Wednesday, June 29, 2011

PANAS : PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 1965...



Petikan dari akhbar Berita Harian pada tahun 1965:

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 1965)

EDAS ! Jawapan SPR Terhadap Tuduhan Melampau Pengerusi Pro-Murtad Beersih 2.0!


Rupa-rupanya Pengerusi SPR, TS Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengadakan perjumpaan dengan Ambiga pro-murtad Sreenevasan! Dan segalanya telah diterangkan satu persatu tetapi si Pengerusi Beersih itu yang bebal dan sengaja memekakkan telinga tidak mahu faham!

Malah, jika Anwar Ibrahim benar-benar mahukan perubahan di dalam nama pengundi secara otomatik atau pembersihan nama pengundi, beliau sendiri kena tukar tempat mengundi ke tempat tinggal beliau sekarang di Segambut. Tapi Anwar Ibrahim gagal untuk membantu SPR!

Di antara keterangan Pengerusi SPR ialah :-

1. Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.

2. Beliau sudah jelaskan kepada Ambiga dalam surat beliau dan pertemuan secara panjang lebar tapi Ambiga masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.

3. Sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu.

4. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

5. Abd. Aziz sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

6. Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

7. “Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon." kata Abdul Aziz

8. Ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

9. Senarai Daftar Pemilih sentiasa dibersihkan oleh SPR sepanjang masa.

10 Ada beberapa cara untuk membersihkan senarai pemilih :-

a. Nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

b. Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad).

11. Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kerana itu bukan bidang kuasa SPR dan ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

12. Pengerusi SPR itu menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya padahal SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

Sumber : UM

‘Sengaja timbulkan kekecohan’

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KUALA LUMPUR 28 Jun – Berdasarkan pengalaman, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yakin kekecohan akan sengaja ditimbulkan pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Beliau yang memang terkenal sebagai ‘tukang kecoh’ dalam perhimpunan anjuran pembangkang sebelum ini berkata, kekecohan sememangnya dirancang dalam perhimpunan-perhimpunan seperti itu bagi membolehkan dunia memandang serong terhadap Malaysia.

“Mereka perlu timbulkan kekecohan supaya dunia nampak sesuatu yang buruk berlaku. Akhirnya mereka menuding jari kepada pihak berkuasa terutama polis untuk tarik perhatian dunia.

“Ia jelas sesuatu yang merugikan rakyat, memesongkan serta mengeruhkan keadaan negara ini. Tetapi rakyat pun tidak suka dan buktinya sehingga hari ini ada kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman tidak mahu saya masuk ke premis mereka akibat kekecohan yang pernah ditimbulkan pada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Bayangan mengenai berlakunya kekecohan pada perhimpunan itu nanti terlihat apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin semalam menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan haram tersebut bakal bertukar menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.

Gobalakrishnan dalam pada itu turut meminta rakyat membuka mata betapa perhimpunan haram itu sebenarnya hanyalah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada banyak isu yang menyelubungi Ketua Pembangkang tersebut sebelum ini.

“Keluar saja video yang dikatakan mirip dirinya, Anwar terus minta diadakan perhimpunan ini. Bersandarkan pengalaman, memang saya tahu ia melibatkan Penasihat PKR itu termasuklah tarikh ia dilangsungkan.

“Sampai bila-bila pun beliau akan guna dan perkudakan orang lain. Saya minta masyarakat India keseluruhannya jangan dipergunakan. Jangan kita jadi seperti Mesir yang rakyatnya menderita hanya disebabkan seorang pemimpin,” ujarnya.

Monday, June 27, 2011

CERITA DONGENG EKSLUSIF 18 SX - Skandal Najib Razak Pula Di Bongkar





Lepas satu maka satu lagi isu FITNAH dan Rekayasa yang cuba di timbulkan oleh Kepimpinan Pakatan Rakyat yang mana di sebarkan oleh pencacai pencacai Cybertroopers mereka melalui Blogg dan facebook.

Mangsa serangan tidak lain dan tidak bukan adalah tertumpu kepada Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia yang kita semua tahu dengan kepimpinan nya waktu ini kerisauan telah menyebabkan pihak Pakatan pembangkang semakin gusar dan gundah gulana.

Gambar di atas merupakan isu RECYLE yang di ulang berulang ulang kali sejak berapa tahun yang lalu dan kini nampaknya kembali di hangatkan kembali memandangkan isu FITNAH mereka dalam Kes Pembunuhan Altantuya tidak menjadi dan telah di tolak Rakyat Malaysia.

Skandal Pak Jib dengan Ziana Zain di jangkakan akan menaikkan sentimen membenci Najib Razak dan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri dan seterusnya Barisan Nasional.

Itu lah modus Operandi mereka Pakatan Pembangkang dan hal ini bukan baru malah sudah bertahun lamanya mereka memainkan strategi ini.

Namun bagi rakyat yang celik mata dan buka mindanya pasti tidak akan terpengaruh dengan Dakyah Rekayasa sebegini kerana sehingga hari ini seorang pun Pemimpin Pakatan Pembangkang mampu tampil ke hadapan dengan bukti yang ada untuk menjatuhkan Najib Razak. Yang sering di mainkan mereka semuanya adalah rekayasa Fitnah dan itu pun di lakukan secara sembunyi sembuyi bagaikan Jalang yang keluar di malam hari.

Rakyat sendiri boleh menilai hal ini dan fikirkan lah dengan sebaik mungkin dengan apa yang ada sebagai rujukan. Gomo CABAR jika ada bukti sila tampilkan dan jangan sekadar memutarbelitkan apa yang telah di keutarakan.

Ingat lagi kah kita dengan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan beliau ada menyimpan gambar Najib Razak bersama Altantuya? Sehingga ke hari ini beliau Pak Sheikh masih lagi GAGAL menunjukkan Bukti Bergambar yang kononya ada pada beliau.

Begitu lah juga dengan hal hal yang lain dan termasuk sekali dengan isu Jam Tangan OMEGA yang mana Anwar Ibrahim sendiri nyatakan bahawa Jam Tangan tersebut berada dalam simpanan nya dan di simpan rapi oleh Wan Azizah. Namun sehingga kini Anwar Ibrahim masih juga GAGAL menunjukkan Jam Tangan OMEGA tersebut kepada Rakyat Malaysia.

Kenapa perlu simpan segala Bukti yang ada jika sudah lihat PUTRAJAYA di depan mata? Bukankah dengan Bukti yang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat perolehi boleh menjadikan Najib Razak gulung tikar? Perlu tunggu apa lagi?

Ohhh Barngkali menanti 16 September tahun ini agaknya!!!

Apa pun Gomo nak ingatkan rakyat Malaysia agar menilai Dua Gambar di bawah ini dan jadikan lah ianya sebagai pedoman dalam menentukan Mana Yang Hak, Mana Yang Bathil. Allah sentiasa bersama orang yang benar. Amin....


Anugerah Allah


ANUgerah Tuhan


Psssttt....Gambar Nuar dah terang terang SAH, nak MUHUNG apa lagi?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
SUMBER:PAPAGOMO BLOG

Sunday, June 26, 2011

Siapa sebenarnya Ambiga?

KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA

Perhimpunan haram: KDN teliti semua laporan


PUTRAJAYA 25 Jun - Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan pihaknya akan meneliti kira-kira 1,000 laporan polis yang telah diterima berhubung penganjuran perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, pihaknya pada masa yang sama akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk mereka yang mahu tindakan tegas diambil ke atas Bersih.

''NGO dan rakyat bebas untuk memberi pandangan supaya tindakan tegas diambil, kita akan mengambil kira semua pandangan dan laporan polis yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan dialog selama lebih tiga jam dengan kira-kira 100 pemimpin persatuan sukarela dari seluruh negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, polis tidak akan membuat penangkapan secara sewenang-wenangnya berhubung penganjuran perhimpunan haram Bersih kerana tindakan tersebut tidak akan membawa jalan penyelesaian yang kekal.

''Saya sebaliknya lebih percaya kepada cara berbincang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan.

''Biarlah perbincangan ini dijalankan, kita masih ada masa untuk berbuat demikian," katanya.
UTUASAN MALAYSIA

Saturday, June 25, 2011

BERShit : Rakyat Perlu Desak Anwar Letak Jawatan! Ambiga Bersihkan Anwar Dulu!


Gambar ihsan AIDC.

Jika Ambiga Sreenevasan Pengerusi BERSIH 2.0 mahu politik Malaysia betul-betul bersih maka satu lagi perhimpunan BERSIH 3.0 perlu diadakan mendesak Anwar Ibrahim meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Pakar itu mengesahkan rakaman video seks adalah tulin dan tidak ada "tampering" atau "superimpose". Video seks itu membuktikan pelakon itu adalah 99.99% adalah Anwar Ibrahim! Kamera CCTV hotel turut membuktikan Anwar dan Datuk Eskay berada di lobi hotel ketika tarikh rakaman.

Anwar wajib letak semua jawatan tanpa dolak-dalih, tiada putar belit, dan tiada bohong lagi atau orang Jerantut kata "pungkar". Maka Anwar perlu secara bermaruah demi Pakatan Rakyat meletak jawatan berikut:
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh
  • Ketua Pembangkang
  • Ketua Umum Penasihat PKR
  • Penasihat Ekonomi Selangor
Anwar harus hentikan sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikan mengheret dan memperkudakan para ulama PAS dan dunia. "Anwar Ibrahim harus bertaubat" meminjam kata Karpal Singh. Cucilah diri, bersihlah diri seperti kata Ambiga Sreenevasan Pengerusi BERSIH 2.0!

Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin. Apatah lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia sebuah negara Islam. Contohilah ahli politik di AS, Turki, United Kingdom, Indonesia bila ramai golongan pemimpin dan ahli politik meletak jawatan ekoran terlibat dengan skandal sex.

Pembuktian saintifik DNA, klip video dan sumpah laknat cara Islam tidak membolehkan Anwar meletak jawatan bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang. Orang kafir di luar negara pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka.

Ada sebab mengapa Allah SWT tidak menunaikan dan memakbulkan hajat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun satu langkah lagi (ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri) kerana rakyat Malaysia kini dapat mengetahui hikmah-hikmahNya

ANUWAR AL JUBURI, PELIWAT,

Rakyat Mula Bangkit Menentang BERShit :






Demi Keamanan dan keharmonian Kaum di Malaysia maka semakin banyak Fan Pages yang muncul bagi menentang Demo BERSIH yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Ambiga Musuh umat Islam.

Gomo berikan senarai FB ANTI BERSIH untuk di sebarkan buat rakyat Malaysia yang Cintakan Keamanan. Sila Klik LINK di bawah dan sebarkan kepada yang lain.





Di Bawa Khas Dari Nadi Rakyat


Psssttt...Kita Lawan mereka sampai lumat, Khak Ptuih


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
SUMBER : BLOG PAPAGOMO

Pakar sahkan pelaku dalam video seks menyerupai Anuwar Ibrahim


MENGAKU BERSALAH: Dua daripada Trio Datuk T iaitu Shazryl dan Abdul Rahim dikerumuni orang ramai selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam berhubung tuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) dan ‘superimpose’ (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini semalam setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Mengikut fakta kes, pada akhir Februari lepas, Shazryl berjumpa dengan Shuib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks antara seorang lelaki dipercayai Anwar bersama seorang perempuan warga negara China.

Selepas mereka berbincang dengan Abdul Rahim, tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara pada 10 pagi 21 Mac, dengan menjemput beberapa wartawan menyaksikannya di bilik Seri Makmur.

Penayangan rakaman video itu menggunakan sebuah LCD kepunyaan Shazryl dibuat, dan Shazryl menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks berkenaan.

Tayangan yang berakhir pada 12 tengah hari itu disaksikan 13 wartawan. Pada satu sidang akhbar pada 4 petang 23 Mac, Shazryl dan Abdul Rahim mengaku bahawa selain mereka, Shuib turut bertanggungjawab membuat perkara yang sama (menayangkan rakaman video kepada wartawan).

Keesokannya, Shazryl dan Abdul Rahim menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman itu manakala Shuib menyerah diri pada 25 Mac. — Bernama

Wednesday, June 22, 2011

Saya tidak mempunyai sebarang Akaun di Switzerland - Taib Mahmud



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau tidak memiliki sebarang akaun di mana-mana bank di Switzerland dan akan bertindak menggunakan saluran undang-undang untuk membersihkan namanya.Malah kata Taib, beliau telah menulis secara formal kepada Presiden Switzerland,Micheline Calmy-Ray bulan lalu untuk mendapatkan pengesahan apakah benar presiden itu mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas akaunnya itu sebagaimana yang didakwa oleh Dana Bruno Manser.Dan jika benar terdapat dakwaan sepertimana yang dibuat ke atasnya, Taib turut meminta Kerajaan Switzerland agar mengirim kepadanya satu salinan agar beliau dapat bertindak mengikut saluran undang-undang.Dana Bruno Manser mendakwa Kerajaan Switzerland telah mengarahkan agensi yang berkaitan supaya menyiasat apa yang didakwa kononnya aset Taib yang disimpan di bank-bank di negara berkenaan.Taib menegaskan bahawa beliau tidak memiliki apa jua akaun sulit atau aset yang tersimpan di Switzerland sebagaimana yang didakwa oleh Bruno Manser.”Malah saya telah membuat perakuan bahawa saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Switzerland untuk menegakkan kebenaran dan membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas saya adalah satu fitnah semata-mata,” katanya pada Dewan Undangan Negeri pagi Rabu bagi menjelaskan isu di sebalik dakwaan tersebut.Tegasnya, segala-galanya bermotivasikan politik.Malah kata Taib, Dana Bruno Manser mempunyai rekod yang panjang dalam membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan berbaur fitnah ke atas kerajaan negeri pimpinannya.”Jadi apa yang mereka buat dalam dakwaan terbaru ini mengenai aset saya di Switzerland adalah kesinambungan kepada dakwaan palsu dan fitnah untuk mencemarkan nama baik negeri ini, kerajaan negeri dan juga kepimpinan negeri ini," kata Taib

Fahami pola politik orang muda

Oleh BUDIMAN MOHD. ZOHDI

Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia merupakan 43 peratus daripada jumlah rakyat di Malaysia.Sehingga Disember 2010, seramai 11,811,452 belia yang berusia 21 tahun ke atas telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Manakala pengundi yang berusia 21 hingga 39 tahun mencecah 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.Ini menjadi golongan orang muda sebagai kelompok penting yang perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara.Imam al-Ghazali pernah menyatakan: "Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang".Secara tidak langsung kelompok belia bukan sahaja boleh menjadi rakan pembangunan negara tetapi juga sebaliknya.Orang muda tentunya membawa pola dan tingkahlaku politik yang berbeza. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu saluran orang muda dikatakan penyebab tsunami politik di lima negeri.Walaupun trend tersebut dikatakan berubah dalam siri-siri pilihan raya kecil kebelakangan ini namun dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, tingkahlaku politik orang muda berbeza mengikut geopolitik kawasan.Terdapat dua aspek utama yang membentuk pola politik pengundi muda. Pertama tahap pendidikan dan yang kedua pengaruh media sosial.Boleh dikatakan majoriti pengundi muda mendapat pendidikan minimum hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ini bermakna mereka berada dalam ruang lingkup pengaruh pendidikan formal sehingga 11 tahun sebelum mereka mengundi.Ia semakin melebar sekiranya mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Sehubungan itu pendidikan telah mengasah ketajaman daya fikir mereka. Kebanjiran maklumat menerusi Internet dan televisyen menyebabkan mereka mudah membuat perbandingan apabila timbul sesuatu isu yang menyentuh kepentingan dan peranan golongan muda.Keterbukaan dan pendedahan kepada maklumat sudah tentu menuntut pendekatan yang berbeza dalam mengurus isu yang berkaitan dengan anak muda.Pengaruh media sosial seperti blog, Facebook dan twitter juga telah mempengaruhi persepsi golongan muda.Media sosial biar pun tidak bersemuka namun atas sifatnya yang segera, kos murah, tanpa tapisan dan kepayahan pendakwaan undang-undang menyebabkan maklumat masuk ke gajet elektronik bertali arus dan akhirnya berupaya membina pengaruh.Siapa yang lebih kerap menghantar maklumat akan lebih berpeluang untuk mempengaruhi golongan ini.Sesuatu perkara jika diasak berkali-kali akan diyakini benar.Realitinya apakah keperluan kehidupan anak muda? Jika diamati isu golongan ini berkait rapat dengan '4P' - Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Perumahan.Bermula dengan pendidikan mereka akan mencari inisiatif melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum. Selepas memiliki pendidikan yang sempurna terfikir pula mengenai peluang pekerjaan untuk mereka.Dengan memiliki pekerjaan mereka akan mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupan dan peluang memiliki rumah sebagai tempat berlindung dan memiliki status sosial.Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan meningkatkan pendapatan tahunan perkapita daripada RM21,000 kepada RM45,000 tentunya perlu mengambil kira peluang anak-anak muda untuk turut sama meningkatkan pendapatan.Atas alasan itu, apa jua dasar, polisi dan pelan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan mestilah dirasai oleh anak muda dari Perlis sampailah ke Sabah.Ini kerana pandangan anak muda tentang politik adalah lebih terbuka. Ia diadun antara politik keperluan dan idealisme.Pada mereka isu '4P' yang berkaitan dengan kelangsungan hidup perlu diambil berat oleh pihak kerajaan.Mereka juga mahu urus tadbir negara dilakukan dengan sempurna seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.Sebab itu, dasar semata-mata tidak menjamin sokongan mereka kepada kerajaan.Untuk meneruskan kelangsungan hidup, ia tidak cukup dengan sekadar inisiatif.Apa yang lebih penting adalah persediaan sikap dan minda anak muda dalam berhadapan dengan persekitaran yang semakin mencabar.Kerajaan demi kelangsungan kuasa tentunya akan mengurus isu berkaitan anak muda melalui pelbagai dasar, polisi dan inisiatif.Bagaimanapun, yang paling penting anak-anak muda juga mesti berusaha membantu diri mereka sendiri.- UTUSAN

RM1.18 bilion laksana 62 projek di Sarawak sehingga April

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 62 program atau projek dengan nilai RM1.18 bilion telah diumum untuk dilaksana di Sarawak sehingga 30 April lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52 projek dilaksana tahun ini manakala selebihnya akan dilakukan tahun berikutnya.

"Program atau projek yang diumumkan merupakan sesuatu yang telah dirancang lebih awal," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) ingin tahu nama projek dan nilai projek pembangunan yang telah diumumkan oleh setiap kementerian dalam dua bulan sebelum dan semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas dan jumlah projek yang akan dilaksana tahun ini.

Najib berkata, daripada sembilan kementerian yang diberikan peruntukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh dana tertinggi iaitu RM535.26 juta, diikuti Kementerian Kesihatan (RM212.53 juta), Kementerian Kerja Raya (RM200 juta), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (RM70 juta), Kementerian Pelajaran (RM65.64 juta), Kementerian Pertahanan (RM48 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM20 juta), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (RM4.5 juta) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (RM2 juta).

Perdana Menteri berkata, nilai keseluruhan itu juga termasuk dana RM22.75 juta menerusi peruntukan khas Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Najib berkata, projek bekalan air, projek bina, naik taraf jalan dan lorong serta pembinaan jeti dan jambatan diberikan peruntukan besar berjumlah RM852.66 juta, manakala RM278.17 juta adalah untuk membina serta menaik taraf klinik dan hospital.

"Peruntukan selebihnya adalah untuk sumbangan dan bantuan, rumah ibadat bukan Islam serta lain-lain," katanya. - BERNAMA

RM10.32 Billion Di Bazirkan Begitu Sahaja Oleh Kerajaan



Pening Demi Rakyat

Rakyat Malaysia mungkin lupa, mungkin tidak sedar dan ada yang mungkin buat buat Bodoh mengenai Subsidi yang di tanggung kerajaan Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menerima nikmat subsidi dari Kerajaan malah rakyat negara asing yang berkerja di Malaysia juga sedemikian sampaikan berjuta yang enggan pulang ke negara asal kerana mendapat kehidupan lebih baik di Malaysia ini.

Gomo juga ada kalanya marah dan bengang dengan Kerajaan Malaysia, ada ketikanya cemburu dengan negara lain selain Malaysia namun bila di renung kembali dan ingat pesan orang tua tua:

"Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri"


Itu lah yang Gomo nak tekankan mengenai Subsidi yang di tanggung oleh Kerajaan Malaysia buat Rakyat di negara ini. Pergi lah ke negara luar pastinya anda tidak akan memperolehi Subsidi dari Kerajaan mereka. Malah desakann hidup boleh membuatkan anda merempat di tepi jalan dalam mencari sesuap nasi.

Tidak salah menegur kerajaan yang ada tapi jangan sampai Kelambu pun di bakar akibat marah pada sekor dua nyamuk. Begitu lah juga dalam kerajaan hari ini. Jangan kerana seorang dua pemimpin BN yang haprak maka nak di Bungkuskan BN yang berjuang demi Rakyat sejak bertahun lamanya.

Jenis Barang dan Jumlah Subsidi Yang di Tanggung oleh Kerajaan pada tahun 2010.

Gula (789 juta),
Tepung Gandum (89 juta),
Minyak Masak (813 juta),
Beras ST15 (486 juta),
Petrol RON 95 (3.13 Billion),
Diesel (3.59 Billion),
LPG (1.43 Billion)
Jumlah Keseluruhan RM 10.32 Billion).

Faktor Kenaikan Harga Barang
1. Penambahan penduduk dunia sbyk 4% setahun tapi pengeluaran makanan hanya 1%-2% setahun.

2. Keadaan cuaca yg tidak menentu spt kemarau di Russia dan banjir di India dan Australia

3. Dasar larangan eksport oleh negara pengeluar spt bawang di India dan gandum di Russia.

Hargailah Subsidi yang di berikan Kerajaan Malaysia buat anda sekeluarga. Apakah nilai 10.32 Billion yang di Subsidikan untuk kita satu pembaziran?



Anwar Brahim Yang Sakit Hati Dan Pening
Dengan Subsidi Kerajaan BN Buat Rakyat

Psssttt....Ni Fakta bukan Auta macam Pakatan Pembangkang dok kata itu ini.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM


ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

SUMBER : PAPAGOMO BLOG