Monday, November 16, 2009

Nik Aziz lebih layak terajui PR

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Dua pemimpin tertinggi Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jauh lebih layak menerajui pakatan pembangkang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya sesuai untuk memegang jawatan bertaraf penasihat.


Datuk S. Nallakarupan yang juga bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun berkata, kedua-dua mereka lebih layak memandangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghadapi pertuduhan moral yang cukup berat.

''Saya ada membaca kajian di kalangan ahli Pas yang percaya Nik Abdul Aziz lebih layak menjadi ketua pakatan pembangkang. Ini menunjukkan semakin hari tembelang Anwar mula pecah.

''Sebagai bekas rakan karibnya, saya tahu yang Anwar memang tidak layak dari segi moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan kaji selidik yang mendapati lebih ramai koresponden merasakan Nik Abdul Aziz lebih layak menerajui pakatan pembangkang berbanding Anwar.

Sementara itu, Nallakarupan menambah, pemimpin seperti Anwar yang berhadapan kes liwat di mahkamah hanya sesuai untuk diberi jawatan penasihat sama ada dari segi politik atau ekonomi.

Katanya, beliau percaya pandangan itu turut dikongsi oleh kebanyakan ahli Pas serta sebahagian penyokong PKR yang masih mampu menilai kedudukan Anwar secara rasional.

Menurutnya, namun untuk membincangkan tentang kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang ternyata sukar kerana pastinya Penasihat PKR itu sendiri akan mengelak daripada menyentuh mengenai siapa sepatutnya mengetuai pakatan pembangkang.

''Apabila menyentuh hal ini, saya percaya Anwar akan mengelak dan akan kata perbincangan mengenainya hanya menguntungkan UMNO. Tetapi hari demi hari, nampaknya Anwar tak dapat halang orang bercakap perkara ini.

''Ramai yang sudah mula berani bercakap secara terbuka dan hari ini kita baca dalam akhbar bahasa Inggeris, Datuk Zaid Ibrahim sendiri setuju pemimpin Pas mengetuai pakatan bukannya Anwar," jelasnya.

Mengulas pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Nallakarupan mempersoalkan mengapa Penasihat PKR itu dilantik selepas setahun kerajaan pakatan memerintah.

''Apakah mereka ada motif terselindung di saat Anwar sedang bergelut kes tuduhan liwat yang dihadapinya di mahkamah?

''Adakah itu sebenarnya tujuan perkara tersebut dilakukan kerajaan negeri? Saya tidak tahu," ujarnya.

sumber - utusan

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, sebenarnya Lim Kit Siang yang sungguh berminat memimpin PKR, tetapi kerana hendak mengabil hati orang Melayu, mereka ini gula-gulakan Nik Aziz...... inilah cara Lee Kuan Yu buat semasa mula-mula menerajui Singapura......