Tuesday, September 29, 2009

WANITA PENAN TIDAK DIROGOL

Justify Full“Saya tidak pernah dirogol dan saya sendiri tidak tahu menahu apa itu rogol seperti yang dilaporkan oleh beberapa buah akhbar baru-baru ini. Saya menafikan kejadian itu,” tegas Benda Di.

Sebelum ini beberapa NGO, PAS dan PKR Sarawak telah memperbesarkan cerita kononnya gadis Penan dirogol dan tiada tindakan diambil. Tindakan ini dikatakan telah menafikan hak masyarakat Penan.

Setelah beberapa desakan untuk meminta gadis Penan yang dikatakan terlibat itu untuk tampil bagi memberi penerangan kepada polis tentang situasi kejadian sebenar berlaku. Akhirnya gadis misteri itu telah berjaya menempuh pelbagai halangan daripada penduduk kampung dan keluarga yang menghalangnya keluar dari kampung dan seterusnya membuat laporan polis. Tindakan penduduk kampung ini dipercayai didalangi oleh seorang lelaki yang bernama Martin.

Benda Di, 22 tahun telah mendedahkan wujud muslihat di sebalik dakwaan kes rogol yang digembar-gemburkan selama ini.

Beliau telah tampil membuat laporan polis pada jam 1.45 petang di Balai Polis di Pekan Kecil Long Lama, Sabtu lalu. Dalam laporannya, beliau menegaskan kejadian rogol terhadapnya tidak pernah berlaku seperti yang dilaporkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.


a. Pada bulan Oktober 2008, di Kampung Long Item Patah Baram, seorang lelaki Penan yang dikenali sebagai Martin telah menawarkan untuk membawa beliau dan anaknya berusia setahun yang menghidap sakit demam ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Kebetulan pada masa itu, anak saya demam dan saya bersetuju untuk mengikut Martin ke Kuala Lumpur dengan tujuan merawat penyakit anaknya,” jelas Benda Di lagi.

b. Benda Di memberitahu kakaknya Beta tentang tujuan lelaki itu dan meminta bantuan kakaknya untuk menyampaikan pesanan kepada suaminya bahawa beliau ke Kuala Lumpur untuk mengikut Martin merawat penyakit anaknya.

Selain Benda Di dan dua orang anaknya, seorang lagi wanita Penan yang dikenali sebagai Jenny juga telah turut serta dalam pergi ke Kuala Lumpur. Sebelum ke Kuala Lumpur, mereka telah menginap di sebuah hotel di Kuching selama enam hari.

“Semasa kami di Kuala Lumpur, saya dan Jenny telah dipaksa oleh Martin supaya mengikut arahannya dan saya disuruh menandatangani laporan di Balai Polis Bukit Aman yang saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Martin memperingatkan saya supaya tidak membuat laporan apabila pulang ke Sarawak. Sebaliknya, Martin telah menghilangkan diri setelah membuat laporan di Bukit Aman,” tegas Benda Di.

Sebelum menghilangkan diri, Martin telah memberi wang sebanyak RM100 seorang kepada saya dan Jenny.

“Saya dan Jenny menetap di Kuala Lumpur dan menumpang di sebuah rumah milik seorang Melayu di alamat yang saya tidak ketahui,” katanya.

Pada bulan Disember sebelum Perayaan Krismas 2008, beliau telah pulang ke Sarawak dengan bantuan seorang peguam wanita yang saya tidak ketahui namanya dengan membeli tiket untuk pulang ke Miri.

Memandangkan nama baiknya telah tercemar akibat perbuatan lelaki tersebut dan dihebohkan dalam akhbar-akhbar, beliau bertekad untuk membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Martin.

Persoalannya, mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis?

c. Sepanjang berada di kampung, Benda Di tidak dibenarkan keluar dari kampung dan ditahan oleh penduduk-penduduk kampung termasuk keluarganya sendiri.

“Saya tidak tahu kenapa dan ini mungkin mereka telah dihasut oleh lelaki tersebut. Bagaimanapun, atas usaha saya yang tidak pernah menyerah kalah, akhirnya saya berjaya keluar dari kampung itu dan membuat laporan di Balai Polis Long Lama malam semalam,” tambah Benda.

Ketua Polis Daerah Baram, DSP Jonathan Jalin telah mengesahkan menerima laporan mengenai perkara yang telah dilaporkan di Balai Polis di Pekan Kecil Long Lama Baram.

Sumber: Utusan Sarawak

ISA SAMAD CALON UMNO BAGAN PINANG

PROTES PENTERNAK : Isu Lembu Kembali Melanda Selangor


Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.

Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu.


Deretan kenderaan yang membawa lembu dan kambing di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di mana terletaknya Pejabat Menteri Besar di Shah Alam, semalam. - Utusan/ MOHD. AINUDDIN ALIFF

Monday, September 28, 2009

Terserah kebijaksanaan PM

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) berpendapat, terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memastikan MIC dapat menerima penyertaan Makkal Sakhti dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai anggota baru BN.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN amat perlu kerana mengikut peraturan, semua parti komponen perlu bersetuju sebelum menerima keanggotaan baru.

''Saya tidak fikir MIC secara mudah dapat menerima kemasukan parti Makkal Sakhti dan Kimma kerana kedua-duanya turut mewakili kaum India.

''Oleh itu, segala-galanya terserah kepada Perdana Menteri bagaimana hendak memastikan penyertaan Makkal Sakhti dan Kimma diterima di dalam BN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kolum Awang Selamat hari ini yang mencadangkan Makkal Sakhti dan Kimma menjadi anggota baru BN.

Langkah terbabit dilihat bagi memulihkan kembali sokongan kaum India kepada BN yang merosot teruk selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lepas.

Ahmad Zahid berharap dasar keterbukaan yang ditunjukkan oleh Najib dengan melancarkan parti Makkal Sakhti pada 10 Oktober ini tidak diketepikan begitu sahaja oleh MIC.

''Bagi saya, apa yang ditunjukkan Najib merupakan satu pilihan terbaru yang perlu difikirkan oleh semua kepimpinan tertinggi BN termasuk MIC,'' jelasnya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, beliau melihat cadangan itu sebagai satu lagi strategi memantapkan BN untuk jangka panjang.

''Apa salahnya BN menerima kumpulan-kumpulan seperti ini kerana mereka bukannya menggunakan saluran pembangkang dan mungkin ada pandangan daripada mereka yang kita boleh kongsi bersama,'' katanya.

Tambahnya, penerimaan parti baru di dalam komponen BN akan memberikan kelebihan kepada kaum India.

''Rintihan dan masalah kaum India akan dapat didengari kerana banyak saluran boleh mereka gunakan,'' ujarnya.

Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas secara dasarnya bersetuju dengan idea itu, namun bimbang lebih banyak permohonan sama akan diterima pada masa akan datang.

''Persoalannya mampukah BN memberikan peluang kepada parti-parti baru ini mendapat kerusi pada pilihan raya. Saya takut ia akan memecahbelahkan BN untuk jangka masa panjang.

''Mungkin sudah tiba masanya BN ditubuhkan sebagai satu parti yang mewakili semua kaum di Malaysia sejajar dengan idea pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar satu ketika dahulu semasa menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP),'' katanya.

Sunday, September 27, 2009

Menamatkan dominasi MIC dalam BN

SEBUAH parti baru yang akan mewakili kaum India, Makkal Sakhti akan dilancarkan secara rasmi penubuhannya pada 10 Oktober ini dan pada masa yang sama buat kali keenam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan mengulangi permintaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Selain itu kita juga tidak harus melupakan Parti Progresif India (IPF) yang sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menjadi ahli komponen kepada parti pemerintah tersebut. Berdasarkan kepada senario ini dan berikutan perkembangan politik semasa adalah jelas masanya sudah tiba untuk BN mengkaji menambah parti komponen yang mewakili kaum India.

Sama ada hendak diakui atau tidak, MIC kini bukan lagi menjadi taruhan BN bagi meraih sokongan kaum itu. Pencapaian yang merosot dalam pilihan raya umum lalu dan sokongan yang semakin merudum sudah membuktikan era dominasi MIC sudah berada di penghujungnya.

MIC tidak lagi digeruni oleh parti pembangkang sebagai parti yang boleh membolot undi masyarakat India. Sebaliknya dari semasa ke semasa, parti berkenaan semakin ditolak oleh kaum itu, biarpun MIC mendakwa mereka adalah jaguh kaum India.

Kewujudan pertubuhan Hindraf, penubuhan parti Makkal Sakhti, peningkatan jumlah anggota dalam IPF pertambahan keahlian kaum India dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan terdapat pula sebahagian kecil kaum India memilih Parti Gerakan sebagai wadah perjuangan politik mereka sudah membuktikan bahawa MIC semakin kehilangan pengaruhnya.

Oleh itu, BN tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada MIC bagi meraih sokongan kaum India. Perkembangan politik yang berlaku sudah membuktikan bahawa sokongan kaum tersebut kepada BN akan terus merosot jika parti berkenaan hanya bergantung kepada MIC.

Alternatif

BN perlu mencari alternatif bagi menambah atau lebih tepat lagi memulihkan sokongan kaum itu. Seperti mana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan tidak boleh kehilangan pengaruh di kalangan masyarakat India. Atas alasan itu, maka jika Parti Makkal Sakhti diterima sebagai ahli komponen terbaru dan ditambah pula dengan kehadiran KIMMA yang mewakili kaum India Muslim, maka kekuatan BN akan bertambah.

Tidak usahlah BN terlalu memikirkan apa yang MIC terutama Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu katakan. Apa yang lebih penting ialah survival politik BN. Akibat kegagalan MIC meraih sokonganlah yang menyebabkan pakatan pembangkang menjadi kuat apabila semakin ramai calon daripada kaum India mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya.

Semua itu berlaku kerana orang sudah muak dengan MIC, malah pendirian tegas Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa boleh dianggap mampu memberikan liabiliti kepada BN seperti mana dikatakan oleh Dr. Mahathir sebelum ini.

Dalam memperkatakan soal menerima Parti Makkal Sakhti sebagai komponen BN bersama-sama KIMMA, tiada siapa pun perlu gundah gulana, apatah lagi MIC. Kalau Samy Vellu begitu yakin bahawa sokongan kaum India kepada parti pimpinannya tidak akan berubah, maka kehadiran parti baru itu tidak harus dibimbangkan.

Biarlah Makkal Sakhti berusaha meraih sokongan daripada kaum India bersama-sama MIC kerana itu adalah lebih baik. Tambahan pula kalaulah kaum India menyokong salah satu parti itu, yang akan meraih keuntungan ialah BN.

Pada masa ini, kita harus akui bahawa MIC sedang dilanda pelbagai kemelut, selain permusuhan yang berpanjangan antara bekas Timbalan Presiden, Datuk S.Subramaniam dengan Samy Vellu, ternyata sekali MIC berada di ambang perpecahan. Kalau ia berlanjutan sudah pasti ini akan menjejaskan kekuatan BN.

Justeru adalah lebih baik jika dominasi MIC sebagai satu-satu parti komponen dalam BN mewakili kaum India ditamatkan supaya segala masalah dalamannya yang berlaku tidak menyeret BN bersama-sama.

SUMBER : Utusan Malaysia

Saturday, September 26, 2009

PENANUGERAHAN GELARAN OLEH MOHD SABU

ABANG MAT DAN 'PAK SHEIKH'

Semua orang kenal Mat Sabu, dia seorang fighter dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, Mat Sabu bertanding kerusi timbalan presiden tetapi dia tewas. dia mendapat tempat ketiga dibelakang Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa. Mat Sabu bukan dari team Erdogan dan juga bukan dari team presiden. Mat Sabu adalah Mat Sabu dia tak perlu ada team. Orang yang kenal Mat Sabu tahulah siapa Mat Sabu dan bagaimana Mat Sabu. Anwar dan Mat Sabu mempunyai sejarah politik yang tersendiri. Mat Sabu dan Anwar tidak boleh menjadi geng politik yang baik walaupun mereka berada dalam satu kolong. Anwar cukup menyampah dan meluat dengan Mat Sabu dan Mat Sabu pula tidak pernah ambil pusiang sama ada Anwar cukup menyampah dan meluat dengan dirinya, hanya yang Mat Sabu tahu, Anwar adalah seorang kaki penipu, pernah sewaktu Mat Sabu di interview oleh Portal web Malaysiakini mengenai projek Anwar 16 Sept, Mat Sabu gelak besar tentang projek Anwar itu.Pada Mat Sabu kalau tak betul dia belasah. Betul dia akan sokong. Itulah trademark Mat Sabu.

Dalam banyak-banyak pemimpin PAS Mat Sabu adalah pemimpin PAS yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ketika Anwar dalam UMNO. Sewaktu berberapa bulan sebelum Anwar di pecat dari UMNO, dalam satu ceramah, Mat Sabu pernah menggelarkan Anwar Al-Juburi dan gelaran itu tidak pernah Mat Sabu tarik balik dan ia melekat sehingga ke hari ini, mungkin dulu ada orang yang menganggap mungkin Mat Sabu ni gila kerana menggelarkan seorang TPM dengan gelaran semacam tu, tapi selepas Anwar di pecat dari UMNO kerana salah laku sex, ramai yang mempercayai apa yang Mat Sabu katakan tu.adakah Mat Sabu tahu mengenai perilaku luar tabie Anwar? hanya Mat Sabu sahaja yang boleh memberikan jawapannya, Mat Sabu bukan calang-calang orang politik dia pernah ditahan dua kali dibawah ISA dan pernah menjalani perintah buang daerah di Kuala Pilah dengan akta kediaman terhad. Apa kesalahannya? Mat Sabu dituduh menghasut dengan melabel Anwar Ibrahim sebagai “eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan umat Melayu Malaysia”. apa yang Mat Sabu katakan tu sekarang ini sudah semakin nampak kejelasannya.

Pada tahun 1982 bila mana Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terperanjat beruk. hampir semua tidak percaya termasuklah Allahyarham Ust Fadzil Nor yang bergitu mengharapkan sangat Anwar menyertai PAS ada cerita yang mengatakan Allahyarham Ust Fadzil sanggup memberi laluan kepada Anwar untuk Jawatan Presiden PAS kepada Anwar serkiranya Anwar menyertai PAS, tetapi keputusan Anwar untuk menyertai Dr Mahathir dan UMNO amat memeningkan kepala Ust Fadzil dan PAS. kerana sebagai Presiden ABIM, Anwar kelihatan sangat condong kepada perjuangan PAS. tetapi Anwar telah tercium bau kuasa dan kekayaan. Anwar melihat “kuasa dan kekayaan” dalam UMNO dan Anwar bijak mempengaruhi Dr Mahathir. Untuk sampai kejawatan kedua tertinggi dalam kerajaan dan parti banyak kepala orang telah dipijak Anwar.Pernah sewaktu pilihanraya umum, ketika Anwar bertanding melawan Mat Sabu di parlimen permatang pauh, dek kerana ingin memalukan Mat Sabu supaya Mat Sabu kalah dan hilang wang pertaruhan, Anwar dalam ceremah kampennya mengaku yang Dr. Mahathir adalah bapa angkatnya dan dia adalah anak angkat Dr. Mahathir dan taktik itu hampir-hampir berjaya menghilangkan deposit Mat Sabu.

Anwar banyak mencipta musuh dalam dan luar UMNO. Tetapi Anwar bijak menggunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Anwar mencipta rangkaian (networks) bukan sahaja didalam negara malah juga di luar negara. Amerika, Britian, Israel, Indonesia, Iran, Turki dan berberapa negara blok eropah dan negara bekas blok komunis Russia adalah negara sahabat sejati Anwar. Anwar juga berjaya mencipta kekayaan yang luar biasa melalui berberapa proxi-proxinya nama-nama seperti Azmin Ali, Kamaruddn Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Rashid Hussain, Tajuddin Ramli, Kamarulbahrin Abbas dan ramai lagi. Rashid Hussain adalah manusia berwarga negara Singapura yang telah berjaya dikayakan oleh Anwar, dia yang memiliki firma saham sekuriti dan dengan bantuan Anwar dia berjaya mengambil alih D&C Bank di Malaysia sebaik sahaja Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kecoh sekejap cerita itu tapi Anwar bijak menutupnya. Untuk menutup mulut pesaing-pesaingnya Anwar menggunakan Taktik ugutan dengan menggunakan Polis dan BPR yang berpihak kepada dia dan sekarang ini dua agensi itu bergitu teruk di hantam balik oleh dia.

Mat Sabu pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah dia lebih ganas dari Dr Mahathir (Temuramah dengan majalah Tamadun pada 14 Jun 1998). pidato-pidato Anwar yang mengecam, mengutuk dan memperlekehkan kepimpinan ulama PAS ketika dia dalam UMNO masih terngiang-ngiang ditelinga Mohamad Sabu. Namun satu perkara yang terpaksa diakui beliau ialah Anwar Ibrahim mempunyai PR dan gaya temberang yang amat baik ketika berdepan dengan lawan atau kawan, PR dan temberang Anwar cukup bagus. Anwar bijak bermain dengan kata-kata sehingga musuh malah isteri dan ahli keluarganya tidak sedar mereka telah ditipu hidup-hidup oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim...

Sumber : Anwar Al Juburi Blog.

Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa

PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.

Kata Mohd. Isa yang disebut-sebut sebagai calon BN di kawasan itu, buat masa ini senarai nama calon belum diserahkan lagi dan apabila sampai waktunya nanti, beliau akan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

"Tunggulah, bila saya disuruh berbuat demikian, saya akan laksanakan tugas itu. Memanglah, saya akan hantar tiga nama seperti amalan biasa.

"Tak eloklah, saya nak beritahu siapa yang disenaraikan. Tak kiralah Wanita atau Pemuda dan sesiapa pun. Tunggulah pengumumannya yang akan dibuat kelak," ujar beliau.

Beliau berkata, yang menjadi masalah ketika ini terlalu ramai hendak menjadi 'Presiden' parti.

"Masalahnya ialah kerja Presiden orang lain hendak buat. Kerja Presiden, biarlah Presiden yang buat. Kita di bahagian, buatlah kerja bahagian. Sebab itulah masyarakat jadi masalah, tak tentu arah," kata beliau.

Ditanya apakah kenyataan beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan beliau tidak layak menjadi calon di Bagan Pinang, Mohd. Isa hanya tersenyum.

"Orang tanya saya mengenai Tun Dr. Mahathir, saya hanya tersenyum. Itu yang boleh saya katakan," kata beliau.

RENUNGAN : Biarlah PM yang buat keputusan yang terbaik untuk Dun bagan Pinang. Setiap keputusan itu mesti diterima dengan keputusan yang terbuka dan saling menyokong bagi kekuatan UMNO.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Dan Maaf Zahir Dan Batin Jika Ada Salah Silap Dan Terasa Hati Pada Tulisan Hamba Yang Lemah Ini. Bersama-sama kita bermaafan di hari raya ini...

Thursday, September 17, 2009

SENDIRI TAK SALAH,AnWAR SALAHKAN ROSMAH LAGI.

1. AnWAR diberitakan amat kecewa apabila usahanya melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan ditolak Mahkamah tinggi semalam. Ironinya permohonan AnWAR ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairudin yang didakwa AnWAR dan Azizah akan menyebelahi mereka. Itulah yang diceritakan ‘budak pembancuh kopi R’ kepada teman x-pkr yang juga bekas exco PKPIM.


2. AnWAR ‘confident’ sebelum ini kerana Datuk Alizatul Khair pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Pualau Pinang ketika AnWAR TPM dan mengetuai UMNO Pulau Pinang. Tambahan pula Datuk Alizatul Khair juga merupakan junior Wan Azizah di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Hubungan AnWAR/Azizah dengan Datuk Alizatul Khair tidaklah rapat sangat, namun seperti biasa, AnWAR menggambarkan dirinya punya hubungan rapat dengan pelbagai orang.

Justify Full

3. Menurut teman x-pkr itu, ‘budak pembancuh kopi R’ beria-ia menyatakan Wan Azizah telah bercakap dengan Datuk Alizatul Khair dan mohon bantuannya untuk ‘menegakkan keadilan’ bagi mereka sekeluarga. Saya berpandangan ini sama sekali tidak benar dan hanya helah AnWAR mahu meyakinkan penyokongnya beliau tetap hebat punya ‘contact’ di sana sini. Kemudian kerja menyebarkan dakyah pasukan pendakwaan akan digugurkan dibuat oleh “R” ini tanpa disuruh AnWAR kerana ghairah memperolehi maklumat terkini dari bosnya.


4. Kerana malu apa yang dikatanya tidak terjadi, semalam diberitakan AnWAR menyalahkan DS Rosmah, isteri PM pula kerana campurtangan. DS Rosmah yang juga bekas pelajar TKC, konon telah menekan Datuk Alizatul Khair membuat keputusan yang tidak berpihak kepada AnWAR. x-pkr ingin bertanya kepada AnWAR kenapa isu DS Rosmah tidak timbul bila beliau menjaja sana sini pasukan pendakwaan akan digugurkan. Kenapa pula Wan Azizah seperti burung kakaktua yang hanya angguk sahaja dengan AnWAR.


5. Saya percaya Datuk Alizatul Khair punya prinsip dan intergriti memikul amanah sebagai hakim. Keputusannya semalam adalah keputusan profesional dan tidak memihak. Wan Azizah tahu itu dan beliau dibutakan sikap memihak suaminya yang membabi buta, hingga sanggup mencaci kenalan sendiri. Begitu juga AnWAR, dek tuntutan peribadi mahu berkuasa, beliau sanggup berbuat apa saja biarpun memanipulasi pemikiran orang lain dan memijak kenalan sendiri.


x-pkr mengenang kata-kata Al Marhum Malek Bennabi ” sesuatu tamadun bakal musnah juka mereka mementingkan yang remeh dan meremehkan yang penting “. AnWAR sebagai pengkagum Malek Bennabi wajar meneliti kembali tulisan Malek Bennabi. Yang penting adalah menegakkan keadilan (buat beliau dan juga Saiful), bukannya membuat onar dengan pelbagai alasan menangguhkan perbicaraan…..
sumber : xpkr.blogspot.com

16 SEPT ANWAR SANG PUAKA BANGSA : KATAK SUDAH KENA PIJAK


dang nila memangku puan
berembang buah pedada
adakah gila bagimu tuan
burung terbang dipipiskan lada

kuning ledang bagai dikarang
riang-riang disambar wakab
hairan melihat dunia sekarang
bayang-bayang hendak ditangkap

ini antara pantun seloka pemboka bicara, tun mamat dengan dengan penjaga puteri gunung ledang dang raya rani. hajat di hati meminang puteri yang cantik lagi wangi, sang puteri gunung ledang coba diperisterikan kepada soltan.

sayang hajat tiada kesampaian apabila darah semangkok menjadi tarohan. hari ini peristiwa seakan ulangan ceritera melayu kembali berolang. watak dan isi nya sahaja yang membeza.

anwar sang puaka bangsa, mengidamkan kerusi empuk di putrajaya.we have the numbers. berolang-olang katanya bagai jenin gilakan wanita. anwar sang puaka bangsa, melanggar adab dan seluruhan tatasusila agama dan bangsa.

depan cina si yahudi kedua, dia berkata ini malaysia cina yang punya. depan kelompok india dia berkata sama. jurus selepas membohong bicara depan partai pas kita lah pejoang liberalisme agama. ALLAH gereja boleh guna,murtad kita bicara mengguna waduk hak asasi dan demokrasi ciptaan manusia, maka angguk angguk lah si tua nik ajis dan hadi, telor dipegang agama digadai hanya kerna terpadaya janji kepala munafik anwar attaturki.

anwar sang puaka bangsa, dengar baik baik. biar ombak ganas datang menghempas,biar angin badai datang melanda, percayalah kami puing-puing tonggak agama dan bangsa sodah bangkit dan bersedia menghancorkan riwayat sialan kamu!.

ini tanah bertuah, melayu namanya. dulu kala disebut tanah melayu,sejarah misterinya disebut sebagai tanah mada-yo. sarjana i-tsing menggelarkannya sebagai ma-la-yao. kitab sanskit lama menggelarkannya sebagai the promise land. tanah di penghujung benua.

ini bangsa punyai jiwa akidah luar biasa. ini bangsa ada darah keturunan mulia. hanya ini bangsa sahaja yang belum dapat yahudi tembusi.9 sultan ini masih bertahan tatkala seluruh waris kesoltanan telah menemui ajalnya. 9 naga ini paksi agama dan bangsa yang akan kami pertahankan. sejarah tiada melopakan agenda sialan dan sejarah tiada mungkin melopakan petualang. anwar kamulah lidah dajjal lahanat, insyaallah akan kami haposkan kamu dari muka bumi mada-yo ini !
SUMBER :ANTIPKRBLOGSPOT.COM

Wednesday, September 16, 2009

Guan eng akui bukan mudah ketepikan najib

KUALA LUMPUR 15 sept. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan hari ini, Lim yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah.

Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah." Laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata, komen Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar telah mencadangkan kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan 'melompat parti' di kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Laporan itu menyebut Najib sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri, April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula.

Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata, Najib telah mendapatkan semula 'pegangan' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.

Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.

Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata, ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia.

Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari Universiti Nottingham, CLSA berkata, Najib pantas melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan struktur negara. - BERNAMA

Renungan : Syabas di ucapkan kepada PM kerana telah membuat Pakatan Rakyat berada dalam keadaan terdesak dan ketakutan.

JOM LUDAH MUKA PEMBOHONG




Wednesday, September 16, 2009
JOM LUDAH MUKA PEMBOHONG

Anwar kata kalau 16 september dia tak jadi PM boleh ludah muka dia. Hari ini ialah ulang tahun pertama pembohongan anwar dan ulang tahun pertama dibohongi anwar dan ulang tahun cubaan pencabulan demokrasi diajar anwar.

Tarikh 16 september ialah sebuah janji gila sama seperti janji pangkah PAS masuk syurga dan Malaysian Malaysia DAP, PAS menjanji sesuatu yang bukan miliknya, manakala DAP pun sama juga menjanjikan tanah bangsa lain untuk semua. Menuju 16 september 2008, memperlihatkan pembohong at his best, we have the number, its increasing by the hour, by the hour dan akhirnya tertangkap berbohong dan mangsanya rakyat.

Tidak berpisah dari mulut anwar tiga perkataan ini democracy, human right, justice seolah-olah dia lah juara. 16 september memperlihat cara keji pencabulan demokrasi iaitu lompat parti. Bukan semua rakyat memilih kerana calon, ada yang memilih kerana parti dan banyak juga kerana protes. Lompat parti yang dipelopori anwar jelas membelakangkan demokrasi kerana membelakangkan pilihan rakyat yang memilih kerana parti. Bahananya terkena balik pada tuan yang mengajarnya, apabila kerajaan Perak tumbang dalam bentuk yang sama. Padan muka!

Jika 16 september terjadi adakah DAP akan membakar lilin tanda berkuburnya demokrasi? adakah banner bubar DUN akan kelihatan di blog-blog pro pembangkang? PAS akan berbaring tengah jalan? Anwar sendiri tidak akan bubar DUN!

Pi mai Pi mai tang tu.
Ala Qalam Junah Labels: Tolak Anwar
sumber : zmsegamat.blogspot.com

Tuesday, September 15, 2009

KEBIADAPAN MIC HARUS DI TENTANG DENGAN KEBIADAPAN

MIC perlu minta maaf

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Para pemimpin UMNO menyifatkan cadangan perwakilan MIC supaya meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadab dan kurang ajar.

Sehubungan itu mereka mendesak pimpinan MIC supaya segera bertanggungjawab dengan mengambil tindakan ke atas perwakilan berkenaan termasuk parti itu sendiri perlu meminta maaf kepada Dr. Mahathir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika pun ada perkara yang tidak dipersetujui dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu atau mana-mana pemimpin sekalipun, seharusnya asal usul, peradaban dan nilai sesuatu bangsa tidak harus dilupakan.

''Kalau mereka hendak dihormati orang lain mereka mesti juga menunjukkan kepimpinan yang sopan santun, hormat menghormati seperti kita warisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu.

''Hanya dengan cara itu sahaja dapat kita hidup dengan harmoni, stabil dan padu mengajar generasi apa maksud sebenarnya gagasan 1Malaysia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan seorang perwakilan MIC yang mahu meletakkan kalungan selipar pada gambar Dr. Mahathir ekoran rasa tidak puas hati mereka dengan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa telah mencampuri urusan MIC.

Cadangan itu dilontarkan sewaktu sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu BN mengambil tindakan sekiranya pimpinan MIC membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja demi menjaga kerukunan dalam BN.

''Pergerakan Pemuda UMNO berpandangan bahawa tindak tanduk seperti ini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya. Hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta- minta.

''Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara. Budaya seperti ini bukan budaya BN. MIC perlu bertanggungjawab,'' tegasnya.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Mericanberkata, cadangan itu sangat kurang ajar dan melampau kerana ia penghinaan kepada Dr. Mahathir yang menjadi pemimpin untuk semua kaum di negara ini bagi satu tempoh yang lama.

Beliau berkata, teguran dan pandangan Dr. Mahathir itu adalah pandangan seorang negarawan ulung dan jika ada yang tidak bersetuju, masih ada kaedah lain untuk menyuarakan pendapat.

''Perwakilan MIC sudah menunjukkan tahap kurang matang dalam menyatakan pandangan. Memainkan isu seperti ini menghadirkan rasa marah orang Melayu.

''Justeru saya mendesak MIC mengambil tindakan disiplin kepada perwakilan terbabit dengan menggantung keahliannya serta merta kerana BN tidak memerlukan ahli seperti itu.

''Sikap emosi seperti itu amat mendukacitakan. Malah MIC juga hendaklah mengemukakan permohonan maaf kepada Dr. Mahathir,'' jelasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dalam kenyataan akhbarnya turut mendesak MIC meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mahathir, orang Melayu dan ahli UMNO keseluruhannya.

Katanya, perbandingan dengan selipar termasuk tempat alas kaki untuk menjatuhkan maruah seseorang amat ditegah oleh masyarakat Melayu dan berupa satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.

''Saya cabar Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, jika dia benar-benar ikhlas supaya memohon maaf bagi pihak MIC di atas sikap kurang ajar perwakilan tersebut.

''Dalam hal ini MIC jangan lupa bahawa menghina Dr. Mahathir samalah menghina seluruh ahli dan pemimpin UMNO serta orang Melayu,'' katanya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyelar cadangan perwakilan tersebut yang disifatkan sebagai lupa diri dan umpama orang hilang ingatan.

Katanya, tidak sepatutnya seorang pemimpin yang banyak berjasa seperti Dr. Mahathir dibandingkan dengan Samy Vellu dan ingin dikalungkan dengan kasut.

''Ternyata masih ada kalangan anggota MIC yang dibelenggu denial syndrome sehingga tergamak mengemukakan cadangan seperti itu.

''Sedangkan mereka sendiri tahu di mana kedudukan masyarakat India di negara ini sejak lebih 20 tahun diterajui oleh pemimpin tersebut,'' katanya.

Monday, September 14, 2009

Ancaman siber kian berbahaya - Rais

PUTRAJAYA 13 Sept. - Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi amaran ancaman siber di Malaysia semakin berbahaya sehingga kian menular ke pelbagai institusi dan mahu mengambil alih kuasa demokratik rakyat menerusi tindakan fizikal.

Tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu, ancaman dari luar dan dalam itu dikenal pasti bersekutu menerusi penulisan blog dan ilustrasi dengan menggunakan idea-idea progresif yang diceduk dari barat dan kerajaan sistem republik yang tidak mengamalkan tahap-tahap keistimewaan rakyat asal.

Beliau memberi contoh bagaimana kementeriannya mengesan antara 500 dan 540 rejaman atau tohmahan palsu setiap bulan menerusi blog, e-mel, Facebook dan Twitter terhadap institusi raja, nilai-nilai Islam, pencapaian orang Melayu serta dasar-dasar kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia.

''Ini semua dirancang secara rapi malah dalam sistem mahkamah kita sekarang ada tanda-tanda awal mereka sedang cuba melemahkannya dengan berselindung di sebalik alam siber yang kononnya kebal.

''Ancaman siber ini sebenarnya lebih dahsyat dari komunis dan pengganas kerana ia boleh 'masuk' ke bilik tidur, kamar dan pemikiran generasi muda.

''Cuba anda fikir kalau setakat Tarian Pendet, orang nak 'rejam' Malaysia dan bakar Jalur Gemilang apa hal, ini bukan alasan sebaliknya ambil kesempatan dan tidak semestinya orang itu berbuat demikian tanpa disokong oleh pihak dalam alam siber di Malaysia," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lalu bahawa kajian ke atas peruntukan undang-undang siber sedia ada telah siap dan ia akan membantu kerajaan menangani kegiatan tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang dalam Internet.

Menurut Perdana Menteri, kajian tersebut menumpukan kepada langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan yang dikesan sekali gus memperkukuhkan undang-undang sedia ada.

Mengulas lanjut, Rais berkata, ancaman siber dikesan semakin menular semasa pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuka ruang kerajaan kepada dasar keterbukaan.

''Dasar keterbukaan oleh Pak Lah telah diambil oleh mereka sebagai peluang keemasan sedangkan kita tidak boleh terbuka dalam tempoh yang singkat.

''Keterbukaan sepatutnya menjurus secara berperingkat-peringkat mengikut evolusi kemanusiaan namun banyak bidang yang dibuka begitu cepat (pada era itu) sehingga tidak dapat menangani naluri kasar pihak berkenaan. Malah disebabkan ini (ancaman siber), saya lihat ada pihak di kementerian saya sendiri yang kini teragak-agak untuk bertindak," katanya.

Justeru, kata Rais, pihaknya sedang mengatur program kemasyarakatan untuk membawa rakyat berfikir dan melindungi mereka dari perbuatan-perbuatan jenayah siber.

Demikian juga dengan para hakim, kementerian beliau dan Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan pertemuan supaya golongan itu memahami trend penularan ancaman siber tersebut.

''Dan Perdana Menteri akan mengumumkan langkah-langkah itu (kajian undang-undang siber) setelah kajian 1Malaysia siap dalam waktu terdekat," katanya.

Dalam hubungan ini juga, menurut Rais, pihaknya akan membentangkan Akta Perlindungan Data Peribadi di Parlimen hujung tahun ini untuk melindungi warganegara ini dari ancaman salah guna kuasa dan jenayah yang bertujuan jahat.

Demikian juga dengan Akta Tandatangan Komputer (Computer Signature Act) yang akan menjana pembuktian dari hal-hal yang direkodkan dari komputer dan cakera padat.

Undang-undang siber sedia ada di negara ini antaranya adalah Akta Komunikasi dan Multimedia, Undang-Undang Pembuktian Keterangan, Kanun Acara Jenayah, undang-undang berkait Kanun Keseksaan dan Undang-Undang Pos.

Renungan : Seharusnya pihak kerajaan mengawal kemunculan blog-blog yang cenderung kepada unsur-unsur menabur finah kepada negara. Tindakan tegas ini perlu konsisten dan berani bagi menghadapi ancaman siber ini.

Friday, September 11, 2009

INILAH UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN SELEPAS DI"REVIEW"


1) Berhati-hati melaungkan seruan azan 5 kali sehari kerana telah dipertikaikan oleh segelintir kafir harbi yang sesat. ANTIPKRSARAWAK: Tidak lama lagi Malaysia akan bertukar menjadi Singapura Junior!

2) Pada Raya Qurban, 'Lembu' adalah haram untuk dikorbankan kerana lembu adalah binatang suci untuk agama hindu - Awas anda akan dikenakan tuduhan menghasut jika mengorbankan seekor lembu pada Hari Raya Qurban tidak lama lagi. ANTIPKRSARAWAK: Semua penternak lembu di Malaysia mestilah menukar binatang ternakan mereka kepada ayam atau ikan keli atau lintah atau dan atau selain daripada lembu!

3) Memperkatakan perkara berkaitan hak-hak orang Melayu adalah dilarang sama sekali kerana anda akan dituduh bersikap/sifat perkauman. ANTIPKRSARAWAK: Orang Melayu / Bumiputera mestilah akur bahawa negara ini Rakyat yang punya. Kerana tiada lagi Ketuanan Melayu / Bumiputera tetapi yang ada hanyalah Ketuanan Rakyat!

4) Memperjuangkan agama Islam atau penubuhan negara Islam jika degil label ektremis agama akan melekat ke muka anda walaupun tanah Melayu ini Islam adalah agama rasmi.ANTIPKRSARAWAK: Selapas ni Pas dengan sokongan PKR dan DAP boleh isytihar potong "kote" salah satu penderaan fizikal kepada orang Islam. Majlis Peguam akan pertahankan hak-hak individu iaitu mahukan kebebasan!

5) Anda dilarang mengkritik bangsa pendatang tapi anda dibenarkan membiarkan diri anda dikritik dan hina oleh bangsa pendatang. ANTIPKRSARAWAK: Melayu / Bumiputera mestilah berdiam diri sahaja kerana mereka pendatang tidak mengerti mengenai sejarah. Bukan salah mereka!

6) Orang-orang Melayu Islam dilarang sama sekali membuat rumah yang besar-besar seperti istana walaupun mampu, jika degil nasib anda akan sama dgn nasib Dr. Khir Toyo dan Allahyarham Datuk Zakaria. ANTIPKRSARAWAK: Mana-mana individu Melayu / Bumiputera yang mampu dan berada akan dituduh rasuah.

7) Anda harus membenarkan dan membiarkan ladang-ladang babi yang dibina secara halal atau haram di tempat atau tanah anda kerana bangsa pemakan babi tidak mahu kampung mereka tercemar dengan bahan buangan babi-babi ini 'TAPI KAMPUNG MELAYU TARA APA'.ANTIPKRSARAWAK: Melayu / Bumiputera disaran menjadi penternak babi kerana ramai yang akan memakannya. Ingat, babi sahaja. Lembu tidak boleh sama sekali!

8) Masjid atau surau jika hendak dibina harus mendapatkan kebenaran tapi kuil atau tokong bebas dibina di mana-mana walaupun di sebelah rumah anda atau surau/masjid.ANTIPKRSARAWAK: Masjid dan surau telah membuat pencemaran bunyi seawal subuh lagi. Oleh itu pembinaannya mestilah dihadkan selain bunyi azan mestilah diperlahankan!

9) Anda dilarang sama sekali menghina agama lain tapi harus membenarkan agama Islam dihina oleh bangsa-bangsa pendatang. ANTIPKRSARAWAK: Umat Islam di Malaysia mestilah membiarkan agama Islam dihina dan dipijak serendah-rendahnya oleh golongan bukan Islam yang anti Islam kerana mereka tidak faham mengenai Islam. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam semua memberi penerangan kepada mereka yang tidak reti-reti nak faham itu! Kalau mereka tak faham jugak, tidak mengapa. Umat Islam yang salah kerana tak pandai beri penerangan / berdakwah!

10) Anda dilarang sama sekali mengambil atau mengungkit hak-hak bangsa pendatang tapi anda harus membenarkan hak-hak anda seperti tanah wakaf atau sebagainya diambil oleh bangsa-bangsa pendatang. ANTIPKRSARAWAK: Sudah disebut sebelum ini, negara ini bukan Melayu / Bumiputera yang punya. Negara ini milik rakyat! Maka rakyatlah yang patut menjayakannya. Pergi jahanam Ketuanan Melayu / Bumiputera, angkatlah Ketuanan Rakyat!

sumber : ANTIPKR SARAWAK BLOGSPOT

Thursday, September 10, 2009

Isu perlantikan Idris Jala sebagai menteri oleh PAS

ISU KRITIKAN PEMIMPIN PAS TERHADAP PERLANTIKAN IDRIS JALA

Sudah pasti ramai pemimpin kaum Dayak dan penduduknya di negeri ini terkejut apabila Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Datuk Seri Hadi Awang pada 11 Julai lalu menyatakan bahawa orang Dayak masih ‘memakai cawat’ dan tidak reti undi.

Gara-gara kekalahan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai 7 April lalu, Hadi Awang ternyata berasa ‘panas hati’ sehingga mengeluarkan komen yang telah menimbulkan kemarahan terhadap majoriti kaum Dayak dalam negeri ini.

Walaupun terdapat sebilangan kecil orang Dayak di sini yang menerima secara positif komen pemimpin ‘mulia’ PAS berkenaan, namun mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen perkauman dan agama secara tidak langsung boleh memburukkan lagi situasi politik dalam negara ini.

Itu cerita hampir dua bulan yang lalu. Namun sekarang timbul pula cerita baru apabila pihak pembangkang PAS pada Isnin lalu mengeluarkan kenyataan yang menghina kebolehan kaum Orang Ulu di negeri ini dalam memegang portfolia menteri dalam kabinet kerajaan persekutuan.

Mereka iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Sallehuddin Ayub menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan kerana melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) baru-baru ini.

Idris, anak jati kelahiran Orang Ulu (Kelabit) Sarawak cukup disanjungi kebolehannya sebelum ini setelah berjaya menyelesaikan kemelut kewangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hanya dalam tempoh dua tahun apabila dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit pada tahun 2005 dahulu.

Kepintaran dan kebolehan beliau untuk menyelesaikan masalah kronik syarikat berkenaan sekaligus menunjukkan bahawa orang Sarawak khususnya Orang Ulu berkelayakkan untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal nasional termasuk politik, ekonomi dan sosial selama ini.

Justeru adakah terdapat sebarang alasan munasabah bagi kedua-dua pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan seumpama itu selama ini? Jawapan tersiratnya amat mudah diketahui iaitu pihak pembangkang di Semenanjung Malaysia sebenarnya memandang rendah terhadap keupayaan tadbir politik, ekonomi, sosial orang Sarawak.

PAS sememangnya sudah mula membuka ‘pekung di dada’ dan memdedahkan kelemahan dalam jentera Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai oleh dua rakan partinya yang lain iaitu PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Jika menganggap hanya PAS yang terlebih dahulu memandang rendah terhadap kebolehan tadbir politik, ekonomi dan sosial orang Sarawak maka anda tersilap kerana ‘geng’ pakatannya iaitu PKR itu sendiri pernah bertindak demikian terhadap orang Bumi Kenyalang sebelum ini.

Bagi mereka yang rajin melayari internet mungkin sudah sedia maklum bahawa ketua PKR di negeri ini bukan dilantik dari kalangan anak jati Sarawak itu sendiri sebaliknya adalah seorang Naib Presiden PKR yang berasal dari negeri Perak iaitu Mustafa Kamil Ayub.

Jika begitu hendaknya Mustafa dilantik sebagai ketua PKR Sarawak berkuatkuasa 3 Jun lalu jadi bagaimana pula gerangan halnya yang terjadi terhadap pemimpin PKR negeri seperti Dominique Ng, Jawah Gerang, Jimmy Donald, Datuk Hafsah Harun, Wan Zainal bin Wan Sanusi dan Baharuddin Moksen?

Adakah salah seorang daripada mereka ini tidak layak menjadi pemimpin PKR Sarawak? Atau mungkin pemimpin de facto mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain barisan pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia seperti Awang Hadi sememangnya tidak menyakini kebolehan tadbir dikalangan orang Sarawak.

Dengan kata lain barisan pemimpin pembangkang yang terdiri daripada golongan anak watan dalam negeri ini sememangnya berasa dilemma berhubung isu terbabit. Mereka sedar akan perkara ini namun tidak berani bersuara di hadapan penyokong setia masing-masing kerana khuatir termakan ‘ludah’ diri sendiri.

Mengapa perlu disokong parti politik yang nyata telah menghina dan memandang rendah keupayaaan orang kita selama ini? Jangankan ketua PKR Sarawak adalah ‘orang seberang’ apatah lagi kita ini dianggap tidak reti undi dan tidak layak menduduki jawatan menteri di kabinet persekutuan.

Pemilihan Idris Jala sebagai menteri oleh Najib adalah tindakan yang wajar memandangkan beliau telah berjaya menunjukkan kebolehan ketika memulihkan kemelut kewangan syarikat nasional sebelum ini.

Lagipun pemilihan beliau (Idris) bukan kerana disebabkan faktor politik semata-mata. Ini pihak PAS perlu tahu. Oleh itu daripada hanya tahu mengutuk tindakan kerajaan pusat berhubung isu ini maka adalah baik bagi mereka untuk menjaga dan mengurus hal ehwal negeri yang mereka tadbir.

Penduduk Bahagian Sri Aman khasnya perlu mengambil ikthibar berhubung isu ini memandangkan DAP, PKR dan PAS bakal meletakkan calon masing-masing seperti di kawasan DUN Simanggang, DUN Lingga, DUN Batang Ai, DUN Engkilili, DUN Bukit Begunan, DUN Balai Ringin, kawasan Parlimen Sri Aman, Batang Lupar dan Lubok Antu menjelang pilihan raya akan datang.

Tunjukkanlah tanda protes diri masing-masing berhubung isu terbabit selepas ini. Jika anda boleh memprotes kerajaan BN menerusi undi pada pilihan raya lalu maka anda juga boleh memprotes pihak pakatan pembangkang menerusi undi pada pilihan raya akan datang.

Tidak perlu berdemonstrasi dan tidak perlu merusuh kiri kanan. Pilihan raya boleh dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan rasa tidak puashati masing-masing kepada PR berhubung isu ini.

Tiada halangan untuk penduduk di sini mengundi pembangkang memandangkan Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun jika berdasarkan isu terbabit maka adalah lebih baik jika penduduk Sarawak terus bernaung di bawah kerajaan yang sedia ada pada masa sekarang.

Lagipun tindakan Najib memilih Idris Jala sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa amalan 1Malaysia sememangnya telah dipupuk oleh kerajaan BN dan bukan hanya sekadar cakap kosong. Tepuk dada tanya selera.
SUMBER : sriamannews blogspot.com

Monday, September 7, 2009

Pembangkang tiada kredibiliti memerintah

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam adalah bukti jelas bahawa pakatan pembangkang tidak memiliki kredibiliti memerintah.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin pakatan pembangkang gagal menjadi pemerintah yang baik dan adil bagi rakyat berbilang kaum di Selangor kerana tiada pengalaman luas sebagai ahli politik.

"Barisan Nasional (BN) memerintah berpuluh-puluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan pembangkang yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam.

"Saya yakin lagi lama mereka perintah, lagi banyaklah masalah yang akan dihadapi rakyat Selangor, dalam isu menentukan tapak kuil pun mereka terbukti gagal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ibrahim menambah berkata, keadaan ini berlaku kerana kebanyakan wakil rakyat pembangkang merupakan ahli korporat yang menceburi bidang politik semata-mata untuk menentang kerajaan BN.

''Tidak ramai wakil rakyat pembangkang berlatar belakang ahli politik, mereka tiada pengalaman mentadbir kerajaan yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad mencadangkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan menyelesaikan isu kuil ini bagi mengelak timbul masalah perkauman yang lebih serius.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, September 6, 2009

Dialog penduduk, MB kecoh


Suasana tegang berlaku pada majlis dialog antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam ekoran bantahan penduduk beragama Islam terhadap cadangan pemindahan kuil sedia ada di Seksyen 19 Shah Alam ke tapak baru di kawasan mereka.


  • Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam berlangsung dalam suasana kecoh.
  • Perang mulut tercetus antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin negeri yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.
  • Penduduk Seksyen 23 sebulat suara tetap membantah cadangan pembinaan kuil tersebut walau apa juga keputusan yang diambil oleh

    kerajaan negeri.

  • Kerajaan Negeri Selangor tangguhkan keputusan pemindahan kuil ke Seksyen 23, hentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil dan akan cari jalan penyelesaian lain.
  • SHAH ALAM 5 Sept. – Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pagi ini berlangsung dalam suasana kecoh.

    Ini kerana hampir sepanjang sesi dialog dari pukul 10 pagi itu berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

    Mereka turut menghamburkan kata-kata kesat dan menjerit perkataan penipu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail setiap kali kedua-duanya memberi penjelasan terhadap soalan yang diajukan.

    Keadaan menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India, R. Gunaretinam, 27, bangun dan menegaskan persetujuan 48 keluarga India di situ berhubung pembinaan kuil tersebut.

    Ini kerana, katanya, kebanyakan rumah di bandar raya itu mempunyai surau dan masjid.

    Dia kemudian mendakwa orang Melayu di Seksyen 23 tidak peka dengan sensitiviti masyarakat India di situ yang didakwanya bertoleransi dengan orang Islam berhubung isu azan lima kali sehari.

    Dakwaan Gunaretinam itu telah mencetuskan kemarahan penduduk beragama Islam sehingga ada yang dilihat bertindak mengangkat kerusi yang akhirnya menyebabkan Abdul Khalid terpaksa bangun dan menghentikan perbincangan sambil meminta penduduk bertenang.

    “Hentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil Seksyen 23, kita akan cari jalan yang sesuai dan saya akan cuba selesaikan hari ini.

    “Kalau kita perlu selesaikan, kita cari penyelesaian dengan baik bukan dengan cara memecah-belahkan masyarakat.

    “Kerajaan negeri akan cari jalan penyelesaian, tiada perbincangan lagi, saya akan jumpa masyarakat Hindu dan lihat bagaimana nak selesai masalah kuil dan saya juga berharap mereka dapat sabarkan diri,” ujar beliau.

    Namun, sekumpulan penduduk dilihat terus mengerumuni tempat duduk komuniti India di dalam dewan tetapi keadaan berjaya dikawal anggota penguat kuasa MBSA dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf ketika ditemui berkata, apa juga keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri, penduduk di situ sebulat suara tetap membantah cadangan pembinaan kuil tersebut.

    “Tujuan kami adalah untuk menyuarakan pendapat serta pandangan dan pada hari ini, kita lihat macam mana penduduk menyuarakan hati mereka.

    “Saya tidak bercakap tadi sebab selama ini kita lakukan dengan cara yang betul, buat surat, serah memorandum dan kita tidak dapat layanan dan kenapa sejak Mei baru kini September mereka nak buat perbincangan.

    “Kalau masalah ini diatasi dan dikaji lebih awal, perkara ini tidak akan berlaku dan sebelum ini pun keharmonian kami di Seksyen 23 tidak pernah tergugat,” ujarnya.

    Sementara itu, seorang guru India yang tinggal di fasa kedua Seksyen 23, M. Sekar ketika ditemui selepas sesi dialog memberitahu, walaupun penduduk India di situ menyokong pembinaan kuil di kawasan itu, namun mereka akur dengan keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri.

    “Kami mahu kuil itu dibina dan ia adalah hak kami untuk menyokong pembinaan kuil itu tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan negeri,” katanya.

    Komen : Padan Muka Kalid.... kenak hina dan kutuk

    Friday, September 4, 2009

    Scorpene mantapkan pertahanan Negara



    kapal selam kebanggaan negara, KD Tunku Abdul Rahman yang membawa 32 anak kapal selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional, TLDM di Pulau Indah, Klang, Selangor, semalam selepas melalui pelayaran selama 54 hari sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis. Kapal selam kedua KD Tun Razak dijangka tiba Mac tahun depan. – Utusan/ Mohd. Shaharani SaPELABUHAN KLANG 3 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.

    Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

    ‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.

    ‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.

    Tuanku Mizan bertitah demikian ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapalnya kira-kira pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah di sini hari ini.

    Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

    KD Tunku Abdul Rahman diserahkan secara rasmi kepada kerajaan oleh syarikat kontraktornya, Armaris pada 25 Januari lalu dan pentauliahan kapal berkuasa diesel-elektrik itu ke dalam perkhidmatan TLDM disempurnakan pada 27 Januari oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


    Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (depan kiri), Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mohd. Sidek Hassan, Azizan Ariffin, Musa Hassan dan Abdul Aziz Jaafar (kanan) bergambar di atas kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional TLDM di Pulau Indah, Klang, semalam. – Utusan/Saharuddin Abdullah


    KD Tunku Abdul Rahman memulakan pelayaran pulang ke negara ini dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu selepas selesai pembinaannya serta menjalani latihan selama empat bulan meliputi kemahiran serta penyenggaraan.

    Dalam tempoh pelayaran yang meliputi jarak sejauh 6,000 batu nautika, KD Tunku Abdul Rahman telah singgah di beberapa pelabuhan utama dunia meliputi Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.

    Tuanku Mizan turut melahirkan rasa kagum terhadap anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengharungi latihan selama empat tahun bagi memahirkan diri dalam pengendalian serta taktik peperangan kapal selam.

    ‘‘Beta sedar kapal selam memerlukan warga kerja yang memiliki kecenderungan dan kemahiran yang tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya.

    ‘‘Maka kejayaan ini juga hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang semua warga KD Tunku Abdul Rahman selaras dengan cogan kata TLDM iaitu Sedia Berkorban,” jelas baginda.

    Tuanku Mizan turut mengingatkan TLDM supaya menjaga dan menggunakan sepenuhnya aset penting dan berteknologi tinggi seperti KD Tunku Abdul Rahman bagi memastikan kredibiliti angkatan laut itu sebagai pasukan yang menjaga perairan negara terus terpelihara.

    Sumber : Utusan Malaysia

    Thursday, September 3, 2009

    Patuh pada undang-undang negara - PM

    PUTRAJAYA 2 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pakatan pembangkang di Perak mematuhi undang-undang negara dengan tidak mengadakan perhimpunan haram.

    Tegas Perdana Menteri, pihak polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan ancaman sedemikian demi menjamin ketenteraman awam.

    "Pihak berkuasa iaitu polis mempunyai kuasa untuk menentukan ketenteraman awam.

    "Apa-apa pun kena patuh pada undang-undang negara," kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan Lagu 1Malaysia di sini hari ini.

    Pagi ini, tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pembangkang dan empat orang awam ditahan kerana mengingkari arahan bersurai ketika polis berusaha menghalang sekumpulan ADUN pembangkang yang cuba mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Polis semalam memperoleh perintah mahkamah melarang orang ramai berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan tersebut.

    Bagaimanapun, perintah larangan dan amaran polis itu tidak diendahkan apabila ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas dan 25 ADUN yang lain berjalan beramai-ramai dari ibu pejabat DAP Perak di Medan Istana menuju ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Dalam pada itu mengulas insiden bantahan penduduk Seksyen 23, Shah Alam terhadap pembinaan kuil di situ termasuk membawa kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Najib berkata: "Polis dan pihak Peguam Negara akan menentukan sama ada apa yang dibuat itu salah dari segi undang-undang hasutan. Itu adalah penentuan."

    Mengenai kejadian membakar Jalur Gemilang di Indonesia dalam beberapa siri bantahan terhadap isu tertentu melibatkan rakyat negara itu di Malaysia, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya bukan kehendak pemerintah Indonesia.

    Sebaliknya, kata beliau, ia dicetuskan oleh kumpulan tertentu di negara tersebut yang hanya ingin mengeruhkan hubungan Jakarta-Kuala Lumpur.

    "Ini bukan yang dihasratkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang memaklumkan beliau inginkan hubungan yang baik dan akrab antara kedua-dua negara.

    "Secara peribadi Presiden SBY pun selalu menghubungi saya atas apa-apa perkembangan antara kedua-dua negara," kata beliau
    Sumber : Utusan Malaysia