Thursday, May 14, 2009

ANUWAR : TANGAN GHAIB PAKATAN RAKYAT

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.

2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang ‘panjang akal’. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan ‘pak turut’ yang gila glamour nak jadi ‘hero’ tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.

4. ‘tangan ghaib’ yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.

5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.

6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.

7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.

8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.

9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!

10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat ‘ditendang’ keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.

11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!

12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nant

SUMBER : X-PKR BLOG

No comments: