sebab kualiti kerja mereka boleh dipersoalkan.

Timbalan Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata, pihaknya amat gembira mendengar ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO yang membangkitkan motivasi dan merupakan satu ucapan hebat.

Katanya, semangat yang dipertontonkan parti itu bukan sekadar sesuai untuk ahli UMNO tetapi juga kepada rakyat negara ini kerana ia semangat yang bebas daripada sebarang konotasi perkauman.

Kata Tiong Lai, dengan jawatan terbarunya dalam MCA, beliau mahu berusaha memastikan parti itu kembali bersatu kerana orang ramai terutama masyarakat Cina di negara ini sudah mula jemu dengan perbalahan dalaman parti itu.

"Tidak ada gunanya kita menang dalam parti tetapi kalah dalam pilihan raya," katanya.

"Para pemimpin MCA perlu tenang, fikir dalam-dalam, bersatu padu dan pastikan parti kita kembali ke aras tinggi, perpaduan kuat untuk bersama komponen BN yang lain agar 1Malaysia berjaya disemai, BN akan bertambah kuat," katanya.

Beliau menambah, MCA telah memulakan usaha ke arah beberapa perubahan seperti merancang untuk membolehkan semua ahli parti mengundi terus untuk menentukan Presiden parti.

Thursday, October 15, 2009

Kenyataan media Dr Chandra Muzaffar : Anwar Ibrahim , Aliran dan kebenaran

Justify Full

Saya tidak akan memberi respon berdasarkan komen-komen berniat jahat dalam blog dan laman-laman web berkenaan dengan kritikan saya terhadap Anwar Ibrahim jika Aliran juga tidak berganding bahu menyerang saya. Serangan Aliran meninggalkan kesan mendalam kepada saya.

Terlebih dahulu, biarkan saya memulakan dengan membetulkan beberapa ungkapan-ungkapan salah di dalam Kenyataan Media Aliran.

Saya tidak pernah berkata bahawa BN "adalah satu pilihan terbaik". Sama ada di The STAR atau NST yang melaporkan ucapan saya semasa Forum Pilihan Raya Umum yang dianjurkan oleh The STAR pada 3 Mac 2008.

Apa yang saya katakan adalah, "pada ketika ini dalam sejarah negara kita, BN, walaupun terdapat kecacatannya, hanya gabungan antara etniknya yang berdaya dalam negara ini."

Saya kemudiannya menjelaskan mengapa percubaan oleh pihak pembangkang untuk mewujudkan sebuah gabungan alternatif di antara tahun 1999 dan 2001, di mana saya turut sama terlibat, bersama dengan pihak lain, gagal.

Adakah kenyataan "bahawa BN...adalah pilihan terbaik" adalah satu ungkapan yang direka-reka oleh pegawai-pegawai Aliran yang menandatangani kenyataan media itu.

Dengan kata lain, tidak terdapat kata-kata saya ke atas Anwar yang boleh ditafsirkan sebagai satu "cetusan emosional".

Separuh masa jawapan yang saya berikan adalah menjawab soalan daripada salah seorang peserta forum itu. Saya menjelaskan secara ringkas, alasan-alasan mengapa saya fikir, Anwar tidak layak menjadi ketua dalam sebuah negara yang kepelbagaian etnik.

Terdapat beberapa faktor – faktor lain yang tidak melayakkannya untuk menjadi pemimpin di negara ini, yang saya akan dedahkan pada masa yang sesuai.

Sesetengah ketidakgembiraan saya terhadap Anwar dan Parti KeAdilan Nasional (nama yang dikenali sebelum ini) ketika saya keluar parti pada Disember 2001, telah dikongsi dengan Presiden Aliran, P Ramakrishnan, dalam satu majlis makan malam di restoran Petaling Jaya pada awal tahun 2002.

Dalam perbincangan kami itu, saya agak berterus terang dengannya berkenaan dengan politik wang dalam parti, kekurangan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan dan manipulasi sentimen-sentimen yang bersifat perkauman.

Sebelum ini, saya telah diberi peringatan oleh teman-teman yang mengatakan saya bakal menggalas satu tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul selama bertahun-tahun.

Dalam beberapa interbiu saya dengan majalah-majalah tempatan, saya telah menyentuh kelemahan-kelemahan dalam parti itu dan kepimpinannya. Tetapi saya tidak pernah sesekali mendedahkan politik dalaman PKR dan Anwar sehingga 3 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin Aliran , seperti juga pihak lain telah memberi komen-komen pedas tentang kritikan saya kepada Anwar, bertanyakan mengapa saya memutuskan untuk bercakap kepada umum pada masa ini, dalam suasana kempen Pilihan Raya Umum ke-12.

Sebagaimana yang pernah saya jelaskan, saya tidak memilih masa atau peristiwa. Saya hanya semata-mata menjawab kepada satu soalan daripada audien.

Jawapan saya telah mengejutkan pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dengan parti atau tidak, berkenaan dengan satu komplot dan manipulasi politik Machiavellian (matlamat menghalalkan cara).

Kerangka besar penipuan dan pemerdayaan ini telah dimulakan dengan menipu satu kompenan masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya supaya mempercayai bahawa dia adalah orang harapan yang ditunggu-tunggu seperti 'kesatria perisai' yang akan menyelamatkan rakyat jelata menuju ke syurga mulia iaitu keadilan dan persamaan.

Sebahagiannya, kerana 'kesatria' telah menanggalkan topengnya yang lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan mendapat kesedaran tentang risiko dalam kehidupan mereka apabila mereka sekali lagi diberikan tugas menentukan hak masa depan mereka.

‘Kesatria’ yang menanggalkan topeng mereka, ternyata membuatkan pemimpin-pemimpin Aliran tidak gembira. Mereka menuntut untuk mengetahui mengapa saya "begitu bimbang tentang masalah politik wang dalam PKR" tetapi tidak "berkata bahawa kebanyakan masalah politik wang selalu dikaitkan dengan BN”

Jika ada di kalangan pemimpin-pemimpin Aliran berada dalam Forum 3 Mac itu, dia akan mengakui bahawa dalam penyampaian itu, saya telah menekankan bahawa persoalan rasuah dalam peringkat tertinggi politik dan perniagaan sebagai satu daripada tiga cabaran utama yang dihadapi negara.

Saya telah mencadangkan bahawa terdapat jurang yang luas di antara ‘ yang banyak' dan ‘yang sedikit' dan pengukuhan demokrasi itu adalah dua cabaran lain yang perlu diberi perhatian segera oleh pemerintah.

Kritikan utama dalam penyampaian saya adalah hubungan etnik dan pilihan raya yang akan datang, saya juga menyatakan pandangan bahawa pemerintahan terakhir dalam beberapa dekad sebelum ini, sebahagian besar telah bertanggungjawab untuk membenarkan polarisasi etnik ke arah yang lebih buruk.

Pada bahagian akhir ceramah, saya mencadangkan bahawa BN harus di peringkat akar umbi mula mengubah diri sendiri kepada sebuah parti kepelbagaian etnik yang sebenarnya berbanding dengan sebuah parti antara etnik dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi nasional.

Ia sudah tentu satu kebenaran, yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia, seperti dalam pemerhatian saya dalam setengah dekad yang lalu. Ini kerana saya telah menumpukan perhatian terhadap kuasa dunia global.

Tetapi saya juga turut menyedari bagaimana kesan-kesan global ke atas masyarakat setempat. Ini kerana, saya serba sedikit mengetahui berkenaan ‘global-local interface’ iaitu yang amat membimbangkan saya berkenaan dengan peranan Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia.


Dr Chandra Muzaffar
Petaling Jaya
7 March 2008.

Wednesday, October 14, 2009

Rakyat semakin dapat menghayati konsep 1Malaysia - Najib

PUTRAJAYA, 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gagasan 1Malaysia merupakan suatu harapan agar semua rakyat mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi terhadap Malaysia.

"Kalau kita dapat merasakan perasaan itu, maka maknanya kita dah sampai pada penghayatan konsep 1Malaysia. Saya selalu sebut 'Satu Impian, Satu Bangsa, Satu Negara'," kata Perdana Menteri dalam satu wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya di sini.

Walaupun konsep itu masih baru, Najib berkata beliau dapat merasakan sambutannya semakin menggalakkan dan orang ramai kini kerap mengucapkan "Salam 1Malaysia". Najib menyifatkan konsep 1Malayia yang diperkenalkan enam bulan lalu selepas beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai satu perjalanan untuk rakyat pelbagai kaum Malaysia ke arah membina bangsa Malaysia. Kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Ahad lepas juga bukti sokongan penerimaan 1Malaysia oleh rakyat, katanya.

Sambil mengakui masih ada golongan yang bimbang dan kurang selesa, Perdana Menteri menegaskan bahawa melalui konsep 1Malaysia, kerajaan cuba berlaku adil kepada setiap kaum dan bukannya mengambil hak mana-mana pihak.

"Itu merupakan lumrah reaksi manusia tapi saya lihat pada umumnya sebahagian besar rakyat sudah pun menerima konsep 1Malaysia," kata Najib.

Perdana Menteri berkata semua kaum mempunyai keperluan asas yang sama dalam kehidupan harian seperti perumahan, perubatan, pengangkutan, makanan dan pendidikan.

"Semua ini boleh dikatakan tidak ada beza, kalau orang Melayu, Cina, India pun sama, masing-masing berkehendakkan kerajaan dapat memenuhi keperluan asas mereka dan selanjutnya mereka juga mahu kerajaan yang boleh memberi mereka harapan berdasarkan kemampuan mereka," kata Najib.

Oleh itu, perlu ada satu sistem untuk membolehkan setiap warganegara dapat mencapai tahap maksimum mereka sendiri, kata Perdana Menteri.

Najib membidas usaha pembangkang yang cuba memperlekehkan konsep itu, termasuk cuba menghasut orang Islam supaya tidak harus menerima 1Malaysia.

"Dia akan kata dia yang betul, kita yang salah. Terpulanglah kepada kita untuk katakan mengapa 1Malaysia memang satu kehendak Islam. Kalau kita berdasarkan kepada Surah Al Maidah, ayat kelapan... baca ayat kelapan, apa Tuhan perintah kepada kita," katanya.

Ayat berkenaan menyebut: "Hendaklah kamu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah kerana kebencian mu pada suatu kaum menjerumuskan mu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan takutlah kepada Allah." - BERNAMA

Sunday, October 11, 2009

Isa Samad Menang Di Bagan Pinang : TAHNIAH BN!

Tahniah BN, UMNO, TS Isa, dan seluruh jentera BN DUN 31 Bagan Pinang berikutan keputusan rasmi PRK hari ini.

Keputusannya, BN memperolehi 8015 undi menewaskan PAS yang cuma mendapat 2578 undi. Nampaknya TS Isa memintas calon PAS dengan kelebihan 5435 undi. Malah majoriti tersebut meningkat sekali ganda berbanding PRU12 iaitu 2773 undi.

Sememangnya keputusan tersebut walaupun sudah dijangka namun tetap dinanti dengan penuh debaran oleh Demang. Manakan tidak, keputusan tersebut bukan sahaja menggambarkan penerimaan semula rakyat terhadap UMNO malah mencerminkan sokongan kaum Cina dan India terhadap BN.

Sebenarnya, orang Melayu sudah kembali menerima UMNO terutama selepas DS Najib menjadi PM. Hal ini dapat dilihat pada peningkatan undi di kawasan Melayu terhadap UMNO. Lihat keputusan PRK Bukit Gantang, Permatang Pasir, dan Manek Urai. Malah DUN Manek Urai yang memang kawasan PAS sebelum ini menyaksikan PAS cuma mampu mendapat majoriti 65 undi!

UMNO kini cuma menanti MCA dan MIC (?) kembali stabil dan bersama bergerak dalam arus perdana politik negara.

Bagan Pinang memberi isyarat bahawa pengundi Cina dan India sudah kembali.

Masanya untuk menunaikan janji.

1 Malaysia.

Hadiah untuk rakyat


Sebahagian penduduk Program Perumahan Rakyat Laksamana di Jalan Peel, Kuala Lumpur, meneliti borang permohonan pembelian rumah PPR, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penjualan 44,146 unit rumah awam kerajaan kepada penyewa dengan harga antara RM21,500 hingga RM35,000 seunit bermula November ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan rebat RM2,500 untuk setiap rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan antara RM1,540 hingga RM2,500 seunit bagi Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membolehkan pemilik membaik pulih rumah berkenaan.

Pengumuman itu disambut gembira dengan tepukan bergemuruh oleh kira-kira 15,000 penyewa yang hadir pada majlis pelancaran penjualan rumah berkenaan di PPR Kerinchi, Lembah Pantai di sini.

Ia sebagai menunaikan janji yang dibuat beliau pada 11 Julai lalu ketika genap 100 hari menjadi Perdana Menteri, supaya penduduk miskin memiliki rumah sendiri di bawah konsep Satu Keluarga Satu Rumah.

Najib berkata, sebanyak 29,562 unit PPR di bawah seliaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di 20 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM35,000 sebuah.

''Bagi 14,584 unit Perumahan Awam DBKL di 17 lokasi pula dijual pada harga antara RM21,500 hingga RM35,000 sebuah mengikut keluasan dan jumlah bilik.

''Borang permohonan akan mula diedarkan Isnin ini dan semua penyewa dijangka menerima surat kelulusan dan dokumen perjanjian jual beli rumah pada November atau Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan membantu penyewa terbabit mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan bagi membeli rumah berkenaan yang kini mempunyai nilai pasaran antara RM80,000 hingga RM85,000 seunit.

''Sekiranya terdapat di kalangan penduduk yang tidak mampu membelinya, mereka akan terus dibenarkan menyewa sehinggalah benar-benar mampu.

''Selaras dengan konsep 1Malaysia, rumah ini akan dijual kepada penduduk berbilang kaum yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

''Antara syarat ini adalah mesti mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang telah lama menyewa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, rakyat tidak boleh berbangga hanya semata-mata kerana Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit, lebuh raya dan jalan yang cantik serta gedung beli-belah mewah kerana itu hanya sebagai pelengkap kepada kota raya moden.

''Sesebuah kota raya hanya boleh dijadikan kebanggaan apabila keadaan rakyat biasa diambil kira dan mereka bebas daripada sebarang kesempitan hidup.

''Mudah-mudahan mereka yang mendapat rumah ini tidak lupa jasa serta budi kerajaan dan kalau boleh, kenang sampai bila-bila," katanya.

sumber :http://www.utusan.com.my/utusan

Saturday, October 10, 2009

Undilah Calon BARISAN NASIONAL Di Bagan Pinag


Esok adalah hari penentu setelah lapan hari berjuang untuk memenangkan parti masing-masing. Namun terdapat beberapa insiden yang benar-benar kita tidak mahu lihat seperti pergaduhan antara parti-parti yang bertanding. Diharap agar kedua-dua belah penyokong tidak bergaduh di hari pengundian.
UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Thursday, October 8, 2009

Minor cabinet reshuffle next month before DUN sitting

KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud said a minor cabinet reshuffle would be announced before the State Legislative Assembly (DUN) sitting which is expected to start on Nov 9.“A cabinet reshuffle will be announced, maybe just before DUN, but effective after the sitting,” he said after handing over the champion trophy to Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA) for the 14th Sarawak Chief Minister’s Cup ITF World Junior Tennis Championship 2009 at his office at Wisma Bapa Malaysia in Petra Jaya near here yesterday.

“I will, however, not change (Sarawak cabinet) in a major way because until 2012 we should not embark on some major build-up of government organisations, otherwise it will affect our healthy financial decision,°± added Taib, who is the Sarawak Barisan Nasional chairman.

It is anybody’s guess what the actual reshuffle will be like although there are at least two assistant minister posts that have been vacant since the 2006 state election – the Assistant Minister of Culture and Urbanisation, and Assistant Minister of Urban Development. They were respectively held by Senator Datuk Sim Kheng Hui and Datuk Alfred Yap.

Sim and Yap were among the incumbents of Sarawak United People’s Party (SUPP) who lost their seats to the opposition in the 2006 polls.

Another two assistant ministerial posts were made vacant following the death last Feb 24 of Parti Rakyat Sarawak vice president Datuk Dublin Unting Ingkot. He was the Assistant Minister of Agriculture and Assistant Minister of Sports.

The posts in the state cabinet as well as those of assistant ministers are divided among the state BN parties.

As of now, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) has five full ministers and eight assistant ministers, SUPP has two full ministers and four assistant ministers, and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) and Parti Rakyat Sarawak each has one full minister and two assistant ministers.

After the 2006 major reshuffle, some minor changes were initiated within the cabinet, such as the swapping of posts between the Minister of Urban Development and Tourism and the Minister of Environment and Public Health. On the possibility of setting up an education ministry, Taib said education was a federal affair while the state already had an assistant minister (Datin Fatimah Abdullah) to ensure an adequate education system for Sarawak.

“We have education support policy, which means we have someone watching that in Sarawak. Fatimah is quite diligent in her job. The major ones I will deal myself, and the rest she is handling.

“She is doing quite well and the development of education system in the state is quite good now,” he said.

He added that the state could also have quality assurance from the federal government for its tertiary education.

Whether the future cabinet reshuffle would look into establishing other new ministries, Taib said: “Not now, maybe after election.” in a state election and since then it has been struggling to regain its footing, a task made more difficult with the controversy over the formation of a new branch, Dudong.

The Dudong branch controversy has persisted since 2008. Recently, the party finally decided to hold a Special Delegates Conference (SDC) scheduled for Oct 25 to resolve the issue. The SDC is called based on the requisition of 22 party branches.

In the final tally of the 2006 state election, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) retained all their seats contested, 35 and eight respectively. SUPP came away with 11 and PRS, eight.

Meanwhile, Taib, who is PBB president, firmly believes that Sarawakians are mature enough to decide on who to vote for in the next election.

“When the election comes, people will have a better idea what the claim of the opposition is like, whether credible or not,” he said with a broad grin.

On the meeting with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin on Tuesday, Taib said: “It is a dialogue session for Sarawak BN to get guidance from the DPM on how to fix certain issues. It is only a routine, nothing very important. If there is something, I will tell you (journalists).

Ancaman Bendera tidak babitkan tentera

KUALA LUMPUR 8 Okt. — Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak melibatkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu.

“Khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) sedang berkumpul di Kalimantan, Indonesia hanya melibatkan segelintir kumpulan kecil yang bukan tentera.

“Rakyat tidak harus memberi reaksi negatif kerana kumpulan itu adalah orang upahan dari pihak ketiga yang ingin melihat konflik antara dua negara serumpun itu berterusan,” katanya ketika merasmikan majlis Penganugerahan dan Konvokesyen Pertubuhan Seni Silat Kilat Kebangsaan (PSSGKK) di sini, malam tadi. - Bernama

sumber : http://www.utusan.com.my/

Nizar OII!! Kerajaan Mahu Selamat PRU 13, Singkirkan Talibarut Anwar Atartuk.



Mengikut maklumat daripada rakan-rakan blogger, kini wujudnya ramai talibarut Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan agensi kerajaan serta kementerian.

Inilah perkara yang paling menyedihkan bagi Kumbang sepanjang berjuang menentang Anwar Ibrahim, kerana segala usaha menentang beliau dimatikan oleh talibarut beliau di dalam kerajaan.

Bermula daripada bebasnya Anwar Ibrahim daripada penjara pada tahun 2004 hingga sekarang pelbagai layanan istimewa diberi kepada beliau dan seperti ada jentera yang membantu beliau untuk menjadi Ketua Pembangkang paling banyak mendapat layanan istimewa di dunia. Dasar keterbukaan yang diperkenalkan kerajaan yang kononnya senjata paling ampuh kini menjadi senjata makin tuan.

Rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana penangguhan perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar Ibrahim sekian kali ditangguhkan dengan pelbagai alasan sehingga ada blogger yang menulis mahkamah kini condong kepada Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang kini senang sekali menerima maklumat kelas pertama dalaman UMNO dan kerajaan. Maklumat yang diterima itu kemudiannya dicanangkan di dalam media mereka serta memberi kesan buruk kepada kerajaaan dan melonjakkan nama Anwar Ibrahim di mata rakyat.

Dokumen kerajaan mengenai PKFZ yang terbocor pada pertengahan september lalu menjadi bukti penglibatan talibarut Anwar Ibrahim. Begitu juga Raja Petra yang mendedahkan dokumen itu di blognya Malaysia Today begitu senang diseludup ke luar negara.

Adakah Anwar Ibrahim dan jentera Komplot Pembangkang sebegitu efisyen dalam merisik rahsia dalaman UMNO dan Kerajaan?
Adakah mereka juga pakar dalam aspek seludup dan menyeludup?

Kumbang rasa tidak sebegitu. Kerana pasti ada tangan-tangan yang membantu dan bersimpati kepada Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang.

Justeru itu kerajaan dan UMNO serta Barisan Nasional perlu melakukan pembersihan di semua agensi kerajaan,kementerian dan kepimpinan parti.

Jika masih menganggap ia perkara kecil, tunggu PRU ke-13 nanti UMNO dan Barisan Nasional pasti akan menerima penalti.
Buat apa disimpan orang yang tidak setia, kelak nanti anda yang merana.

Tuesday, October 6, 2009

Anwar Memiliki Lebih RM3 billion dari 20 akuan di luar negara

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap beliau kira-kira 10 tahun lalu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan Abdul Murad bahawa Anwar terlibat dalam mengawal 20 akaun induk melibatkan nilai RM3 bilion sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Katanya, justeru penjelasan lengkap perlu diberikan oleh Anwar kepada rakyat kerana dakwaan itu dibuat secara khusus terhadap beliau selain melibatkan suatu tuduhan serius.

''Kita nak tahu apa cerita sebenar. Betulkah dia ada punca kewangan sampai RM3 bilion. Jadi perlu dijelaskan balik secara lebih terperinci berhubung isu RM3 bilion yang pernah dinyatakan dalam akuan berkanun Abdul Murad.

''Kita juga mahu tahu kenapa Abdul Murad membuat akuan itu tetapi kemudiannya dikatakan berpatah balik, adakah dia juga menghadapi tekanan seperti yang dibayangkan Datuk S. Nallakarupan?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakarupan yang dikenali sebagai bekas rakan karib kepada Anwar mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Abdul Murad.

Sehubungan itu Nallakarupan tidak rasa terkejut dan hairan sekiranya keluarga mangsa liwat yang melibatkan Anwar sebagai tertuduh berasa cukup tertekan dalam menantikan perbicaraan sebenar berlangsung.

Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.

Mengulas luahan Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Mohd. Zin berkata, tekanan yang dihadapi mereka cukup hebat kerana berhadapan dengan tertuduh yang diketahui mempunyai pelbagai sumber.

Katanya, sebab itu adalah sesuatu yang tidak adil bagi pihak Anwar untuk mengemukakan permohonan-permohonan yang dilihat hanya berniat bagi melengahkan perbicaraan sebenar kes tertuduh. - Utusan

Benarlah Kata-kata Dr M Itu, Pakatan Akan Membawa Kehancuran Kepada Malaysia

Biar PBB menentukan saya sebagai presiden - Taib


Caption:

1.PENGHARGAAN...Taib sedang menerima cenderamata daripada Jabu sambil disaksikan (dari kiri) Wan Junaidi, Dr Rundi, Awang Tengah, Bolhasan Di, Abdul Wahab Aziz, Abang Johari, Mohd Asfia dan Uggah ketika berlangsungnya majlis.

2.RASMI...Taib sambil dibantu oleh Timbalan Residen Betong, Haji Pathi Haji Kerni (baju biru) sedang menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri sambil disaksikan oleh (dari kiri) Mohd Asfia, Jabu, Awang Tengah dan Uggah ketika berlangsungnya majlis itu.

BETONG, Isnin (5 okt) – Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyerahkan keputusan kepada pihak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi menentukan masa depan beliau selaku presiden untuk parti tulang belakang Kerajaan Negeri itu selepas ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan PBB bertempat di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong hari ini.

“Saya juga pernah hendak menarik diri (sebagai Presiden PBB) namun mereka (barisan pemimpin PBB) mahu saya terus kekal...maka saya terus kekallah (sebagai presiden),” katanya selepas menyatakan akan betapa pentingnya perubahan dalam parti mengikut arus pembangunan negeri pada masa sekarang.

Terdahulu Timbalan Presiden II PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang mengumumkan bahawa PBB secara sebulat suara mahu Pehin Sri Taib terus kekal sebagai presiden (Yang Dipertua) parti berkenaan.

Beliau ketika berucap pada majlis berkenaan telah mengemukakan usul bahawa Pehin Sri Taib harus kekal tanpa bertanding untuk jawatan presiden parti itu pada Mesyuarat Agong PBB pada masa akan datang.

“Kami (PBB) juga mengusulkan bahawa beliau (Pehin Sri) kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menyokong penuh Dasar Politik Pembangunan yang telah diperkenalkan oleh beliau selama ini,” menurut beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini Jabu juga turut menyatakan usul menyokong penuh perlaksanaan projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) di wilayah tengah Sarawak sekarang.

“Untuk memastikan Sarawak terus membangun di masa akan datang kami, PBB, mahu Pehin Sri Taib untuk terus kekal sebagai presiden dan seterusnya meneraju negeri ini sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden I, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Naib Presiden Kanan, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Douglas Ugah Embas, Setiausaha Agong, Dr Stephen Rundi, para ahli Majlis Tertinggi PBB, ketua cawangan, para menteri dan menteri muda serta wakil rakyat di sini.

Pehin Sri Taib telah merasmikan mesyuarat perwakilan yang melibatkan 11 buah cawangan PBB antaranya ialah PBB Lingga, Beting Maro, Bukit Begunan, Simanggang, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka dan Krian.

Beliau kemudiannya berangkat ke Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Betong untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Betong setelah selesai menyelesaikan mesyuarat perwakilan pada jam 12 tengahari.
sumber : sriamannews.blogspot.com

Saturday, October 3, 2009

BN lawan Pas di Bagan Pinang..

PORT DICKSON 3 Okt. - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar.

Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid gagal mengemukakan borang sehingga tempoh pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

Sebelum itu borang pencalonannya di tolak kerana penyokong bukan dari kalangan penduduk tempatan Bagan Pinang.

Selepas tempoh bantahan tamat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan hanya Mohd. Isa dan Zulkifly akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

- Utusan Malaysia-

Shahruddin isytihar keluar PKR : Lakonan Pakatan Rakyat ????

PORT DICKSON 2 Okt. – Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Teluk Kemang, Shahruddin Abd. Hamid, 52, hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu bagi membolehkannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebagai calon Bebas.

Serentak itu, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Penaja PKR DUN Lukut serta keahlian parti berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi menyahut cabaran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayob supaya beliau meletakkan jawatan dalam PKR.

‘‘Dengan keputusan ini saya akan hadir pada hari penamaan calon esok bersama penyokong di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sebagai calon Bebas.

‘‘Hari ini saya umumkan secara rasmi keluar daripada PKR kerana saya mendapat petunjuk bahawa saya perlu bertanding pada pilihan raya kecil kali ini,” katanya pada pemberita di sini hari ini.

Shahruddin yang juga seorang peniaga sebelum ini merupakan pegawai di pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri.

Beliau sebelum ini telah memberikan komitmen untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan memecat Shahruddin sekiranya meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu.

Dalam pada itu, Shahruddin yang juga anak jati Bagan Pinang berkata, berdasarkan pengamatannya dijangka 30 peratus daripada pengundi berdaftar DUN Bagan Pinang akan berpihak kepadanya.

Ujarnya, daripada jumlah itu, 20 peratus merupakan pengundi atas pagar, lima peratus penyokong pakatan pembangkang dan lima peratus lagi penyokong Barisan Nasional (BN).

‘‘Mengapa saya kata saya boleh mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong pakatan pembangkang dan BN. Ini disebabkan kedua-duanya bergolak. Pembangkang pun bergolak, BN juga bergolak.

‘‘Akan ada pengundi yang tidak memilih mereka.

Saya perlu mengambil kesempatan ini untuk menarik mereka mengundi saya,” katanya
sumber : Utusan Malaysia