Monday, November 8, 2010

Konflik - Zaid letak semua jawatan PKR... Tinggalkan saja PKR!

Pertelagahan dan konflik pemimpin-pemimpin akibat berebut jawatan dalam pemilihan parti menjelaskan kepada kita betapa hodohnya budaya politik PKR. Jika beginilah dahsyatnya amalan buruk dalam PKR, negara pasti akan hancur tergadai sekiranya golongan ini yang menerajui pentadbiran kerajaan pusat.


Jelas sekali PKR dikuasai oleh Azmin dan kuncu-kuncunya. Anwar sepatutnya bertindak berkecuali, tetapi beberapa kenyataannya menghentam Zaid dan membela Azmin, satu perlakuan buruk untuk dicontohi dari seorang ketua. Inikah prinsip demokrasi yang dijulang-julang Anwar kepada rakyat di negara kita?

Akhirnya, Zaid Ibrahim isytihar menarik diri daripada pemilihan PKR dan meletak semua jawatan yang disandangnya dalam parti. Sepatutnya Zaid menarik diri sebagai ahli PKR sekali.

Jangan salah tafsir, Keadilan itu hanyalah nama sebuah parti. Hakikatnya tidak ada satupun amalan keadilan dalam parti perosak rakyat. Kerja mereka memburuk-burukkan orang untuk kepentingan diri.

Zaid dulu menyertai PKR kerana sangka Anwar adalah pemimpin yang adil dan pembela rakyat seperti digembar-gembur dalam ceramahnya. Tetapi Anwar hanya mempergunakan Zaid untuk memperkasakan karektor politiknya sahaja. Nak buktikan kepada rakyat, PKR parti pilihan. Itu saja.... tak lebih dari publisiti.

Bila Zaid bertanding jawatan dalam parti, macam-macamlah sindiran terhadapnya contohnya,"apa jasa you dalam parti?" , "Kesetiaan Zaid diragui.." dan bermacam-macam. Seandainya Zaid menang jadi wakil rakyat Hulu Selangor dulu, orang tak layan dia macam sampah sekarang. Lebih-lebih lagi kalau majoriti wakil PR dan BN dalam kerajaan negeri serupa kat Perak .

Tapi nak buat macamana? Masuk PKR harapkan keadilan umpama satu tindakan nekad bunuh diri... berkawan dengan syaitan memang ada risiko kena baham syaitans lah..


Zaid Isytihar Tarik Diri dari Pemilihan dan Letak Semua Jawatan dalam Parti

Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PKR disamping meletakkan semua jawatannya dalam parti. Perkembangan ini berlaku selepas minggu kedua pengundian Pemilihan parti berjalan.

Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap.

Melihat kepada perjalanan pemilihan yang sedang berlansung, terdapat keadaan di mana pihak pimpinan secara aktif melakukan kegiatan salahlaku dan penipuan untuk mencapai objektif yang mereka sasarkan.

Katanya, beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini.

Beliau menambah keputusannya untuk menarik diri dari pemilihan dan perletakan semua jawatannya di dalam PKR diambil kerana kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali.

Beliau berterima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong beliau dan yang menberikan kepercayaan kepadanya untuk perubahan. Amat menyedihkan katanya, beliau tidak mampu untuk meneruskannya di dalam proses pemilihan yang kotor.

Walau bagaimanapun, Zaid berkata beliau tetap komited dengan matlamat pembangkang dan akan terus bercakap mengenai isu-isu masyarakat terbanyak. Bersama katanya, kita berjuang untuk sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

Akhirnya beliau berkata, diharapnya keputusannya itu, pihak penyokong tegar Anwar tidak lagi akan melihatnya sebagai "penghalang" mereka untuk berarak ke Putrajaya

No comments: