Ada juga yang merasai ini satu langkah terhormat Anwar sedia mengakui kesilapannya.
Namun kalau dikaji balik ada sikit pelik bila mengenangkan kenyataan yang dibuat oleh Zahrain pada sidang media ketika mengumumkan keluar PKR baru-baru ini.
Menjawab soalan Agendadaily,beliau mengakui mengenali Anwar bukan baru tetapi sudah selama 30 tahun.
"Secara peribadi, saya kenali Anwar selama 30 tahun," katanya sambil menambah bahawa kepercayaannya terhadap penasihat PKR itu terhakis kerana keraguan sudah mengatasi keyakinan.
Timbul persoalan, apakah jika sudah 30 tahun berkawan, Anwar masih tersalah pilih beberapa pemimpin kanan parti itu yang kemudiannya keluar daripada PKR ?
Barangkali, sebahagian besar bekas pemimpin PKR yang membuat keputusan itu sedar bahawa mereka sebenarnya 'tersalah pilih' meletakan kepercayaan pada Anwar sebagai ketua pada awal perjuangan PKR yang berteraskan reformasi.
Malah Zahrain mendakwa, sebagai kawan beliau ada menasihatikan Anwar mengenai hubungan pemimpin parti itu dengan DAP.
Sebaliknya kata bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu, beliau diperlakukan sebaliknya malah pendapatnya dipandang serong dan dituduh tidak tentu hala.
Ramai bekas pemimpin PKR yang keluar parti itu dikatakan sudah ' celik' bila tersedar perjuangan reformasi yang dilaung-laungkan Anwar kini sudah bertukar kepada kepentingan beliau dan individu tertentu dalam parti itu, DAP serta PAS.
Anwar kini dikatakan melihat Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS yang 'pro' beliau sebagai 'tabung oksigen' bagi meneruskan cita-citanya menawan Putrajaya.
Menoleh kebelakang, PKR ditubuhkan pada April 1999 selepas pemecatan Anwar daripada kerajaan.
Banyak nama besar bersama PKR tetapi sudah keluar parti atau menyisihkan diri diri secara senyap merupakan mereka yang terlibat ketika awal penubuhan parti.
Antaranya ialah bekas Timbalan Presiden, Dr Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria, Datuk S. Nallakarupan dan Datin Saidatul Said Keruak.
Selain itu pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff,bekas Bendahari Abdul Rahman Othman dan Setiausaha Agung, Mohd Annuar Tahir,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Zahid Md Arip dan orang kuat Pemuda Keadilan,Hamdan Taha turut sama meninggalkan kepimpinan parti itu.
Tahun lalu juga orang kuat pemimpin PKR Sabah Christina Liew keluar parti.
Tentunya yang paling mengejutkan ialah tindakan Ezam keluar PKR pada 2007 kerana beliau diketahui antara paling rapat dengan Anwar dan diikuti bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
Ini belum lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu yang keluar PKR Februari tahun lalu hingga kerajaan pakatan pembangkang Perak terbalik.
Di Kedah,Adun Lunas Md Radzi Salleh juga bertindak keluar parti untuk jadi Adun Bebas.
Begitu juga halnya dengan Adun kontoversi kawasan Pelabuhan Klang,Selangor, Badrul Hisham Abdullah.
Di Pulau Pinang Adun Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ' terpaksa' mengosongkan kerusinya hingga pilihanraya kecil perlu diadakan.
Begitu juga dengan Adun Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral.
Merenung kembali sejarah mereka yang keluar parti meninggalkan PKR adalah yang begitu rapat dengan Anwar maka mencetuskan tanda tanya, apakah Anwar benar-benar tersalah pilih?
Apakah Dr Chandra Muzaffar silap atau,begitu juga Ezam?.Macam mana pula Ruslan Kassim, Zainur Zakaria, Datuk S. Nallakarupan dan Datin Saidatul.? Apakah mereka juga silap?
Memang menghairankan melihat pejuang-pejuang asal reformasi ini angkat kaki setelah mereka bergelumang dan kenal rapat dengan Anwar seperti Zahrain?
Juga kenapa Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin yang merupakan salah seorang peguam Anwar semasa perbicaraan kes liwat pertama dulu ' memberontak'?
Apa kurangnya Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal ,Tan Tee Beng yang turut bersuara.
Kebanyakan pimpinan dalam PKR yang ada sekarang merupakan orang baru yang tiba-tiba menikmati kuasa ekoran tsumani Mac 2008.
Teringat kisah lawak jika dalam satu kumpulan ada yang berbogel, maka orang itu dikatakan gila, tetapi jika dalam satu kumpulan semuanya berbogel, ada seorang yang berpakaian, maka boleh timbul andaian ada yang tidak kena dengan orang itu.
Apakah pesta keluar PKR akan berterusan selepas ini ?
sumber - agendadaily
No comments:
Post a Comment