Saya tidak akan memberi respon berdasarkan komen-komen berniat jahat dalam blog dan laman-laman web berkenaan dengan kritikan saya terhadap Anwar Ibrahim jika Aliran juga tidak berganding bahu menyerang saya. Serangan Aliran meninggalkan kesan mendalam kepada saya.
Terlebih dahulu, biarkan saya memulakan dengan membetulkan beberapa ungkapan-ungkapan salah di dalam Kenyataan Media Aliran.
Saya tidak pernah berkata bahawa BN "adalah satu pilihan terbaik". Sama ada di The STAR atau NST yang melaporkan ucapan saya semasa Forum Pilihan Raya Umum yang dianjurkan oleh The STAR pada 3 Mac 2008.
Apa yang saya katakan adalah, "pada ketika ini dalam sejarah negara kita, BN, walaupun terdapat kecacatannya, hanya gabungan antara etniknya yang berdaya dalam negara ini."
Saya kemudiannya menjelaskan mengapa percubaan oleh pihak pembangkang untuk mewujudkan sebuah gabungan alternatif di antara tahun 1999 dan 2001, di mana saya turut sama terlibat, bersama dengan pihak lain, gagal.
Adakah kenyataan "bahawa BN...adalah pilihan terbaik" adalah satu ungkapan yang direka-reka oleh pegawai-pegawai Aliran yang menandatangani kenyataan media itu.
Dengan kata lain, tidak terdapat kata-kata saya ke atas Anwar yang boleh ditafsirkan sebagai satu "cetusan emosional".
Separuh masa jawapan yang saya berikan adalah menjawab soalan daripada salah seorang peserta forum itu. Saya menjelaskan secara ringkas, alasan-alasan mengapa saya fikir, Anwar tidak layak menjadi ketua dalam sebuah negara yang kepelbagaian etnik.
Terdapat beberapa faktor – faktor lain yang tidak melayakkannya untuk menjadi pemimpin di negara ini, yang saya akan dedahkan pada masa yang sesuai.
Sesetengah ketidakgembiraan saya terhadap Anwar dan Parti KeAdilan Nasional (nama yang dikenali sebelum ini) ketika saya keluar parti pada Disember 2001, telah dikongsi dengan Presiden Aliran, P Ramakrishnan, dalam satu majlis makan malam di restoran Petaling Jaya pada awal tahun 2002.
Dalam perbincangan kami itu, saya agak berterus terang dengannya berkenaan dengan politik wang dalam parti, kekurangan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan dan manipulasi sentimen-sentimen yang bersifat perkauman.
Sebelum ini, saya telah diberi peringatan oleh teman-teman yang mengatakan saya bakal menggalas satu tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul selama bertahun-tahun.
Dalam beberapa interbiu saya dengan majalah-majalah tempatan, saya telah menyentuh kelemahan-kelemahan dalam parti itu dan kepimpinannya. Tetapi saya tidak pernah sesekali mendedahkan politik dalaman PKR dan Anwar sehingga 3 Mac 2008.
Pemimpin-pemimpin Aliran , seperti juga pihak lain telah memberi komen-komen pedas tentang kritikan saya kepada Anwar, bertanyakan mengapa saya memutuskan untuk bercakap kepada umum pada masa ini, dalam suasana kempen Pilihan Raya Umum ke-12.
Sebagaimana yang pernah saya jelaskan, saya tidak memilih masa atau peristiwa. Saya hanya semata-mata menjawab kepada satu soalan daripada audien.
Jawapan saya telah mengejutkan pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dengan parti atau tidak, berkenaan dengan satu komplot dan manipulasi politik Machiavellian (matlamat menghalalkan cara).
Kerangka besar penipuan dan pemerdayaan ini telah dimulakan dengan menipu satu kompenan masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya supaya mempercayai bahawa dia adalah orang harapan yang ditunggu-tunggu seperti 'kesatria perisai' yang akan menyelamatkan rakyat jelata menuju ke syurga mulia iaitu keadilan dan persamaan.
Sebahagiannya, kerana 'kesatria' telah menanggalkan topengnya yang lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan mendapat kesedaran tentang risiko dalam kehidupan mereka apabila mereka sekali lagi diberikan tugas menentukan hak masa depan mereka.
‘Kesatria’ yang menanggalkan topeng mereka, ternyata membuatkan pemimpin-pemimpin Aliran tidak gembira. Mereka menuntut untuk mengetahui mengapa saya "begitu bimbang tentang masalah politik wang dalam PKR" tetapi tidak "berkata bahawa kebanyakan masalah politik wang selalu dikaitkan dengan BN”
Jika ada di kalangan pemimpin-pemimpin Aliran berada dalam Forum 3 Mac itu, dia akan mengakui bahawa dalam penyampaian itu, saya telah menekankan bahawa persoalan rasuah dalam peringkat tertinggi politik dan perniagaan sebagai satu daripada tiga cabaran utama yang dihadapi negara.
Saya telah mencadangkan bahawa terdapat jurang yang luas di antara ‘ yang banyak' dan ‘yang sedikit' dan pengukuhan demokrasi itu adalah dua cabaran lain yang perlu diberi perhatian segera oleh pemerintah.
Kritikan utama dalam penyampaian saya adalah hubungan etnik dan pilihan raya yang akan datang, saya juga menyatakan pandangan bahawa pemerintahan terakhir dalam beberapa dekad sebelum ini, sebahagian besar telah bertanggungjawab untuk membenarkan polarisasi etnik ke arah yang lebih buruk.
Pada bahagian akhir ceramah, saya mencadangkan bahawa BN harus di peringkat akar umbi mula mengubah diri sendiri kepada sebuah parti kepelbagaian etnik yang sebenarnya berbanding dengan sebuah parti antara etnik dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi nasional.
Ia sudah tentu satu kebenaran, yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia, seperti dalam pemerhatian saya dalam setengah dekad yang lalu. Ini kerana saya telah menumpukan perhatian terhadap kuasa dunia global.
Tetapi saya juga turut menyedari bagaimana kesan-kesan global ke atas masyarakat setempat. Ini kerana, saya serba sedikit mengetahui berkenaan ‘global-local interface’ iaitu yang amat membimbangkan saya berkenaan dengan peranan Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia.
Dr Chandra Muzaffar
Petaling Jaya
7 March 2008.
Thursday, October 15, 2009
Kenyataan media Dr Chandra Muzaffar : Anwar Ibrahim , Aliran dan kebenaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment