Monday, March 1, 2010

Selamat Tinggal PKR

“Pembunuhan karakter punca saya keluar” - Tee Beng
KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, salah satu punca utama beliau keluar dari Parti Keadilan rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini adalah disebabkan sikap parti itu yang telah melakukan `pembunuhan karakter’ terhadap dirinya.
Beliau berkata, sebab lain ialah kerana tiadanya saluran yang disediakan oleh parti itu untuk wakil rakyat menyuarakan kritikan.
"Berikutan itu, mulai hari ini saya mengumumkan keluar daripada PKR dan juga meletakkan semua jawatan dalam parti.
"Saya juga akan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

Lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti
KUALA LUMPUR 1 Mac – Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.
Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.
"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

No comments: