Monday, July 6, 2009

Konsep 1Malaysia diterjemahkan oleh PM dengan melakukan aktiviti turun padang di Pasar Sibu Sarawak

PM turun padang lawat Pasar Malam Sibu


NAJIB Tun Razak meninjau keadaan para peniaga selepas mengadakan lawatan mengejut di Pasar Malam Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 5 Julai - Bersesuaian dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan mengejut ke Pasar Malam Sibu di sini petang ini.

Beliau yang sepatutnya merasmikan Pesta Kebudayaan Tiong Hua Malaysia Ke-26 meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dengan para peniaga di situ.

Beliau turut diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, timbalannya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan kabinet negeri.

Jika sebelum ini, Perdana Menteri banyak mengadakan tinjauan serta lawatan mengejut di Semenanjung, namun kali ini beliau turun padang melihat golongan peniaga di Sarawak pula.

Lawatan beliau itu mengundang rasa gembira di kalangan para peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum di negeri ini.

Kunjungan Najib ke Sarawak merupakan kali ketiga bagi tempoh dua bulan sebelum dijangka menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

sumber : Utusan Malaysia

1 comment:

Junah said...

Salam Ziarah,

Jangan hati macam gunung, biar hati macam lembah, air bertakung jadi kawah.