Friday, January 9, 2009

DSAI Sanggup Diludah Jika Pakatan Rakyat Tidak Mampu Membuat Perubahan

K
etua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara. "Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Januari ini.

Majlis ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil dihadiri 100 orang.

Dalam ceramahnya, Anwar membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh UMNO selain isu rasuah.

Dalam pilihan raya itu, Mohd. Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas.

Ulasan dan Renungan : Sampai begitu sekali cara DSAI kempen. Kalau terjadilah seperti yang dikata, Ramai-ramailah kita meludah muka DSAI. Saya nak kumpul yang pekat-pekat dan hijau-hijau khas untuK DSAI.

No comments: