Tuesday, January 31, 2012

Duta Palestin terkejut




KUALA LUMPUR 30 Jan. – Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar) terkejut terhadap kenyataan ‘pelik’ daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Jelas beliau, kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di dalam The Wall Street Journal (WSJ) itu nyata membingungkan kerana pihak yang memerlukan perlindungan keselamatan adalah rakyat Palestin.

“Israel mempunyai lebih daripada 200 jenis senjata nuklear dan sebuah tentera yang dilengkapi serba serbi senjata canggih.

“Pihak mana yang sewajarnya mendapat perlindungan keselamatan, adakah penceroboh atau penduduk Palestin yang setiap hari ditindas dan dikenakan sekatan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar terbongkar apabila akhbar WSJ pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut apabila dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel’'.

Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Tegas Abdelaziz, Israel secara terang-terang telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi kemanusiaan serta mengenepikan segala usaha daripada komuniti antarabangsa untuk membawa keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

“Palestin adalah isu penting bagi umat Islam, justeru adalah amat pelik dan menghairankan untuk kenyataan seperti itu datang daripada seorang pemimpin Malaysia yang beragama Islam, sedangkan Malaysia adalah perintis kepada usaha yang menyokong rakyat Palestin serta perjuangannya,” kata beliau.

Sementara itu, kata Abdelaziz, beliau amat menghargai ketegasan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang menyatakan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

“Kami yakin bahawa sokongan kuat daripada kerajaan dan rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin akan tetap berterusan,” katanya.


Monday, January 30, 2012

Bukti Anwar lidah bercabang



PETIKAN kenyataan Anwar Ibrahim seperti disiarkan The Wall Street Journal, kelmarin.


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan.


Wednesday, January 25, 2012

BN adil untuk semua kaum – PM


NAJIB Tun Razak bersama Rosmah Mansor dan para pemimpin BN Pulau Pinang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Tanjung City Marina, semalam. – UTUSAN/Sazali Che Din


PULAU PINANG 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan setiap bantuan yang disediakan untuk rakyat dapat diagihkan secara adil dan saksama kepada semua kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertimbangan sedemikian amat penting supaya setiap rakyat dapat menikmati semangat kekitaan dan perasaan kebersamaan terhadap kemajuan negara.

“Prinsip ini yang akan menjadi panduan untuk masa depan kita.

“Kalau mahu mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kita perlukan bakat tempatan dan sumbangan daripada semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi.

“Jika semua bergerak sederap sebagai satu bangsa, satu negara dan satu visi, maka kita akan dapat mencapai apa yang diharapkan,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri di sini hari ini.

Kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai kaum hadir pada majlis yang berlangsung di Tanjung City Marina di sini.

Hadir sama Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan pemimpin parti-parti komponen BN. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Terdahulu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut beramah mesra dengan para hadirin.

Kedengaran juga beberapa pengunjung terutama kaum Cina memanggil Najib dengan gelaran ‘Ah Jib Gor’ yang bermaksud Abang Najib.

Najib memberitahu, prinsip berkenaan juga membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang kini mula dinikmati oleh rakyat semua kaum.

Beliau menambah, segala bentuk bantuan yang diberikan itu adalah ikhlas untuk membantu rakyat tanpa sebarang niat tertentu.

Jelasnya, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya.

“Kita ikhlas nak bagi, tiada udang di sebalik batu. “Jangan fikir lepas kita beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) nak kejar. Kita tiada niat sedemikian,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai prospek cukup baik memandangkan kerajaan telah meletakkan asas perkembangan ekonomi yang kukuh.

Jelasnya, ia mampu dilaksanakan melalui perancangan yang begitu menyeluruh, tersusun dan sistematik.


Tuesday, January 10, 2012

KEGAGALAN AZMIN DAN KOBODOHAN SAM KETOT TERSERLAH !!!


Kepada yang sampai awal di persekitaran Mahkamah Jalan Duta pagi semalam,pastinya nampak bagaimana Azmin menjerkah Shamsul Iskandar kerana menurunkan tandatangan di dokumen PDRM.Azmin kecewa kerana Ketua AMK membuat tindakan bodoh untuk menurunkan tandatangan sedang kan Latheefa Koyak sudah berulang kali menyatakan JANGAN TANDATANGAN apa-apa dokumen sekalipun.

Latheefa juga mengingatkan agar semua wakil PKR yang bertemu PDRM untuk membawa ‘air mineral’ sendiri sewaktu berbincang dengan PDRM.Nasihat Latheefa Koya gagal didengar oleh Sam Iskandar.Lawyer yang grad UIA (tapi bebal) itu terus menandatangani dokumen PDRM tanpa ada rasa segan silu.Sam terlalu seronok menjadi KOMANDER rali pagi semalam kerana dia sudah pun mendapat kepercayaan Anwar yang hebat.

Inilah yang membuatkan Azmin Ali naik angin.Sam gagal dengar nasihat.Peruntukan RM200,000 untuk mengurus pengangkutan,elaun hadir,keselamatan dan sebagainya sudah Azmin serahkan kepada Sam dua minggu lalu.Kehadiran ??? Tidak seperti yang Azmin jangka.mana 100 ribu ???

Sebenarnya,himpunan pagi semalam adalah satu ‘litmus test’ kepada kewibawaan Azmin dalam mengurus parti.Nampak gagal dan kacau bilau.Banyak benda yang tak settle.Kebanyakan yang hadir adalah kalangan ahli PKR Gombak dan PKR Ampang Jaya.Cabang lain tak nampak muka. Azmin naik angin lagi.SMM yang janji untuk menghantar 5,000 orang juga gagal.Duit sudah ambil. Hancur lagi.

Apapun, PKR kena rasional dan menerima apa sahaja keputusan mahkamah. Seperti yang Anwar ungkap di Pandan, ‘ini pilihan saya,saya pilih untuk berada dalam keadaan ini’.

Tahniah Anwar ibrahim


MUAHAHAHAHAHA....

Najib & kerajaan BN dapat pujian melambung sebab Anwar dibebaskan !!



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas keputusan itu, kerajaan berkata pemerintah hari ini membuktikan bahawa "Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas dan keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan tidak mempengaruhi Keputusan hakim '.


Gelombang pembaharuan demokrasi yang berani diperkenalkan oleh DS Najib Razak akan membantu meneruskan ketelusan ini kepada semua bidang kehidupan di Malaysia.


" Pembaharuan itu, ditambah pula dengan pembebasan (Anwar) hari ini, boleh dilihat oleh pengundi sebagai langkah-langkah positif dan diterjemahkan kepada undi untuk Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang. " kata penganalisis politik Malaysia Ong Kian Ming.


"Kalaulah [Anwar] disabitkan, beliau mungkin mendapat lebih simpati orang ramai yang kini tidak akan sekuat dulu.


[PM] Najib kini boleh cuba mengambil kesempatan daripada ini dengan meneruskan pembaharuan politiknya dengan berkata bahawa sistem kehakiman bebas dan adil, dan ... mendapat beberapa momentum dengan membawa parti ke pilihan raya akan datang.


Friday, January 6, 2012

Kenapa si TUA berKOTE BENGKOK ini patut diPENJARAkan sebelum bala Allah SWT menimpa kita semua..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ibarat MARAHkan NYAMUK, kelambu diBAKAR.. Apa pun apa JENIS pepatah Melayu diKELUARkan ketika ini rasanya sudah tak bawa MAKNA pun kepada puak-puak PKR yang GILA nak memperTAHANkan Penasihat PKR yang berKOTE BENGKOK ini.. Dengan kata lain, kalau NEGARA ini hendak diBAKAR mereka sekali pun, mereka akan BAKAR seolah-olah macam ianya HARTA Tok NENEK mereka.. Pada mereka, demi 'menyayangi' si KOTE BENGKOK yang GAGAL meNAFIkan dirinya LELAKI Y dalam sebuah video SEKS, mereka akan sanggup berbuat apa saja!

Begitu HEBATnya penangan KOTE BENGKOK di dalam PKR.. Mengalahkan PELACUR yang DAHAGAkan aksi RANJANG.. Hakikatnya, mereka GAGAL meNAFIkan segala-galanya demi menyelamatkan si KOTE BENGKOK ini?

- Mereka GAGAL meNAFIkan bukti DNA Penasihat PKR yang WUJUD dalam JUBOR bekas pembantu PERIBADInya?

- Mereka GAGAL meNAFIkan LELAKI Y dalam video SEKS yang diDEDAHkan DATUK T itu bukan Penasihat PKR?

- Mereka GAGAL memaksa Penasihat PKR berSUMPAH bersama-sama DATUK T dan mangsa JUBORnya?

- Mereka GAGAL meminta Penasihat PKR menunjukkan Jam OMEGA bagi meNAFIkan ianya di dalam tangan DATUK T?

Semuanya GAGAL, GAGAL dan GAGAL! Mereka cuma BERJAYA menipu beberapa orang yang BODOH untuk menyertai DEMONSTRASI bagi memperTAHANkan si KOTE BENGKOK ini dari 'MENGINAP' di JEL Sungai BULOH.. ->KLIK<-

Hakikatnya, jika si KOTE BENGKOK diBEBASkan, pasti NEGARA kita akan menerima bala daripada Allah SWT seperti mana umat Nabi Luth AS dan penduduk bandaraya POMPEII di Itali yang dikambus hidup-hidup dalam LETUPan gunung BERAPI.. Apakah kita ingin menjadi sedemikian? Wajarkah kita mengorbankan JUTAan NYAWA tidak berDOSA hanya kerana si TUA berKOTE BENGKOK yang umurnya dah masuk usia SENJA? Apa kata anda?

Untuk menguatkan lagi TUDUHan, Penasihat PKR berKOTE BENGKOK ini jugak tidak pernah TAMPIL untuk MENYAMAN individu berikut yang menDEDAHkan perilaku SEKSnya tanpa HENTI? Secara LOGIKnya, dia boleh aje MENYAMAN individu berikut jika dia mahu memBUKTIkan dirinya di pihak yang BENAR?

1) Ummi Hafilda binti Ali - SAKSI utama dalam KES 'menJUBOR'nya yang PERTAMA dahulu..

2) Nallakarupan - SAKSI utama yang pernah diPENJARAkan bersamanya kerana diKATAkan men'SUPPLY' keperluan SEKS Penasihat PKR..

3) Datuk ESKAY - Haa... Ini yang PELIK.. Kenapa sampai sekarang dia tak SAMAN-SAMAN? Sebaliknya dia yang menikus dengan orang nih? "Eskay, WHERE are YOU?" - SMS yang KONONnya diHANTAR selepas berAKSI dengan amoi CINA dalam video SEKS tersebut.. Kalau bukan, SAMAN je la? TAKUT?

4) Datuk Zul NORDIN - Bekas PEGUAMnya yang boleh diKATAkan penyokong RAPAT dia.. Menyatakan keSANGGUPan untuk jadik SAKSI pemBELA dalam MAHKAMAH tetapi diTOLAK Penasihat PKR yang sebaliknya KEKAL mahu memanggil orang lain yang tak ada kena mengena? KENAPA agaknya ye?

Tindak-tanduk Penasihat PKR sendiri yang menyebabkan DIRInya terPERANGKAP lepas tuh nak HERET seluruh NEGARA untuk 'diBAKAR' bersama-sama dalam RUSUHan dan DEMONSTRASI? Untuk apa? Adakah LOGIK dia nak menyamakan dirinya seperti tokoh-tokoh DEMOKRASI sanjungan BARAT di Timur Tengah sedangkan tokoh-tokoh tersebut tak pernah pun terDEDAH rupa bentuk KOTE mereka dalam mana-mana video SEKS? Pelikkan? Atau agaknya OTAK dah tak berFUNGSI? KAH!KAH!KAH!

NEGARA bukan sahaja diANCAM oleh RUSUHan demi memperTAHANkan si TUA berKOTE BENGKOK ini.. NEGARA jugak sedang diANCAM keRUNTUHan SISTEM keHAKIMan akibat beberapa ahli Majlis PEGUAM yang terang-terangan MENYOKONG agenda sebegini sedangkan ianya jelas mengHINA mahkamah? Majlis PEGUAM menjadi DAYUS apabila si TUA berKOTE BENGKOK ini berterusan mengHINA mahkamah dan dia sendiri yang dok TANGGUHkan perBICARAan sehingga ianya berDEKATan dengan tarikh PRU-13? Salah siapa? Bukan dia sendiri ke penyebabnya?

Mereka boleh berCAKAP besar untuk panggil beRATUS ribu orang sekali pun.. HAKIKATnya, jumlah yang HADIR sebenarnya semakin meROSOT.. PKR patut MALU kerana semasa pemilihan parti mereka GAGAL menunjukkan keTELUSan 'RATUSan RIBU' orang ini.. Lebai PAS pulak begitu BODOH kerana elok-elok ada PEMIMPIN yang 'BAIK' macam Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasha, yang buat KERJA terKUTUK umat Nabi LUTH AS jugak yang nak diSANJUNG? Kalau Allah SWT turunkan BALA nanti, ingat Pok Nik 'ALAIHISSALAM' tuh DOAnya diterima ke?

Wallahualam..


Thursday, January 5, 2012

Laporan Perubatan Bongkar Pembohongan Safwan Anang Yang Nazak !



Pihak kami telah menerima e-mail daripada seseorang yang terpaksa kami rahsiakan identitinya atas sebab-sebab perundangan. Namun, apa yang penting, pihak kami telah memetik sebahagian daripada kandungan e-mail tersebut yang dipercayai sebahagian daripada laporan perubatan Hospital Tanjung Malim untuk Safwan Anang dan Ammar. Tambahan lagi, kami mendapat tahu pihak peguam Safwan Anang masih belum menerima laporan perubatan anak guam beliau.

Muhamad safwan anang was brought to hospital slim river following the allaged scuffle with the police during demostration at UPSI. He claimed sustaining loss of conciousness (LOC) during that event. He however, was fully concious upon arrival at Hospital Slim River.

> Physical Examination showed that he sustained small abrasion over his lower inner lips and soft tissues injury over his chest. . Chest x-ray did not show any rib fractures or pneumothorax.

There was no internal injury. He had an old cheekbone fracture. During his hospital stay for more than 24 hours, he was very stable, he can talk, can eat normally,he did not exhibit any symtoms or signs of head injury and was discharged home this afternoon.

> Allegation that he was punched twice on the face,kicked on his chest was baseless as there were no evidence of such pattern of injuries. However, such pattern of injuries as sustained by him may be contributed to fall and can occur during scuffling.

> The news that he comatose or had life threatening injury as a result of the schuffled was a total lie. If somebody comatose, he definetely will not be left on the streacher alone and addmitted to the general ward. If he comatose, he will require assisted ventilation to support his breathing and placed in the intensive care unit. Furthermore, he will not be discharged the next day.


> The other guy (Ammar) sustained linear laceration above the nasal bridge and required suturing to close his wound.This pattern of injury consistent with the injury caused by sharp objects. No evidence that he was punched or injury caused by blunt objects. He received outpatient treatment and was subsequently discharged home.

Kesimpulan daripada "laporan perubatan" tersebut yang simpulkan:

1. Safwan Anang berada dalam kedaan sedar ketika tiba di Hospital Tanjung Malim.
2. Tiada kecederaan seperti dipukul dan ditumbuk pada tubuh Safwan Anang. Hanyalah kesan lebam akibat pergelutan. (ketika mengelak diri dari ditangkap?)
3. Kesan luka Ammar disebabkan objek tajam. (Apakah disebabkan oleh kaca pintu Klinik yang pecah akibat pencerobohan oleh mereka?)

Source : CTS

Anwar pendukung pluralisme?



Ismail Mina Ahmad

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.


Tuesday, January 3, 2012

Kronologi Beruk Rempuh Pagar UPSI!!??


Budak UM nak menceroboh UPSI?!!! Mana Mungkin!!!??
Budak UM buat apa kacau UPSI?? Awek awak duduk kat sini ke?
Khalid Ismeet Berbaju Merah Pelajar UM merempuh Pagar UPSI??!!
APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI UPSI?

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadapPerdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI. Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.


ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM


Read more: http://mukapetang.blogspot.com/2012/01/kronologi-beruk-rempuh-pagar-upsi.html#ixzz1iNoduc1p
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike