Wednesday, June 29, 2011

‘Sengaja timbulkan kekecohan’

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KUALA LUMPUR 28 Jun – Berdasarkan pengalaman, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yakin kekecohan akan sengaja ditimbulkan pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Beliau yang memang terkenal sebagai ‘tukang kecoh’ dalam perhimpunan anjuran pembangkang sebelum ini berkata, kekecohan sememangnya dirancang dalam perhimpunan-perhimpunan seperti itu bagi membolehkan dunia memandang serong terhadap Malaysia.

“Mereka perlu timbulkan kekecohan supaya dunia nampak sesuatu yang buruk berlaku. Akhirnya mereka menuding jari kepada pihak berkuasa terutama polis untuk tarik perhatian dunia.

“Ia jelas sesuatu yang merugikan rakyat, memesongkan serta mengeruhkan keadaan negara ini. Tetapi rakyat pun tidak suka dan buktinya sehingga hari ini ada kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman tidak mahu saya masuk ke premis mereka akibat kekecohan yang pernah ditimbulkan pada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Bayangan mengenai berlakunya kekecohan pada perhimpunan itu nanti terlihat apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin semalam menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan haram tersebut bakal bertukar menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.

Gobalakrishnan dalam pada itu turut meminta rakyat membuka mata betapa perhimpunan haram itu sebenarnya hanyalah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada banyak isu yang menyelubungi Ketua Pembangkang tersebut sebelum ini.

“Keluar saja video yang dikatakan mirip dirinya, Anwar terus minta diadakan perhimpunan ini. Bersandarkan pengalaman, memang saya tahu ia melibatkan Penasihat PKR itu termasuklah tarikh ia dilangsungkan.

“Sampai bila-bila pun beliau akan guna dan perkudakan orang lain. Saya minta masyarakat India keseluruhannya jangan dipergunakan. Jangan kita jadi seperti Mesir yang rakyatnya menderita hanya disebabkan seorang pemimpin,” ujarnya.

2 comments:

yusuflaili(Goku) said...

Bagi saya utk menghalang perhimpunan itu jgn ikut rentak mereka..biar meraka berhimpun sorang2..pastikan anggota keselamatan yang menghalang atau mengawal pegerakan mereka..Kepada kerajaan pula jgn libatkan org awam (rakyat)menentang perhimpunan tersebut kalau tidak akan berlakulah pergaduhan besar-besaran dua puak nanti,sebab memang itu niat sebenar pemangkang supaya negara luar dapat melihat ketidak adilan kerajaan Malaysia..

tajau singa raja said...

Dia sebenar nye tak de benda nak buat cara kerja timbulkan kekecohan je...tu jerr kerja yang org bagi kat dia...