Gayu Guru Gerai Nyamai.
Friday, May 29, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK UNTUK SELURUH KAUM DAYAK DI SARAWAK
Gayu Guru Gerai Nyamai.
EKONOMI DIJANGKA PULIH : PM
|
|
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.
Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.
“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.
“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.
Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.
Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.
“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.
“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.
Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.
Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.
Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.
“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.
“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Wednesday, May 20, 2009
SALAM TAKZIAH
Amin.
Al-Fatihah..
Tuesday, May 19, 2009
Kebijaksanaan Najib membuatkan plan Anwar gagal di Penanti
2.DS Najib menganggap pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja .
Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.
“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya
3. Dahulu pendirian saya mahu BN bertanding tetapi setelah melihat sendiri suasana dan angin penduduk di Penanti ,saya menyokong keputusan Najib ini yang dianggap bijak dan tidak terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Anwar di dalam kubu beliau sendiri .Seperti kata -kata Najib ini semua adalah permainan politik pembangkang dan BN tidak harus menari mengikut rentak orang lain .
4.Tindakan Najib ini adalah tepat pada waktunya .Bagi saya tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara akan diutamakan. PRK Penanti sebenarnya tidak patut diadakan kerana alasan kekosongan kerusi itu alasan bodoh dan tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu membela dan memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka laung-laungkan .
5. Memang tidak dapat dinafikan apabila mengadakan pilihanraya maka ia akan membazir seperti kos SPR ,kos pengurusan ,kos untuk menjaga keselamatan pilihanraya. Saya meninjau di Penanti ,sudah dipasang khemah-khemah besar untuk pasukan keselamatan polis yang akan mengawal keselamatan di Penanti ini . Tetapi dengan keputusan BN tidak bertanding ,maka BN sudah boleh mejimatkan kos untuk berkempen,sumbangan dan sebagainya.
6. Apabila BN tidak bertanding ,maka BN tidak perlu fikir lagi bagaimana nak meraih sokongan pengundi . Kita tengok gelagat Anwar dan askar-askarnya selepas ini yang telah pusing round Penanti berkempen yang saya tinjau sudah start ceramah perdananya minggu lepas.
7.Mengenai siapa akan menjadi pilihan pengundi ,apabila BN tidak bertanding maka faktor calon tersebut menjadi pilihan pengundi .Pengundi BN dan atas pagar pastinya terpaksa memilih 2 pilihan samada tidak keluar mengundi @ keluar mengundi dan mengundi calon bukan PKR iaitu calon BEBAS .
8.Saya masih ingat lagi ayat ini " Jika ada calon Bebas yang mahu bertanding , Pakatan Rakyat seperti biasa akan cakap ini calon tajaan BN untuk pecah undi . Inilah tuduhan lapuk oleh Pakatan Rakyat dan buat masa sekarang ini yang hanya sudah mengesahkan bertanding berkemungkinan adalah calon Bebas iaitu bekas Ketua Wanita PKR sendiri .
9.Kali ini Anwar sudah terkena lagi muslihat Najib . Seperti kata-kata Tuan Sadiq Segaraga dalam filem Tiga Abdul
10. Anuwar sudah terhukum dengan plan dan tindakan yang cuba menghentam BN dengan kekalahan BN di Penanti. Namun itu sudah dapat dihidu oleh PM dan MT Barisan Nasional. Syabas DS Najib.....
Sumber : Blog Pejuang Bangsa
Sunday, May 17, 2009
Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah : Isu Tawaran DPM Kepada Datuk Anifah Aman Oleh ANUWAR ALJUBRI
Isu Datuk Anifah Aman vs Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi makin panas. Ini bilamana Menteri Luar itu tetap berpegang pada dakwaannya bahawa Penasihat PKR itu pernah tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya semasa gerakan 16 September untuk masuk Putrajaya menerusi pintu belakang.
Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu yang pulang dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pagi Ahad kata beliau sedia disaman oleh Anwar.
Sabtu Sankara Nair,peguam kepada Anwar menafikan Ketua Pembangkang itu ada buat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anifah untuk lompat parti.
Katanya beliau dapat arahan supaya fail saman terhadap Menteri Luar itu jika dakwaan itu tidak ditarik balik dalam tempoh 24 jam.
Anwar dilaporkan mengakui beliau ada sekali saja berhubung dengan Anifah menerusi telefon.
Beliau lalu memperlekehkan Anifah membuat dakwaan itu sebagai orang yang mungkin bermimpi nak jadi Timbalan Perdana Menteri
Dalam sidang akhbar di KLIA Sepang itu Anifah juga mengesahkan Anwar ada telefon beliau sekali tahun lalu. Katanya beliau tidak ingat tarikhnya.
"Saya beritahu dia jangan buang masa,saya tidak sedia tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional",katanya
Mengenai samaada sedia hadapi saman Anwar beliau berkata, "ya,saya tak ada masalah.Sebagai Menteri Luar ada ada banyak perkara penting nak dibuat.Anwar tidak membimbangkan saya"
Pusat khidmat BN di setiap Parlimen
KUALA TERENGGANU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan pusat khidmat di setiap kawasan Parlimen bagi membolehkan masalah rakyat berbilang kaum diselesaikan bersama oleh parti-parti komponen.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan itu yang merupakan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa BN mampu melaksanakan tugas membantu rakyat berbilang kaum.
Katanya, ia perlu dilakukan supaya persepsi rakyat terhadap BN dapat diubah.
''Urusan yang berkaitan rakyat perlu diteliti oleh semua parti (komponen). Kita mahu tunjukkan bahawa urusan kerja membantu rakyat berbilang kaum dapat dilaksanakan oleh BN.
''Pendekatan ini adalah untuk menunjukkan bahawa mulai dari sekarang, urusan berkaitan masalah rakyat walaupun ia datang berkelompok, ia tidak diuruskan oleh parti-parti tertentu sahaja, tetapi tanggungjawab ini hendaklah diurus oleh semua parti," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan pemimpin BN Terengganu di sini hari ini.
Katanya, ia adalah sebahagian daripada perubahan yang dibuat dalam parti agar terus diterima oleh rakyat terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Beliau berkata, bagi bahagian yang sudah mempunyai bilik gerakan BN, usaha itu akan dikekalkan.
Mengenai draf perubahan perlembagaan UMNO jelasnya, ia akan siap pada hujung bulan ini seterusnya akan diberikan kepada Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri untuk diteliti bagi mendapatkan input dan maklum balas.
Berhubung kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan semalam bahawa 60,000 jentera penerangan UMNO cawangan gagal berfungsi, jelasnya, beliau telah mengarahkan supaya mereka diberi latihan dan maklumat untuk menjalankan tugas masing-masing.
''Memang kita sedang tumpukan kepada jentera penerangan parti. Satu daripada fokus kita supaya kita dapat menyebarkan maklumat yang tepat, patahkan segala dakyah lawan yang kadang-kala bohong dan putar-belitkan fakta sebenar," ujarnya.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan jentera penerangan UMNO supaya mengatur program latihan di seluruh negara bagi melahirkan ramai penceramah dan pegawai penerangan yang berwibawa supaya memberi penjelasan tentang isu semasa supaya tiada pihak yang keliru.
Saturday, May 16, 2009
Kes kedua H1N1 disahkan
Kes kedua itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan pagi ini dan mangsa berada di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan stabil.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat mengumumkan mengenainya di sini hari ini. - Utusan Malaysia
Thursday, May 14, 2009
ANUWAR : TANGAN GHAIB PAKATAN RAKYAT
Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.
1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.
2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.
3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang ‘panjang akal’. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan ‘pak turut’ yang gila glamour nak jadi ‘hero’ tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.
4. ‘tangan ghaib’ yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.
5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.
6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.
7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.
8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.
9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!
10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat ‘ditendang’ keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.
11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!
12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nant
SUMBER : X-PKR BLOG
Monday, May 11, 2009
AWAS PENYOKONG PKR : LET THE GAMES BEGIN
1. AnWAR tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keputusan ini pasti memeningkan AnWAR untuk terus menyalahkan mahkamah yang tidak telus dan tidak adil dalam membuat keputusannya.
2. AnWAR sedar dengan majoriti 28 orang pembangkang dalam DUN Perak, bila-bila masa Perak bakal dirampas kembali BN apabila persidangan DUN diadakan kelak. Tambahan pula pembangkang perlu juga menerima keputusan mahkamah yang membenarkan DS Zambry, 5 exconya dan 3 ADUN bebas menghadiri sidang DUN. Dgn speaker di tgn BN, pembangkang bakal menemui jln sukar mengekalkan Nizar sbg MB.
3. Helah untuk mengekalkan sidang bawah pokok nanti bakal mendedahkan PAS, PKR dan DAP mengamalkan ‘double standard’ dalam menerima keputusan mahkamah. Maka taktik AnWAR adalah mengheret rakyat ke kancah p/raya semula sebelum sidang DUN Perak nanti.
4. AnWAR menerusi DAP dan Nizar sengaja mengajak rakyat ke kancah p/raya semula bagi menutup kelemahan pembangkang yg punya kurang majoriti di DUN Perak. mereka sengaja mengumumkan mahu p/raya semula sedangkan kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak.
5. Tambahan pula dikhabarkan DS Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman dan penuh kerjasama. AnWAR mengharapkan MB dan exco BN ini melawan serta tidak mahu meninggalkan pejabat dgn aman, maka AnWAR akan ’spin’ isu dgn katakan BN memang samseng serta tidak menghormati keputusan mahkamah.
6. AnWAR kini sedang berkahak dan meludah ke arah langit, dan kahak serta ludahnya bakal terkena di mukanya sendiri…….
Sunday, May 10, 2009
HAPPY MOTHER'S DAY
Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.
Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.
Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”
Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.
“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”
Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.
Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.
Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”
Friday, May 8, 2009
Sidang DUN Perak kecoh
|
|
IPOH 7 Mei – Kecoh dan menghina institusi diraja. Begitulah suasana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tertunda ke pukul 3.15 petang.
Hanya selepas kira-kira lima jam drama keangkuhan dan kedegilan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ‘ditayangkan’, barulah majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berjaya disempurnakan.
Itu pun selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi terpaksa menunggu di kamar diraja kira-kira lima jam.
Sedangkan sebelum itu, baginda telah pun memeriksa barisan kawalan kehormat dan sepatutnya merasmikan majlis pembukaan selepas itu.
Peliknya, selepas menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat, ADUN pakatan pembangkang akhirnya sanggup pula untuk akur.
Kesemuanya itu didorong oleh sikap angkuh, degil dan tindakan mempermainkan kemuliaan Dewan sehingga mewujudkan suasana tegang dan menuntut Raja Dr. Nazrin supaya ‘menunggu’.
Dengan diketuai bekas Speaker, V. Sivakumar, Aturan Mesyuarat yang sepatutnya membantu melancarkan perjalanan sidang DUN diketepikan.
Malah, pakatan pembangkang seolah-olah lupa diri dan tidak menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi suara majoriti.
Sebaik berakhirnya upacara membaca doa, Sivakumar bertegas tidak mahu memulakan sidang DUN selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya berada di dalam Dewan.
Beliau turut mengarahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) meninggalkan Dewan dengan segera.
Beliau juga mengumumkan tempat duduk ADUN adalah berdasarkan status quo seperti sebelum ini.
‘‘Saya tak mahu ketujuh-tujuh orang (Zambry dan enam ahli Exco) yang digantung berada dalam Dewan. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diterima pada 3 Mac lalu, bukan saya.
‘‘Saya juga arah ketiga-tiga orang yang saya anggap telah meletak jawatan keluar daripada Dewan. Saya hendak 10 orang ini (tujuh ADUN BN dan tiga ADUN Bebas) keluar Dewan dulu baru mulakan sidang,” katanya sebaik mengambil tempat duduk Speaker dalam DUN di sini hari ini.
Bagaimanapun, Zambry dan sembilan lagi ADUN terbabit tidak mempedulikan arahan Sivakumar.
Kekecohan berlarutan sehingga ada ketikanya hampir bertumbuk apabila kedua-dua pihak cuba menegakkan pendapat masing-masing.
Dalam suasana kelam kabut itu, Zambry membuat usul memecat Sivakumar sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Yit Foong mengumumkan mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.
Bagaimanapun Sivakumar menegaskan, usul itu tidak boleh diterima daripada seseorang yang telah digantung keahliannya sebagai ADUN.
Keputusan menggantung 10 ADUN tersebut daripada menghadiri sidang DUN dibuat oleh Sivakumar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang di bawah pokok pada 3 Mac lalu.
Zambry kemudian mengulangi usul yang sama dan sekali lagi disokong oleh semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas.
Sebaik sahaja usul pelantikan Speaker baru diluluskan oleh penyokong BN, Yit Foong mengisytiharkan R. Ganesan sebagai Speaker baru sebelum dipakaikan jubah oleh Zambry.
Selepas mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ADUN BN, bekas ADUN Sungkai itu mengambil alih sidang Dewan daripada Yit Foong.
Empat usul telah diluluskan oleh Ganesan iaitu pelantikan ahli baru bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Turut diluluskan ialah usul membatalkan sidang DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.
Sivakumar yang sejak awal mempertikaikan kedudukan Ganesan kemudian menegaskan beliau menolak kesemua usul tersebut.
Memandangkan situasi yang semakin tegang, Zambry mengusulkan supaya sidang Dewan ditangguhkan selama sejam bermula pukul 11.15 pagi.
Walaupun ditangguhkan, Sivakumar tetap tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker sejak pukul 9.45 pagi.
Sidang Dewan sekali lagi ditangguhkan pada pukul 1 petang. Ketika ini Sivakumar masih juga berada di tempatnya.
Keadaan agak terkawal apabila polis mula memasuki Dewan dan mengarahkan Sivakumar bangun daripada kerusi Speaker yang didudukinya.
Kedegilannya menyebabkan polis dan beberapa petugas Dewan terpaksa ‘mengangkat’ serta mengusung beliau ke luar.
Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang masih lagi mempertikaikan tindakan terhadap Sivakumar, namun kehadiran Raja Dr. Nazrin berjaya menenangkan keadaan.
sumber : Utusan Malaysia
Tuesday, May 5, 2009
Pelucutan jawatan Nizar akibat hilang kepercayaan - Peguam NegaraKUALA LUMPUR
5 Mei — Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa Tuanku Sultan telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang dengan teliti fakta dan perkembangan sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb lepas bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan itu.
“Saya dapati bahawa Baginda Sultan Perak telah menjalankan tugas dengan cara paling hormat,” kata Abdul Gani dalam penghujahannya selaku pencelah dalam prosiding semakan undang-undang yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada 13 Feb lepas.
Mohammad Nizar, 52, memohon perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Feb, daripada menjalankan tugas itu.
Abdul Gani berkata untuk menentukan tidak berlaku sebarang kecacatan dalam keputusan Baginda, Sultan Azlan Shah telah memanggil dan menyoal tiga anggota Dewan, yang dahulunya daripada parti-parti pakatan pembangkang, terdiri Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) bagi memastikan bahawa Barisan Nasional mendapat sokongan mereka. - Bernama
Penanti: UMNO belum buat keputusan
KUALA LUMPUR 4 Mei - UMNO masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Biro Politik UMNO yang bermesyuarat tengah hari ini juga tidak membincangkan perkara itu.
"Mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini membincangkan banyak perkara dan Pilihan Raya Kecil DUN Penanti bukan salah satu daripadanya. Perkara itu belum diputuskan lagi,'' katanya.
Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menerima taklimat daripada Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah DBP, Datuk Johan Jaafar; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.
Muhyiddin diminta mengulas keputusan mesyuarat Biro Politik UMNO yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.
Muhyiddin turut ditanya kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan berikutan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk mengosongkan kerusi.
Menurutnya, tindakan pembangkang itu bukan sahaja menyalahgunakan demokrasi malah tidak berlaku adil kepada rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya umum tahun lalu.
"Yang berlaku sekarang ialah pembangkang menyalahgunakan demokrasi dan ADUN dari parti pembangkang tidak ambil sikap bertanggungjawab kepada rakyat.
"Pilihan raya kecil sepatutnya diadakan sekiranya wakil rakyat meninggal dunia tetapi wakil rakyat berkenaan masih hidup, tidak bankrap serta tidak menyalahi mana-mana undang-undang oleh itu tidak wajar untuk meletak jawatan,'' katanya.
Beliau bagaimanapun dimaklumkan bahawa Manoharan merupakan tahanan ISA dan salah satu sebab untuk meletakkan jawatan ialah kerana tidak dapat berkhidmat di kawasan itu.
Muhyiddin tegas menjawab: "Semasa bertanding DUN Kota Alam Shah itu memang dia dalam tahanan. Jadi mengapa sekarang hendak membangkitkan perkara itu?
"Ini bermakna jawatan sebagai ADUN Kota Alam tidak gugur dan selagi itu perlu berkhidmat kepada rakyat,'' katanya.
Mengenai Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang dikatakan dirisik oleh parti pembangkang agar melompat parti, Muhyiddin yakin pemimpin kanan MCA itu tidak akan berbuat demikian.
sumber : Utusan Malaysia
Sunday, May 3, 2009
Futsal Piala Setiausaha Persekutuan (SUPP 09) Di Sport Planet, Pending Kuching
Syabas dan Tahniah kepada semua pemain-pemain Team JASA Sarawak kerana komitmen dan semangat kesukanan dalam pertandingan Futsal Piala SUPP 09. Walaupun kalah dalam pusingan yang pertama, namun ianya akan memberi ruang kepada JASA supaya lebih dikenali oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan lain. Turut memberi semangat kepada Pasukan JASA Sarawak, YBhg En Jemat Lihi Big Bos JASA Sarawak, Bos Bahagian Kewangan, En Wan Masor, PJB JASA Sarikei, Ahmad Adai dan rakan-rakan JASA Ibu Pejabat.