Keep silent - better safe than sorry |
Tak sangka rupa-rupanya ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen terketar-ketar takut dan membisu sebaik 'ditampar' Ketua Menteri Sarawak ketika sidang DUN baru-baru ini. Terpinga-pinga dia bila diberi 'amaran maut' yang tak pernah didengarinya dari mulut Pehin Sri sendiri.
Kejadian bermula ketika Pehin Sri Taib Mahmud membuat ucapan penggulungan Ketua Menteri pada hari terakhir sidang DUN ke-17, tiba-tiba ADUN DAP itu mencelah dengan soalan mengenai penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan Ketua Menteri.
Sudahlah menyampuk pada masa tak betul, Chong buat pula tuduhan melulu secara membabi buta dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti Ketua Menteri. Berani sungguh Chong dengan dakwaannya sedangkan apa yang didengarinya hanyalah spekulasi liar daripada sumber yang tidak berasas.
Hal itu lantas dijawab Pehin Sri katanya,
"Saya tahu, semua ini adalah permainan propaganda “jahat” pembangkang kerana tuduhan-tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali apatah lagi dari benar, ditambahkan lagi dengan menggunakan media massa untuk menyiarkan secara meluas tentang pembohongan besar ini.”
Kemudian dengan tegas Ketua Menteri Sarawak memandang tepat ke arah Chong sambil katanya lagi,
“Sekiranya kamu (Chieng) berani mengulangi kata-kata berbaur fitnah dan pembohongan itu di luar dewan ini kepada pihak media, saya tidak akan teragak-agak menyeret kamu ke muka pengadilan untuk tindakan undang-undang.”
Begitulah tamparan yang diterima ADUN DAP itu kerana setiap kali bersidang, mereka akan mencelah dengan pelbagai bentuk provokasi yang merapu raban dan membabi buta.
Selama ini kita lihat Pehin Sri sabar mendiamkan diri, kali ini dia mengancam Chong Chieng Jen dengan tindakan undang-undang sekiranya serangan peribadi diteruskan terhadap Ketua Menteri itu.
Kelantangan Pehin Sri itu telah menyebabkan rakan-rakan Chong yang lain gugup dan membisu sehinggalah tamat ucapan penggulungan Ketua Menteri tanpa sebarang gangguan dan suara-suara sumbang mereka.
Rajahmas sangkakan sebelum ini mereka cukup hebat dengan tuduhan demi tuduhan terhadap Pehin Sri, sebaik dicabar rupa-rupanya mereka tidak berani mengambil risiko disaman dalam mahkamah.
Kesimpulannya, jika dakwaan mereka penyalahgunaan kuasa terhadap Pehin Sri itu benar kenapa pula takut untuk menghadapi tindakan mahkamah?
Akhirnya seperti dilaporkan rakan blogger Unreportednews.blogspot, Chong Chieng Jen terus meninggalkan bangunan DUN sebaik saja selesai tanpa sidang akhbar sepertimana lazimnya dilakukannya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment