SHAH ALAM 3 Dis. - Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkemungkinan tidak akan
mendapat laluan mudah sekiranya beliau mahu mempertahankan jawatan tersebut
berikutan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dikatakan akan bertanding merebut
jawatan nombor dua itu dalam pemilihan parti pada Mei tahun depan.
Menteri Besar Selangor tidak
menafikan desas-desus perkara itu dan menyatakan pihaknya akan membuat
pengumuman sama ada akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden parti
atau tidak apabila perkara itu perlu dilakukan."Buat masa ini perkara itu
tidak pernah dibincangkan lagi dan sebarang pencalonan jawatan pada pemilihan
itu adalah urusan dalaman parti dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka."Kita akan buat pengumuman
apabila perkara itu (pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR) perlu
diumumkan," katanya dengan ringkas kepada pemberita selepas merasmikan
Forum ASEAN Economic Community (AEC) 2015 di sini hari ini.
Abdul Khalid mengulas khabar
angin bahawa beliau akan mencabar Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR pada
pemilihan parti itu tahun depan.Sebelum ini, hubungan antara
Abdul Khalid dengan Azmin dilaporkan 'tidak begitu mesra' apabila Timbalan
Presiden PKR itu sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri melibatkan
beberapa isu tertentu.Terbaharu, Azmin yang merupakan
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak
melalui badan itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak
berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri
pada 7 Oktober lalu.
Malah, pada 28 November lalu,
beliau turut menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun
anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa
Januari tahun depan, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu
ditangguhkan.
Bagaimanapun, difahamkan
pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila
Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor
daripada Abdul Khalid.Dalam pada itu, Abdul Khalid
menafikan kritikan Azmin terhadap pentadbirannya termasuk isu kenaikan gaji dan
elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri baru-baru ini yang mempunyai kaitan
dengan pemilihan PKR akan datang."Tidak ada perkara
itu," kata beliau.
No comments:
Post a Comment