Tuesday, August 2, 2011

Dr Jerip mungkin akan disenarai dalam kabinet



JANJI PILIHAN RAYA: Dr Jerip (kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian jambatan Kampung Sigandar sambil disaksikan oleh Jepus (kiri), Wilson Spilak (dua kanan) dan Austin (tiga kanan).

PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh Dr Jerip Susil berkemungkinan besar disenaraikan dalam kabinet negeri sebagai pengiktirafan kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri terhadap sokongan penduduk di kawasan majoriti Bidayuh itu.

Berucap sempena upacara perasmian jambatan di Kampung Sigandar di sini semalam, Dr Jerip berkata pengiktirafan tersebut juga akan diterjemahkan melalui usaha beliau dalam meningkatkan lagi bantuan kepada penduduk di segenap kampung.

“Nampaknya, bintang sudah bersinar… berkemungkinan rombakan kabinet pada September ini wakil rakyat di sini (Bengoh) akan bertambah rezeki, maka peruntukan pun akan bertambah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata rombakan kabinet ini akan menyaksikan pengiktirafan kerajaan BN kepada masyarakat Bidayuh setelah kesemua calon BN berjaya memenangi kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri ke-10 lalu.

“Rombakan kabinet kali ini juga akan memberikan keuntungan kepada Bidayuh.

“Ketua Menteri telah berkata Bidayuh banyak memberikan sokongan kepada BN, maka mereka akan diiktiraf,” katanya.

Dr Jerip yang menyandang kerusi DUN Bengoh untuk penggal ketiga dikhabarkan berpeluang besar menyertai barisan kabinet negeri yang dijangka dirombak pada September depan.

Sementara itu, Dr Jerip berkata pembinaan jambatan Kampung Sigandar adalah sebahagian daripada janji yang beliau tunaikan semasa kempen pilihan raya yang lepas.

Jambatan tersebut dibina pada kos RM10,000 melalui aktiviti gotong-royong penduduk setempat.

“Rombakan kabinet kali ini juga akan memberikan keuntungan kepada Bidayuh.

“Ketua Menteri telah berkata Bidayuh banyak memberikan sokongan kepada BN, maka mereka akan diiktiraf,” katanya. Dr Jerip yang menyandang kerusi DUN Bengoh untuk penggal ketiga dikhabarkan berpeluang besar menyertai barisan kabinet negeri yang dijangka dirombak pada September depan.

Sementara itu, Dr Jerip berkata pembinaan jambatan Kampung Sigandar adalah sebahagian daripada janji yang beliau tunaikan semasa kempen pilihan raya yang lepas.

Jambatan tersebut dibina pada kos RM10,000 melalui aktiviti gotong-royong penduduk setempat.

Hadir sama ialah Pegawai Pentadbiran Negeri (SAO) Siburan dan Teng Bukap Wilson Spilak Asui, Ketua Kampung Sigandar Jepus June, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bengoh Wilson Mapus dan Pemanca Austin Dimin.

Sumber : Utusan Borneo 1 Ogos 2011

No comments: