AZMIN Ali adalah ahli politik
PKR. Itu semua orang tahu. ‘Putus Sudah Kasih Sayang’ adalah sebuah filem
arahan dan lakonan Tan Sri P Ramlee. Itu pun semua orang tahu.Tapi kisah
hubungan Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim jauh lebih hebat dan kontroversi dari
mana-mana cerita dalam filem Melayu, baik yang diarah dan dilakonkan oleh P
Ramlee atau yang lain-lain.
Jalan cerita Azmin dan Anwar jika
sekadar ditulis sekalipun lebih mencengkam dan menyayat jiwa. Mana tidaknya apabila kita menyelak satu
persatu hubungan kedua-duanya sejak dua insan ini masih secara relatifnya,
muda, maksudnya hubungan Anwar sejak bergelar YB menteri manakala Azmin pula,
masa itu masih lagi setiausahanya, maka akan faham perkongsian hidup mereka
berdua lebih akrab dari sekadar aur dengan tebing.
Waktu Dr Mahathir Mohamad bos
Anwar, ada juga usaha merenggangkan hubungan Anwar apabila surat-surat dikirim
mendedahkan sikap Azmin. Tapi Azmin terselamat kerana Dr Mahathir tidak
termakan hasutan menyebabkan Azmin kekal dalam kerajaan sehinggalah bosnya
hilang kerja.Namun seperti sering berlaku Anwar dilihat seperti sering berpaut
di bahu Azmin. Lebih ketara apabila Anwar hilang kedudukan dan menjalani
hukuman penjara, Azminlah segala-gala. Dengan sendiri Anwar meletakkan Azmin
pada kedudukan yang sukar dijejaskan.
Siapa boleh lupa melihat Azmin
muncul jurucakap Anwar apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu menjadi
banduan di penjara Sungai Buloh. Azminlah menemui media dan penyokong Anwar
terutama media yang tak simpati dengan perjuangan Anwar serta pada masa sama menggerakkan
gerakan reformasi.Umum mungkin terpaut pada puteri reformasi iaitu Nurul tapi
di belakang Nurul, Azminlah tokoh reformasi sebenar-benarnya.Sepanjang Anwar
berada dalam tahanan, Azminlah antara pengunjung setia. Kepada Azmin jugalah
diluahkan pelbagai perkara termasuk kisah hidupnya serta ranjau yang maha
berliku.Azmin mengorbankan hampir segala-gala semata-mata kerana Anwar.
Cerita bagaimanapun Azmin tidak
mempunyai hubungan baik dengan adik-beradik termasuk ibunya menjadi berita
panas di internet. Dan pengkritik Anwar memilih Azmin sebagai punching bag
pula. Semua ini menggambarkan betapa akrabnya dua insan ini.
Sehingga timbul cerita selain
isteri Anwar, Azmin serba tahu serta menyimpan banyak rahsia Anwar. Jatuhnya
Azmin maka kita akan melihat PKR dan Anwar bakal menjadi sebahagian sejarah
tragik dalam politik Malaysia. Hubungan Anwar dan Azmin mulai menampakkan keretakan
apabila Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor bagi penggal kedua. Bagi
kebanyakan daripada kita sudah pun tahu Azmin dan Khalid bukanlah regu yang
baik. Justeru kita lihat sudahlah waktu menang pertama kali pada 2008, Azmin
terpinggir dari sirna politik Selangor.
Siapa lagi kalau bukan Anwar yang
tentukan sama ada Azmin ataupun Khalid jadi MB. Penyokong Azmin terpaksa
menerima hakikat Azmin turut dipinggirkan daripada jawatan Exco. Jawatan
Pengerusi PKR negeri seperti tidak membawa sebarang makna. Dan yang agak sedih
apabila Khalid malu-malu alah sekadar melantiknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah
PKNS, itu pun kemudian ditamatkan. Khalid mentadbir Selangor mengikut akalnya
tanpa memikir kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor adalah sokongan rakyat pada
PKR.
Azmin mungkin liabiliti kepada
Khalid tetapi bukan kepada rakyat Selangor. Kemenangan Azmin di Parlimen Gombak
dan Dun Bukit Antarabangsa sekali gus melonjak imej Azmin. Tapi ini juga tidak
penting buat musuh-musuhnya. Anwar pada mula dilihat tidak tampil menyokong
Azmin dalam kes PKNS cuma kemudian meminta Khalid pertimbangkan semula.
Selain itu apabila ura-ura Khalid
bakal meletakkan jawatan MB, bukan Azmin yang disyor sebagai pengganti.
Sehingga kini Selangor bakal mendapat MB baharu semakin panas apabila Adun
Kajang, Lee Chin Cheh dengan tidak semena-mena, memperlekehkan demokrasi, mengosongkan
kerusi itu. Apa yang memeranjatkan ialah Anwar diumum calon PKR di Kajang serta
dilihat bakal calon MB.
Mungkin Anwar akhirnya akur
mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan termakbul. Usia kian lanjut
dan masa semakin suntuk. Justeru jadi MB
pun jadi MBlah. Tetapi mungkin juga ada agenda lain di sebalik tindakan ini.
Oleh itu, umum kian faham betapa
Anwar sanggup mengetepikan Azmin demi kepentingannya sendiri. Apakah sudah
putus kasih sayang mereka berdua? Atau ia hanya wujud semata-mata sebagai kasih
sayang politik?
No comments:
Post a Comment