Najib dalam tempoh beberapa minggu menjadi PM telah berjaya menampakkan ketegasannya dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah di dalam negara. Inilah PM yang kita mahukan selama ini. Membuat keputusan yang tegas tetapi adil kepada semua pihak tanpa perlu menunggu pihak-pihak tertentu yang membuat ketetapan bagi pihaknya.Aku membuat penilaian ini berlandaskan keputusan tegas yang dibuat bagi menyelesaikan dua perkara yang berlaku sehari dua ini, iaitu masalah di Terengganu dan juga isu pembubaran MECD.Perihal polemik 10 wakil rakyat BN di Terengganu ditangani cukup mudah iaitu mengarahkan semua ADUN masuk dewan seperti biasa dan tiada sebab untuk mereka tidak hadir hanya berdasarkan SMS yang mereka terima. Cukup mudah!Bukan untuk memburukkan sesiapa atau mahu membuat perbandingan, tetapi aku membayangkan andai PM masih lagi Pak Lah, nescaya perkara ini akan berlarutan dan silap haribulan menjadi bertambah buruk. Tapi Najib membuktikan ia tidaklah serumit mana.Begitu juga dengan cakap-cakap dan kebimbangan orang Melayu tentang nasib agensi2 di bawah MECD selepas kementerian itu dibubarkan, dengan segera diputuskan termasuk perihal kedudukan LPKP.Keputusan yang segera diambil, tegas dan memuaskan hati semua pihak seperti ini oleh seorang PM sudah lama tidak dirasakan. Yelah, berbeza sebelum ini segala polemik, masalah yang wujud bukan sahaja lambat untuk mendapat maklum balas PM malahan keputusan yang dibuat kadang kala tidak memuaskan dan sering kali berubah-ubah (flip-flop).Andai cara seperti ini diteruskan oleh Najib sepanjang beliau menjadi PM ini aku percaya beliau mampu mengembalikan semula kegemilangan pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang telah dimusnahkan sebelum ini. Pun begitu masih terlalu awal untuk meletakkan Najib setanding Tun Mahathir waima bapanya, Tun Razak namun tanda-tanda ke arah tersebut telah kehilangan.Dalam pada itu, aku juga berharap agar Najib dapat mempertimbangkan cadangan supaya pembinaan jambatan bengkok yang sebelum ini dibatalkan dikaji semula. Ia bukan sahaja bagi memenuhi harapan rakyat Johor dan Malaysia keseluruhannya, tetapi juga dapat "menyelesaikan" isu yang tertunggak sebelum ini. Dan harapannya ia dapatlah dikaji dengan segera agar nanti jangan sampai CIQ sudah reput barulah nak mengkajinya.Kepada PM yang baru, seluruh rakyat di negara ini sedang memberikan harapan yang menggunung agar beliau meletakkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, di kedudukan yang tinggi sepertimana yang dirasakan sepanjang 23 tahun di bawah teraju Tun Mahathir sebelum ini.Selamat maju jaya, Najib!
sumber : blog mesintaipburuk
No comments:
Post a Comment