Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi

KUCHING 3 Ogos - Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.

''Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.

''Kita akan mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik dan menurunkan logo halal yang terdapat pada tin produk itu," katanya selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Jakim dalam surat kepada pembuat mentega berkenaan yang bertarikh 30 Jun lalu mengesahkan ia tidak mengandungi DNA babi sedangkan MIS dalam kenyataan pada 28 Julai lalu telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Sehubungan itu, satu mesyuarat bagi membincangkan status mentega Golden Churn Creamy Butter itu berlangsung di sini petang semalam dengan disertai beberapa agensi berkaitan telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Dalam pada itu, Daud menambah, mentega dari jenama lain masih boleh digunakan sehingga ada keputusan yang dimaklumkan nanti.

2 comments:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Tak habis2 dengan isu barangan tak halal ni..lepas satu satu kes..Hesss! geram betullah..tapi apa2pun TQ atas Info ni..

Anonymous said...

Tidak ada alasan kenapa mentega (minyak sayuran/tumbuhan)harus dicampurkan dengan bahan yang berasal dari haiwan. Tak sengaja? Mustahil kesemuanya tercemar! Oleh itu, apa? Agenda tertentu?

Mentega yang bercampur antara minyak sayuran dan haiwan bukan saja tidak boleh dimakan oleh penganut agama tertentu malah kalau di negara Barat, puak vegetarian akan ambil tindakan saman terhadap pengilang berkenaan sampai terlondeh spenda!

Yang hairannya, di sini, politikus menyalahkan pengguna dan pihak agensi pemantau sebaliknya bukan menyalahkan ketidaksensitifan para pengilang yang mungkin ada agenda tersembunyi apabila mencampurkan kedua-dua kandungan yang tidak sepatutnya bercampur.