Sunday, January 25, 2009

Anwar Jual Minyak Urat Di Negeri Sarawak

Cita-cita Anwar yang ingin jadi pemimpin No.1 yang berkuasa penuh tak akan putus asa. Kali ini Politik Sarawak menjadi pemilihan untuk menjual minyak Urut Anwar menggantikan Gambir Sarawak!.Senorio politik kali akan lebih menarik. Bahagian 1 anwar, telah terbukti mimpi yang indah anwar sudah pun bertukar menjadi kisah Mat Jenin yang lucu (Pinjam Kata-kata T.G.HJ. Hadi Awang- Pas).Teknik menjual Minyak urat yang dijual di Semenanjung tidak lagi dipakai kerana kurang laris dan terpaksa menemui pelanggan baru di Sarawak.Orang-orang yang membeli minyak uratnya di semenanjung tidak lagi yakin minyaknya yang dijual murah dan tidak berkualiti ,tidak memberi kesan pemulihan politik yang diharapkan oleh rakyat.Si Mat Jenin Anwar kali ini memileh Negeri Sarawak untuk menjual minyak uratnya kerana tempat perniagaan baru ini dirsakannya pelangan-pelangan senang dibeli dan pelangan pula yang terdiri dari kebanyakan keturunan Dayak sentiasa tidak bersatu dalam apa jua masalah.Bercakaran satu sama lain tanpa memikirkan masa depan kaum mereka walau pun menjadi penduduk majoriti di negeri Sarawak.Negeri Sarawak adalah sebuah negeri yang luasnya lebih kurang keluasan sebelas negeri Semenanjung .Keluasan Semenanjung 131,598 sq.km dan Keluasan sarawak - 124,450 km.sq. dan sabah pula 73,711 km.sq.Penduduk Sarawak: Melayu 31.6% Bumiputras: Ibans - 41.%, Bidayuhs - 11.4% ,Melanus 7.7% others 8%.(2000).Adalah dikuatiri si Mat Jenin akan mengekplotasikan Nasionalisma Iban di Sarawak kali ini.Ini akan membabitkan Pemilihan Ketua Menteri akan menjadi isu panas,yang pada awal kemasukan Sarawak dalam Malaysia di wakili oleh dari kalangan orang-orang Iban, Datuk Kalong Ningkan (1963-66) dan Penghulu Tawi Sli (1966-1970).Walau pun kaum keturunan Iban ini kaum majoriti tetapi mereka lemah dan tidak bersatu.Dengan itu pimpinan Kerajaan Negeri bertukar kepada dominasi parti Melayu/Melanau - pesaka Bumiputra bersatu (PBB). Adalah tidak wajar di Sarawak suarakan "Hak istimewa Melayu..tetapi lebih wajar digunakan hak istimewa Bumiputera atau Hak anak Sarawak untuk memberi satu semangat baru dalam ikatan persahabatan di antara Bumiputera dan Melayu.Harus difaham Nasionalis Iban bangun menentang keluarga Brooke sebelum tahun 1941 dan Kaum Melanau adalah pendukung kuat keluarga Brooke pada masa itu.

PKR walau pun sesebuah parti tidak popular di Sarawak tetapi bercita-cita ingin takluki politik Sarawak.Jangan pandang ringan , Anwar!.Anwar bukan seorang yang mudah putus asa.TDM pernah berkata Anwar," boleh menjadikan perkara negatif kepada positif ".Apa yang gembirakan di Sarawak ialah pertelingkahan DAP dan PKR amat ketara kebelakangan ini.Harus memahami bahawa King Maker dalam politik Sarawak adalah SUPP yang mewakili Kaum Cina di Sarawak.Jika DAP yang digemar kaum Cina di Sarawak adalah sesuatu yang buruk bagi BN Sarawak termasuk Parti SUPP.Walau pun PKR tercemar namanya dengan tingkah laku pemimpinnya di Pulau Pinang dan Selangor dengan isu Timbalan Ketua Menteri,Isu Pengerusi PKNS dan Isu 50% hak Bumiputra dalam projek perumahan di Kedah namun PKR tidak boleh dipandang rendah oleh kerajaan federal yang diterajui UMNO yang sedang hadapi membetulkan rumahnya.Tindakan segera harus dilakukan untuk memberi keyakinan pada penggundi di Sarawak untuk terus menyokong BN dalam pilihanraya akan datang.Rengangan diantara Iban Bukan Islam dan Melanau Islam perlu sentiasa dibaiki.UMNO perlu usaha kuat untuk keyakinan penggundi Sarawak dengan kadar segera tanpa banyak membuang masa dalam menangani masalah dalam rumahnya sendiri.

No comments: