KUALA LUMPUR 22 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan akan berlaku rombakan Kabinet sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.
Perdana Menteri menyifatkan desas-desus perkara itu termasuk kemungkinan berlakunya pilihan raya umum dalam masa terdekat, sebagai khabar angin semata-mata.
“Ia merupakan khabar angin. Malaysia tidak pernah kekurangan berita-berita khabar angin dan laporan seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Forum Ketua-Ketua Perniagaan Global 2010, di sini hari ini.
Spekulasi rombakan Kabinet mula hangat apabila Perdana Menteri sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu menyatakan, akan melakukan perubahan kepimpinan parti di peringkat tertentu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengumuman tersebut juga dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang meminta Pengerusi Perhubungan UM NO negeri khususnya yang kini di bawah pembangkang, diterajui oleh pemimpin tempatan.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pada awal Oktober lalu mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada Januari 2011.
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Na sional (BN) pada Sabtu lalu, adalah yang terakhir dihadiri oleh Samy Vellu.
No comments:
Post a Comment