- Pilihanraya adalah satu proses bagi memilih pemimpin dan juga parti politik yang bakal mentadbir sesebuah negara. Pilihanraya berlaku di mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang mana rakyat menentukan siapa pemimpin dan parti pemerintah.
- Di Malaysia, khususnya, sistem demokrasi berparlimen telah menetapkan pilihanraya akan di adakan setiap habis penggal iaitu lima tahun sekali. Sejak pilihanraya Umum 2008 yang lalu, tempoh matang parlimen akan berakhir pada April 2013 dan akan berlansung lagi pilihanraya umum yang ke-13.
- Kalau kita melihat pilihanraya umum 2008 yang lalu, Barisan Nasional menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti tidak sampai 2/3. Malah negeri seperti Kedah, Selangor, Pulau Pinang yang pada asasnya dikuasai oleh Barisan Nasional teleh beralih kepada Pakatan Rakyat. Senario politikbaru ini banyak dipengaruhi oleh kehendak media sosial yang mana Barisan Nasional tidak menguasai media ini.
- Tsunami politik 2008 ini telah memberi pengajaran yang cukup berkesan kepada Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin UMNO terutamnya sedar akan musibah jika mereka tidak berubah dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Perubahan ini juga menyebabkan pimpinan nombor satu negara iaitu TUN ABDULLAH BADAWI telah berundur dan memberi jawatan Perdana Menteri kepada timbalanya iaitu DS Najib Tun Abdul Razak dengan peralihan yang teratur dan tenang. Rakyat melihat peralihan kuasa ini satu tranformasi yang cukup besar dilakukan oleh Tun Abdullah demi menyelamatkan Barisan Nasional.
- Setelah DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mencipta gelombang baru politik dengan selogan 1 Malaysia yang mendapat tempat di hati rakyat. Perancangan dan pendekatan beliau benar-benar selaras dengan selogan 1 Malayasia, Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan. Banyak tranformasi politik dan kerajaan di buat seperti GTP, NKREA, NKRA dan sebagainya.
- Peningkatan sokongan rakyat juga semakin jelas dengan program Turun Padang beliau di tempat strategik dan umum. Beliau akan disambut dengan ribuan manusia yang sentiasa melihat beliau sebagai pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.
- Apakah dengan peunujuk aras lautan manusia yang hadir dalam program DS Najib akan menjadi kayu pengukur kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13?? Gelombang kebangkitan Barisan Nasional juga turut dirasai di negeri yang telah kalah, namun ia belum cukup untuk mengukur kemenangan Barisan Nasional.
- Secara peribadi saya berpendapat, Barisan Nasional juga perlu melakukan perubahan pemimpin di peringkat akar umbi kerana faktor sokongan rakyat juga bermula dari akar umbi. Pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Temenggung, Pemanca, Penghulu, Ketua-Ketua kampung dan Ketua Parti peringkat kampung juga perlu di tranformasi agar mereka benar-benar pemimpin yang dipilih dan dapat berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk Yang Berhormat Kawasan.
- Peubahan di peringkat pemimpin akar umbi senantiasa di nantikan oleh rakyat kerana faktor kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 juga bergantung kepada faktor ini.
- Secara kesimpulanya, pilihanraya Umum ke-13 ini akan menjadi kayu pengukur kekuatan Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan juga ADUN.
Friday, March 2, 2012
Pilihanraya sebagai medan untuk Penanda Aras Kekutan Barisan Nasional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment