Akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat melalui Timbalan Ketua Menteri 2nya terpaksa mengakui bahawa adalah satu perkara yang amat sukar dan mungkin hampir kepada mustahil untuk menghapuskan terus kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Ini jelas membuktikan bahawa kempen yang selama ini dihamburkan kepada rakyat hingga membuahkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih banyak terarah kepada pembohongan dan tidak lebih hanyalah untuk menarik publisiti, perhatian dan sokongan rakyat kepada mereka.

"GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, hari ini mengakui bahawa kemiskinan di Pulau Pinang tidak boleh dihapuskan tetapi bilangan mereka yang miskin boleh dikurangkan.Beliau berkata, kemiskinan adalah isu yang relatif dan sesiapa sahaja boleh menjadi miskin kerana pelbagai sebab dan apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini ialah membantu golongan itu.
Beliau juga mengakui bilangan mereka yang miskin boleh bertambah pada bila-bila masa.
"Setakat ini terdapat 728 keluarga miskin tegar yang didaftarkan di Pulau Pinang dan kumpulan itu telah selesai dibantu," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan terima kasih terhadap Yang Dipertua Negeri,Tun Abdul Rahman Abbas, pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian setelah beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan kenyataan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebelum ini bahawa kerajaan negeri berjaya menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang.
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Telok Bahang) berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tetapi mempertikaikan kenyataan ia telah menghapuskan kemiskinan tegar.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga seharusnya mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan dan agensinya untuk membantu golongan miskin tegar di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, pula tidak bersetuju bahawa miskin tegar telah dihapuskan di negeri itu kerana masih ramai lagi penduduk di kampung termasuk di kawasannya, masih berada dalam kriteria itu.
"Kalau menggunakan jumlah 728 kata dah hapus miskin tegar, hal ini tidak betul sebab tak hapus lagi, banyak lagi orang di kawasan kampung yang masih berada dalam keadaan itu," katanya."
sumber : berita harian
No comments:
Post a Comment