Wednesday, February 24, 2010

Kemelut PKR : Siapa yang salah pilih ?


Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengakui beliau tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili PKR bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008.


Alasan beliau PKR masih baru dan terpaksa mengambil sesiapa sahaja yang mahu jadi calon terutama bagi kerusi Parlimen yang dipilih olehnya sendiri.

Pengakuan itu dibuat selepas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bertindak keluar parti tersebut dan memilih menjadi ahli parlimen Bebas.

Ada juga yang merasai ini satu langkah terhormat Anwar sedia mengakui kesilapannya.

Namun kalau dikaji balik ada sikit pelik bila mengenangkan kenyataan yang dibuat oleh Zahrain pada sidang media ketika mengumumkan keluar PKR baru-baru ini.

Menjawab soalan Agendadaily,beliau mengakui mengenali Anwar bukan baru tetapi sudah selama 30 tahun.

"Secara peribadi, saya kenali Anwar selama 30 tahun," katanya sambil menambah bahawa kepercayaannya terhadap penasihat PKR itu terhakis kerana keraguan sudah mengatasi keyakinan.

Timbul persoalan, apakah jika sudah 30 tahun berkawan, Anwar masih tersalah pilih beberapa pemimpin kanan parti itu yang kemudiannya keluar daripada PKR ?

Barangkali, sebahagian besar bekas pemimpin PKR yang membuat keputusan itu sedar bahawa mereka sebenarnya 'tersalah pilih' meletakan kepercayaan pada Anwar sebagai ketua pada awal perjuangan PKR yang berteraskan reformasi.

Malah Zahrain mendakwa, sebagai kawan beliau ada menasihatikan Anwar mengenai hubungan pemimpin parti itu dengan DAP.

Sebaliknya kata bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu, beliau diperlakukan sebaliknya malah pendapatnya dipandang serong dan dituduh tidak tentu hala.

Ramai bekas pemimpin PKR yang keluar parti itu dikatakan sudah ' celik' bila tersedar perjuangan reformasi yang dilaung-laungkan Anwar kini sudah bertukar kepada kepentingan beliau dan individu tertentu dalam parti itu, DAP serta PAS.

Anwar kini dikatakan melihat Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS yang 'pro' beliau sebagai 'tabung oksigen' bagi meneruskan cita-citanya menawan Putrajaya.

Menoleh kebelakang, PKR ditubuhkan pada April 1999 selepas pemecatan Anwar daripada kerajaan.

Banyak nama besar bersama PKR tetapi sudah keluar parti atau menyisihkan diri diri secara senyap merupakan mereka yang terlibat ketika awal penubuhan parti.

Antaranya ialah bekas Timbalan Presiden, Dr Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria, Datuk S. Nallakarupan dan Datin Saidatul Said Keruak.

Selain itu pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff,bekas Bendahari Abdul Rahman Othman dan Setiausaha Agung, Mohd Annuar Tahir,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Zahid Md Arip dan orang kuat Pemuda Keadilan,Hamdan Taha turut sama meninggalkan kepimpinan parti itu.

Tahun lalu juga orang kuat pemimpin PKR Sabah Christina Liew keluar parti.

Tentunya yang paling mengejutkan ialah tindakan Ezam keluar PKR pada 2007 kerana beliau diketahui antara paling rapat dengan Anwar dan diikuti bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Ini belum lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu yang keluar PKR Februari tahun lalu hingga kerajaan pakatan pembangkang Perak terbalik.

Di Kedah,Adun Lunas Md Radzi Salleh juga bertindak keluar parti untuk jadi Adun Bebas.

Begitu juga halnya dengan Adun kontoversi kawasan Pelabuhan Klang,Selangor, Badrul Hisham Abdullah.

Di Pulau Pinang Adun Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ' terpaksa' mengosongkan kerusinya hingga pilihanraya kecil perlu diadakan.

Begitu juga dengan Adun Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral.

Merenung kembali sejarah mereka yang keluar parti meninggalkan PKR adalah yang begitu rapat dengan Anwar maka mencetuskan tanda tanya, apakah Anwar benar-benar tersalah pilih?

Apakah Dr Chandra Muzaffar silap atau,begitu juga Ezam?.Macam mana pula Ruslan Kassim, Zainur Zakaria, Datuk S. Nallakarupan dan Datin Saidatul.? Apakah mereka juga silap?

Memang menghairankan melihat pejuang-pejuang asal reformasi ini angkat kaki setelah mereka bergelumang dan kenal rapat dengan Anwar seperti Zahrain?

Juga kenapa Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin yang merupakan salah seorang peguam Anwar semasa perbicaraan kes liwat pertama dulu ' memberontak'?

Apa kurangnya Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal ,Tan Tee Beng yang turut bersuara.

Kebanyakan pimpinan dalam PKR yang ada sekarang merupakan orang baru yang tiba-tiba menikmati kuasa ekoran tsumani Mac 2008.

Teringat kisah lawak jika dalam satu kumpulan ada yang berbogel, maka orang itu dikatakan gila, tetapi jika dalam satu kumpulan semuanya berbogel, ada seorang yang berpakaian, maka boleh timbul andaian ada yang tidak kena dengan orang itu.

Apakah pesta keluar PKR akan berterusan selepas ini ?

sumber - agendadaily

Tuesday, February 23, 2010

KARPAL PEGANG ‘TELUR’ AnWAR

1. Karpal peguam AnWAR sedang pening kepala. Masalahnya bukan berpunca dari pihak pendakwa tetapi dari anak guamnya sendiri, AnWAR si putar alam. Kenyataan AnWAR kepada peguamnya sering berubah-ubah dan tidak konsisten. Kejap itu dan kejap ini. Sebagai seorang berpengalaman, Karpal tahu AnWAR cuba menyembunyikan sesuatu tentang kes ini.
2. Namun seperti biasa, ‘I scratch your back, you scratch my back’. Itulah perumpamaan paling tepat dalam situasi ini. Karpal yang mula-mula mendedahkan perlakuan luar tabi’e AnWAR di Parlimen pada tahun 1999. Ada bukti ‘hansard’ lagi. Kini konon atas nama keadilan, Karpal mengambil langkah membela AnWAR.
3. Sebenarnya bukan atas nama keadilan, tapi atas kepentingan politik. Benarlah kata pujangga, dalam politik tiada kawan atau musuh yang kekal!, yang kekal hanyalah kepentingan bersama. AnWAR dan Karpal kini berkongsi matlamat yang sama iaitu mendaki puncak kuasa. Maka itu mereka bersatu biarpun banyak perbezaan dikorbankan.
4. Sesuatu yang amat bahaya, Karpal tahu AnWAR tidak bercakap benar tentang fakta kesnya sekarang. Karpal dan pasukan peguambela berhempas pulas menyediakan fakta yang mereka sendiri meraguinya. Kerana itu hingga kini mereka melalak pihak pendakwaan tidak adil kerana tidak memberikan beberapa bahan bukti yang ada di tangan mereka.
5. AnWAR dan Karpal kini takut kerana mereka tidak tahu apa yang pasukan pendakwaan ada. Jika pasukan pembela yakin sangat dengan info yang AnWAR berikan pada mereka dan ia benar. tidak perlu mereka berdolak-dalik lagi. Teruskan pemeriksaan balas kepada Saiful dan patahkan hujah pasukan pendakwaan. Apa yang susahnya!
6. Langkah AnWAR mengheret Wan Azizah ke perbicaraan kali ini juga mengejutkan Karpal. Ini kerana dalam senarai awal, hanya nama Prof. Dr. Mohd. Arief (MIER) sahaja tersenarai sebagai saksi alibi. Karpal terpaksa mengolah kembali ’skrip’ beliau di mahkamah nanti. Mereka perlu masa untuk berbincang, maka penangguhan diperlukan.
7. Kerana itu, bukan AnWAR saja yang mahu penangguhan, Karpal juga mahu sedemikian untuk mengolah ’skrip’ baru sesuai dengan kehendak AnWAR, sedangkan beliau tahu AnWAR menyembunyikan sesuatu darinya. Demi impian kuasa yang tak kunjung tiba, Karpal w/pun marah, sanggup ‘melayan’ nafsu besar AnWAR memanipulasi keadaan.
8. Impian Karpal dan DAP jika mereka memerintah, “telur” AnWAR telah mereka pegang. Mereka tahu tentang AnWAR yang tidak menyalurkan maklumat tepat dalam perbicaraan, maka AnWAR yang mahu menutup salahlakunya akan jadi lembu yang dicucuk hidung oleh DAP! Makin samsenglah pewaris takhta DAP Gobind (anak Karpal) dan Guan Eng……
9. Langkah AnWAR ‘menawarkan’ sesuatu kepada Azizah harus dilihat dari perspektif RASUAH! Bukan hanya pemberian suami kepada isterinya. W/pun sukar untuk membuktikan, moralnya AnWAR bergelumang dengan rasuah dan sanggup merasuah isteri sendiri. Si isteri pula, lalai dan leka dengan habuan ‘glamour’ dari sang suami…..
Saya ulangi sekali lagi, dalam permainan ini tidak kira suami atau isteri, musuh atau kawan, yang kekal hanyalah kepentingan bersama demi nafsu serakah menuju puncak kuasa……

Sekian

Pengundi tak terpengaruh pembangkang

SRI AMAN 22 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pembangkang tidak akan berjaya menyaingi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang kerana pengundi mempunyai penilaian berbeza ketika mengundi.

Menurut Perdana Menteri, pengundi lebih memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan dan bukannya isu nasional menyebabkan mereka tidak akan terpengaruh dengan janji pembangkang.

Justeru beliau menegaskan, keputusan Pilihan Raya Umum 2008 di Semenanjung yang menyaksikan empat negeri ditawan pembangkang tidak akan berlaku di Sarawak yang akan terus kekal menjadi kubu kuat BN.

''Saya lihat pengundi di Sarawak ada pertimbangan mereka sendiri. Mereka lebih memberi tumpuan kepada isu tempatan dan antara yang menjadi pertimbangan adalah pembangunan di luar bandar.

''Sudah tentu pembangunan menjadi penentuan utama mereka dari segi pemilihan parti pada waktu pilihan raya nanti," kata beliau menjawab soalan kemungkinan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak boleh dipengaruhi oleh Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di sini hari ini.

Najib percaya Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan terus makmur dan bakal mencapai banyak kejayaan untuk rakyat.

''Saya yakin BN Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib akan mencapai kejayaan dan menjadi pilihan utama rakyat.

''Kepimpinannya (Abdul Taib) mampu untuk membawa Sarawak ke arah kejayaan dan kemajuan yang lebih besar," jelas Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada Abdul Taib ada berbincang dengannya mengenai tarikh pilihan raya negeri akan datang, Najib secara berseloroh berkata: ''Jika saya bincang pun, saya tidak akan beritahu anda''.

Mengenai rancangan penggabungan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) yang pernah disuarakan oleh kedua-dua pemimpin parti komponen BN Sarawak itu sejak 2006, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada BN Sarawak untuk membuat keputusan.

''Apa yang difikirkan sesuai oleh BN Sarawak akan diterima oleh kami (BN) di peringkat Pusat," katanya.

Pada satu soalan mengenai kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN akan keluar dari Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata, ia cuma retorik politik sahaja.

''Dia (Anwar) dah cakap macam itu dah lama. Pertama cakap nak tubuh kerajaan 16 September 2008. Orang tunggu tak jadi kenyataan, lepas itu tarikh lain pula, dah tiga kali janji.

''Saya serah kepada rakyat (untuk memilih), saya tidak akan mendabik dada, saya akan tumpu buat kerja bela rakyat Malaysia di mana saja," katanya.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), PRS dan SPDP.

Dalam pilihan raya negeri pada 2006, BN Sarawak memenangi 62 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Selebihnya dimenangi oleh calon Bebas, DAP, PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Monday, February 22, 2010

MPPP Diberi Tempoh Sehingga Akhir Bulan Ini Serah Nama Bagi Program Subur

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) untuk menyerahkan senarai nama penerima yang layak bagi program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).


Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara yang terlibat, hanya 110 kawasan sahaja yang telah menyerahkan senarai nama tersebut sehingga tarikh akhirnya pada 15 Februari lalu.

"Daripada 110 kawasan itu, ia membabitkan kira-kira 305,000 buah keluarga. Selagi kita tak dapat senarai nama itu daripada MPPP, maka kita tak boleh nak laksanakan program Subur," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan urusetia MPPP di sini pada Isnin.

Program Subur merupakan sistem pemberian kupon atau baucar beras untuk diberikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Ia bakal menggantikan semua program subsidi beras sedia ada, bertujuan memastikan bantuan kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar.

Noh berkata kementeriannya perlu mendapatkan senarai nama daripada kesemua kawasan Parlimen tersebut untuk mengetahui jumlah sebenar mereka yang layak.

Katanya Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri akan membuat pengesahan bagi mereka yang benar-benar layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya jika MPPP tidak dapat menyerahkan kesemua senarai nama tersebut pada akhir bulan ini, mereka perlu menyerahkan dahulu senarai nama yang telah diperolehi bagi membolehkan peringkat pertama program itu dilaksanakan.

"Kita nak tahu berapa ramai sebenarnya (yang terlibat) agar kita boleh lihat bagaimana pelaksanaan program Subur itu," katanya.

Beliau berkata antara masalah yang dikemukakan oleh pihak MPPP bagi membolehkan tempoh akhir itu dilanjutkan ialah proses untuk mendapatkan senarai nama itu masih berjalan dan kawasan Parlimen yang luas seperti di Sabah dan Sarawak menyukarkan mereka untuk memperoleh senarai nama dengan cepat.

-- BERNAMA

Wakil rakyat BN perlu rajin turun padang - Taib





Caption:

1.INGIN TAHU...Najib (tengah) sambil diiringi oleh Taib (kiri beliau) dan Jabu (kiri sekali) ketika meninjau pameran mini mengenai projek RES di Lachau pada majlis itu.

2.SELAMAT DATANG...Taib ketika disambut oleh ADUN Bukit Begunan, Mong Dagang, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan dan ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi.

SRI AMAN, Isnin (22 Feb) – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan luar bandar dinasihat agar lebih rajin ‘turun padang’ untuk memastikan arus pembangunan dalam kawasan pilihan raya masing-masing berkembang dari masa ke semasa.

Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata usaha terbabit amat penting demi merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan dalam dan luar bandar dalam negeri ini di masa akan datang.

“Proses pembangunan luar bandar telah menjadi fokus utama kerajaan pada sekarang dan ia menuntut usaha gigih kesemua wakil rakyat kita (BN) untuk memantau dan merangka pelbagai pelan penting untuk memajukan kawasan masing-masing selepas ini.

“Jika wakil rakyat kita rajin bekerja maka tidak mustahil kawasan luar bandar akan cepat membangun atau seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh penduduk di kawasan bandar pada masa akan datang,” menurut beliau.

Beliau turut menambah bahawa sekiranya tranformasi pembangunan berjalan dengan lancar di kawasan luar bandar maka nescaya akan lebih peruntukan kerajaan bakal disalurkan bagi tujuan pembangunan selepas itu.

Taib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) di Rumah Radin, Ulu Lachau, Lachau kira-kira 56 kilometer dari bandar Sri Aman hari ini.

Selain itu beliau juga menyarankan golongan cerdik pandai yang berasal dari kawasan luar bandar sebelum ini untuk bersedia membantu kerajaan bagi membangunkan kawasan luar bandar masing-masing selepas ini.

“Kerajaan memerlukan kepakaran dan pengetahuan mereka tentang keadaan kawasan luar bandar di negeri ini sebelum kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan yang dapat menguntungkan penduduk di situ.

“Justeru golongan cerdik pandai (dari luar bandar) yang kini bekerja di bandar perlu bersedia membantu kerajaan berhubung rancangan terbabit selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek RES yang menelan kos berjumlah RM13.2 juta untuk 2,800 penduduk dari lapan buah rumah panjang di kawasan Lachau.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal, para menteri dan menteri muda kabinet Kerajaan Negeri Sarawak, wakil rakyat BN, pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk di situ.

sumber : sriamanews

Abdul Karim tarik diri tanding Ketua Pemuda PBB

KUCHING 21 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Penarikan diri Abdul Karim itu bermakna Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof akan mengekalkan jawatan tersebut untuk tempoh sepenggal lagi.

Ini apabila tiada pemimpin lain yang mengemukakan pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PBB.

Abdul Karim mengumumkan penarikan diri beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini hari ini yang turut dihadiri Fadillah.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Karim memberitahu, keputusannya menarik diri dilakukan selepas mendengar pelbagai pandangan daripada pemimpin atasan di samping mahu menjaga perpaduan parti.

Menurutnya, sehubungan itu beliau telah menghantar surat kepada Jawatankuasa Pemilihan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB pada hari ini bagi memaklumkan penarikan balik pencalonan tersebut.

''Ekoran penarikan diri ini, hanya seorang calon yang tinggal iaitu Fadillah yang juga rakan karib saya. Maka dengan penarikan saya ini, beliau mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda PBB.

''Harapan saya ialah supaya Pergerakan Pemuda PBB akan terus mendokong dan membawa parti ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya sebelum ini dilaporkan tidak terkejut sekiranya jawatan yang disandangnya sejak tahun 2007 itu dicabar pada pemilihan Pemuda PBB yang dijadualkan 28 Februari ini.

Sementara itu Abdul Karim berkata, tiada sebarang desakan diterimanya supaya menarik diri tetapi telah menjadi budaya dalam PBB untuk mendapatkan pandangan pemimpin atasan jika melibatkan pertandingan dalam parti.

Katanya, apa juga keputusan yang dilakukan itu adalah menerusi muzakarah dengan tujuan mengutamakan parti apatah lagi Sarawak akan berhadapan dengan pilihan raya negeri tidak berapa lama lagi.

Beliau bagaimanapun memutuskan akan bertanding bagi merebut Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi PBB.

''Kita tidak mempunyai sebarang kem di dalam PBB dan sesiapa yang mencalonkan saya untuk Ketua Pemuda sebelum ini akan faham berhubung keputusan menarik diri kerana kita perlu mementingkan parti terlebih dahulu.

''Memang saya tidak ada niat untuk bertanding dan keputusan sebelum ini dilakukan pada saat akhir. Hari ini kita atasi masalah yang ada dalam semangat setiakawan memandangkan saya dengan Fadillah telah berkawan sejak tahun 1997 lagi," ujarnya.

Sunday, February 21, 2010

No room in the state BN for PPP

February 21, 2010, Sunday

THE entry of the People’s Progressive Party (PPP) into Sarawak has more than raised eyebrows and ruffled feathers among the state’s Barisan Nasional component parties.

What is the purpose of a Semenanjung Malaysia-based BN political party joining the already crowded ranks of Sarawak’s BN which is firmly entrenched in power despite the loss of several urban seats in the last election?

If their intention is to help the state BN wrest the lost urban seats from the opposition in the next state elections, then their mission is about as useful as bringing sand to the Sahara.

PPP cannot offer the people of Sarawak what the BN components cannot since the party, being a BN component itself, has to toe the line of the coalition.

Indeed, instead of strengthening the state BN, PPP’s entry has caused unease and raised outright opposition from all the state BN parties.

The immediate concern is seat allocation, given the fact that the state BN has already agreed on the division of seats among components and any jostling for or swapping of seats will only be confined to Sarawak-based parties.

Setting up a political party without contesting in election is an exercise in futility and PPP recently showed it had no intention of being a ‘seat-less’ party when one of its officials invited state BN assemblymen who are not happy with their parties, to join them.

The official’s tongue-in-cheek reasoning that PPP can offer a ready-made BN shelter for them must have jarred the nerves of the Sarawak BN parties even more.

If PPP thinks it could take a short cut to sharing power in the state government by fishing in troubled waters, then it is much mistaken.

It is not by accident that no Semenanjung Malaysia-based BN party has spread its wings to the Land of the Hornbills before PPP’s recent foray.

This situation exists because there is a pact among BN parties in Sarawak to share power among themselves and the federal government has unofficially agreed to that arrangement.

There is no reason to rock the boat when Sarawak is valued by the federal government as a ‘fixed deposit’ for BN, especially in the present political climate in the nation.

PPP’s ill-advised move into Sarawak has already proven to be a misadventure because so far, they are seen as an uninvited new kid in the BN block in Sarawak.

It is difficult to see how PPP could play a meaningful role in the state government and it is likely to remain an awkward unwanted partner in the state BN.

This situation was recently reflected by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who said PPP would not make an impact on the state BN equation and Sarawak-based BN parties would remain the dominant force in the state.

Now and for the foreseeable future, there is no place in the state coalition for any BN party outside Sarawak and PPP’s situation in the state is a clear indication of this.