Hari ini kita sebagai umat Islam di mana jua berada bersama-sama dengan saudara muslimin kita yang sedang menunaikan ibadat Haji, di Kota Suci Mekah, menyambut Aidil-Adha atau Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan kepada Allah, di samping memperingati sunnah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan keluarganya, yang telah melakukan pengorbanan demi menjunjung terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Pengorbanan menjadi ujian kepada umat manusia, sejarah manakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terkira banyaknya.
Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-
Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).
Salah satu ibadat yang sangat dianjurkan kita melaksanakannya di Hari Raya Adha ini ialah berkorban sebab itu Aidil-Adha lebih tepat kita sebut Hari Raya Korban. Iaitu menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta, seekor kambing untuk seorang, seekor lembu atau kerbau atau unta untuk tujuh orang. Penyembelihan Korban dilakukan setelah selesai solat Aidil-Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, 13 Zulhijjah.
Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.
Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.
Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya, Ismail mengenai mimpinya itu, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:-
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-
Tafsirnya:
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.
Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatan kepada Allah Taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-
Tafsirnya:
Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepada Mu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang-orang yang sabar.
Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih di atas leher anak yang tabah itu.
Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibasy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut.
Sejak waktu itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kita laksanakan setiap hari raya Adha atau hari-hari Tasyrik dalam Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 - 2:-
Tasfirnya:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).
Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.
Saudara muslimin yang dirahmati Allah,
Ibadat korban pada hari raya Adha ini dilakukan bukan sahaja semata-mata untuk membantu kehendak syariat Islam dalam menghidupkan dan meneruskan sunnah Nabi Ibrahim Khalilullah dan sebagai ikutan dari perbuatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping dapat menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin, tetapi lebih dari itu ialah sebagai simbolik dari pengajaran Islam, agar umat Islam hendaklah sentiasa berkorban dan berjihad dalam hidup mereka, pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada pensaksian akidah untuk kebahagian dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.
Orang-orang yang berjaya dan maju, hidup dengan menjunjung titah perintah Allah Subhanahu Wataala ialah mereka yang sanggup berkorban, berkorban masa, berkorban wang ringgat, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri dan lain-lain pengorbanan lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar berjihad untuk memperolehi keredhaan Allah Subhanahu Wataala.
Tanpa semangat berkorban, orang akan rasa sayang untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, tanpa semangat berkorban, orang tidak akan sanggup berwukuf di Arafah, di tengah-tengah sinaran panas matahari, demikian juga tanpa semangat berkorban orang akan sayang untuk mengeluarkan belanja bagi penyembelihan haiwan dan sebagainya.
Musuh utama kepada pengorbanan itu ialah syaitan dan hawa nafsu, ia berusaha supaya manusia sayang kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa dan bermacam-macam godaan dan pujukan lagi.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Faathir, ayat 6:-
Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
Kaum muslimin yang berbahagia,
Marilah kita menepati janji kita pada setiap hari raya yang maksudnya:
Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, kami tidak sembah melainkan dia, dengan penuh ikhlas baginya sahaja agama, meskipun dibenci oleh orang-orang kafir, tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang disembah, benarlah janji-janji untuk memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya, dan memberikan kemuliaan serta kemenangan kepada tenteranya, membinasakan tentera ahzab dengan keesaannya.
Korban
Ibadat korban warisan Nabi Ibrahim Alaihissalam ini, mempunyai hikmat yang besar. Di dalamnya tersimpan rahsia-rahsia psikologi, sosial, ekonomi, perjuangan dan sejarah yang agong.
Zahirnya berkorban memerlukan kelebihan rezeki samada memiliki binatang atau wang. Mereka yang berkorban adalah orang yang mampu dari segi ekonomi. Dengan adanya korban, Islam menggalakkan umatnya meningkatkan kedudukan ekonomi masing-masing ke taraf mampu tadi.
Ibadat korban tidak sahaja menuntut pengorbanan wang ringgit atau binatang-binatang ternakan tetapi juga menuntut pengorbanan sepenuh hati. Iaitu ikhlas melakukannya semata-mata kerana Allah Taala.
Hari raya korban mengembalikan ingatan kita kepada sejarah pengorbanan besar Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam perjuangannya. Nabi Ibrahim Alaihissalam sepanjang menjalankan tugas sucinya, telah menempuh berbagai-bagai dugaan. Baginda pernah dicampakkan ke dalam api yang bernyala-nyala oleh kaum Namrud. Puncak pengorbanan besar baginda ialah diperintahkan mengorbankan puteranya sendiri Saiyidina Ismail Alaihissalam.
Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam menjadi sejarah pengorbanan yang tidak ada tolok bandingnya. Pengorbanan kedua-dua orang Rasul tersebut bukan sahaja mengharukan sifatnya tetapi juga penuh dengan semangat. Dan terdapat padanya sifat patuh dan taat terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala.
Sepanjang sejarah kehidupan manusia, betapa ramai orang-orang yang telah berkorban kerana Allah Subhanahu Wataala semata-mata. Umpamanya di zaman Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan Islam. Mereka bukan sahaja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saiyidina Ali Karamallahu Wajhah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berhijrah ke Madinah. Saiyidina Abu Bakar As-Siddek dan Saiyidina Othman Radiallahu-Anhuma banyak mengorbankan harta untuk menegakkan Islam. Bilal bin Rabah dan Yasir mengorbankan nyawanya kerana Islam. Demikianlah pengorbankan umat Islam yang terdahulu.
Melaksanakan korban dengan menyembelih binatang ternakan di hari raya ini dan di hari-hari Tasyrik (11, 12, 13) Zulhijjah ini, bukan sahaja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah Subhanau Wataala yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya ada rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat rapat antara si pemberi dengan si penerima, khususnya yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu.
Di samping itu orang-orang yang hidupnya kurang beruntung akan merasa gembira dan bahagia apabila merasai hidup mereka mendapat simpati daripada orang-orang yang berada. Keadaan ini akan menimbulkan rasa belas kasihan, hormat menghormati dalam diri penerima dan pemberi.
Selain daripada mengeratkan silaturrahim sesama muslim, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
Jelas kepada kita ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati, bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Dan boleh juga menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama manusia di mana ia boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.
Inilah asas kemasyarakatan yang menjadi hasrat kita besama, erat berpadu sesama umat dalam masyarakat yang membawa kepada kekukuhan umat dan perpaduan negara. Insya-Allah.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa’, ayat 175:-
Maksudnya:
Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamanya, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar darinya (Syurga). Dan limpah kurnianya yang tidak terkira, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (agama Islam) untuk sampai kepadaNya (Allah).
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Friday, November 27, 2009
Salam Aidilahda
Nik Abdul Aziz perlu namakan pengganti
RANTAU PANJANG 26 Nov. - Barisan kepimpinan Pas Kelantan perlu segera menamakan seorang pengganti yang jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya memberi pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hanya dengan cara ini nasib rakyat dapat dibela selepas barisan kepimpinan diterajui Nik Abdul Aziz sekarang bercelaru dengan masalah dalaman parti.
Beliau berkata, masalah dalaman yang dihadapi Pas negeri itu menyebabkan kebajikan rakyat terjejas kerana tumpuan pemimpin telah beralih arah.
"Sudah jelas mereka akan kekurangan tumpuan untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana lebih menumpukan kepada masalah dalaman parti.
"Setakat ini kita tidak nampak lagi bahawa hal ini akan selesai. Isu pengganti ini memanglah satu isu yang harus diputuskan lebih cepat," katanya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Rantau Panjang di sini hari ini.
Konflik dalaman Pas Kelantan semakin parah baru-baru ini sehingga menyebabkan Nik Abdul Aziz mengarahkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Sehubungan itu, banyak pihak mula mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Mursyidul Am Pas itu sebagai pentadbir negeri ini termasuklah Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Mohd. Amar semalam menyarankan Nik Abdul Aziz agar menamakan penggantinya lebih awal untuk mengelakkan timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan itu kelak.
Dalam hubungan ini Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya membuat keputusan kerana beliau tidak boleh memegang jawatan tersebut selama-lamanya.
"Tidak ada sesiapa yang boleh menongkat langit sampai bila-bila. Maka harus ada pengganti yang sudah dikenal pasti.
"Macam kita di peringkat Pusat, Perdana Menteri akan digantikan oleh timbalannya. Di Kelantan ini pula, semua orang tampil dengan pendapat yang berbeza-beza," tegasnya.
Sunday, November 22, 2009
Husam letak jawatan?... masuk PKR kot....
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.
Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.
Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.
“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.
“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.
Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.
Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.
Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.
“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.
Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.
“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).
“Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya.
Tuesday, November 17, 2009
Kerusi DUN Kota Siputeh kosong
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh hari ini diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini ekoran penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut.
Keputusan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin itu mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat mahkamah hari ini.
Permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang patut diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.
Hakim Alizatul membuat keputusan tersebut pada prosiding yang bermula pukul 5.30 petang dan hanya berakhir kira-kira pukul 7 malam ini.
Sejajar dengan pengisytiharan tersebut, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah, esok.
Dalam penghakiman yang mengetepikan keputusan SPR itu, Hakim Alizatul menyatakan, suruhanjaya berkenaan telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional ketika mengekalkan Abu Hassan sebagai Ahli DUN (ADUN) kawasan tersebut.
Tegas beliau, Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) menyatakan dengan jelas berlaku kekosongan kerusi sekiranya ADUN tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.
Selain itu, ujar beliau, mesyuarat yang gagal dihadiri oleh Abu Hassan pada 19 April dan 9 Ogos lalu adalah dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama.
Pada hemat beliau, berdasarkan Perkara 2 undang-undang tersebut berhubung tafsiran mesyuarat dan penggal, SPR tersalah tafsir apabila mengkategorikan bahawa ia adalah dua mesyuarat dalam penggal yang berbeza.
Di samping itu, SPR telah tersilap apabila menerima sijil cuti sakit Abu Hassan yang dinamakan sebagai responden pertama walhal mereka tidak boleh berbuat demikian.
‘‘SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan,’’ katanya.
Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.
Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos lalu dan kerusi tersebut adalah kosong.
Abdul Isa turut memohon perintah mahkamah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.
Speaker DUN Kedah itu memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih seorang ADUN.
Peguam Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Isa sementara Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said mewakili SPR.
Menurut Kamaluddin, pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan tersebut.
Ketika ditemui pemberita sejurus selepas prosiding selesai, Abu Hassan berkata, beliau menerima keputusan mahkamah dan menyerahkan kepada peguamnya untuk meneruskan proses perundangan.
Ditanya sama ada beliau sedih atau kecewa, Abu Hassan menganggap ia perkara biasa bagi orang politik.
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili Abu Hassan.
Monday, November 16, 2009
Nik Aziz lebih layak terajui PR
Isteri menangis, suami menggigil! : Angkara Bai'ah Parti PAS
Saturday, November 14, 2009
Azmin, isteri, ipar didakwa beli saham bernilai RM8 juta : Dari Mana Dapat Duit Sebanyak Tu??? Rasuah ye....
SHAH ALAM 13 Nov. – Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an.
Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.
Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam.
Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan.
“Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu.
“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
sumber : http://www.utusan.com.myFriday, November 13, 2009
PKR terpecah kepada tiga kem
ANALISIS MSTAR Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KADANG-KADANG pelik betul dunia politik di Malaysia, bila timbul sesuatu masalah dalaman sesebuah parti politik terutamanya pihak pembangkang, cepat betul keluar kenyataan pemimpin tertinggi parti yang mengatakan masalah itu telah berjaya diselesaikan.
Tatkala tengah panas dengan pelbagai kenyataan dari banyak pihak, keluarlah kenyataan-kenyataan klise seperti 'sesuatu yang unik dalam parti ialah kita berjaya selesaikan perselisihan faham dikalangan ahli secara baik, semua pihak berhak kemukakan pandangan dalam parti'.
Tapi pada hakikatnya timbul persoalan berhubung kesahihan perkara berkenaan kerana mana mungkin ledakan sesuatu isu itu berjaya diselesaikan sekelip mata.
Terbaru, konflik dalaman yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Naib Presiden parti, R. Sivarasa supaya meletak jawatan.
Malah Zulkifli juga mencabar Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang supaya bertanding satu lawan satu dengannya bagi jawatan itu untuk membuktikan siapakah di antara mereka berdua paling relevan kepada parti dan ahli.
Tindakan cabar-mencabar itu ekoran kenyataan Sivarasa dalam akhbar The Star yang dipetik sebagai berkata: "Amaran Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli PKR supaya keluar parti dan menyertai Umno ditujukan kepada orang seperti Zulkifli, akibat tindak tanduknya yang tidak selaras dengan dasar parti."
Nampaknya goncangan yang berlaku dalam kapal PKR yang dinakhodakan oleh Anwar sebagai penasihat parti bukan lagi rahsia tertutup yang boleh dilindung.
Satu demi satu pendedahan terdedah di depan mata, bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Anwar dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Kes Zaid ini secara tak langsung mengheret seorang lagi Naib Presiden PKR, Azmin Ali berhubung konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah.
Belum sempat habis isu kepimpinan ini selesai, goncangan terus melanda PKR apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.
Dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti.
Badai sekali lagi melanda PKR apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bertindak keluar daripada PKR setelah tidak lagi menyokong prinsip serta amalan dalam parti pembangkang itu yang didakwa 'menganaktirikan' beliau sebagai wakil rakyat berbanding ADUN-ADUN lain di Selangor.
Bagi kes Dr Jeffrey, Christina dan Badrul, ketiga-tiga mereka menyatakan telah hilang sokongan terhadap PKR yang diterajui '3A' iaitu Anwar; Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin.
Berbalik kepada kes terbaru yang melibatkan Zulkifli dan Sivarasa, secara tidak langsung perbalahan mereka telah membuka satu lagi pekung dalam parti itu.
Sekali pandang nampak macam wujud tiga 'kem' dikalangan 30 Ahli Parlimen PKR.
Kem pertama ialah yang teguh berdiri di belakang Anwar seperti Azizah, Azmin, Nurul Izzah, Sivarasa dan Pengarah Pilihan Raya, Saifuddin Nasution.
Kumpulan ini juga cukup berpegang teguh kepada polisi parti itu.
Kem kedua ialah yang berada di belakang Zulkifli, seperti Datuk Zahrin Mohd Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang), Abdullah Sani Abd Hamid (Kuala Langat), Mohd Yusmadi Yusof (Balik Pulau), Azan Ismail (Indera Mahkota) serta Abd Aziz Abd Kadir (Ketereh).
Selain mereka ialah S. Manikavasagam (Kampar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) dan Datuk Rashid Din Zainudin (Merbok).
Manakala kem ketiga ialah kelompok yang memilih jalan selamat dengan menyatakan pendirian berkecuali seperti Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) dan Datuk Johari Abdul (Sungai Petani).
Namun walau apa jua pendirian mereka, gambaran yang ditunjukkan kepada umum ialah PKR sememangnya parti yang mempunyai masalah dari segi kempimpinannya.
Kapal yang berlayar gah selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, nampaknya telah mula hilang arah selepas satu demi satu anak kapalnya mula 'buat hal' dengan sikap masing-masing.
Apa yang sebenarnya berlaku dalam parti itu mungkin sukar ditelaah pada masa ini.
Tapi yang pasti memang berlaku goncangan yang cukup hebat dalam kapal PKR dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Jika tidak, takut nanti kapal yang dibina atas simbul keadilan itu karam sebelum cita-cita politik mereka berjaya direalisasikan.
sumber - mstar
Sunday, November 8, 2009
Isteri Wakil Rakyat PAS sanggup diceraikan demi untuk tidak melompat parti... GILA PUNYA PEMIMPIN...
Muslimat Pas pertahan bai'ah
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.
Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.
"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.
"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.
Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.
"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.
"Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.
Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.
"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.
"Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.
Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.
PAS Sudah Hilang Pengaruh???
Imej Pas merosot
- Pas semalam dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada, kata pensyarah dari Jabatan Pengajian Media UM, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nekad tidak akan meletakkan jawatan walaupun menerima pelbagai kritikan yang mempersoalkan kepimpinannya.
- Pas tetap terbuka dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak asalkan ia membawa kepada kemenangan Islam.
- Abdul Hadi berkata, Pas akan mengukuhkan hubungannya dengan pakatan pembangkang yang dimuhasabah sepanjang masa.
- Lidah rasmi Pas, Harakah ditegur kerana terlalu memberi ruang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.
- Wakil Pas Johor mahu perbalahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi dihentikan segera.
Friday, November 6, 2009
AnWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK
1. Pengumuman PM berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada Ketua-ketua bahagian yang sudah membayangkan projek akan disalurkan terus kepada mereka. Bagi PAS pula, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan “aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang”.2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui AnWAR semasa AnWAR Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, AnWAR bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Dr. Mahathir (skg. Tun).
3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada AnWAR mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya AnWAR sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.
4. AnWAR kembali ‘menangguk di air keroh’ serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat w/pun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada AnWAR dan undang-undang yang tidak jelas.
5. AnWAR boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik AnWAR mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberi atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.
6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah AnWAR menyertai UMNO. AnWAR berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenar sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita AnWAR tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.
7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. ‘Ayam sakit’ AnWAR di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan AnWAR dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana ‘tak masuk poket dia’.
PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Tiada kena mengena dengan Kelantan.
Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah AnWAR! Bola yang dikembalikan AnWAR untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung! PAstinya ’smash’ DS Najib akan terkena muka AnWAR yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Hanya sibuk bermain politik! Dan yang terkena ’smash’ itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi ’smash’ itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri……………..
Sekian.
sumber : http://www.x-pkr.com/
Wednesday, November 4, 2009
Percepat pengambilan tanah
pengarang@utusan.com.my
|
|
Perkara itu dibangkitkan beliau dalam pertemuan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Majlis itu diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bermula esok.
Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, proses pengambilan tanah yang dipercepatkan akan membolehkan sesuatu projek digerakkan secara lancar dan berkesan.
''Di Melaka sendiri, proses pengambilan tanah dibuat dalam tempoh sehari sahaja.
''Selain soal pengambilan tanah, Perdana Menteri pada pertemuan itu juga menekankan kepentingan sesuatu projek disiapkan mengikut jadual selaras dengan piawaian yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Ali Rustam berkata, isu kepantasan perkhidmatan jalur lebar turut dibangkitkan oleh Perdana Menteri yang menurutnya masih perlahan dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
''Dengan kelajuan jalur lebar yang boleh diakses di seluruh negara, ia secara langsung menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
''Perdana Menteri mahu negara meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak dua peratus tahun depan dan akan mencari kaedah untuk menambah dua peratus lagi," katanya.
Ketika membentangkan Bajet 2010 baru-baru ini, Najib mengumumkan peruntukan RM11.3 bilion daripada kerajaan bagi mempercepatkan pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di negara ini.
Sebahagian daripada peruntukan tersebut iaitu RM2.4 bilion adalah daripada pihak kerajaan manakala RM8.9 bilion lagi daripada Telekom Malaysia Bhd. (TM).
Perdana Menteri pada 4 Ogos lalu mahu sasaran penembusan HSBB sebanyak 50 peratus daripada isi rumah negara menjelang akhir tahun hadapan dicapai sepenuhnya. Ketika ini, penembusan HSBB negara hanya ditahap 26 peratus.
HSBB dijangka meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 0.6 peratus dan mewujudkan 100,000 pekerjaan menjelang 2017.
Sunday, November 1, 2009
ADUN PAS SELANGOR AKAN MENGADAP SULTAN SELANGOR PADA KHAMIS DEPAN UNTUK MENJADI ADUN BEBAS????
SALAM 1 MALAYSIA,
DENGAN KELUARNYA ADUN PORT KLANG DARI PKR ADALAH MERUPAKAN SATU TAMPARAN PALING HEBAT BAGI KHALIS GAGAP DAN ANWAR..HARUS DINGAT
SELANGOR HANYA PERLU 7 LAGI KERUSI UNTUK DITUMBANGKAN..PERCAYALAH
SEMEMANGNYA RUNDINGAN SEDANG BERLAKU UNTUK MENAKLUK KEMBALI SELANGOR
GOYANGNYA PKR DAN PECAHNYA PAS TELAH MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN KAMI UNTUK MENAKLUK KEMBALI SELANGOR..KEPADA ADUN-ADUN SELANGOR ADAKAH RAKAN2 DIDALM PAKATAN DISELANGOR BOLEH DIPERCAYAI SEYAKINNYA??
RENUNG KEMBALI.. ADUN2 PR SELANGOR KENA BIJAK BERPOLITIK...
JANGAN TERKEJUT JIKA RONNIE LIU AKAN MENGIKUT JEJAK ADUN JELAPANG DARI PERAK UNTUK MELOMPAT JADI BEBAS... TIADA ALASAN ATAU SEBAB KENAPA RONNIE LIU TAK BOLEH MASUK BN...FIKIRKAN KEMBALI
SEMALAM SATU CERAMAH PAS DI SELANGOR DENGAN BEGIU LANTANG MENGUTUK HASSAN ALI DIDALAM CERAMAH MEREKA..MEREKA MENUDUH HASAN BONEKA UMNO DAN BN DALAM SELANGOR DAN JUGA MEMPERTIKAIKAN KESETIAAN HASSAN ALI YANG HANYA MENYERTAI PAS PADA TAHUN 1999... BEIAU JUGA MENUDUH HASSAN ALI TERMAKAN BUDI DGN UMNO KERENA MEMBANTU HASSAN ALI BELAJAR KE LUAR NEGARA DAN HASSAN ALI MASUK KEDALAM PAS HANYA UNTUK MEROSAKAN PAS...
ALHAMDULLILLAH INILAH PERTAMA KALI CERAMAH PAS TAK KUTUK PEMIMPIN UMNO..TAHNIAH KERANA PAS DAH INSAF DAN TAUBAT...APA PUN CERAMAH MALAM TADI MEMBUKTIKAN PERPECAHAN PAS TERUTAMA DI SELANGOR AMAT PARAH DAN MENANTI MASA UNTUK BERPECAH...
APA YANG MENARIK DAN MENAJDI PERSOALAN DIMANA KEMUNGKINAN BESAR KELAPAN LAPAN ADUN PAS SELANGOR AKAN MENGHADAP SULTAN SELANGOR PADA KHAMIS DEPAN DAN INI DIAKUI OLEH BEBERAPA ORG KUAT PAS NEGERI..
ADAKAH MEREKA MAHU MENINGGALKAN PR??
SUMBER : blog 1Malaysia Blog Politik
Jui Meng : PKR adalah parti yang Menolak Konsep Ketuanan Melayu
BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.
Jui Meng menyatakan demikian ketika berucap pada majlis makan malam PKR Sabah, yang kini menghadapi perpecahan ekoran peletakan jawatan Naib Presiden, Jeffrey Kitingan dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.
Dalam Awang cuba mendidik diri untuk berpegang kepada gagasan 1 Malaysia, ia tidak bermakna Awang tidak boleh menyanggah pandangan beliau.
Awang tidak faham mengapa ketuanan Melayu yang tidak lagi dilaung-laungkan oleh orang Melayu kebelakangan ini, mahu dijadikan isu oleh Jui Meng.
Sudah banyak kali diperjelaskan bahawa ketuanan Melayu bukan mahu menjadikan Melayu tuan dan bukan Melayu sebagai hamba. Sebaliknya ketuanan Melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan Sultan-sultan Melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, istiadat Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu adalah berpaksikan kepada perlembagaan negara.
Awang tidak percaya Jui Meng yang pernah menjadi menteri begitu dangkal dan buta sejarah. Nampaknya beliau yang bersikap rasis dan menjadi oportunis kaum. Apakah itu juga bermakna beliau menolak kedudukan raja-raja dan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia negara republik?
Selama ini pun, ketuanan Melayu tidak pernah menindas kaum lain apatah lagi menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah rasanya tiada dalam dunia, kaum majoriti atau teras menjadi pelindung terbaik kepada kaum minoriti sejak sebelum merdeka lagi, melainkan kaum Melayu. Sehingga hari ini kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Kaum itu yang sudah lama mewarisi budaya perniagaan dan mendapat kelebihan daripada strategi penjajah menempatkan mereka di bandar-bandar, mempunyai paling banyak aset dan wang simpanan di bank-bank. Bandar-bandar dan pekan di seluruh negara dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu dan parti Melayu seperti UMNO tidak pernah bertindak merampas kekayaan sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Senarai teratas orang terkaya di Malaysia yang sebahagiannya mendapat bisnes monopoli daripada pemimpin Melayu, juga adalah usahawan bukan Melayu. Peniaga kedai Cina di kampung-kampung Melayu misalnya sejak dulu bebas berniaga dengan mendapat sokongan Melayu tanpa diganggu. Itulah kemurahan hati Melayu yang diakui ramai pengkaji budaya antarabangsa sebagai kaum paling baik hati.
Akibat kemurahan hati itulah, yang sebenarnya menjadi tuan di negara ini adalah bukan Melayu. Pelancong, diplomat dan buruh asing pun tahu hakikat itu cuma Jui Meng yang mahu menafikannya. Kalau begitu, apa makna menjadi warganegara?
sumber : http://www.utusan.com.my/