Sunday, March 15, 2009

CALON BN DI DUA BUKIT DAN SATU BATANG

14/03/2009 12:33pm
TAIPING 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Ismail Safian, 48, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.
Ismail merupakan calon anak tempatan dan bekas Ketua Penerangan serta Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang.
- Utusan
14/03/2009 5:51pm
ALOR STAR 14 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
- Utusan
14/03/2009 5:50pm
KUCHING 14 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak bersetuju sebulat suara memilih Malcom Mussen Lamoh, 50, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April ini.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memaklumkan bahawa pengumuman calon rasmi akan dilakukan dalam tempoh dua hari lagi selepas nama calon dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mussen merupakan Jurutera Jabatan Pertanian dan berasal dari Lubok Antu.
- Utusan

No comments: