Sunday, November 27, 2011

Taktik Anwar selamatkan diri

Oleh AZRAI MOHAMMAD / azrai.mohammad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini, disifatkan sebagai 'serangan awal' bagi menangkis apa jua keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan kes liwatnya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tujuan Anwar itu adalah supaya masyarakat di dalam dan luar negara melihat beliau kononnya berada di pihak yang benar.

Malah, katanya, taktik menyelamatkan diri itu turut digunakan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.

"Anwar memang bermasalah di mahkamah, jadi dia serang awal-awal. Kalau keputusan tidak memihak kepadanya nanti, maka dia pun beritahu apa yang dikatakannya itu adalah benar.

"Dalam pilihan raya pula, pembangkang tuduh proses pilihan raya berat sebelah, jadi apabila kalah, mereka akan kata bukan tidak mendapat sokongan rakyat tetapi pilihan raya yang tidak telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.

Anwar turut mendakwa, hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Menurut Zahrain, Anwar boleh dilabelkan sebagai penderhaka negara kerana tidak beretika dalam permainan berpolitik dengan membawa cerita-cerita pembohongan.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, Anwar memang sengaja memilih Indonesia kerana Ketua Pembangkang itu tahu sentimen kebencian di kalangan rakyat negara itu terhadap Malaysia memang sudah wujud.

"Dia pergi ke sana untuk menambah rasa kebencian itu demi kelangsungan politiknya yang telah luntur di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula berkata, Anwar menunjukkan sikap 'cakap tak serupa bikin' kerana beliau sendiri telah memfailkan berpuluh-puluh kes menuntut ganti rugi di mahkamah yang dikatakan tidak bebas.

"Jika tidak puas hati, kenapa perlu failkan hingga berpuluh-puluh kes di mahkamah. Maksudnya dia masih percaya dengan sistem kehakiman

"Malah sebagai Ahli Parlimen, dia boleh gunakan Dewan Rakyat untuk membicarakan perkara ini, kenapa perlu pergi ke Indonesia?," ujarnya.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pula berkata, Anwar perlu diberi amaran serta diambil tindakan tegas oleh mahkamah yang membicarakan kes beliau atas kritikannya itu.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan nama dan imej negara adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memberi impak negatif kepada negara.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahimberkata, kenyataan memburukkan negara yang dilemparkan itu tidak selaras dengan falsafah dan tafsiran Perlembagaan Malaysia.

"Saya khuatir tindakan Anwar itu akan menjejaskan imej dan hubungan diplomatik negara yang telah dibina sejak merdeka," katanya.

Friday, November 25, 2011

Seksyen 15 AUKU akan dipinda


Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perhimpunan Aman di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang,” jelasnya.

Pada 31 Oktober lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keempat-empat penuntut tersebut, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan ketika kempen semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Thursday, November 24, 2011

Gempar! Isu Pilihanraya PKR bocor!

Kita jangan anggap serangan demi serangan, portal pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai kosong dan tidak bertujuan. Naive sangat kita kalau anggap begitu. Ini semua strategi dan susunan yang sangat rapi oleh Anwar dan Media Strategist-nya. Hebat. Memang teratur dan tersusun.

Apa strategi? Nak pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang teman, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.

Antara isu yang sedang digunapakai:-

NFC – jangan lupa, anak Shahrizat memecat seorang kakitangan Cina (budak DAP) di dalam syarikat tersebut tahun lalu. Semua data dan perincian mengenai projek NFC ada di tangan akauntan Cina ini. Silap anak Shahrizat juga, ambil staff ikut suka hati.


Private Jet Zahid Hamidi – menurut sumber, benar Zahid menggunakan private jet. Dia juga mengakuinya. Katanya, milik orang lain – namun menurut sumber dalaman sejumlah RM400k dibayar untuk khidmat tersebut. Info ini diberitahu oleh orang Zahid sendiri – kononnya atas dasar bangga dan seronok kerana boss-nya mampu dan kaya. Plain bangang!


Kedai Rakyat 1Malaysia


Keuntungan berganda penjualan Science Park di Selangor (siapa untung? Satim atau Khir?)


Isteri Noh Omar memiliki beberapa bidang tanah strategik di Shah Alam.


Ini semua baru sedikit. Di peringkat media strategist Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Guna pendekatan – blitzkrieg. Lightning war. Cepat dan pastikan musuh penat bertahan.

Nampaknya setakat ini, taktik ini menampilkan kejayaan. Dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri buka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan; ianya akan memberikan banyak lagi modal untuk mereka menyerang kerajaan.

Katanya, fokus seterusnya adalah Pulau Pinang dan Kedah. Banyak juga isu, khususnya yang melibatkan Mahdzir Khalid dan konco-konconya seperti Ali Yahya dan Rawi (Langkawi). Banyak data sedang dikumpul dan akan dilambak menjelang pilihanraya.

Anwar yang mahukan blitzkrieg ini dijayakan bagi menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO. Bahaya….

Kita semua kena hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan kepada dis-credit Anwar sama sekali. Memang sudah terjadi tetapi gelombang ini belum cukup kuat.

Gelagat Anwar

Isu sudah keluar. Nama-nama yang terlibat perlu siap-sedia menangkis.

Jangan harapkan orang tolong cuci..

Tamparan sulung Taib Mahmud ke atas ADUN DAP Kota Sentosa

Keep silent - better safe than sorry

Tak sangka rupa-rupanya ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen terketar-ketar takut dan membisu sebaik 'ditampar' Ketua Menteri Sarawak ketika sidang DUN baru-baru ini. Terpinga-pinga dia bila diberi 'amaran maut' yang tak pernah didengarinya dari mulut Pehin Sri sendiri.

Kejadian bermula ketika Pehin Sri Taib Mahmud membuat ucapan penggulungan Ketua Menteri pada hari terakhir sidang DUN ke-17, tiba-tiba ADUN DAP itu mencelah dengan soalan mengenai penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan Ketua Menteri.

Sudahlah menyampuk pada masa tak betul, Chong buat pula tuduhan melulu secara membabi buta dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti Ketua Menteri. Berani sungguh Chong dengan dakwaannya sedangkan apa yang didengarinya hanyalah spekulasi liar daripada sumber yang tidak berasas.

Hal itu lantas dijawab Pehin Sri katanya,

"Saya tahu, semua ini adalah permainan propaganda “jahat” pembangkang kerana tuduhan-tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali apatah lagi dari benar, ditambahkan lagi dengan menggunakan media massa untuk menyiarkan secara meluas tentang pembohongan besar ini.”

Kemudian dengan tegas Ketua Menteri Sarawak memandang tepat ke arah Chong sambil katanya lagi,

“Sekiranya kamu (Chieng) berani mengulangi kata-kata berbaur fitnah dan pembohongan itu di luar dewan ini kepada pihak media, saya tidak akan teragak-agak menyeret kamu ke muka pengadilan untuk tindakan undang-undang.”

Begitulah tamparan yang diterima ADUN DAP itu kerana setiap kali bersidang, mereka akan mencelah dengan pelbagai bentuk provokasi yang merapu raban dan membabi buta.

Selama ini kita lihat Pehin Sri sabar mendiamkan diri, kali ini dia mengancam Chong Chieng Jen dengan tindakan undang-undang sekiranya serangan peribadi diteruskan terhadap Ketua Menteri itu.

Kelantangan Pehin Sri itu telah menyebabkan rakan-rakan Chong yang lain gugup dan membisu sehinggalah tamat ucapan penggulungan Ketua Menteri tanpa sebarang gangguan dan suara-suara sumbang mereka.

Rajahmas sangkakan sebelum ini mereka cukup hebat dengan tuduhan demi tuduhan terhadap Pehin Sri, sebaik dicabar rupa-rupanya mereka tidak berani mengambil risiko disaman dalam mahkamah.

Kesimpulannya, jika dakwaan mereka penyalahgunaan kuasa terhadap Pehin Sri itu benar kenapa pula takut untuk menghadapi tindakan mahkamah?

Akhirnya seperti dilaporkan rakan blogger Unreportednews.blogspot, Chong Chieng Jen terus meninggalkan bangunan DUN sebaik saja selesai tanpa sidang akhbar sepertimana lazimnya dilakukannya sebelum ini.

Monday, November 21, 2011

Slogan khas BN Pilihan Orang Muda

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), khusus untuk menarik sokongan golongan muda terhadap perjuangan parti itu terutamanya UMNO iaitu BN Pilihan Orang Muda.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan itu dilancarkan Presiden UMNO sejurus selepas menyampaikan amanat kepada pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Presiden telah melancarkan slogan baru untuk generasi muda, jadi semua gerak kerja kita akan tertumpu kepada slogan tersebut. Identiti itu akan menjadi teras kepada apa yang kita lakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat itu.

Khairy berkata, slogan yang menjadi laungan BN sebelum ini iaitu Undilah Barisan Nasionaldisegarkan semula dengan slogan terbaru bagi generasi muda itu.

"Sekarang kita segarkan semula (slogan) dan kita tunjukkan bahawa orang muda ada pilihan. Kita harap selepas apa yang mereka lihat, kita lakukan, pilihan mereka adalah BN," katanya.

Menyentuh mengenai amanat Presiden UMNO, Khairy berkata, ia mendapat sambutan baik dihadiri oleh kira-kira 3,000 wakil iaitu yang terdiri daripada kepimpinan lima tertinggi di setiap bahagian Pemuda dan Puteri di seluruh negara.

Friday, November 18, 2011

Penjelasan Lengkap NFC Jawab Fitnah Lembu (Sebarkan)

National Feedlot Corporation (NFC) telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semasa menjawab dakwaan PKR yang mempersoalkan pembelian unit-unit kondominium di Bangsar oleh syarikat itu, berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya di satu sidang akhbar di Gemas pada Khamis.

Bernama melaporkan, Mohammad Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Mohammad Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur. Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Mohammad Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.

"Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan," katanya.

Mohammad Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.

Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata mengwujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.

"Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium," tambah beliau.

Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Mohammad Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.

Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.

NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasaraya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.

Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.

"Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan," katanya.-17/11/2011

Sumber : Agenda Daily

http://www.agendadaily.com/index.php

ISU DAKWAT KEKAL

SILA BALA DISINI http://www.papagomo.com/2011/11/ekslusif-video-konspirasi-pas-dap-pkr.html

Tsu Koon tak akan bertanding PRU13

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kawasan sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu, Tsu Koon, 62, berkata, secara asasnya, ia merupakan keputusan peribadi dan telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.

Namun katanya, beliau tidak berada di bawah tekanan untuk membuat keputusan itu walaupun berhadapan pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini termasuk dari dalam parti yang mendesaknya supaya meletak jawatan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai hasrat saya ini dan beliau menerima serta menghormati keputusan tersebut.

“Ia juga selaras dengan langkah kepada pembaharuan dan transformasi Gerakan dengan memberi peluang kepada generasi pelapis memainkan peranan lebih penting menerusi agenda ‘Gerak Bersama Rakyat',” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selasa lepas, Tsu Koon menyatakan bahawa beliau akan membuat pengumuman penting mengenai pelan pembaharuan parti itu hari ini.

Tsu Koon berkata, beliau masih kekal sebagai Presiden Gerakan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan ditentukan Perdana Menteri.

GAMBAR !! DALIL PEMIMPIN PAS KAYA RAYA !! RAKYAT PAPA KEDANA D KELATE ?!! part 1












PAS adalah sebuah Parti Islam yang terpesong dari landasan sebenar Agama Islam. Pas adalah parti yang akan merosakkan umat Islam dan Agama Islam.Lihat saja HUDUD, agak sakit mata jika melihat penghinaan keatas Hukum Allah ini.Yang mengusulkan HUDUD adalah Lebai Kelarah,Yang menghina pula si Jahil Tukil, Bagi yang alim dan warak mereka mengatakan belum sampai waktunya lagi, Hudud adalah Hukum yang cantik dan memerlukan masa yang cantik untuk melaksanakannya.

Orang yang benar-benar alim tidak pernah menolak Hudud bahkan menyokong ia dilaksanakan diatas masa yang sesuai supaya tidak berlaku ketidakadilan. Pada zaman Saidina Umar dan beberapa sahabat yang lain mereka juga tidak sekadar fokus untuk melaksanakan Hukum Hudud semata-mata. Bukan bermakna menolak,

Tetapi konsep membawa keadilan didalam Islam itu lebih penting dan bila segalanya adil, semua rakyat dapat menikmati kehidupan yang adil, segala hasil negara dibahagi secara adil, semua rakyat dapat makan, Lepas tu barulah kita bercakap pasal perlaksanaan Hukum Hudud. GK malas ulas panjang pasal Hudud ni, Kerana nampak sangat ianya dipergunakan untuk kepentingan politik...



DALIL,BUKTI,NAS DAN KANTA UNTUK MELIHAT FATWA IKUT SUKA SERTA BEBERAPA KEADAAN DI NEGERI PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM.




1.) Nik Aziz menyokong larangan penggunaan pembesar suara di Negeri yang diterajui oleh DAP yaitu Pulau Pinang sedangkan larangan tersebut tidak dikuatkuasakan di Negeri Kelantan. Nik Aziz di petik sebagai berkata "Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati,".

BUKA MINDA : Yes itu adalah hukum yang sebenarnya, Tapi dilihat dari sudut yang lain ia menampakkan sokongan yang tunduk kepada DAP semata-mata. Masyarakat majmuk dibangkitkan dalam perkara ini, Berkaitan Hudud pula bagaimana? Apakah setelah berkongsi kuasa dengan DAP nanti dan mentadbir negara Hukum Hudud akan terlaksana?Atau nanti untuk melaksanakan HUDUD akan dibangkitkan perkara yang sama sepertimana juga UMNO telah usulkan pada sebelumnya.

Jika soal hukum yang melibatkan semua baik Islam atau bukan Islam(penggunaan pembesar suara sebelum Subuh), Sepatutnya hendaklah dikuatkuasakan walau dimana saja. Tidak timbulkah soal Bida'ah? Atau takut kehilangan undi di Kelantan dan menyorok kebenaran itu bagi mengelak pertembungan dengan adat yang sudah menjadi ibadat.




Untuk apa kereta mewah ini wahai Pemimpin Islam? Perlukah BMW 7s
or merc e240/s350? Tidaklah salah memakai kereta mewah sekiranya
rakyat disekeliling itu tiada lagi yang miskin. Nabi tidak suruh PEWARISNYA
pakai kereta mewah sedangkan rakyat nak makan pun susah.
Jgn hanyut dengan Pemimpin yang bukan dikalangan pewaris Nabi .



Banyaknya Fulus,Dari mana datangnya dan kemana ia dibelanjakan.
Apakah ini bukan disebut sebagai wang rakyat??? Ini cari duit cara
ISLAMIK...Derma...bukan bagi ya.... tapi derma ikhlas. Pelbagai cara
mencari duit. Takper asalkan Halal. Kutip lagi banyak-banyak.Sebab inilah
cara Islam yang sebenarnya. Saidina Umar pun buat macam ni jugak ke?

2.) Kutipan Derma yang dilakukan oleh PAS dimana sahaja muka bumi di Malaysia ini agak-agaknya dah berapa BILLION? Kutipan ini kita kira dari tahun 1990. GK rasa sudah mencecah Billion dah.

Kemana wang itu? Memang bukan kerja GK untuk persoalkan cara cari duit puak PAS ni. Tapi harus di ingat derma yang dikutip itu diomong sebagai derma untuk Fi Sabilillah. Atas dunia ni orang tak berkuasa nak audit, Tapi diakhirat nanti takkan terlepas walaupun 1sen. PAS mampu bina atau beli bangunan sendiri, Secara pukalnya PAS mampu untuk bergerak dengan lebih jauh lagi disebabkan hasil sumbangan rakyat miskin, kaya dan sederhana.


Perlukah Bangunan PAS GAH seperti ini, Contohnya di Pusat Tarbiyah
PAS PUTIK di Peng Chepa, Seakan Istana Firaun, Dihiasi dengan
Nur TNB yang melimpah ruah... Ini sebahagian kerja Jahiliyah moden.
Pembaziran wang rakyat!!!Jika amalan Rasulullah,Pasti baginda
mengutamakan rakyat yg miskin dari membina bangunan seperti ini.




Berapa banyak wang dibazirkan diatas perkara yang tidak kena pada
tempatnya,Politik ni maknanya Tadbir,Rasulullah mentadbir Negara
di Masjid.Tapi ya lah tidak sesuai dengan zaman sekarang.
Kalau ya pun tidak sesuai takkanlah dibinanya bangunan setiap
Parlimen.Mungkin inilah cara Islamik.

BUKA MINDA : Kutip derma dengan rakyat, Atas kepala pengutip derma dipakaikan kopiah, Di Malaysia kopiah adalah lambang kepada Islam. Keburukkannya sikap meminta-minta yang tak pernah cukup atau mampu untuk berdikari melabelkan sikap seorang muslim. Dahlah di kedai Mamak pun yang datang minta derma budak pakai kopiah jugak,

Sedikit masa lagi masyarakat terutamanya bukan Islam akan lari bila tengok orang pakai kopiah, Untuk rakyat pandai disuruh berdikari dan jangan mengharap bantuan kerajaan semata-mata. Apakah Islam mengajar untuk meminta-minta sampai ke hari kiamat? Diminta dengan rakyat tidak kira miskin atau kaya, Pemimpin PAS sendiri bermewah, Pakai kereta besar, bini ramai, mesyuarat kat Hotel Eksklusif, Apa Pemimpin PAS tidak sedekahkan sebahagian besar hartanya pada jalan Allah.

3.) “Pas yang dulu ditubuhkan konon untuk daulatkan negara Islam hingga apabila kita berpakat dengan MCA dan MIC, Pas label UMNO kafir dan sesat, parti itu haramkan kita sebab berpeluk dengan Tun Ling Lion Sik, sebab kita berpeluk dengan Datuk Seri Samy Vellu dan Tan Sri Lim Kheng Yaik.-Naib Presiden Umno.. Terbalik habis segala kenyataan,

Contohnya bila ada yang mengatakan tak boleh sokong PAS sebab bersekongkol dengan DAP, Pemimpin PAS akan jawab, UMNO bersekongkol dengan MCA dan MIC macam mana, Seolah TokGuru PAS berkiblatkan UMNO. Apakah UMNO lebih Islam daripada PAS. Sedangkan dahulu mengkafirkan Umno, menentang Umno adalah jihad, kerana umno tolak Hukum Hudud, Menyokong DAP adalah syahid ke macam mana?

BUKA MINDA : Itulah Politik PAS,Kalau kena pada pihak lawan haram hukumnya, kalau dia sendiri buat halal je. Pemikiran dan politik PAS sangat sempit dan menyempitkan. Menghukum sesuka hatinya demi kuasa Politik. Apa sebenarnya masalah PAS? Jahil agama atau Jual agama? Apa PAS ni tiada maruah sehingga nak membandingkan dengan UMNO yang dikenali dengan jahil dalam agama, walhal Umno tidak sanggup mengguna agama demi mengaut keuntungan politik.

Kalau pemimpin PAS salah guna wang rakyat contohnya, Mereka akan bandingkan Pemimpin UMNO lagi banyak salah guna wang rakyat. Apakah Islam nak tahu sedikit atau banyak? Atau juga buat atau tidak buat?Atau sedikit masa lagi Fatwa PAS akan berbunyi Halal ambil wang rakyat kalau sedikit.

Yang haramnya kalau ambil banyak? Ini tidak mustahil langsung untuk terjadi. Jika kita lihat dalam konteks penghayatan secara ilmiah, Dapat dilihat bahawa Pemimpin PAS seolah menganggap ISLAM ini miliknya sendiri dan ALLAH pula seakan redha dengan apa saja perbuatan atau fatwa yang dikeluarkan oleh Pemimpin PAS.

4.) Pasal pembinaan lebuhraya berTol yang dibangunkan oleh Umno sewaktu ketika dahulu, masih ingatkah kita apa kata pemimpin PAS. Memuji atau mengutuk? Kalau Pas memerintah semuanya diomong nak bagi free je. Tapi sekarang Fatwa pas berubah lagi tentang lebuhraya dan Tol.




Pas pun ada tuala cenderahati jugak ya!!! Untuk pilihanraya ke? Tuala tu bagus boleh buat lap macam-macam. Kalau Umno dia bagi kain pelikat jarang. xder class. Yg tu pula kemudahan awam tempat perhentian teksi atau tempat rakyat menunggu teksi? Yg datang tunggu teksi ni macam-macam orang, Yg pergi bangunan PAS tu hanyalah yang tertipu tipah sahaja. Mana lagi penting. Tu belum dikira kemudahan asas seperti air lagi... Apapun PAS lagi penting dari segalanya termasuk penciptanya.

BUKA MINDA : Dari aspek agama, ekonomi, pembangunan dan berkebajikan Umno terkedepan jauh meninggalkan PAS. Jika sampai waktu PAS memerintah akan dilakukan sepertimana yang dilakukan oleh Umno pada hari ini bahkan mungkin lebih teruk lagi. Jika memerintah Negeri kegagalan kepada sesuatu akan dialasankan dengan Sultan.

Andaikata Memerintah negara apa pula yang akan dialasankan. Mungkin juga YDP Agong ataupun kuasa besar dunia. GK rasa ramai sudah celik akan masalah ini.Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang akan dilakukan oleh PAS, bahkan berkeadaan lebih teruk lagi kerana karung guni yang masih kosong dan kontang.

5.) Umno rasuah, salah guna wang rakyat, kronisme dan bermacam lagi jenayah politik, Sedangkan diomongnya Pemimpin PAS zuhud, Mementingkan rakyat dari kepentingan peribadi, Pendek kata segala yang baik itu adalah PAS dan yang buruk pula adalah UMNO.

BUKA MINDA : Apakah yang terjadi pada Pemimpin PAS hari ini. Lebih dasyat dari UMNO atau lebih zuhud dari Umar abdul Aziz. Islam tahap manakah yang ada dalam diri Pemimpin PAS. Sepatutnya PAS perlu berterima kasih diatas jenayah politik Umno itu kerana sekurang-kurangnya Umno tidak menyerang kembali PAS kerana takut pekungnya juga akan terbongkar.

Umno mempunyai banyak ruang untuk menyerang, Dengan kesalahan Pepimpin PAS, Dengan kuasa dan juga pengaruh yang Umno ada pasti Pemimpin Pas tidak akan terlepas jika Umno benar-benar ingin menggulingkan PAS. Memang benar ALLAH yang berkuasa, Tapi kalau cari penyakit pi baring atas rail keretapi dan digilis, adat kata macam mana agaknya. Renungkanlah wahai pemimpin PAS.Buat rakyat Kelate anda mampu mengubahnya..

Wednesday, November 16, 2011

UMNO boleh menang banyak

PULAU PINANG 14 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan parti itu mampu menambah lebih banyak kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain mempertahankan 11 kerusi sedia ada yang telah dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, kajian yang dibuat pergerakan itu mendapati terdapat beberapa kerusi lain yang boleh ditawan terutama di kawasan yang wakil rakyatnya gagal menunjukkan prestasi kerja baik.

Jelas beliau, tidak ketinggalan menjadi tumpuan adalah kawasan lain yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti rendah.

''Ketika ini, kita fokus kepada pengundi muda. Kita sudah buat kajian mengenai kedudukan pengundi muda bukan sahaja di Pulau Pinang malahan negeri lain dan fokus kempen kita dalam tiga hingga enam bulan ini tertumpu kepada kumpulan ini yang memainkan peranan yang sangat penting,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemuda UMNO Malaysia Kedua di sini hari ini.

Selain strategi kempen pilihan raya, mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang program-program yang telah disusun selama dua minggu menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Menurut Khairy, dalam menjayakan gerak kerja tersebut, pihaknya akan menumpukan usaha mendekati golongan muda yang dibahagikan kepada beberapa kawasan termasuk mengikut lokasi mengundi, bandar dan luar bandar.

"Kita akan dekati mereka mengikut isu tempatan di kawasan itu begitu juga pengundi yang sebelum ini tidak kita dekati dan terlepas pandang.

"Kita akan cuba membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dalam usaha merampas semula Pulau Pinang," ujarnya.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya telah membina satu pangkalan data mengandungi maklumat mengenai semua individu yang terlibat dan diberi bantuan oleh pergerakan itu untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, pada setiap program yang dianjurkan Pemuda terutamanya oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO, pihaknya telah mendaftarkan mereka yang terlibat di dalam sistem pangkalan data bersepadu itu yang mengandungi semua maklumat terperinci mengenai individu terlibat.

''Setakat ini SHEB telah mendaftar lebih daripada 213,000 orang yang pernah terlibat dalam program yang mereka anjurkan manakala 200,000 orang lagi kita daftarkan semasa program Karnival Kerjaya Pemuda BN yang pertama.

''Mereka ini akan kita hubungi sama ada melalui emel, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyalurkan sebarang maklumat mengenai kempen pilihan raya umum akan datang. Kita akan dekati mereka dengan cara yang lebih berkesan," ujarnya.

Tuesday, November 15, 2011

Tiada had umur asalkan calon boleh menang - Perdana Menteri



Najib Tun Razak memenuhi permintaan ahli-ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia untuk menandatangani autograf pada buku yang bertajuk Pewaris Kepimpinan Pemacu Perubahan di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 10 Nov. - Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Menurut Najib, beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.

Beliau menambah, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.

"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.

Najib berkata, perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.

Katanya, ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan sekarang adalah yang terbaik untuk rakyat.

Selain itu, Najib seterusnya memberitahu, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara," katanya. - BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

4 ADUN Tidak Hadiri Persidangan DUN

  1. KUCHING: Empat ADUN iaitu dua lelaki dan dua wanita BN tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula semalam hingga 23 November ini. Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, penge-cualian diberikan kepada keempat-empat ADUN iaitu Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai), Sharifah Hashidah Sayeed Aman Ghazali (BN-Semariang), Simoi Peri (BN-Lingga) dan Razaili Gapor (BN-Beting Maro) yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.
  2. Beliau menambah, selain daripada empat ADUN itu, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg juga diberikan pengecualian.Jelasnya, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan ADUN Satok tidak akan menghadiri kesemua sesi sepanjang minggu ini tetapi akan menyampaikan ucapan penggulungan untuk dua kementerian di bawah tanggungjawabnya.



Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/15/empat-adun-bn-tidak-had
iri-persidangan-dun/#ixzz1dkDpqQ93

Bandingan palsu pembangkang


PETALING JAYA 14 Nov. - Perbandingan harga yang dilakukan ahli-ahli Parlimen pembangkang terhadap produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah palsu dan bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata.

Sambil membidas tindakan tersebut, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, dari segi kualiti, sepatutnya mereka membandingkan produk KR1M dengan produk Carrefour Brand bukannya Carrefour Big Saver.

Katanya, harga produk Carrefour yang dibandingkan pembangkang dengan produk KR1M turut bercanggah dengan harga sebenar produk tersebut di pasaran.

"Produk kami menunjukkan penjimatan antara 30 hingga 50 peratus apabila dibandingkan dengan jenama popular serta antarabangsa misalnya Nestle, P&G, Unilever dan sebagainya. Pembangkang pula membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain seperti Carrefour Big Saver.

"23 barangan yang dibandingkan pembangkang adalah tidak berasas kerana terdapat perbezaan daripada segi kualiti seperti pencuci serbaguna, sardin dan teh Ceylon," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini yang menyatakan bahawa harga dan kualiti produk KR1M tidak seperti yang digambarkan.

Jelas Ameer Ali, kualiti pencuci serba guna adalah berlainan dan mempunyai komposisi berbeza manakala produk sardin yang dibandingkan berbeza daripada segi kualiti dan rupa berbanding produk KR1M.

Tambahnya, perbandingan terhadap teh Ceylon dengan teh hitam keluaran Carrefour turut tidak setara kerana teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti manakala teh hitam adalah campuran sumber teh dari Indonesia dan Sri Lanka.

Berhubung perbandingan produk lain katanya, pembangkang seharusnya membandingkan produk KR1M dengan jenama seperti peluntur pakaian Clorox, pencuci pakaian Dynamo dan sabun buku Dobi.

Daripada segi berat dan isipadu, ujar beliau, Tony membandingkan pencuci pinggan mangkuk KR1M yang berisipadu 400 gram dengan pencuci pinggan mangkuk Carrefour Big Savers berisipadu 350 gram yang kualiti pembungkusannya berbeza.

Beliau menambah, begitu juga dengan produk koktail buah-buahan KR1M yang dibandingkan dengan produk sama jenama Edible Specialities yang isipadunya kurang daripada 150 gram.

Sementara itu, berhubung kandungan khasiat produk, susu pekat KR1M mempunyai khasiat 2 gram protein berbanding krimer manis Carrefour Brand sebanyak 1.6 gram protein.

"Terdapat juga produk yang berlainan jenis dibandingkan oleh Tony iaitu minuman bes blackcurrant KR1M yang dibandingkan dengan kordial anggur Carrefour Big Saver.

"Turut dikesan pada perbandingan pembangkang adalah enam produk yang harganya jauh lebih rendah daripada harga sebenar iaitu tisu tandas, krimer pekat manis, daging kisar jenama Ramly, kentang goreng jenama KK dan minuman berkarbonat," tambah beliau.

Dalam pada itu, pembekal susu segar menolak sama sekali dakwaan susu segar yang dijualnya di KR1M dicemari bakteria E.Coli.

Pengarah Corakmas Marketing Sdn. Bhd, Low Chee Keong berkata, setiap susu yang dibekalkan telah menjalani sebanyak dua pemeringkatan saringan sebelum dipasarkan KR1M.

"Kami menerima susu segar daripada penternak-penternak lembu seawal pagi yang akan diuji tahap bakteria terlebih dahulu sebelum dibeli daripada mereka.

"Malah dalam pemprosesan kilang, kita berjaya mengurangkan tahap kehadiran koloni bakteria sebanyak 1,000 dengan tahap suhu setinggi 85 darjah selsius," tegasnya.

Tuesday, November 8, 2011

Sikap membisu PKR sesuatu yang ajaib – Ibrahim

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih membisu tanpa sebarang pendirian berhubung isu program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011.

Katanya, adalah merupakan sesuatu yang pelik dan ajaib bagi parti itu apabila mereka mengambil langkah berdiam diri terhadap isu berkenaan.

“PKR sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan berhubung pelbagai isu sehingga perkara yang bukan menjadi isu pun ‘dibisingkan’ oleh mereka.

“Namun, mengapa isu sebesar ini tidak diambil pusing oleh parti berkenaan?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sikap membisu PKR berhubung penganjuran program yang menjadi perhatian umum itu.

Tambah Ibrahim, tindakan PKR tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka yang hipokrit dalam perjuangan.

Selain itu, Ibrahim menegaskan bahawa kenyataannya semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyifatkan program Seksualiti Merdeka 2011 cuba mempromosikan budaya ‘binatang’ dalam kalangan rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

“Saya bukan menyamakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ini sebagai binatang tetapi perbuatan mereka itu sebenarnya yang saya maksudkan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof turut mempersoalkan tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Ini bukan soal politik tetapi kepentingan rakyat negara ini. Jangan hanya mahu berpolitik sepanjang masa tetapi senyap membisu apabila berhadapan dengan isu ini,” katanya.

Tambah Abdullah, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan UMNO berhubung perkara itu juga boleh dipertikaikan

“Semua pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menangani isu-isu sebegini dan bukannya saling tuding- menuding,” ujarnya