Monday, March 1, 2010

Senarai Nama Panas Bakal Tinggalkan PKR


Berdasarkan maklumat daripada DS Zahrain Nohamed Hashim, terdapat paling kurang 15 MP PKR menyatakan kekecewaan masing-masing terhadap kepimpinan PKR. Manakala bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pula, menyatakan paling kurang 10 lagi MP PKR yang bakal keluar PKR. Setakat semalam hingga hari ini, Mohd. Fairus Khairuddin dan Tan Tee Beng sudah pun menyatakan secara rasmi meninggalkan PKR.
Namun sehingga kini terdapat lima nama yang sedang hangat diperkatakan akan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR.
Berdasarkan maklumat daripada Malaysia Instinct, mereka yang bakal melangkah keluar ialah MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong, MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, MP Indera Mahkota, Azan Ismail, MP Kapar, S. Manikavasagam dan ADUN PKR Kuala Kurau, Perak, Abdul Yunus Jamhari. Mungkin juga lebih daripada itu.
Namun, Zulkifli Noordin menafikan desas-desus bahawa beliau akan meninggalkan PKR (sini). Dalam pada itu, beliau juga ada menjelaskan bahawa dirinya tetap “mempertimbangkan opsyen” untuk keluar PKR jika gagal untuk meyakinkan kepimpinan parti itu termasuk susulan nasibnya yang bakal ditentukan lembaga disiplin (sini). Walau apapun, dari segi realitinya, PKR sedang mengalami tsunami hebat ekoran para pemimpin dan ramai ahlinya yang bertindak keluar parti. Untuk selanjutnya, sama-samalah kita tunggu pengumuman demi pengumuman. Maka akhirnya, PKR akan tinggal sebagai nama. Yang wujud hanyalah 3A - Anwar, Azmin, Azizah.

No comments: