Di sebalik polemik perebutan
kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, rakyat
khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang mengatakan Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
yang baharu. Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas
negeri Selangor yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti
itu sekiranya PKR berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan
kerajaan negeri.
Namun disebabkan penegasan itu
juga, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan, penyokong
dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan itu telah menghina Anwar yang
selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang hebat dan tiada tolok
bandingnya. Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan
yang dikeluarkan sebelum ini, menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda
Pas, Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai
Menteri Besar Selangor.
“AMK Johor juga tidak nampak
sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan
memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan pemimpin berpengalaman
luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi
kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor,” katanya. Suhaizan sebelum
ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon PKR untuk kerusi DUN
Kajang, namun itu tidak bermakna, Pemuda Pas turut bersetuju dengan cadangan
untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.
Gusar dengan perkembangan
tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar segera meminta agar isu ini
segera dihentikan. Menurutnya ia bagi menjaga air muka Khalid yang masih
menyandang jawatan tersebut. "Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid).
Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor. Kita boleh bincang apabila tempat itu
kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong,"
katanya semasa sidang akhbar semalam. Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon
Menteri Besar Selangor yang baharu hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi
yang menjadi rebutan itu kosong.
Status Khalid sebagai Menteri
Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak
mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar. Keputusan itu
diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid.
Kesimpulannya Pas dan PKR saling
berbalah bagi merebut jawatan. Malah perebutan itu juga secara tidak langsung
membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan ketokohan Anwar sebagai
pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini. Pada mereka, Anwar
bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang disangka. Ini kerana
sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan sekutu di dalam
PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB.Itu pun kalau PAS berani
setelah dibuktikan berkali-kali bahawa mereka "samikna wa atokna"
kepada Anwar.
No comments:
Post a Comment