Thursday, March 4, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Lagi Wakil Rakyat PKR Keluar Parti Istihar Bebas
Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.
Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.
Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.
Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.
Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 28 orang.
Jumlah itu adalah sama dengan yang dimiliki DAP. DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PAS 23.
Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongankepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.
Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.
Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.
Monday, March 1, 2010
Empat isu akan dibahas pada Perhimpunan Agung PBB
March 1, 2010, Monday
KUCHING: Empat isu utama akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula 1 hingga 3 Mac ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perbahasan Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, isuisu tersebut ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.
“Isu-isu ini memerlukan penelitian dan dalam perbahasan ini merangkumi punca pendapatan rakyat,” katanya dalam sidang media di BCCK, semalam.
Dalam pada itu, katanya, perbahasan berkenaan juga menumpukan terhadap pembinaan kapasiti di kalangan perwakilan untuk berhadapan cabaran terutamanya pembangkang bagi mengekalkan dan memenangi semula kerusi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang.
Berhubung ekonomi, beliau berkata perbahasan akan membincangkan pembasmian pembahagian ekonomi di kalangan rakyat dan bangsa di Sarawak.
“PBB perlu mengubah rakyat untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi sepertimana yang diinspirasikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya. Bemee memberitahu, sumber manusia merupakan elemen asas dalam meningkatkan kapasiti serta menyediakan rakyat dengan pendidikan berkualiti terutamanya dalam prasekolah.
Manakala aspek keselamatan dan keamanan bagi mencapai kadar bebas jenayah dan keselamatan sempadan adalah fokus utama yang dibentangkan dalam isu sosial, katanya.
Sementara taklimat berhubung isu tanah akan disampaikan oleh Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais akan diadakan esok, manakala taklimat ekonomi disampaikan oleh Taib.
Taklimat tersebut bertujuan memberitahu dan memberi gambaran kepada para perwakilan terhadap masa depan isu tanah dan ekonomi di Sarawak.
Kira-kira5,000 perwakilan dijangka hadir dalam konvensyen tersebut yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 2 Mac ini.
Senarai Nama Panas Bakal Tinggalkan PKR
Selamat Tinggal PKR
Poised for high income
by Jacob Achoi
February 28, 2010, Sunday
Better times ahead a result of second phase of politics of development: Taib

ONE VOICE: Taib (centre) waves the party flag and joins in the singing of the PBB March. The occasion was the opening of the party’s Youth and Women’s Wing triennial general meeting at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yesterday. The others are PBB Women chief Senator Dato Sri Empiang Jabu and Youth chief Fadillah Yusof.
KUCHING: The state is gearing itself for a high-income economy through the government’s holistic approach to development.
The sign is clear: there has been a marked increase in the number of middle income people in the state.
And their income is about to go higher as the economy gets better, said Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib stressed that the higher income will result from the second phase of politics of development.
“From a stationary economy with a very limited market, we have moved up and now we are moving to a higher-income economy to fulfil the aspirations of the people,” said Taib, who is Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) president.
He said this at the opening of PBB Youth and Women’s Wing convention at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), yesterday.
He pointed out that the goverment was able to transform the economy as the leaders since the days of the first Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj knew the aspirations and needs of the people.
According to him, not many developing countries, after having achieved their independence from their colonial masters, were able to achieve what Malaysia and Sarawak have been doing in bringing about economic progress.
The chief minister assured that the rural people would not be sidelined even if the state was transforming its economy.
“In our efforts to transform the economy, the poor and the rural people will not be neglected,” he said.
Taib who is also Minister of Planning and Resource Management pointed out that the rural people had greatly benefitted from infrastructure development.
He stressed that long gone were the days when the rural people were “strangled” by the cost of transporting their produce to town and then bringing back goods from town to their villages.
The chief minister also said that the governemnt would continue to get private companies to develop native customery land to help the rural people.
He stressed that various mechanisms have been put in place to protect the rights of owners of native customary land (NCL), including setting up an NCL landbank under the care of the Land Custody and Development Authority (LCDA).
Taib added that the government alone could not develop NCL. It requires the support of the private sector, but without the owners losing their rights over their NCLs.
The chief minister also touched on the government’s transformation plan (GTP) which has the primarly aim of monitoring and ensuring that the government’s development projects and plans really help those in need.
Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Speaker of State Legislative Assembly Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, PBB Youth Chief Fadillah Yusof and Women Chief Senator Dato Sri Empiang Jabu and PBB secretary general Dr Stephen Rundi were among those present at the opening ceremony of the convention.
Fairus keluar PKR sertai UMNO
![]() |
Najib Tun Razak bersalaman dengan Mohammad Fairus Khairuddin ketika menghadiri majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi PSSGM di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam ini.
Menurut Mohammad Fairus, keputusan itu dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan perasaan itu semakin memuncak berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Katanya, sebelum membuat pengumuman pada malam ini, beliau telah melakukan solat sunat istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian.
Menurutnya, ini kerana melalui proses itu beliau telah berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya.
Mohammad Fairus memberitahu, keputusan itu juga didorong oleh dua prinsip peribadinya yang tidak akan dikompromi selama-lamanya.
Katanya, prinsip itu ialah sentiasa membela kedaulatan dan ketinggian Islam serta kedaulatan bangsa yang tidak akan sesekali diperkotak-katikkan.
Tegasnya, beliau juga telah membuktikan kata-katanya dengan melepaskan semua perkara yang berkaitan kepentingan dirinya.
Pada April tahun lalu, Fairus yang merupakan ADUN Penanti meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan juga mengosongkan kerusinya.
Sementara itu, Najib berkata, keputusan Mohammad Fairus menyertai UMNO adalah sesuatu yang bersejarah kepada parti itu.
Perdana Menteri berkata, ini memandangkan beliau pernah menyandang jawatan penting dalam pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau yakin penyertaan Mohammad Fairus ke dalam UMNO akan membolehkannya memberi sumbangan besar kepada perjuangan parti bagi membela bangsa dan agama.
"Saya atas nama Presiden UMNO menyatakan kami terima anak muda ini dengan senang hati kerana saya tahu saudara Mohammad Fairus ambil keputusan ini atas dasar prinsip dan bukannya bagi mendapatkan jawatan dan ganjaran," katanya.
Menurut Najib, beliau telah meneliti ucapan Mohammad Fairus pada malam itu dan mendapati ia sangat bernas, mantap dan bersemangat.
"Saya amati ucapannya dan saya dapati dia sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang didapatinya tidak lagi mempertahankan soal-soal prinsip yang dipegang olehnya.
"Ini melibatkan soal martabat dan maruah bangsa serta agama Islam. Oleh itu, anak muda ini pada hari ini, saya isytiharkan bahawa dia kini sama-sama berada dalam kalangan parti UMNO," katanya.
Malam ini, Najib dianugerahkan Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti PSSGM kerana sokongannya kepada pertubuhan silat itu.


