Wednesday, March 31, 2010

Empat ciri jadi wakil rakyat disenangi penduduk

SUBANG 30 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat ciri untuk menjadi seorang wakil rakyat yang disenangi rakyat.

Empat ciri tersebut, kata beliau, adalah rajin menemui rakyat, mudah dihubungi, mampu menyelesaikan masalah rakyat dan tidak memungkiri janji.

Tegasnya, tanpa keempat-empat ciri tersebut adalah sukar seseorang wakil rakyat memberi khidmat terbaik kepada penduduk di kawasannya.

''Sebagai contoh, aktiviti berjumpa dengan rakyat atau lebih dikenali dengan turun ke padang. Program ini mudah dilakukan tetapi ada juga yang tidak dapat melaksanakannya dengan sepenuh hati.

''Selain itu, untuk menjadi wakil rakyat yang baik dan mudah didekati rakyat kita juga harus tahu apakah kehendak atau jangkaan rakyat kepada kita sebagai seorang pemimpin,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Malam Amal Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau yang juga Yang Dipertua Kasih, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Naib Yang Dipertua Kasih, Prof. Datin Seri Aishah Salleh.

Kasih adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk melaksanakan kerja-kerja berbentuk kebajikan khusus di Selangor.

Kasih dianggotai oleh isteri ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) .

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, kesemua perkara yang disebutkan tadi merupakan kriteria penting yang perlu ada pada setiap wakil rakyat.

Beliau dalam ucapannya turut menekankan kepentingan peranan isteri wakil rakyat dalam memberi sokongan kepada suami masing-masing dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Perdana Menteri berkata, melalui peranan mereka sebagai pelengkap sudah tentu suami masing-masing dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh isteri wakil rakyat, katanya, adalah terlibat dengan kerja-kerja amal.

''Kasih adalah satu badan yang ditubuhkan untuk tujuan ini. Oleh itu kita sebagai suami harus reda sekiranya ketiadaan isteri kita di rumah kerana terlibat dengan kerja-kerja Kasih.

''Namun begitu jika ketiadaan mereka bukan sebab kerja-kerja Kasih, itu mereka perlu membuat permohonan lain," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Najib turut menyentuh peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Kasih untuk bersama-sama kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB).

''Di dalam MEB kita akan melaksanakan sistem ekonomi bersifat inklusif dan saya kira NGO seperti Kasih boleh bersama-sama kerajaan menjayakan MEB.

''Kita tidak mahu satu kumpulan rakyat pun yang tertinggal. Maksud saya tidak ada mana-mana rakyat pun yang akan tersisih, tertinggal dan terpinggir. Semua orang tetap akan dapat manfaat terhadap pelaksanaan MEB," kata Najib.

Sementara itu Rosmah di dalam ucapannya berkata, Kasih akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja amal khususnya membantu golongan memerlukan di negeri Selangor.

Beliau berkata, Kasih perlu memainkan peranan itu bersungguh- sungguh supaya kewujudannya benar-benar memberi manfaat kepada golongan memerlukan antaranya golongan kurang upaya, warga tua dan ibu tunggal.

''Alhamdulillah pada malam ini kita berjaya mengumpul sebanyak RM2.8 juta iaitu hasil sumbangan dermawan. Wang ini akan kita salurkan kepada golongan yang dinyatakan tadi,''

Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik jayakan MEB

KUALA LUMPUR 30 Mac - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:

  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan;

  • Memastikan pertumbuhan yang mapan.
  • Perdana Menteri berkata, kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi.

    ''Ketiga-tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

    ''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

    Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.

    Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs).

    ''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.

    Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.

    Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara.

    ''NEAC telah mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan.

    ''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya.

    Tuesday, March 30, 2010

    Choo Keong selar Little Napoleon PKR

    KUALA LUMPUR 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang bercelaru walaupun secara konsisten dinafikan. Ironinya, bukan pihak lain yang menghuru-harakan mereka tetapi kalangan mereka sendiri yang berbuat demikian.

    Terbaru, Wee Choo Keong (PKR- Wangsa Maju) secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini menyatakan perasaan dukacitanya dengan perbuatan Little Napoleon di kalangan pembangkang yang cukup pintar iaitu melempar batu dan cekap pula menyembunyikan tangan.

    Segelintir mereka itu, katanya, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat pelbagai fitnah dan penipuan seperti menipu gambar dengan menggunakan teknik super imposed dan diterbitkan dalam Internet untuk mengaibkan tokoh politik negara.

    "Tindakan fitnah ini telah diakui oleh Little Napoleon, tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin lain atas perkara remeh-temeh.

    "Jika mereka dibenar melakukan perkara sedemikian atas alasan kepentingan politik, tiada lagi perkara di dunia ini yang akan menghentikan mereka daripada menghancurkan negara ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

    Tambah Choo Keong, beliau juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleon terhadap isu-isu yang dibangkitkan terhadap peristiwa 16 September atau perkara lain sama ada dalam atau luar Parlimen, yang langsung tidak dijawab oleh mereka.

    Sebaliknya, kata beliau, jawapan Little Napoleon adalah merupakan serangan peribadi sahaja dengan harapan segalanya akan kembali pulih seperti biasa dan masyarakat sekali lagi diperbodohkan oleh mereka.

    "Little Napoleon, nasihat saya adalah, jika kamu tidak mempunyai jawapan terhadap segala isu adalah lebih baik bersembunyi sahaja kerana Silence is Golden (Diam amat bernilai).

    "Saya juga berharap Little Napoleon tersebut jangan memaksa saya untuk membongkarkan politics of deceit (politik penipuan), politics of expediencies (politik kewajaran) mereka dan politik cakap tidak serupa bikin atau politik bermusim," katanya.

    Choo Keong berharap Little Napoleon menghentikan kegiatan politik kotor dan fitnah-memfitnah mereka melalui Internet atau medium lain untuk satu matlamat politik sempit yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan rakyat.

    "Jika kegiatan ini berterusan maka parti kita akan hancur, perjuangan akan jadi sia-sia sahaja dan dua sistem parti akan menjadi bayangan dan impian semata-mata," katanya.

    Monday, March 29, 2010

    Niat, Syarat & Cara Solat Jamak & Qasar


    Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.


    Pembahagian Solat Jamak

    Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

    Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

    Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

    Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.


    Syarat Jamak Taqdim

    1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.

    2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.

    3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.

    4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

    5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

    Syarat Jamak Takhir

    1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.

    2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.


    Syarat Qasar

    1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.

    2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.

    3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.

    4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.

    5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).

    6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.

    7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.


    Niat Solat Jamak dan Qasar

    Jamak Taqdim dan Qasar

    Zuhur-Asar

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

    Maghrib-Isyak

    أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


    Jamak Takhir dan Qasar

    Asar-Zuhur

    أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

    Isyak-Maghrib

    أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

    Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

    Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :


    1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.

    2. Berdiri lurus mengadap kiblat.

    3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.

    4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

    5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.

    6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.

    7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.

    8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

    Tee Keat terima kekalahan dengan hati terbuka

    KUALA LUMPUR 28 Mac – Datuk Seri Ong Tee Keat yang terlepas jawatan Presiden MCA kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada pemilihan baru parti itu hari ini menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.

    Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan berkata, walaupun kalah jawatan tertinggi parti itu, beliau masih mempunyai tugas iaitu sebagai Ahli Parlimen Pandan.

    “Adat bertanding ada yang menang, ada yang kalah. Jadi, semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh perwakilan parti.

    “Saya masih lagi Ahli Parlimen Pandan dan akan terus menjalankan tugas saya. Itu komitmen saya kepada rakyat yang mengundi saya dan komitmen itu tidak akan berubah berikutan keputusan ini,” katanya ketika ditemui selepas keputusan diumumkan Speaker, Datuk Yip Phooi Hong hari ini.

    Mengenai jawatan Menteri Pengangkutan yang dipegangnya kini, Tee Keat berkata, keputusan mengenai perkara itu merupakan hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata, semua pihak harus komited terhadap transformasi parti bagi memastikan MCA akan terus relevan.

    “Saya harap mulai sekarang yang penting sekali parti kena maju ke depan di bawah pucuk pimpinan baru. Tak kisah siapa yang menerajui parti ini, transformasi tetap perlu menjadi agenda parti,” katanya yang menerajui MCA selama 17 bulan.

    Saturday, March 27, 2010

    Rombakan kecil kabinet tidak boleh dianggap sebagai usaha BN raih semula sokongan

    KUCHING: Rombakan kecil Kabinet Negeri semalam ti-dak boleh dianggap sebagai usaha Barisan Nasional (BN) meraih semula sokongan rakyat di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini ditakluki pembangkang.

    ROMBAK KABINET: Taib bersama dua timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam. — Gambar Jeffery Mostapha

    ROMBAK KABINET: Taib bersama dua timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam. — Gambar Jeffery Mostapha

    Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat Sarawak selama ini menaruh keyakinan tinggi terhadap kerajaan BN berdasarkan rekod lampau pembangunan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat.

    “Kekalahan di beberapa kawasan (pada pilihan raya negeri 2006) bukan kerana ketidakyakinan rakyat terhadap kerajaan. Tetapi disebabkan ada segelintir pihak yang melakukan undi protes,” katanya.

    Pada sidang media bagi mengumumkan rombakan kabinet di Wisma Bapa Malaysia semalam, beliau ber-kata undi protes itu cuma berlaku di beberapa kawasan DUN di Kuching.

    Beliau menegaskan, tidak ada parti lain di Sarawak mampu membentuk kerajaan.

    Hanya BN berupaya men-tadbir dan melaksanakan pembangunan di negeri ini, tambahnya.

    Taib diminta mengulas mengenai kaitan pelantikan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Batu Kawa Tan Joo Phoi sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Men-teri (Alam Sekitar).

    Tan yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dikaitkan dengan usaha parti itu meraih semula sokongan pengundi Cina, terutamanya.

    Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP tewas di lapan kawasan daripada 19 kawasan yang di-peruntukkan kepadanya.

    Kawasan-kawasan yang tewas di Kuching ialah Padungan, Pending, Batu Lintang dan Kota Sentosa. Di tempat lain ialah Engkilili, Meradong, Bukit Asek dan Kidurong.

    Taib berkata: “Saya mende-ngar nasihat daripada rakan-rakan Cina bahawa kita perlu mempunyai orang yang mempunyai kedudukan (dalam kabinet) daripada SUPP.”

    Mengenai tarikh pilihan raya negeri, beliau dalam nada berseloroh berkata: “Belum lagi, tengok muka anda (wartawan) lama-lama barulah ada (ilham).”

    Menerusi rombakan kecil kabinet yang diumumkan oleh Taib semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Datin Fatimah Abdullah dilantik menjadi Menteri di Pejabat Ketua Menteri, ADUN Batu Kawa Tan Joo Phoi sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri.

    Manakala ADUN Tanjung Datu Datuk Amar Adenan Satem menjadi Penasihat Khas bertaraf menteri di Pejabat Ketua Menteri.

    Friday, March 26, 2010

    Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal

    KAJANG 25 Mac - Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini malam ini.

    Bernama dalam laporan awalnya menyebut, adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.

    Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak.

    Zainal Abidin merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dari 1999 hingga awal 2004 ketika dalam UMNO dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun selain Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

    Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

    Allahyarham kemudian memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor di bawah tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) daripada MIC, Datuk G. Palanivel pada Pilihan Raya Umum 2008.

    Beliau hanya memenangi kerusi itu dengan majoriti 198 undi. Zainal mendapat 23,177 undi manakala Palanivel mendapat 22,979 undi.

    Antara jawatan Exco kerajaan negeri yang pernah dipegangnya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

    Allahyarham memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan Pengetua Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru (1972-1973) sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

    Beliau memperoleh Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik dari University of California, Los Angeles pada 1980 dan pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

    Thursday, March 25, 2010

    Kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong - SPR

    PUTRAJAYA 24 Mac - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Titi Tinggi, Perlis tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn masih anggota DUN yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    Abdul Aziz berkata, setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Sun Onn daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.

    "Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi, kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata, tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.

    "Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya," katanya.

    Semalam, Speaker DUN negeri itu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Sun Onn yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang dua hari lepas dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

    Sub Onn, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

    Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr. Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - BERNAMA

    Tuesday, March 23, 2010

    Anwar diberi masa seminggu

    KUALA LUMPUR 22 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa seminggu untuk menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan 1Israel.

    Ia berikutan tindakan Anwar menuduh pembentukan gagasan tersebut mendapat nasihat daripada syarikat perunding Apco Worldwide (Apco) iaitu syarikat yang dikaitkan dengan pembentukan slogan 1Israel pada tahun 1999.

    Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan perkara itu setelah bersetuju permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya Anwar diberi tempoh untuk membuat penjelasan kepada Parlimen berhubung isu tersebut.

    "Sehubungan itu, sebarang tindakan lanjut selepas ini sama ada Ketua Pembangkang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak, ia akan diputuskan selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut memberi penjelasannya," kata Kiandee di Dewan Rakyat hari ini.

    Bagaimanapun isu yang pada asalnya di bangkitkan oleh Datuk Abd. Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebaik sahaja tamat sesi soal jawab kira-kira pukul 11.30 pagi telah mencetuskan perang mulut.

    Keadaan panas itu berlanjutan satu jam 10 minit dan pada satu peringkat membangkitkan kemarahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas). Ini kerana ketika itu gilirannya untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

    Terdahulu, Abd. Rahman ketika membangkitkan isu itu berkata, berdasarkan muka surat 76 hansard Parlimen bertarikh 17 Mac 2010, Anwar telah menyatakan bahawa pada 2009 syarikat perunding Apco Worldwide memberi nasihat berhubung konsep 1Malaysia kepada Najib.

    Menurut Anwar, syarikat yang sama telah memberi nasihat berhubung slogan 1Israel pada 1999 kepada Ehud Barak yang menjadi Perdana Menteri Israel ketika itu.

    Abd. Rahman berkata, kenyataan Anwar bercanggah apabila syarikat perunding berkenaan tampil membuat penafian sehari selepas itu termasuk penglibatannya dengan Kerajaan Israel.

    "Saya berpendapat bahawa Anwar ternyata mengeluarkan kenyataan sebagai seorang manusia yang tidak sabar menjadi Perdana Menteri hingga sanggup mencemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

    Namun, kebenaran yang diberi oleh Kiandee kepada Abdul Rahman mendatangkan rasa tidak puas hati kepada Saifuddin Nasution (PKR- Machang) serta beberapa ahli pembangkang lain seperti Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

    Saifuddin mempertikaikan kebenaran itu kerana beliau berpendapat ia tidak mengikut aturan mesyuarat.

    Kiandee kemudian berkata, kebenaran itu diberikan ialah berdasarkan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 37(1) yang dibaca bersama 36(12).

    Saifuddin mendesak Timbalan Speaker itu membenarkannya berhujah mengguna pakai aturan yang sama berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mohamed Nazri pada sidang sebelum ini yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

    Selepas permohonannya dibenarkan, Saifuddin mendakwa Mohamed Nazri mengelirukan Dewan Rakyat dengan memetik undang-undang yang telah dimansuhkan ketika menggulung perbahasan dalam isu royalti minyak kepada Kelantan.

    Mohamed Nazri yang diminta menjelaskan perkara itu berkata, beliau sedia disiasat berdasarkan hansard Parlimen.

    "Saya anak jantan, tidak ada masalah (senyum)... saya rela disiasat. Apa yang saya jawab tidak berhasrat untuk kelirukan Dewan... saya anak jantan, anak betina di sana tak taulah," katanya.

    Ungkapan 'anak betina' yang digunakan beliau terus menghangatkan lagi suasana Dewan Rakyat apabila beberapa anggota Parlimen wanita pembangkang bangun membantah dan mendesak Mohamed Nazri menarik balik perkataan tersebut.

    Kiandee kemudian menenangkan suasana dengan menyatakan bahawa anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat jahat dan ungkapan 'betina' yang diguna beliau membawa maksud 'tak berani'.

    "Saya buat keputusan tidak ada niat jahat. Masalahnya, perkataan itu sekarang ini disalah guna, diolah begitu rupa oleh Yang Berhormat Ampang, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan salah erti lagi," kata Kiandee.

    Sunday, March 21, 2010

    Pembohongan 16 September

    DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.

    ''Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,'' itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut.

    Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.

    Zahrain mendedahkan mengenai rancangan 16 September 2008 yang otak perancangnya ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Jika selama ini, impian 16 September tidak begitu diketahui secara terperinci selain daripada cita-cita songsang Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi apa yang didedahkan oleh Zahrain cukup menggemparkan.

    Anwar dalam mencapai cita-cita itu atau lebih tepat lagi memenuhi khayalannya untuk menjadi Perdana Menteri sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

    Tujuan Penasihat PKR itu adalah mudah iaitu hendak menyakinkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya dua pihak paling berkuasa di negara ini berada di belakangnya.

    Dalam mana-mana juga negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan angkatan tentera menjadi tonggak kekuatan, sudah pastilah penggunaan nama itu boleh menggerunkan sesiapa sahaja.

    Tetapi Anwar terlupa ahli-ahli Parlimen BN tidaklah sebodoh yang disangkakan. Atas sebab itulah perancangan 'jahat' beliau untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang gagal.

    Akhirnya, impian 16 September Anwar mendedahkan siapa diri beliau sebenarnya. Beliau kini dilihat bukan sahaja pemimpin yang rakus, malah sanggup mempergunakan nama sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.

    Tindakan Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM, adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu pengkhianatan. Anwar cuba menyeret dua institusi berkenaan ke dalam gelanggang pertarungan politik berikutan kekecewaan selepas pakatan pembangkang yang diketuainya gagal menumbangkan kerajaan BN.

    Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, Anwar bukannya tidak tahu bahawa dua institusi berkenaan tidak seharusnya diseret dalam kancah politik.

    Tetapi Anwar tidak peduli kesan akibat pendustaan yang beliau lakukan. Apa yang penting bagi beliau ialah ke Putrajaya, walaupun tindakan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik institusi tersebut tetapi juga mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada BN oleh rakyat.

    Kita tidak harus lupa selain pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam agenda 'gila' itu, Anwar juga berjaya memperdaya rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Pas dan DAP.

    Gagal

    Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

    "Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," kata Karpal.

    Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.

    Walaupun kini segala tembelang dan 'topeng raksaksa pelbagai wajah' Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.

    Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau 'ulama terompah'.

    Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.

    Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh 'dihalalkan'? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?

    Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

    ''Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

    Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi 'askar upahan' kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.

    Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap 'itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO'', bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.

    Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.

    Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ''berputar-putar membelitkan kata-kata'' - yang sebelum ini menjadi 'alat' untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.

    Penipuan

    Justeru adalah jelas, Anwar tidak berdaya menutupi tembelangnya sehingga terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat supaya 'telinganya tidak terus panas' mendengar satu demi satu penipuan yang beliau lakukan.

    "Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

    "Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah," kata penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

    Apabila politik matlamat menghalalkan cara yang dirancang oleh Anwar terdedah melalui impian 16 September, ramai yang tertanya-tanya, apakah Pas yang memperjuangkan Islam akan terus bersekongkol dengan pemimpin seumpama itu?

    Selama ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menegaskan bahawa Pas ingin berkuasa melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan sama sekali dengan semangat Pas yang menurut Abdul Hadi adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat.

    Mungkin ada yang akan berhujah bagaimana pula dengan kejayaan BN menguasai semula Perak apabila tiga wakil rakyat pembangkang mengisytihar menjadi wakil rakyat bebas.

    Antara kes di Perak dan impian 16 September ia adalah berbeza. Ini kerana BN Perak tidak pernah mempergunakan nama sesiapa untuk menarik sokongan tiga wakil rakyat berkenaan, mereka keluar daripada PKR dan DAP dengan sukarela.

    Ini berbeza dengan Anwar yang terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan menghantar ahli Parlimen pembangkang ke Taiwan bagi memujuk ahli Parlimen BN. Tidakkah tindakan Anwar itu mengkhianati semangat demokrasi yang Abdul Hadi dan Pas uar-uarkan?

    Oleh itu sebagai parti yang berhasrat menegakkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin Pas sudah tentu memahami bahawa Anwar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin mereka.

    Mana mungkin sebuah parti seperti Pas terlalu mengagung-agungkan pemimpin yang mengamalkan politik seperti Anwar yang sekali gus akan mencemarkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

    Kini terserahlah kepada parti-parti pembangkang untuk menilai siapa ketua yang mereka kagumi itu dan kepada sebahagian rakyat yang masih taksub melihat Anwar sebagai 'pemimpin yang bersih dan murni'.

    Apa pun kesimpulannya, pendedahan oleh Zahrain telah membuka wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim dan membuktikan impian 16 September dilumuri dengan perancangan yang penuh dengan pembohongan, penipuan, pendustaan dan pengkhianatan, namun akhirnya kebenaran pasti memusnahkan kebatilan.

    Isu Anwar: Ambil tindakan segera

    KUALA LUMPUR 20 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

    Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat bahawa Anwar menggunakan nama Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mencapai cita-citanya.

    ''Ini merupakan kali kedua Anwar menggunakan nama tentera untuk mencapai cita-citanya selepas melakukannya pada 2002 melalui gerakan reformasi apabila menghasut bekas-bekas tentera dan komando untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan,'' ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Beliau mengulas pendedahan Zahrain di Dewan Rakyat Rabu lalu berhubung rancangan Ketua Pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

    Nordin yang menyertai PKR sejak parti itu ditubuhkan sehingga 2000 berkata, pada 2002 pengakuan juga dibuat oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika itu, Tan Sri Abu Bakar Jamal berhubung cubaan mengajaknya menyertai rancangan menggulingkan kerajaan.

    Katanya, Anwar harus dikenakan tindakan segera kerana apa yang didedahkan oleh Zahrain di Dewan Rakyat itu adalah benar.

    ''Anwar sehingga kini tidak menafikannya sebaliknya ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan pandangan luar untuk terus menjayakan hasratnya menjatuhkan kerajaan," dakwanya.

    Tuesday, March 16, 2010

    Kejutan politik bakal berlaku

    Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA pengarang@utusan.co.my

    KUALA LUMPUR 15 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin percaya sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini akan mencetuskan satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara.

    Beliau yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini bagaimanapun tidak menjelaskan perkara tersebut sebaliknya meminta rakyat supaya tunggu dan lihat.

    ‘‘Saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? tunggu dan lihat.

    ‘‘Jangan ke mana-mana dan jangan betulkan antena telinga anda... apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers (lampin),’’ katanya.

    Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya yang bertajuk Parlimen baru, politik baru di http://zul4kulim.blogspot.com/.

    Zulkifli berkata, sidang Dewan Rakyat kali ini yang merupakan kali pertama beliau bertindak sebagai wakil rakyat Bebas akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Islam.

    ‘‘Insya-Allah saya akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umat Islam dan kepentingan Islam. Ini tidak bermakna saya akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat bukan Islam.

    ‘‘Malahan berada dalam status wakil Bebas ini akan memberi ruang yang selesa untuk saya memainkan peranan lebih efektif dan berkesan untuk umat Islam dan institusi Islam khasnya dan kebajikan dan kepentingan rakyat umumnya,’’ kata beliau.

    Dalam pada itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

    Menurutnya, ini ekoran perletakan jawatan tiga Ahli Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzli Samsuri dan juga pemecatannya yang menjadikan PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja.

    Katanya, di pihak bukan kerajaan, DAP kini mendahului dengan 28 kerusi, Pas 23, satu kerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) melalui Micheal Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) dan tujuh Bebas.

    ‘‘Menurut konvensyen berparlimen yang diamal dan nilai-nilai demokrasi maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh Kit Siang kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak.

    ‘‘Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin tidak boleh mengiktiraf pakatan pembangkang kerana pakatan itu bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang berdaftar,’’ katanya.

    Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, sekiranya beliau menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, beliau akan menasihatkan Penasihat PKR itu untuk mengosongkan kerusi ketua pembangkang.

    ‘‘Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana beliau akan dilihat tidak mementingkan jawatan dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan PKR.

    ‘‘Tetapi malang, saya percaya Anwar telah diberi nasihat yang salah oleh ‘firaun-firaun kecil’ yang mempengaruhi dan menyatakan daripada segi undang-undang tidak menjadi masalah untuknya terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti,’’ katanya.

    Zulkifli berkata, berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti bukan kerajaan, maka menurut Peraturan 2 Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dan berdasarkan prinsip amalan berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah.

    Menurutnya, semua ahli Parlimen DAP sepatutnya kini duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I.

    ‘‘Kemudian diikuti oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR, Pas dan PSM. Jadi saya nak tengok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh Tan Sri Speaker pada sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

    ‘‘Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul peraturan mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi,’’ katanya.

    Monday, March 15, 2010

    Pemberian subsidi akan distruktur semula, bakal dikurangkan

    15/03/2010 1:16pm

    KUALA LUMPUR 15 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, pemberian subsidi akan distruktur semula dan dikurangkan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan hanya yang layak sahaja menikmatinya.

    Baginda bertitah, pemberian subsidi bukan sahaja dinikmati golongan sasar, malah turut dikecapi mereka yang tidak layak seperti golongan berpendapatan tinggi dan warga asing.

    "Walau bagaimanapun, kumpulan sasar seperti kumpulan mudah miskin akan terus dibantu agar mereka tidak terbeban.

    "Justeru, beta menyeru agar rakyat berpandangan jauh dan bersedia menerima perubahan ini,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Ketiga Persidangan Parlimen ke-12, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Tuanku Mizan bertitah, kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk pelbagai subsidi bagi meringankan beban rakyat.

    "Pada tahun 2009 sahaja, sebanyak RM24.5 bilion telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut,” titah baginda. – Bernama

    Friday, March 12, 2010

    SPM: 7,987 cemerlang


  • Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
  • Daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred cemerlang tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah tajaan agensi.
  • Pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
  • Pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
  • Thursday, March 11, 2010

    Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia : AL_FATIHAH

    KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.

    Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.

    Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya.

    Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.

    Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.

    Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.

    Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. – Agensi

    Wednesday, March 10, 2010

    Pakatan Rakyat agree to one-by-one in Sarawak???


    Only three mentioned... One is ailing old party, which one?

    Malaysiakini reported that Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) and Parti Islam Se-Malaysia (PAS) have in principal agreed to contest the Sarawak state seats one-on-one with BN

    PKR secretary general, Saifuddin Nasution, however admitted to Malaysiakini that the bitter rivalry between local DAP and PKR chieftains in Sarawak, as well as the potential for unexpected independents jumping into the fray, may throw a spanner in the works for Pakatan.

    Sarawak BN are PBB, Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).

    Obviously, Saifuddin have forgotten to mention a name of Pakatan Rakyat member in Sarawak, speak volume of their co-operation and local politic understanding.

    Monday, March 8, 2010

    Pakatan tiada kesepakatan


    HARI INI genaplah dua tahun, tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 berada dalam genggaman pakatan pembangkang.

    Kedah diketuai oleh Pas, Pulau Pinang pula DAP dan Selangor oleh PKR. Jika genap setahun memerintah sebelum ini, mereka menganggap tidak wajar kepimpinan dinilai kerana dianggap masih baru tetapi bagaimana pula setelah dua tahun?

    Apakah segala yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu sudah ditunaikan? Atau ia sekadar janji kosong bagi meraih undi dan kekuasaan?

    Laporan Khas kali ini yang disediakan oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI, NOR SEDEK ISMAIL, ZABRY MOHAMAD, ABDUL MUIN SAPIDIN, NAZARUDDIN SHAHARI, ABDUL YAZID ALIAS, NURUL HUDA HASSAN, MOHD. RAFIE AZIMI dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA meninjau mengenai perkembangan pemerintahan di ketiga-tiga negeri.

    KUALA LUMPUR 7 Mac – Gabungan parti pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dilihat tiada kesepakatan sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri itu.

    Menurut beberapa penganalisis politik, situasi ini berlaku kerana DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung semata-mata untuk ‘menjatuhkan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya berpakat untuk memerintah.

    Sehubungan itu pada penilaian mereka, setelah dua tahun berpeluang berkuasa, pakatan pembangkang kini goyah hingga gagal menjalankan sebarang bentuk pembangunan berkesan di negeri yang ditadbir mereka.

    Malah lebih parah, kata para penganalisis, bibit perbalahan di kalangan mereka semakin ketara sehingga seorang demi seorang mula mengangkat kaki keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran rakan gabungan.

    Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, punca tiada kesepakatan di kalangan pakatan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan tiadanya pengalaman memerintah.

    Menurutnya, pengalaman untuk memerintah dan mentadbir sesebuah negeri adalah amat penting bukan sahaja melibatkan Menteri Besar atau Ketua Menteri malah keseluruhan pemimpin parti yang menerajui dan mewakili rakyat di sesebuah negeri itu.

    “Jika tidak, ia akan berlaku seperti apa yang terjadi di negeri-negeri yang kini diterajui pakatan pembangkang seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

    “Mereka beranggapan apabila menang pilihan raya, ia merupakan kejayaan besar bagi mereka. Tapi ternyata mereka salah kerana gagal untuk mentadbir akibat ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan mereka,” katanya.

    Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Faiz berkata, apa yang penting bagi mereka adalah ‘mendapatkan kuasa’ dan kedudukan sehingga mengabaikan pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.

    Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, di Pulau Pinang pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng nyata tidak matang dan berjuang hanya untuk mencapai kepentingan parti itu semata-mata.

    Menurutnya, matlamat DAP hanyalah untuk merampas kuasa dan kedudukan daripada parti Gerakan dan BN.

    “Kini, matlamat itu yang juga merupakan matlamat utama Penasihat DAP, Lim Kit Siang - ayah kepada Guan Eng tercapai. Soal pentadbiran, pembangunan dan kebajikan tidak akan diberi keutamaan kerana apa yang penting Pulau Pinang di bawah takluk mereka,” katanya.

    Mengulas lanjut, Dr. Azeem Fazwan berkata, situasi yang sama juga berlaku di negeri lain yang diperintah oleh pakatan pembangkang seperti di Selangor dan Kedah.

    “Gabungan mereka dilihat goyah dan menimbulkan pelbagai masalah ekoran parti seperti DAP dan PKR yang mahu jadi dominan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka,” katanya.

    Sementara itu, bagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula, beliau melihat pakatan pembangkang kini menghadapi krisis dalam pentadbiran ekoran tidak mampu mewujudkan kerjasama yang berkesan.

    Sambil merujuk kepada situasi di Selangor, beliau berkata, kini telah wujud keladak dan gelojak dalam pentadbiran di negeri itu dan ini seharusnya disedari oleh rakyat.

    Menurutnya, walaupun luarannya nampak seperti tiada masalah, namun apabila dilihat secara dalaman banyak masalah yang timbul terutamanya melibatkan pemimpin di kalangan parti-parti komponen dalam pakatan pembangkang.

    “Melihat kepada pembangunan di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya meneruskan kesinambungan pembangunan yang dibuat kerajaan sebelum ini.

    “Daripada apa yang berlaku di Selangor seperti krisis antara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, kemelut pemerintahan PKR sehingga bubarnya PKR Cabang Kuala Selangor jelas menunjukkan pakatan pembangkang di negeri itu begitu rapuh dan kini ibarat retak menanti belah,” katanya.

    Begitu juga Kedah, katanya, walaupun seperti tiada masalah di negeri itu, namun kerajaan Pas di Kedah dilihat hanya seronok sendiri dan mengambil kesempatan dengan mendakwa semua projek pembangunan yang telah pun dirancang adalah usaha mereka.

    “Hakikatnya di Kedah banyak isu yang belum terjawab dalam bentuk tind

    Lim Kit Siang lebih suka Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana takut terjerumus dalam lubuk


    SHAH ALAM, March 7 — Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodom
    “If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!”said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. (By Neville Spykerman The Malaysian Insider)

    Nampaknya Lim Kit Siang dari awal sudah meramalkan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan dan memang lebih suka Anwar dihukum supaya DAP mendapat “political mileage” sebagai habuan kelakuan songsang Anwar Ibrahim.

    Keributan dalaman politik Parti Keadilan Rakyat yang sedang parah seperti retak menanti hancur memang sukar bagi DAP untuk bersekongkol dengan Anwar Ibrahim lagi, malah silap-silap percaturan Pakatan Rakyat akan mengheret DAP terjerumus ke dalam lubuk sekentut Anwar Ibrahim.

    Hanya satu sahaja harapan besar DAP agar Anwar Ibrahim dihukum dengan kadar segera seperti kehendak Lim Kit Siang di dalam kenyataannya“If He is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!”. Hanya ini sahaja harapan Lim Kit Siang untuk meraih sokongan simpati pengundi Melayu kerana majoriti orang-orang Melayu mudah dipermainkan emosi mereka. Sejarah telah membuktikan bertapaknya orang-orang Cina di negera ini adalah atas simpati dan sikap tolak ansur bangsa Melayu dalam negara ini.

    Ternyata Lim Kit Siang pandai memperkudakan kesengsaraan sesiapa sahaja khasnya Melayu untuk mencapai matlamatnya “merepublikkan Negara ini”.
    sumber : MUMMY ROKIAH

    Sunday, March 7, 2010

    Zul Nordin Di Pecat Dari PKR : Yang Setia Dengan Parti Pun Di Pecat, Anwar Memang Tak Kenang Budi

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

    Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

    Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

    Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

    "Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

    "Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

    "Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

    Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebelum itu mengesahkan pemecatan berkenaan selepas keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan MPPPKR yang diadakan hari ini.

    Sehubungan itu, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

    Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

    Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

    Sementara itu, Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

    "Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

    "Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," tegasnya.

    Dalam pada itu, beliau berkata, kini menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti.

    "Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

    Beliau meminta pihak-pihak tertentu jangan mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap membuka segala-galanya dan mendedahkan semua keburukan mereka.

    sumber - mstar


    Saya Dihukum Tanpa Diberi Peluang Membela Diri - Zulkifli


    KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkata beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri.

    Zulkifli, 48, berkata beliau menerima berita mengenai pemecatannya itu melalui rakan pemberita dan menyifatkan ia sebagai permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 Sept 1998 termasuk kejatuhan dan kehancuran PKR.

    "Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka.

    "Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," katanya dalam kenyataan menerusi blognya di sini, malam Sabtu.

    Zulkifli berkata walaupun diberi peluang membuat rayuan, beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip dan menjual maruah berhadapan dengan sandiwara Firaun-firaun Kecil dalam parti itu.

    Bagaimanapun, beliau akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

    Zulkifli berkata pada masa ini telah menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan 'pembunuhan karektor' yang tidak berasas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju atau tidak mahu bersekongkol dengan mereka.

    Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan memecat keanggotaan Zulkifli itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan termasuk meminta Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen itu.

    Bagaimanapun, Zulkifli diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

    Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

    Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

    sumber - bernama


    PKR Pecat Zulkifli Noordin

    KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari Sabtu memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.

    Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.

    "Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

    Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

    Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

    Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

    Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.

    Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.

    Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan.

    "Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.

    "Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama...kita patut amal apa yang kita war-warkan," katanya dalam surat itu.

    Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat "firaun-firaun kecil" dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.

    sumber - bernama