PUSA: Kerajaan sememangnya
menyambut baik program-program yang dijalankan oleh mana-mana jabatan dalam
mendekati rakyat tanpa mengira kaum, lokasi dan tahap ekonomi masyarakat.Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, untuk mencapai
sasaran itu semua masyarakat sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan
kerajaan, badan siasah, pertubuhan kebajikan dan organisasi yang terlibat
secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan hendaklah menyahut cabaran memperkasa
perpaduan masyarakat.
“Kesedaran semua pihak adalah
dituntut merealisasikan hasrat ini agar nikmat kesejahteraan dan kemakmuran
negara tidak terkubur begitu sahaja,” katanya pada Pertandingan Futsal anjuran
Belia Pusa dan Parlimen Batang Lupar di sini kelmarin.Beliau yang juga Ahli Parlimen
Batang Lupar berkata, kita patut bersyukur kerana rakyat negeri ini dapat hidup
dalam suasana harmoni dan sentiasa bekerjasama.
“Kita menjadi contoh kepada
keharmonian semangat perpaduan dari dahuulu sehingga sekarang. Kita harus
menjaga semangat perpaduan untuk menjadi negara aman dan sentosa.“Saya berharap bekerjasama,
toleransi, keharmonian dan perpaduan yang dimiliki tidak akan lumpuh oleh arus
cabaran. Sebaliknya, cabaran yang mendatang dijadikan azimat untuk kita
berusaha lebih tekun agar suasana yang aman dan damai sentiasa terjamin dan
terpelihara,” tegasnya. Katanya, kita patut berbangga
pertumbuhan ekonomi yang baik dapat dicapai dalam suasana yang aman dan stabil.“Justeru, rakyat harus memberikan
sokongan padu kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) agar kemakmuran dan
pembangunan dapat terus dinikmati,” katanya.
Read more: http://www.theborneopost.com
No comments:
Post a Comment