Thursday, March 5, 2009

Kenapa Pas Takut Sangat Dengan DS Najib?


Tindakan Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, Pak Lah yang bertegas mahu menyerahkan tugas beliau kepada timbalannya dianggap satu pengkhianatan kepada negara, mengikut kaca mata Pas. Kenapakah Pas begitu terdesak memujuk dan merayu Pak Lah supaya tidak turun dari tahta pemerintahannya yang "flip flop". Kenapakah Fuckatan Riot terutama Pas begitu takut sekiranya Najib mengambil alih pemerintahan negara?

Jika sebelum ini DS Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz beria-ria memujuk Pak Lah supaya kekal di tampuk kuasanya, semalam giliran Mahfuz Omar pula mengemukakan nada yang sama. Ketua Penerangan PAS itu menegaskan Pak Lah tidak sepatutnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana timbalannya itu dikaitkan dengan pelbagai skandal. Mahfuz juga menegaskan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang telah teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri. Selain itu tegas beliau, pelabur asing juga tidak akan datang ke negara ini jika Malaysia memiliki pemimpin yang dipertikaikan moral dan keupayaannya

Kenapakah Mahfuz beria-ria mempertikaikan DS Najib. Sekiranya beliau dan sesiapa sahaja di dalam Malaysia ini mempunyai apa-apa bukti untuk mensabitkan DS Najib di dalam pembunuhan, penyelewengan dan salah guna kuasa, kenapa orang-orang ini hanya menyalak macam anjing kurap dan tidak membawa bukti-bukti berkenaan kepada pihak yang berkuasa. Saya ingin bertanya kepada anjing-anjing yang suka menyalak ini, apakah bukti yang mereka ada? Kenapa tidak digunakan di mahkamah. Sekiranya mereka tidak mempercayai Mahkamah di Malaysia, mereka boleh kemukakan bukti-bukti berkenaan untuk disabitkan oleh tribunal mahkamah anatarabangsa. Kenapa hanya menyalak di blog-blog sampah masing-masing? Adakah bukti yang mereka ada hanyalah gambar "super impose" di dalam blog Tian Chua?

Sebaliknya Mahfuz Omar hanya berdiam diri apabila YB Brother Anwar bin Ibrahim (YB BABI) yang telah dibuktikan di mahkamah dan telah menerima hukuman sebagai mantan banduan salah guna kuasa bercita-cita untuk menjadi PM. Beliau telah diangkat dan diagung-agungkan oleh Mahfuz melebihi boss-bossnya di dalam Pas. Nasib baik YB BABI terlepas daripada dakwaan liwat ke atas Sukma dan Azizan atas alasan teknikal oleh Mahkamah Persekutuan. Bagai mana pula dengan kes liwatnya yang terbaru bersama Saiful Bukhari? Adakah YB BABI lebih bersih dari DS Najib? Adakah YB BABI di kaca mata Mahfuz kurang teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri? Adakah bukti-bukti yang terang lagi bersuluh ke atas mantan banduan salah guna kuasa ini bukan skandal?

Apa yang pasti, Pas dan Fuckatan Riot memang takutkan DS Najib. Mereka lebih suka Pak Lah memegang tampuk pemerintahan kerana Pak Lah lembik, "flip flop" dan banyak tertidur. Peluang mereka untuk memenangi PRU13 lebih cerah sekiranya Pak Lah memerintah berbanding DS Najib. Saya bukan orang DS Najib, beliau bukan idolaku dan saya juga tidak suka cara beliau dikuasai oleh isterinya di mata umum. Namun, sekiranya Fuckatan Riot tidak mempunyai apa-apa bukti untuk menyabitkan DS Najib di dalam apa-apa kesalahan jenayah, "Keep Your F**king Mouth Shut Up!"

No comments: