Petronas umum penemuan baru di Blok SK306 dan SK316 di luar pantai Bintulu dan Miri yang dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 100 juta tong
KUCHING: Syarikat Petroleum Nasional (Petronas) mengumumkan syarikat itu telah menemui dua lagi telaga minyak dan gas yang baru di Sarawak yang dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 100 juta tong minyak mentah.
Petronas semalam memberitahu, penemuan besar ke atas telaga minyak dan gas itu dibuat dengan menggali dasar laut negeri ini di kawasan lapangan atau Blok SK316 yang menempatkan NC3 dan Blok SK306 yang menempatkan telaga Spaoh-1 di kawasan luar pantai Miri dan Bintulu.
“Penemuan ini sekali gus akan menyokong strategi Petronas untuk mempergiatkan lagi aktiviti eksplorasi di Malaysia.
“Pada masa yang sama ia juga dijangka menganjakkan lagi potensi aktiviti ekonomi di dasar laut Sarawak,” demikian menurut kenyataan daripada Kumpulan Hal Ehwal Korporat syarikat itu semalam.
NC3 di Blok SK316 digali secara rasminya pada Mac 2010 dengan penilaian jumlah yang membabitkan 2.6 trillion kaki padu gas (tscf) terdapat di lokasi tersebut.
Ia telah digali sedalam 4,000 meter dengan ujian terhadapnya menyakinkan bahawa telaga baru itu mempunyai isi kandung pada tahap tersebut.
Petronas juga mengesahkan telaga Spaoh-1 yang digali sedalam 3,000 meter yang terletak di Blok SK306 juga membuktikan perkara yang serupa.
Keputusan penuh penemuan ini diperolehi pada Disember 2010 dengan penilaian awal menunjukkan kira-kira 100 juta tong (mmstb) minyak dan 0.2 tscf gas terdapat di lapangan terbabit.
“Dianggarkan 100 juta tong (mmstb) minyak dan 2.6 trillion kaki padu gas terdapat di telaga tersebut,” menurut kenyataan itu lagi.
Telaga terbabit kini telah sedia untuk diuji pengeluarannya.
“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, lebih daripada 50 eksplorasi telaga di dasar laut Malaysia akan dilakukan oleh Petronas,” jelas kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu berkata, aktiviti ini jika membuahlkan lagi hasil yang akan mampu menganjak pertumbuhan industri hiliran di negara ini.
No comments:
Post a Comment