Wednesday, June 29, 2011

EDAS ! Jawapan SPR Terhadap Tuduhan Melampau Pengerusi Pro-Murtad Beersih 2.0!


Rupa-rupanya Pengerusi SPR, TS Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengadakan perjumpaan dengan Ambiga pro-murtad Sreenevasan! Dan segalanya telah diterangkan satu persatu tetapi si Pengerusi Beersih itu yang bebal dan sengaja memekakkan telinga tidak mahu faham!

Malah, jika Anwar Ibrahim benar-benar mahukan perubahan di dalam nama pengundi secara otomatik atau pembersihan nama pengundi, beliau sendiri kena tukar tempat mengundi ke tempat tinggal beliau sekarang di Segambut. Tapi Anwar Ibrahim gagal untuk membantu SPR!

Di antara keterangan Pengerusi SPR ialah :-

1. Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.

2. Beliau sudah jelaskan kepada Ambiga dalam surat beliau dan pertemuan secara panjang lebar tapi Ambiga masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.

3. Sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu.

4. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

5. Abd. Aziz sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

6. Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

7. “Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon." kata Abdul Aziz

8. Ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

9. Senarai Daftar Pemilih sentiasa dibersihkan oleh SPR sepanjang masa.

10 Ada beberapa cara untuk membersihkan senarai pemilih :-

a. Nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

b. Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad).

11. Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kerana itu bukan bidang kuasa SPR dan ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

12. Pengerusi SPR itu menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya padahal SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

Sumber : UM

1 comment:

yusuflaili(Goku) said...

Kalau diorang rasa nak tukar dasar yang telah termaktub..Pastikan parti pembangkang menang dulu dalam PR ke-13 ni...kalau tak menang jgn harap la nak ubah ini nak ubah itu..